RSS

Anti hadis dan NII

04 Feb

Sepanjang membuat siasatan dan kajian berhubung kesesatan Negara Islam Indonesia (NII), antara soalan yang sering saya dengari ialah “adakah NII/GPK/DIN berfahaman anti hadis?”

Biarpun pengikut dan pimpinan NII sering menafikan hal ini dengan alasan bahawa mereka mengikut al-Quran dan sunnah, namun hakikatnya NII a.k.a Gerakan Pemuda Kahfi (GPK) tetap juga berfahaman anti hadis. Antara perkara yang dapat kita lihat ialah kedua-dua ajaran NII dan anti hadis menolak perlaksanaan ibadah solat 5 waktu sehari semalam dengan alasan bahawa ibadah tersebut tidak dinyatakan oleh ALLAH di dalam al-Quran al-karim.

Kedua-dua ajaran ini juga memperdayakan mangsa/prospek dengan menggunakan ayat al-Quran dan mengintepretasikan mengikut selera dan kehendak mereka.

Malah sejak akhir-akhir ini, kedua-dua ajaran di atas sering mempertikaikan kedudukan Kaabah sebagai kiblat umat Islam.

Perkara yang amat malang sekali ialah apabila semakin ramai anak muda yang terpengaruh dengan ajaran ini. Anak-anak muda ini pula terdiri dari golongan profesional yang bekerja dalam sektor awam dan swasta. Justeru, pihak berkuasa wajib bertindak tegas bagi menyelamatkan akidah masyarakat dari dibelenggu kesesatan Gerakan Pemuda Kahfi/ NII dan anti hadis ini.

Mereka yang menjadi pengusaha forum emindakita , website e-bacaan dan para pimpinan NII di Malaysia sewajarnya ditangkap dan menerima hukuman berat. Masyarakat pula haruslah memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Ayuh!!! Kita banteras kesesatan…

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: