RSS

(Tazkirah SJ) Isu Kalimah ALLAH : Kembali Kepada Asas Akidah Dan Tauhid

07 Jan

Seminggu berlalu, isu penggunaan kalimah ALLAH oleh Herald dan gereja masih lagi menjadi topik hangat. Saya pada mulanya ingin menulis tentang Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Memikirkan kembali keperluan penulisan semasa, adalah elok dan molek untuk membicarakan isu kalimah ALLAH buat masa ini. Tujuan saya bukanlah untuk mengajar sesiapa, tetapi hanyalah sebagai renungan/tazkirah untuk diri sendiri dan para pembaca berteraskan ‘ad-dinul nasihah’.

Saya bersetuju dengan kata-kata Ustaz Dato’ Dr. Haron Din bahawa umat Islam yang membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh Kristian membawa kepada kekufuran.

Marilah kita lihat kembali kepada asas pengajian tauhid yang sejak dari awal menekankan tentang kefahaman sifat 20. Ini kerana tiap-tiap orang yang mukallaf wajib mengenal ALLAH s.w.t. Dan erti mengenal ALLAH itu ialah mengetahui sifat-sifatNYA serta dalil-dalilNYA. Penulisan saya akan membicarakan 6 sifat daripada sifat 20.

1. al-Wujud.

Sifat pertama bagi ALLAH ialah al-Wujud – ertinya ada.

Sifat ini wajib bagi ALLAH. Mustahil ALLAH bersifat ‘al-‘Adam’ – tidak ada.

ALLAH wujud ‘huwa al-awwalu wa al-akhiru’ (DIA yang Maha Awal dan Maha Akhir). Maksudnya ialah kewujudan ALLAH Taala mendahului segala sesuatu yang ada dan tidak didahului oleh tiada. Wujudnya ALLAH tiada permulaan dan tiada pula penghabisan. Maksudnya, ALLAH tetap wujud selama-lamanya.

Firman ALLAH di dalam al-Quran yang bermaksud :

“DIA (ALLAH) Yang Maha Awal dan DIA Yang Maha Akhir, DIA Yang Maha Nyata dan DIA Yang Maha Tersembunyi dan DIA Maha Mengetahui Segala Sesuatu”  (Surah al-Hadid : 3)

Adapun, yang dimaksudkan dengan Maha Nyata di sini ialah bahawa dengan segala ciptaan-NYA menjadikan bukti yang nyata akan adanya Zat Yang Menciptakan, iaitu ALLAH Taala. Manakala yang dimaksudkan dengan Maha Tersembunyi ialah bahawa Zat ALLAH Taala itu tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusiawi dan tidak dapat pula diliputi oleh akal fikiran manusia yang kemampuannya amat terbatas.

2. al-Qidam.

al-Qidam ertinya sedia atau tidak ada permulaan.

Sifat ini wajib bagi ALLAH. ALLAH tidak ada permulaan. Sebelum alam ini ada, ALLAH sudah ada.

Adalah mustahil ALLAH bersifat ‘al-Huduth’ (baru).

3. al-Baqa’

al-Baqa’ ertinya kekal.

Sifat ini adalah wajib bagi ALLAH. ALLAH kekal dan tidak musnah. Mustahil ALLAH bersifat ‘al-fana’ – ertinya rosak binasa.

ALLAH s.w.t berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud :

“Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa kecuali Allah.” (surah al-Qasas :88)

4. Mukhalafatu lilhawadithi.

Ertinya – Berlainan dari segala sesuatu.

Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan ALLAH. Maka adalah mustahil ALLAH bersifat serupa dengan sebarang makhluk. Ayat 11 di dalam surah as-Syuura bermaksud :

“DIA (ALLAH)  lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”

Sungguhpun ada dikalangan makhluk ciptaan-NYA yang mampu melihat, mendengar, berilmu, berkuasa dan seumpanya, namun kemampuan makhluk-makhluk ciptaan-NYA ini amat terbatas dan amat jauh dari sifat kesempurnaan yang dimiliki oleh ALLAH s.w.t.

5. al-Qiamu Binnafsi

Ertinya – Berdiri dengan sendiri.

Bermaksud ALLAH s.w.t tidak berdiri/bergantung kepada zat lain contohnya putih pada warna kertas, atau hijau pada warna daun.

6. Wahdaniyah.

Ertinya – Maha Esa (Tunggal)

Yang dimaksudkan dengan Esa di sini ialah Esa pada Zat,sifat dan af ‘al-NYA. Esa pada Zat-NYA bermaksud ALLAH tidak tersusun daripada beberapa bahagian yang berasingan. Selain itu Esa juga bermakna bahawa tiada sekutu bagi-NYA dalam melakukan segala sesuatu.

Esa pada sifat-sifat-NYA ialah bahawa tiada suatu apapun yang menyerupai sifat-sifat ALLAH Yang Maha Sempurna. Manakala Esa dalam af’al-NYA bermaksud tidak ada seorang pun yang mampu melakukan perbuatan-perbuatan sebagaimana yang dilakukan oleh ALLAH.

Sehubungan dengan ini, ALLAH s.w.t menerangkan sifat-sifat-NYA dan keadaan-NYA menerusi firman-NYA yang bermaksud :

“Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;  Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;  Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.  (Surah al-Ikhlas : 1-4).

Sekadar inilah yang dapat saya sampaikan kepada anda. Marilah kita mengambil iktibar dari firman-NYA yang bermaksud :

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
Dan kamu tidak mahu menyembah (ALLAH) yang aku sembah.
Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.  (surah al-Kafirun :1-6)

Sesungguhnya segala kebaikkan dan kebenaran itu datangnya dari ALLAH s.w.t manakala segala kelemahan itu dari diri saya sendiri. Saya akhiri penulisan ini dengan 2 klip video sebagai halwa telinga,hati dan fikiran kita bersama.

Wallahu’alam.



 
 

2 responses to “(Tazkirah SJ) Isu Kalimah ALLAH : Kembali Kepada Asas Akidah Dan Tauhid

  1. kata-kata mereka

    07/01/2010 at 2:08 pm

    Surah Al-Zukhruf 81 hinnga 89

    81. Katakanlah (Wahai Muhammad, kepada mereka Yang musyrik itu): “Kalau betul Allah Yang Maha Pemurah, mempunyai anak (sebagaimana Yang kamu dakwakan) maka Akulah orang Yang awal pertama Yang akan menyembah anak itu; (tetapi dakwaan kamu itu tidak berasas)!”
    82. Maha suci Allah Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi, – Tuhan Yang mempunyai Arasy (yang melambangkan kebesaranNya), – (Maha Sucilah ia) dari apa Yang mereka katakan itu.
    83. Oleh itu, biarkanlah mereka (Wahai Muhammad) tenggelam Dalam kesesatan mereka dan leka bermain-main (dalam dunia mereka), sehingga mereka menemui hari Yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan).
    84. Dan (ingatlah), Allah jualah Tuhan Yang berhak disembah di langit, dan Dia lah Tuhan Yang berhak disembah di bumi; dan Dia lah jua Yang Maha Bijaksana, lagi Maha mengetahui.
    85. Dan Maha Tinggilah kebesaran Tuhan Yang Menguasai langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya; dan Dia lah jua Yang mengetahui tentang (Masa datangnya) hari kiamat; dan kepadaNyalah kamu semua akan dikembalikan.
    86. Dan Segala Yang mereka sembah Yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang Kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa Yang memberi penerangan mengakui kebenaran Dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya Dengan yakin (bukan Dengan kata-kata orang; maka merekalah Yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).
    87. Dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah Yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka Bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?
    88. Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) Yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum Yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadamu untuk mengadilinya)!”
    89. (Tuhan menjawab rayuannya Dengan berfirman): “Jika demikian, maka janganlah Engkau (Wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggalah! ‘ kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! “

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: