RSS

Isu kalimah ALLAH : Bila seorang Pluralis bersuara.

11 Jan

Salam buat semua pembaca. Sekali lagi, penulisan ini saya khaskan kepada umat Islam di Malaysia.

Saya baru sahaja membaca press statement dari seorang individu yang semakin menampakkan belangnya. Saya amat sedih, marah, bengang dengan isi kandungannya yang liberalis dan pluralis. Selain mengaku bersaudara dengan golongan bukan Islam, beliau turut mengeluarkan ayat-ayat al-Quran secara tidak tepat.

Terus terang saya katakan, Suarajagat juga tidak setuju dengan serangan ke atas gereja yamg dilakukan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab kerana perlakuan seumpama itu bukanlah ajaran Rasulullah s.a.w. Di dalam etika peperangan muslim juga, tempat-tempat peribadatan tidak pernah dirosakkan.

Namun kenyataan media yang dibuat oleh individu ini merupakan virus yang lebih bahaya dari H1N1. SJ mengajak pembaca untuk sama-sama meneliti hujah-hujahnya di bawah ini.

Kejadian ini merupakan satu ujian terhadap keazaman semua agama dan kepercayaan yang mahukan keamanan dan rasa saling hormat menghormati. Kita seharusnya sedar Tuhan yang kita sembah merupakan, Tuhan yang sama, Allah SWT, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Ulasan SJ : Bila masa pula Islam, Yahudi dan Kristian menyembah Tuhan yang sama?


Sejarah menunjukkan kepada kita selama 14 abad ini, Muslim yang bertutur dalam bahasa Arab, penganut Kristian dan bangsa Yahudi, masing-masing menyembah Tuhan yang dikenal sebagai Allah. Sementara diakui keresahan umat Islam di Malaysia terhadap penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut agama lainnya, tindakan seumpama menyerang gereja dan mengadakan protes hanya membantut usaha mencari penyelesaian. Jalan terbaik adalah melalui rundingan dan dialog antara agama.

Ulasan SJ :

1. Saya telah menjelaskan tentang perbezaan Kristian berbangsa Arab dengan kaum katolik. Jika kita melihat semula kepada bible, torat, old testament dan new testament di dalam bahasa Hebrew, kita akan dapati kalimah ALLAH tidak pernah wujud di dalamnya. Kata nama khas bagi tuhan yang mereka gunakan adalah Yahweh (Jehovah) manakala kata nama am pula ialah El dan Elohim.

Hal ini telah diterangkan di sini.

2. Dialog antara agama yang dimaksudkan oleh beliau ialah IFC yang merupakan satu gerakan pluralisme. Salah satu cara dan agenda untuk menghapuskan Islam.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah. ” (Ali-Imran, 3:64)

Ulasan SJ :

Beliau mengambil ayat ini sekerat dan menutup sebahagian yang lain! Kita lihat sepenuhnya firman ALLAH itu dan saya berani mencabar kalian pembaca untuk membuka kitab tafsir al-Quran atau terjemahan, lihatlah sendiri.

Firman ALLAH s.w.t bermaksud :

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”. (Ali-Imran, 3:64)

Perkataan ‘Kalimah’ tersebut bermaksud kesaksian atau lebih tepat ialah 2 kalimah Syahadah. Persoalannya, mengapa beliau menutup sambungan ayat tersebut?

Beliau kemudiannya mengambil ayat dari surah al-Ankabut;

Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri. (al-Ankabut, 29:46).

Ulasan SJ :

Dalam ucapannya itu beliau menggunakan ayat ini untuk memperlihatkan bahawa Islam,Yahudi dan Nasrani sama-sama menyembah ALLAH. Walhal maksud ayat tersebut adalah berlainan.

“dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu;”

Perkataan Satu di sini bukanlah bermaksud tuhan yang sama tetapi ianya memberi maksud, “Allah subhanahu-wa-ta’ala; Tuhan Yang Satu, Yang Maha Esa”. ALLAH s.w.t menjelaskan bahawa Ahli Kitab telah menzalimi diri mereka kerana tidak menyembah Tuhan Yang Satu dan tidak menerima Al-Qur’an Al-Hakim.

Kian hari, kian ramai yang terpengaruh dengan hujah-hujah golongan Liberalis ini. Hujah mereka kelihatan ilmiah dan islamic di mata kasar tetapi sebenarnya penuh dengan penipuan dan penggunaan dalil yang tidak tepat dengan isi kandungan al-Quran al-Karim.

Yang paling menyedihkan kita ialah sikap sesetengah individu muslim yang mengaku mempertahankan kalimah syahadah tetapi tindakan mereka sebenarnya adalah sebaliknya. Adakah mereka ini topeng-topeng syaitan di muka bumi?

Memandangkan beliau adalah seorang pengkagum Bapa Pluralis Indonesia (Gusdur).  Maka saya tampilkan klip video di bawah sebagai renungan.

Apakah ini yang kita mahukan berlaku?

 

8 responses to “Isu kalimah ALLAH : Bila seorang Pluralis bersuara.

  1. Ustazker

    11/01/2010 at 8:58 pm

    Assalamualaikum…

    Dewasa ini kita dapat melihat kebanyakan pemimpin mula mendapat jalan buntu dalam menegakkan prinsip terutamanya pemimpin berparti dalam hal-hal sensitiviti. Mereka bersuara agar bertindak benar, jujur dan adil untuk semua namun apabila isu sensitif berlaku dan dicucuk-cucuk oleh orang rapat mereka tewas dalam kendiri keadilan.

    Inilah padahnya apabila tidak memahami perlembagaan secara jelas dan terang. Untuk bersikap adil perlu berani dan telus bukan kesamarataan dalam sesuatu perkara. Jika ada anak lelaki dan perempuan bukan belikan mereka songkok atau tudung agar bertindak adil pada kedua-duanya, malah adil itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    Mengikut perkara 3 dalam perlembagaan persekutuan jelas menunjukkan bahawa agama Islam itu adalah agama negara Malaysia. Makanya disini agama Islam itu berbeda dengan agama-agama yang lain. Islam perlu dilihat sebagai pokok Jati yang tinggi, tegap, terang, berbanding pokok-pokok yang lain di dalam hutan. Kendatipun ingin menunjukan reaksi berbaik-baik dalam berparti walau berbeda agama kononya ingin toleransi perlu juga terbatas. Surah Al-Kafirun jelas memurnikan kalimah ALLAH 1400 tahun yang dulu, masakan kita ingin lihat ianya rapuh atas kerana berparti?

    Perkara ini sebenarnya dapat di atasi jika semua ngerti akan erti perlembagaan persekutuan namun perkara berikut tidak diatasi oleh kerajaan malah suka dan bangga apabila rakyatnya tuli dan buta perlembagaan.

     
    • suarajagat

      11/01/2010 at 9:14 pm

      dari satu sudut, press statement ini juga cuba membuta-tulikan masyarakat.
      Pandangan SJ ialah semua pemimpin yang mengaku mengucap 2 kalimah syahadah wajar bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini. bukan menuding jari kepada satu sama lain.
      Di akhir hayat Baginda s.a.w, telah ada individu yang mengaku diri sebagai nabi (nabi palsu).
      Maka apakah kerana itu kita mahu mempersalahkan Rasulullah s.a.w?
      Demikian juga di zaman Abu Bakar.

      Oleh yang demikian, adalah wajar semua pihak bertanggungjawab mempertahankan kemurnian dan kesucian Islam. Bukan setakat tahu bercakap dan mempermainkan firman-NYA.

      Cabaran saya, apakah akan ada yang berani menangkap individu ini yang layak digelar Bapa Pluralisme Malaysia atas sebab menyampaikan doktrin palsu atau ajaran sesat Islam Liberal?
      Saya tiada bidang kuasa di tangan. Maka yang mempunyainya wajib bertindak.🙂

       
  2. dinturtle

    13/01/2010 at 12:16 am

    Salam SJ,

    http://news.malaysia.msn.com/regional/article.aspx?cp-documentid=3785896

    Nampak gayanya ada usaha nak panaskan lagi keadaan… sengaja tu!

     
    • suarajagat

      13/01/2010 at 11:48 am

      Saudara dinturtle,
      bagi saya, ia jelas menggambarkan niat tersembunyi mereka.
      Jelas menampakkan mereka sebenarnya tidak tahu menghormati Perlembagaan dan masyarakat Malaysia.
      Tiada sebab untuk 91% (majoriti) mengalah kepada 9%.

      Teringat pula saya tentang sejarah al-Ahzab dan Khaibar…
      Mungkin sudah masanya untuk kita membina khandak yang menjadi garis persempadanan.

       
  3. kata-kata mereka

    13/01/2010 at 5:10 pm

    Berjuang tetap berjuang…

    Malam-malam kita menyuluh,
    Suluh cahaya ditepi jeti,
    Bukan kita mencari musuh,
    Musuh datang kita menanti.

     
    • suarajagat

      13/01/2010 at 8:00 pm

      terima kasih saudara…cantik pantun tu..
      tapi saya x pandai pula nak membalasnya..🙂

       
  4. mereka yang kata

    14/01/2010 at 9:33 am

    Berjuang,berjuang. ..
    Engkau ingin berjuang
    Tapi tidak mampu menerima ujian
    Engkau ingin berjuang
    Tapi rosak oleh pujian
    Engkau ingin berjuang
    Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan
    Berjuang,berjuang. ..

    Engkau ingin berjuang
    Tapi tidak begitu setiakawan
    Engkau ingin berjuang
    Tapi tidak sanggup berkorban
    Engkau ingin berjuang
    Tapi ingin jadi pemimpin
    Engkau ingin berjuang
    Menjadi pengikut agak segan
    Engkau ingin berjuang
    Tolak ansur tidak engkau amalkan
    Engkau ingin berjuang
    Tapi tidak sanggup terima cabaran
    Engkau ingin berjuang
    Kesihatan dan kerehatan tidak engkau korbankan
    Berjuang,berjuang. ..

    Engkau ingin berjuang
    Tapi tidak mampu menerima ujian
    Engkau ingin berjuang
    Tapi rosak oleh pujian
    Engkau ingin berjuang
    Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan
    Berjuang,berjuang. ..

    Engkau ingin berjuang
    Masa tidak sanggup engkau luangkan
    Engkau ingin berjuang
    Kerenah isteri tidak kau tahan
    Engkau ingin berjuang
    Rumah tangga lintang pukang
    Engkau ingin berjuang
    Diri engkau tidak engkau tingkatkan
    Engkau ingin berjuang
    Disiplin diri engkau abaikan
    Engkau ingin berjuang
    Janji kurang engkau tunaikan
    Engkau ingin berjuang
    Kasih sayang engkau cuaikan
    Engkau ingin berjuang
    Tetamu engkau abaikan
    Engkau ingin berjuang
    Anak isteri engkau lupakan
    Engkau ingin berjuang
    Ilmu berjuang engkau tinggalkan
    Engkau ingin berjuang
    Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

    Engkau ingin berjuang
    Pandangan engkau tidak diselaraskan
    Engkau ingin berjuang
    Rasa bertuhan engkau abaikan
    Engkau ingin berjuang
    Iman dan taqwa engkau lupakan

    Yang sebenarnya apa yang hendak engkau perjuangkan

     
  5. shahil

    26/01/2010 at 6:01 am

    Assalaamualaikum dan salam hormat.

    Gulungan pluralism ini haruslah bertaubat dan kembali kepada asas Islam yang sebenar. Kerana untuk berkata sesuatu haruslah mempunyai ilmu. Jika tidak mempunyai ilmu bagaimana ia mahu berkata-kata tentang sesuatu. Beilmu pula harus melalui sistematika yang sebenar bukan fikir tanpa sistem.

    Manafsir al-Quran tidak boleh sama sekali sekerat-sekerat seperti rakan di atas sana tu.

    Apakah rakan di atas sana sanggup masuk ke kuil Hindu menyembah sembahan Hindu itu?

    Yang benar berkatanya dong.

    Wassalam
    http://shahil.wordpress.com

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: