RSS

(Tazkirah SJ) Kalimah ALLAH adalah milik mutlak Islam dari segi kalimah bahasa dan juga hakikat

08 Jan

Setelah saya mengulas tentang sifat-sifat wajib ALLAH yang terdapat dalam sifat 20 dalam artikel  (Tazkirah SJ) Isu Kalimah ALLAH : Kembali Kepada Asas Akidah Dan Tauhid, saya temui beberapa artikel yang menarik minat dan difikirkan perlu untuk disebarkan sebagai wadah maklumat dan kefahaman khususnya kepada umat Islam di Malaysia dan rantau Nusantara.

Sememangnya saya amat mementingkan kefahaman yang jelas dan mendalam tentang intipati pengajaran Sifat 20 kerana di situlah letaknya kekuatan kefahaman tauhid. Selain itu, ilmu usul serta perbandingan agama juga turut diminati.

Artikel ini dipetik dari : http://shahil.wordpress.com/2010/01/04/kalimah-allah-adalah-milik-mutlak-islam-dari-kalimah-bahasa-dan-juga-hakikat/

Assalaamualaikum dan salam hormat.

Baru-baru ini di Malaysia, timbul satu isu yang dikira lain dari yang lain. Isu itu ialah majalah mingguan Herald telah dibenarkan menggunakan kalimah ALLah untuk menunjukkan Tuhan dalam siaran mereka. Sebenarnya tuan empunya majalah ini telah memohon kebenaran ini lama dahulu lagi tetapi baru sekarang mahkamah membenarkannya.

Penulis tidaklah mahu mempertikaikan keputusan mahkamah. Dari persepsi umum dan hakikat fungsinya, mahkamah adalah pemutus sesuatu permasalahan. Mahkamahlah yang memutuskan benar atau salahnya setiap perbalahan. Dan penulis tidaklah menghasut sesiapa sahaja yang membaca tulisan ini kerana ini adalah pengamatan penulis berdasarkan kewajaran apa yang berlaku seharian. Di Malaysia, menghasut akan dikenakan tindakan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA. Jika penulis dikenakan ISA, siapa yang mahu memberikan makan kepada anak dan isteri penulis? Mereka akan kebuluran.

Focus utama dalam hal ini ialah penggunaan kalimah ALLah bagi merujuk kepada Tuhan. Apakah harus penerbit Herald menggunakannya dalam tulisan mereka? Apakah dengan kebenaran ini agama Budha juga akan dibenarkan menggunakannya, demikian juga agama Hindu? Atau apakah Hindu juga akan berkata “Tuhan adalah ALLah dan Brahma adalah pentajallian ALLah”?

Apakah maksud ALLah dan apakah maksud Tuhan? Penulis menegaskan tuan empunya Herald haruslah memberikan definisi yang cukup tepat bagi dua kalimah ini. definisi dan maksudnya haruslah dituntaskan sedalam mungkin supaya kedua-duanya jelas, jelas mana persamaannya dan jelas mana perbezaannya.

Baiklah kita terus menyusuri permasalahan ini…

Semua agama mempercayai adanya Tuhan. Tuhanlah punca agama. Yang tidak mempercayai Tuhan tidak dinamakan beragama. Adalah melucukan untuk mengatakan Atheis itu suatu agama dan tidak masuk akal. Islam mengajarkan adanya Tuhan. Demikian juga Kristen, Budha, Hindu, Zoroster dan juga pagan. Semua itu adalah kepercayaan, kepercayaan kepada Tuhan yang menumbuhkan berbegai persepsi yang menghasilkan institusi keagamaan. Ertinya Tuhan itu adalah sesuatu yang umum, umum dari sudut kepercayaan dan pemahaman.

ALLah, trinity, Brahma adalah antara istilah ketuhanan dalam Islam, Kristen, Budha dan Hindu. Apakah semua ini? ini adalah istilah-istilah khusus Tuhan dalam Islam, Kristen, Budha dan Hindu. ALLah adalah Tuhan yang dipercayai Islam. Anak, Bapa dan Roh ALLah adalah Tuhan yang dipercayai Kristen. Dan Brahma salah satu Tuhan yang dipercayai Hindu. Demikian juga Budha mempunyai kosep Tuhannya sendiri.

ALLAH DAN TRINITY:

Oleh kerana isu penggunaan kalimah ALLah ini ditimbulkan oleh orang Kristen melalui tuntutan tuan empunya majalah Herald, penulis akan membahaskan Tuhan dan ALLah dari sudut dua agama iaitu Islam dan Kristen.

PENGERTIAN TUHAN DAN ALLAH DALAM ISLAM:

Theologi Islam jelas mendefinasikan Tuhan dengan definisi yang cukup jelas dan tuntas. Tuhan bermaksud “Zat yang Maha Sempurna dari segala sesuatu dan segala sesuatu itu memerlukanNya”. Maha Sempurna bermaksud tiada kekurangan walau sebesar zarahpun dan Dia diperlukan makhlukNya secara dzahir dan hakikat. Ini dijelaskan al-Quran bermaksud “ALLah Pencipta langit dan bumi dan segala di antaranya…”

Al-Quran dengan jelas menyatakan ALLah Taala iaitu Tuhan yang Esa. Antaranya ialah bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad) Dialah ALLah yang Esa”. Ayat ini sudah cukup sebagai bukti bahawa ALLah Taalalah Tuhan dan Dia adalah satu (Esa). KeEsaan ALLah Taala ini disokong pula oleh ayat bermaksud “Bersalahan ALLah Taala itu dengan segala yang baharu”. Apabila bersalahan dengan segala yang baharu, jelas ALLah Taala bukan jisim, bukan aradh dan bukan benda jenis alam.

Ertinya ALLah Taala sendiri telah menjelaskan hal DiriNya melalui FirmanNya al-Quran bahawa dialah Tuhan yang Esa tanpa sekutu tanpa bersyarikat. Dan Dia adalah Zat yakni suatu sosok diri peribadi yang absolute tanpa dapat ditakwil bagi menyembunyikan tafsiran yang memperlihatkan kelemahanNya, itupun jika ada. Dan ALLah Taala itu jelas dengan dalil naqli dan akal yang sangat terperinci.

Maka jelas sekali Tuhan dan ALLah Taala adalah dua kalimah yang berbeza maksud tetapi berkait rapat sekali. Tuhan adalah maksud umum dan ia merujuk kepada ALLah Taala semata-mata. Kerana maksud “Zat yang Maha Sempurna dari segala sesuatu dan segala sesuatu itu memerlukanNya” jelas hanya ada pada Zat ALLah Taala. Sistematika Sifat 20 dengan hujah akal dan kitab suci al-Quran menjadi bukti kukuh dan mampu menghadapi segala bentuk penafian.

Maka jelas sekali bahawa ALLah Taala adalah satu kalimah yang universal dari segi hakikat Ketuhanan kerana ALLah Taala itulah Zat yang Maha Sempurna bagi segala makhluk. Tetapi ia ekslusif hanya bagi umat Islam, kerana hanya umat Islam sahaja yang mentauhidkanNya.

Ini adalah penjelasan yang paling rengkas dalam menjelaskan hakikat ketuhanan dalam Islam. Semua ini telah penulis jelaskan dalam kategori Tauhid blog ini.

TUHAN DALAM KRISTEN:

Tuhan dalam agama Kristen bukanlah sosok diri (kenyataan CosmisBoy dan Sonny). Ertinya Tuhan hanyalah satu kepercayaan atas “ujud”. Bahkan dikatakan Tuhan itu Roh (kenyataan Sonny) atau “keintelektualan” semata-mata (kenyataan Kefassimon). Maka Tuhan yang hanya ujud tetapi tidak bersosok itu mentajallikan diriNya kepada tiga peribadi iaitu Anak, Bapa dan Roh ALLah.

Penulis membuka lagi soalan…lagi-lagi soalan dan tidak pernah mampu dijawab tuntas. Dikatakan bahawa Tuhan mennyatakan “diriNya” kepada tiga peribadi. Soalan penulis ialah apakah “diri” Tuhan itu? Bagaimana pula mahu dikatakan “diri” Tuhan yang menyatakan “diri” sedangkan Tuhan itu tiada sosok diri? Penulis pasti apa juga persoalan tentang “diri” Tuhan tidak akan mampu dijawab.

Anak, Bapa dan Roh ALLah (Kudus) dikatakan peribadi Tuhan. Ia dikatakan sebagai konsep Ketuhanan (Kefassimon dan Sonny). Tuhan hanya “ujud” dan trinity itu konsep ujud Tuhan. Penulis memberikan cabaran soalan lagi…apakah trinity ini bukan “ujud”?

Jelas sekali trinity itu bukan konsep tetapi hakikat. Kerana Tuhan hanya “ujud” tanpa sosok diri. Maka jelas trinity itu hakikat “ujud”nya Tuhan, kerana dikatakan Tuhan itu “keujudan”. Kejadian Anak, Bapa dan Roh ALLah jelas digambarkan Bible sebagai tiga sosok peribadi yang saling kenal mengenal yang berbeza. Dan itulah Tuhan yang tiga sosok diri.

Anak dikatakan manusia ketika di bumi dan kembali kepada keilahiaanNya apabila naik ke langit. Statement ini dipersoalkan kerana Tuhan yang hanya “keujudan” telah bersosok diri menjadi manusia. Dan itulah “Tuhan manusia”.

Apa yang penulis jelaskan di atas adalah menerusi perdebatan dengan Sonny, CosmisBoy, Kefasssimon dan lain-lain di milis debat_islam-Kristen.

SURAH AL-ANKABUT:

“Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

Apakah ayat ini menjadi dalil bagi kaum Kristen Katholik? Ayat ini ditujukan kepada orang Musyrikin Mekah khususnya. Asal ujud kemusyrikan meraka ialah apabila nenek moyang mereka membena patung orang soleh bani Israel dahulu, bagi tujuan supaya mereka tidak dilupakan. Namun lama kelamaan patung tersebut dijadikan wasilah penyembahan dan pertolongan kepada ALLah Taala. Dan akhirnya patung itu sendiiri disembah sebagai Tuhan. Inilah asal mereka menyembah Lata dan Uzza dan lain-lain yang banyak disekitar Ka’bah. Dan jelas sekali mereka tidaklah meyakini Tuhan itu sebagai trinity, dan tidak ada sama sekali istilah trinity dalam sejarah keberhalaan kaum Musyrikin Mekah secara jelas.

KALIMAH ASLI BIBLE TUHAN BUKAN ALLAH:

Bible terawal yang ditemui adalah sekitar 175 hingga 200 tahun selepas kewafatan Isa alaihissalam (Prof. Abul Ahad Daud, mantan guru besar theologi Katholik wilayah Kaldan). Walaupun ia diyakini bukanlah Injil asli, namun ia jelas menunjukkan keEsaan Tuhan. Sisa-sisa gambarannya masih dapt dilihat dalam Perjanjian Lama yang menyebutkan ALLah adalah Esa.

Dalam bahasa Hebrew, Tuhan disebut dengan kalimah Elohim, Eloh, El dan juga Yahweh. Ini jelas disebut dalam Bible dimana Tuhan disebut sebagai El iaitu “Eli, Eli…”.

Dalam pada itu, gereja Orthodok yang menggunakan Perjanjian Lama memang menggunakan kalimah ALLah. Namun ia ia tidak digunakan oleh gereja Katholik, Anglican, Lutheran dan lain-lain (Ustadz Farhan AbduLLah, mantan Kristen). Dan Kristen Orthodok Syria contohnya, adalah gulungan yang mempercayai keEsaan Tuhan. Dan mereka ini dikafirkan, atau setidak-tidaknya disesatkan oleh gulungan Katholik.

ALLAH DAN YAHWEH KATHOLIK BERLAINAN SEKALI HAKIKATNYA:

Jelas sekali ALLah bukanlah kalimah yang digunakan dalam Bible tertua. Jika umat Katholik dan juga yang meyakini trinity, mereka seharusnya tidak menggunakan kalimah ALLah untuk menggantikan kalimah Tuhan. Jelas Tuhan yang mereka yakini bukanlah satu hakikat dengan ALLah Taala yang diyakini umat Islam. Hujah penulis ditulisan pertama dan kedua membuktikan perbezaannya, dengan mengutip statement pendebat Kristen, bahkan ada yang mengaku telah mendalami Bible (Kefassimon dan CosmisBoy). Jelas sekali Tuhan menurut Katholik ialah suatu “keujudan” yang mensosokkan diri menjadi tiga yang saling berbeza, walaupun tidak seorangpun dari mereka yang berani mengatakan trinity itu sosok.

Maka penulis mengatakan bahawa hasrat Katholik menggunakan kalimah ALLah dan meninggalkan kalimah asli Elohim atau Yahweh akan mengundang perdebatan. Bahkan penulis akan meminta seaiapa sahaja dari umat Katholik memberikan satu definasi sejelasnya tentang Tuhan dan juga ALLah. Jika mereka mengatakan definasi ALLah yang mereka mahu gunakan itu sama dengan definasi Islam, penulis akan mendebatnya melalui sistematika theologi Islam secara yang paling wajar, dengan menguji apakah trinity itu menepati definasi Tuhan secara jelas dan tuntas.

Wassalam.

 

7 responses to “(Tazkirah SJ) Kalimah ALLAH adalah milik mutlak Islam dari segi kalimah bahasa dan juga hakikat

  1. Fitri

    08/01/2010 at 1:07 pm

    Sekedar info, di Indonesia penggunaan kalimat Allah dalam terjemahan Alkitab tidak dilarang. Bahkan kata Allah sudah masuk dalam Bahasa Indonesia, jadi tidak bermaksud mendominasi agama apapun atau ingin mendapat pengakuan sebagai Injil yang terdapat dalam Qur’an. Umat Kristen di negara-negara bagian Arab juga banyak yang menggunakan kalimat Allah untuk sebutan Tuhan, bahkan sejak zaman dahulu karena Kristen yang tinggal di negara Arab pun juga berbicara menggunakan bahasa Arab. Jadi bukan sesuatu yang harus di pertentangkan, karena masing-masing agama tahu kalau Allah yang di sembah adalah berbeda.

     
    • SUARAJAGAT

      08/01/2010 at 3:39 pm

      di indonesia memang tak ada satu pun agama yang dominan, kerana ia adalah negara pancasila. Ini berbeza dengan Malaysia yang sejak di awal kemerdekaan lagi telah menetapkan di dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi negara ini.

      Kata Allah adalah nama khas yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu, yang telah mencipta, mentadbir dan memilik alam semesta. Perkataan Allah digunakan dalam agama Islam serta dalam masyarakat Kristian yang berbahasa Arab. Di Indonesia, terjemahan Kitab Bible dalam bahasa tempatan menggunakan perkataan “Allah” untuk menggambarkan Tuhan Bapa mereka walaupun dalam percakapan seharian mereka lebih gemar menggunakan perkataan “Tuhan”.

      Penutur bahasa Arab yang menganut agama samawi, iaitu Islam, Kristian dan Yahudi, menggunakan perkataan “Allah” untuk bermakna “Tuhan”. Arab Kristian tidak ada perkataan lain untuk ‘Tuhan’ selain ‘Allah’.
      Selain itu permohonan penggunaan kalimah ALLAH ini dilakukan oleh Kristian Katholik, sedangkan anda mengambil contoh Kristian Arab yang merupakan unitarian.
      Sedangkan Katholik sendiri tidak mengiktiraf kaum unitarian ini sebagai christian, maka secara tidak langsung menjadikan unitarian sebagai hujah untuk menyokong permohonan Herald dan gereja katholik ini adalah invalid.

      selain itu saya juga menjumpai artikel di bawah ini :
      sumber http://www.kingmessiahproject.com/is_allah_not_God.html

      The God of the Bible Rejects Allah

      Throughout the Holy Scriptures, the prophets of God stressed that there is no god besides Him. According to them, He is the only God. The applicable Scriptural references follow:

      * Exodus 20:2-3 “I am the LORD thy God, which have brought thee out of the land of Egypt, out of the house of bondage. (3) Thou shalt have no other gods before me.”
      * Deuteronomy 6:4 “Hear, O Israel: The LORD our God is one LORD.”
      * Deuteronomy 32:39 “See now that I, even I, am he, and there is no god with me: I kill, and I make alive; I wound, and I heal: neither is there any that can deliver out of my hand.”
      * Isaiah 44:6 “Thus saith the LORD the King of Israel, and his redeemer the LORD of hosts; I am the first, and I am the last; and beside me there is no God.”

      According to John 17:3 Jesus Christ, God’s only begotten Son, confirms that the Father is the one true God. With respect to His Father, Jesus states: “And this is life eternal, that they might know thee the only true God, and Jesus Christ, whom thou hast sent.”

      In no way is John 17:3 to be used to deny Jesus’ Deity. Note: See the Answering the Objections to the Deity of Jesus chapter for an explanation of this verse that actually proves the Deity of the Son. Jesus’ statement in this verse denies the Deity of all others. Since this chapter illustrates that Allah is NOT the God of the Bible, there is only one conclusion that can be made: According to Exodus 20:2-3, Deuteronomy 6:4, Deuteronomy 32:39, Isaiah 44:6, and John 17:3, the LORD God of the Bible and His only begotten Son reject Allah. Allah is not a true G(g)od. Therefore, he is a false god!

       
  2. kata-kata mereka

    08/01/2010 at 4:05 pm

    Mengapa masih wujud percanggahan antara penganut Kristian tentang gelaran kepada tuhan? Sedangkan pada bulan Ogos 2007, seorang paderi Roman Katolik di Belanda, Tiny Muskens telah membuat seruan supaya penganut kristian mengunakan kalimah ‘Allah’ mengantikan tuhan. Namun seruan tersebut telah mendapat tentangan dan bantahan daripada penganut kristian sama ada dalam kalangan Protesten ataupun Katolik. Presiden Liga Katolik Bagi Hak Agama dan Sivil telah membantah saranan tersebut dalam kenyataannya berbunyi:

    “Bishop Martinus Tiny Muskens can pray to “Allah” all he want, but only addlepated Catholics will follow his lead. It is not good sign whwn members of the Catholic hierarachy indulge in a fawning exchange with Muslims, or those of any other religion”

    Manakala Pengerusi General Synod of the Dutch Protestant Church, Gerrit de Fijter juga menolok cadangan Muskens supaya penganut kristian mengunakan kalimah ‘Allah’ dalam kata-katanya berbunyi:

    “I applaud every attempt to encourage dialogue with Muslims, but I doubt the sense of this maneuver”

    Oleh itu, umat Islam perlu mempertahankan kalimah Allah dalam aspek ini agar tidak di’lacur’kan oleh puak-puak yang ingin menjadikan Negara Malaysia Sebagai pengamal Islam Liberal.

     
  3. dinturtle

    10/01/2010 at 8:26 am

    Salam SJ,

    Semuanya bergantung kepada NIAT.

    Seperti kata Fitri, jika di Indonesia dan beberapa bagian Arab menggunakan Allah sebagai gantinama Tuhan – Fine, kita di Malaysia tidak punya apapun masalah. Itu hak mereka kerana perkara itu sudah diterima sebagai normal,tidak menimbul apapun masalah kepada rakyat mereka. Dan kita di Malaysia tidak mahu campurtangan.

    Di Malaysia,’Allah’ adalah nama khas bukannya nama umum. Nama umum bagi god didalam bahasa Malaysia adalah Tuhan. Ini diterima oleh majoriti rakyat Malaysia, tanpa mengira ugama atau kaum, tua atau muda. Di Malaysia, bila kita sebut ‘Allah’, ia difahami sebagai merujuk kepada Tuhan penganut ugama Islam. Satu nama Khas. ‘Allah’ adalah hak umat Islam di Malaysia.

    Jadi bila kurang 1% dari rakyat Malaysia (pada saya ini minoriti)ingin mengambil nama khas Allah ini sebagai merujuk kepada Tuhan ugama Kristian, pastinya ini akan mengguris perasaan umat Islam di Malaysia yang hampir 50% penduduknya. Padahal banyak lagi nama lain yang boleh dipakai – contoh Tuhan, God. Kalau dilihat dari sudut demokrasi (majoriti mengatasi minoriti),atau dari sudut hidup bermasyarakat malah dari sudut logik sekalipun, pastinya ada yang salah/tidak kena dengan tindakan Herald itu.

    Ini bukannya isu ugama Kristian lawan ugama Islam ! Terdapat usaha dari mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menjadikannya satu isu ugama, seolah umat Islam diMalaysia menindas umat Kristian. Jika atas dasar toleransi sekalipun, adakah logik memaksa 50% rakyat mengalah kepada kurang 1% ? Kenapa tidak gesaan untuk toleransi itu ditujukan kepada Herald yang mewakili kurang 1% rakyat ?

    Makanya jika niat Herald itu jujur, seharusnya perkara ini tidak diseret menjadi satu isu besar.

     
    • SUARAJAGAT

      10/01/2010 at 2:26 pm

      terima kasih dinturtle.
      ya, Malaysia telah lama mengamalkan toleransi. Malah amalan hidup majmuk sesama kaum di malaysia cukup harmonis. Ini kerana sejak dari sebelum mencapai kemerdekaan semua kaum telah bersetuju untuk bersama-sama membina negara ini.
      Sebagai sebuah negara Islam, hubungan antara masyarakat muslim dan non-muslim terjalin dan saling hormat menghormati.
      Tiada pernah sekalipun kita melarang mereka melakukan sambutan perayaan. Mereka bebas mengamalkan agama dan tradisi kebudayaan masing-masing.
      Cuti umum diberikan oleh kerajaan sebagai tanda menghormati dan bertoleransi.

      Herald sebenarnya membawa isu yang tidak pernah pun selesai di pihak Katolik sendiri malah sebenarnya ditentang oleh sarjana-sarjana mereka di peringkat antarabangsa.
      Jadi apa niat mereka?

      Namun yang paling menyedihkan kita ialah sikap sesetengah individu muslim yang mengaku mempertahankan kalimah syahadah tetapi tindakan mereka pula sebaliknya.

       
  4. amerqutub

    07/05/2010 at 1:14 pm

    Saudara penulis bagi ana cukup mudah untuk menyelesaikan masalah ini.Kalau kita sedar sejak dari zaman nabi Adam sehingga kezaman Muhammad Rasullullah s.a.w yang telah di Qalamkan di dalam al-Quraan apakah yang di bicarakan, apakah yang di bawa oleh para-para nabi dan para-para Rasul terhadap kaumnya atau pun umatnya. Perintah Allah supaya menyeru umat2 dan kaum2 mereka bahawa Tiada Tuhan Yang Di Sembah Melainkan Allah.Dan supaya umat dan kaum mereka mengaku ke atas kebenaran kalimah tauhid ini.Bagi diri ana jika pihak herald mahu menggunakan nama Allah sebagai Tuhan tidak menjadi hal yang besar kerana itu lah yang sewajibnya. Hanya keingkaran mereka menyembah dah mengakui dan mengucapkan kalimah Tauhid itu yang membezakan mereka dengan muslim. Maka mereka itulah umat2 yang ingkar (Kafirun) sepertimana di dalam ayat Al-Kafirun.
    Malah, ana berpendapat bahawa adalah salah dan terkeluar dari aqidah jika kita seperti mana tulisan penulis menyatakan ada Tuhan lain selain Allah. Sepertikata penulis brahma, jesus ,trinity atau lain lagi sebagai Tuhan.
    Bagi ana langsung tidak mahu mengaku, menyatakan atau menyebut bahawa ada agama lain selain agama islam dan tiada Tuhan lain selain Allah.
    Ana nak tanya penulis adakah Tuhan orang Kristen itu bukan Allah?
    Apakah Tuhan orang Budha itu bukan Allah?
    Apakah Tuhan orang-orang lain itu bukan Allah?

    Kita sambung selepas berikan jawaban.

    Tuhan bagi orang Buddha siapa?……….Allah.

     
    • suarajagat

      07/05/2010 at 11:50 pm

      Terima kasih saudara/i

      artikel di atas saya ‘copy and paste’ dari blog berikut : http://shahil.wordpress.com/2010/01/04/kalimah-allah-adalah-milik-mutlak-islam-dari-kalimah-bahasa-dan-juga-hakikat/
      oleh yang demikian SJ bukanlah penulis artikel ini. Lantas komen saudara anda ini sewajarnya ditanyakan kepada beliau di blog tersebut.

      Malah, ana berpendapat bahawa adalah salah dan terkeluar dari aqidah jika kita seperti mana tulisan penulis menyatakan ada Tuhan lain selain Allah. Sepertikata penulis brahma, jesus ,trinity atau lain lagi sebagai Tuhan.
      Bagi ana langsung tidak mahu mengaku, menyatakan atau menyebut bahawa ada agama lain selain agama islam dan tiada Tuhan lain selain Allah.
      Ana nak tanya penulis adakah Tuhan orang Kristen itu bukan Allah?
      Apakah Tuhan orang Budha itu bukan Allah?
      Apakah Tuhan orang-orang lain itu bukan Allah?

      Penulisan saudara Shahil di atas bukanlah bermaksud adanya tuhan selain ALLAH, tetapi beliau membawa maksud tentang konsep ketuhanan yang dipercayai oleh penganut agama-agama lain.
      ALLAH swt adalah TUHAN sekalian alam. DIA-lah yang menciptakan manusia sejak Adam a.s hinggalah insan terakhir sebelum berlakunya kiamat kelak. Malangnya mereka yang tidak menerima Islam telah menolak ALLAH sebagai TUHAN YANG ESA.
      Kerana itu saya menentang penggunaan kalimah ALLAH oleh agama lain. Wajarkah ALLAH disamakan dengan konsep trinity? Sudah pasti tidak. Penentangan saya ini juga adalah selari dengan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan; juga selari dengan pandangan Ustaz Harun Din.
      Mungkin ada baiknya anda membaca semua artikel saya berkaitan isu kalimah ALLAH ini. Bacalah juga jawapan balas saya kepada komen-komen yang ada.

      anda menyatakan;

      Tiada Tuhan Yang Di Sembah Melainkan Allah.

      saya ingin menegaskan bahawa Tiada Tuhan selain ALLAH.

      terima kasih.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: