RSS

NII KW9 Di Mahkamah Syariah Seremban (Siri 1)

15 Jan

Ramai pihak yang meminta saya membuat ulasan tentang perjalanan kes penangkapan ahli dan pimpinan NII yang berlangsung di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan. Memandangkan begitu ramai yang ingin mengetahui perkembangannya, termasuklah komen yang diterima, maka SJ akan memaparkan serba sedikit isi penting perbicaraan.

Untuk pengetahuan pembaca, perbicaraan telah diadakan pada hari Isnin (11/1/2010) yang lalu. Di dalam kamar mahkamah, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengajar tanpa tauliah dan menyebarkan fahaman sesat.

Pihak mahkamah pada mulanya telah memutuskan untuk menyambung perbicaraan kes ini pada bulan Mac 2010. Bagaimanapun pihak peguambela  menyatakan bahawa beliau sibuk dan jadualnya penuh pada bulan Mac 2010.

Setelah mendengar hujah daripada pihak peguambela, Yang Arif Hakim telah menyuruh peguambela untuk mengemukakan tarikh yang sesuai agar perbicaraan dapat dilaksanakan sebelum Mac 2010.

Perbicaraan ditangguhkan sehingga tarikh yang akan diketahui kelak.

Perbicaraan kes ini adalah lanjutan dari penangkapan pimpinan NII Wilayah Malaya di Bandar Seremban 2 pada tarikh 9 Ogos 2009 yang lalu. Mereka didakwa atas tuduhan mengajar tanpa tauliah dan menyebarkan ajaran yang bertentangan dengan Islam.

 

One response to “NII KW9 Di Mahkamah Syariah Seremban (Siri 1)

  1. Mantan nii

    30/01/2010 at 8:07 pm

    http://niikw9.wordpress.com/ semoga saudara-saudara yg tersesat & terjebak di dalamnya segera tersadar & kembali pd keluarga, salam from jakarta indonesia

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: