RSS

Isu Kalimah ALLAH : Mengenal 2 Pengkhianat.

27 Jan

Isu penggunaan kalimah ALLAH seolah tiada penghujungnya. Setiap hari, isu kalimah ALLAH masih terus mendapat liputan dan masyarakat umumnya menanti satu keputusan yang konkrit dibuat bagi menghentikan kebingitan ini.

Di kala isu ini diperkatakan oleh pelbagai pihak, penulis ingin sekali menyeru pembaca khususnya umat Islam di Malaysia untuk sama-sama memperhatikan dan mengenalpasti para pengkhianat agama, bangsa dan negara yang wujud di sekeliling kita. Jika di zaman Perang Dunia Kedua dahulu, adanya ‘anjing penjajah’, maka mereka ini juga tidak terkecuali dari sifat jijik itu.

NOMBOR 1

Dia merupakan bekas orang kuat kerajaan. Malah kelantangan lidahnya amat dikenali sejak di zaman universiti.

12 tahun lalu beliau ditendang dari menjawat jawatan kerajaan atas pelbagai kesalahan. Pada ketika itu, berlaku riot mungkin juga antara yang terburuk pernah berlaku di negara ini. Ramai pihak yang menyalahkan pemimpin no.1 negara pada waktu itu. Namun hari ini, kita melihat kewajaran pemecatan beliau dari kerusi empuk kerajaan.

Dalam kenyataan rasmi berkaitan isu kalimah ALLAH, beliau menyatakan sokongan terhadap golongan Kristian yang berhajat menggunakan nama ALLAH di dalam Bible. Hal ini menjelaskan lagi kesesatan beliau bertunjangkan Islam Liberal. Malah beliau juga menyokong IFC.

Selain itu, isu agama ini telah dipermainkan dan dipolitikkan lantas terus menuding jari menyalahkan pihak kerajaan.

Mengapa tidak pula mempersalahkan dirinya sendiri yang secara terang-terangan merosakkan kefahaman Islam di Malaysia? Mengapa tidak beliau katakan bahawa ini berlaku atas kegagalannya melaksanakan gagasan masyarakat madani yang pernah dicanang dahulu? Dan akhirnya, gagasan tersebut tidak pernah kedengaran lagi. Yang ada hari ini ialah gagasan Islam Liberal, wacana yahudi dan zionis yang dipujanya.

NOMBOR 2

Dirinya sering mendapat liputan media. Malah gaya dan caranya ala-selebriti. Sejak dari awal lagi, beliau seorang yang suka mencuri perhatian orang ramai.

Beberapa minggu sebelum isu kalimah ALLAH ini hangat, kisah beliau yang ditangkap pihak berkuasa atas kesalahan mengajar tanpa tauliah menjadi buah mulut masyarakat. Ahli-ahli politik yang cacar marba dan meraba-raba tentang hal agama mengangkat beliau sebagai ulama. Individu ini turut dikaitkan dengan fahaman wahabbi. Penyelewengan akidah yang dilakukan beliau diselimuti doktrin palsu bahtera tajdid. Individu yang amat teringin digelar ulama ini juga disokong kuat oleh golongan Islam Liberal.

Dalam isu kalimah ALLAH, beliau membuat kenyataan rasmi membenarkan penggunaan kalimah tersebut oleh masyarakat bukan Islam dan untuk tidak kelihatan begitu ketara, beliau mencadangkan beberapa garis panduan.

Malangnya, tiada siapapun yang mengendahkan garis panduan itu. Malah, beliau sendiri tidak mampu memberi jaminan bahawa garis panduan itu akan dipatuhi hingga kiamat.

Statement yang dilakukan oleh individu ‘perasan’ ulama ini membuka tembelangnya, memperlihatkan pemesongan dan kelonggaran kefahaman beliau tentang akidah Islam.

Kesombongan, sifat bongkak dan egonya kian hari kian kelihatan.

Ulasan SJ : Masyarakat harus berwaspada dengan 2 orang individu ini. Kedua-duanya amat pandai memukau bicara. Jangan jadikan diri kita mangsa musang berbulu ayam.

 

2 responses to “Isu Kalimah ALLAH : Mengenal 2 Pengkhianat.

  1. din

    25/02/2010 at 7:23 am

     
    • suarajagat

      25/02/2010 at 6:53 pm

      terima kasih din atas info tersebut

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: