RSS

(Tazkirah SJ) – Ahli Sunnah Wal Jamaah (Bhg.1): Jalan Yang Benar

05 Feb

Muktahir ini kita seringkali mendengar seruan pelbagai pihak yang mengungkapkan kata-kata ‘kembali kepada al-Quran dan sunnah’. Pelbagai tema dan cara digunakan. Ada di antaranya menggunakan istilah bahtera tajdid, mendirikan Daulah Islamiyyah, toleransi agama dan sebagainya. Namun adalah amat mengecewakan apabila kita mendapati seruan-seruan ini sebenarnya digunakan bagi mengaburi mata hati masyarakat terhadap kesesatan dan penyelewengan ajaran Islam oleh golongan-golongan ini.

Golongan wahabbiyah/salafi dan ajaran-ajaran sesat seperti Gerakan Pemuda Kahfi (GPK)/Negara Islam Indonesia (NII), anti hadis dan sebagainya sering mendakwa bahawa umat Islam di Malaysia tidak mengikut ajaran Rasulullah s.a.w dalam pelbagai perkara mencakupi persoalan akidah, syariat dan juga ibadah. Walhal sebenarnya mereka inilah yang mengingkari syariat agama ALLAH s.w.t serta sunnah dan ajaran Rasulullah s.a.w.

Justeru, saya mengambil inisiatif untuk menulis tentang Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) secara berperingkat-peringkat sebagai satu alternatif buat pembaca dan masyarakat mengenali dan memahami apa dan siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

gambar hiasan

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.” (Surah Ali-Imran :102).

DEFINISI SUNNAH.

As-sunnah di dalam bahasa Arab bermaksud ath-thariqah, yang bererti kaedah, kebiasaan, perjalanan hidup, atau perilaku.

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Barangsiapa yang melakukan sunnah baik dalam Islam, maka selain memperoleh pahala  bagi dirinya, juga mendapat pahala daripada orang yang mengamalkan sesudahnya, tanpa mengurangi sedikit pun pahala mereka. Dan barangsiapa yang melakukan sunnah yang jijik dalam Islam, maka selain mendapat dosa bagi dirinya, dia juga memperoleh dosa orang yang melakukan sesedahnya, tanpa mengurangi sedikit pun”.

Menurut ahli usul, sunnah ialah “sesuatu yang dinukil daripada Nabi s.a.w  secara khusus. Tidak ada nasnya dalam al-Quran, tetapi dinyatakan oleh Nabi s.a.w sekaligus merupakan penjelasan awal  isi al-Quran” (as-Syatibi, al-Muwafaqat)

Pengertian sunnah didasarkan atas dalil syar’i, baik yang terdapat di dalam al-Quran mahupun yang berasal dari Rasulullah s.a.w atau merupakan ijtihad para sahabat r.a seperti mengumpulkan musyhaf, menetapkan pembacaan al-Quran dengan satu bahasa dan membukukannya.

Untuk membahas ilmu ini, para ulama hadis telah menyusun kitab-kitab sunnah. Istilah sunnah menurut ulama hadis mutakhirin lebih ditekankan kepada aspek akidah kerana aspek ini di anggap begitu penting, termasuk bahaya penyelewengannya. Namun jika diperhatikan dengan saksama, lafaz ini lebih merujuk kepada jalan hidup Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a baik dari sudut ilmu, amal, akhlak ataupun dari segi kehidupan lainnya.

Kerana itu, al-Fudhail bin Iyadh mengatakan “ahli sunnah ialah orang-orang yang terkenal hanya mahu memakan makanan yang halal. Dan memakan makanan yang halal merupakan perilaku yang paling penting dalam sunnah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w dan para sahabat baginda”

SJ berhenti dahulu di sini. Penulisan berkaitan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) akan disambung pada siri yang akan datang. Segala yang baik datangnya dari ALLAH, manakala kekurangan dan kesilapan itu datangnya dari diri manusia sendiri. Wallahu alam.

*sambungan seterusnya di : Ahli Sunnah Wal Jamaah (Bhg.2)

 
34 Comments

Posted by on 05/02/2010 in Ahli Sunnah Wal Jamaah

 

34 responses to “(Tazkirah SJ) – Ahli Sunnah Wal Jamaah (Bhg.1): Jalan Yang Benar

  1. Cinta Illahi

    05/02/2010 at 12:15 pm

    Sj tlg jgn kaitkan NII dengan SALAFI. harap SJ p kaji dlu pucuk pangkal kewujudan SALAFI dan Ahli Sunnah Wal Jamaah.. Saya hargai usaha SJ menentang NII, tetapi banyak statement yg mengelirukan pembaca sbb SJ sendiri nampaknya x faham ape itu ASWJ dan Salafi.

     
    • suarajagat

      05/02/2010 at 12:39 pm

      terima kasih saudara/i…
      saya tidak menyamakan NII dengan golongan Wahabiyyah atau salafi. Ini kerana NII adalah puak neo-muktazilah.

      Bagaimanapun apa yang disebutkan oleh SJ dlm posting di atas ialah untuk menerangkan kepada masyarakat apa dan siapakah ASWJ. Ia sebagai panduan dalam melihat perbezaan antara ASWJ dengan firqah-firqah yang lain.

      Setakat ini saya baru menulis tentang definisi sunnah sahaja. ia hanyalah 1%-2% dari perancangan penulisan. Oleh yang demikian, diharap anda bersabar dan terus mengikuti penulisan saya ini.

      terima kasih.🙂

       
      • 73 golongan

        09/02/2010 at 12:13 pm

        Sj ni tak abis2..nak menentang..cuba istifar bnyak2…cube tngok apa yg kamu lakukan dan apa yg mereka lakukan…cuba paham, apa yg al quran cuba smpaikan..kalau Rasulullah tak berjuang menegakkan islam dengan cara mcm ni, mcm mane lg caranya??

         
  2. al-kahfi

    05/02/2010 at 1:02 pm

    kalo ko pegi mekah Sheikh Uthmain, Ben Baz, Albani tu tokoh2 diorang. ko kene solat lagi sekali la pasal diorang tu “sesat” betul tak.

    macam mana nak bermakmum dengan orang salafi, kalo diorang sesat

    NII KW IX lain, 100% beza.

     
  3. suarajagat

    05/02/2010 at 3:54 pm

    semoga link dan statement rasmi dari pihak JAKIM ini dapat difahami :

    http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=892

     
  4. arif

    05/02/2010 at 4:59 pm

    Takbiiiiirrr…..Allahuakbar. ingat saudara/i kiamat semakin dekat. adalah penting untuk kita berada di dalam golongan yang benar daripada 71 golongan umat Islam diakhir zaman (sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi kita s.a.w) renungkan dalam diri. adakah kita sekarang dalam golongan tersebut.

     
  5. al-kahfi

    05/02/2010 at 11:29 pm

    JAKIM dengan Zamihan mana ngam dgn salafi..ape daaa

     
  6. al-kahfi

    05/02/2010 at 11:31 pm

    statement JAKIM tu ade yg kurang tepat…

     
  7. suarajagat

    06/02/2010 at 2:40 am

    buat sidang pembaca..
    sebagaimana yang saya katakan, penulisan ini bermaksud utk menjelaskan ASWJ kpd masyarakat. Dan apa yang tertera di atas hanya sekitar 2% dari keseluruhan yang akan ditulis.
    oleh yang demikian, teruskanlah membaca.

     
  8. Lu Fikir Lah Sendiri

    07/02/2010 at 2:20 pm

    Yang penting mencari redha Allah mengikut apa yang ada dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan mengkafirkan antara satu sama lain. Wahabi bukan SESAT. Cume golongan mereka ini lebih extream untuk mengkafirkan orang yang tidak berfahaman mereka. So tidak perlulah solat dua kali jika berimamkan mereka seperti yang didakwakan oleh si al-kahfi.
    Pesanan saya agar berdiskusilah secara ilmiah demi perpaduan ummah dalam meraih keredhaan Allah bukan mencari kesalahan semata-mata demi menegakkan benang yang basah. Makanya, lu fikir lah sendiri.

     
    • suarajagat

      07/02/2010 at 3:58 pm

      terima kasih saudara..
      benar seperti yang anda nyatakan. Dari sudut fekah, wahabi tidak dikira sesat kerana masih lagi mengikuti mazhab hanbali. Biarpun begitu, ia lebih extream dari ibnu taimiyyah malah sangat cenderung kepada mengkafirkan orang lain yang tidak sealiran dengan mereka.

      Memandangkan di era globalisasi ini sedikit sebanyak aliran pemikiran lain seperti wahabi, syiah, muktazilah dan mushabbihah (cthnya : islam liberal dan NII adalah cetusan muktazilah dan musyabbihah) mula masuk ke tengah-tengah masyarakat Islam di Malaysia, maka saya memilih untuk menulis tentang ahli sunnah wal jamaah di blog ini sebagai bahan bacaan dalam usaha memantapkan kefahaman terhadap ASWJ.

      Ini kerana saya berpendapat bahawa masyarakat seharusnya memahami sedalam-dalamnya ASWJ terlebih dahulu sebelum terlalu mudah menerima aliran pemikiran lain.
      Ini secara tidak langsung menjadi benteng mempertahankan kefahaman Islam dari mudah terjerumus ke dalam falsafah pemikiran yang diserabuti dengan unsur pluralisme, kristianisasi, yunani, sorcrates dan plato.

      Dakwaan yang mengatakan saya tidak faham atau tidak mengetahui pucuk pangkal ASWJ dan salafi adalah kurang tepat kerana pengkajian tentang perbezaan mazhab ilmu kalam dan perbandingan agama telah saya lakukan sedekad yang lalu.

      Islam merangkumi tiga tiang seri utama iaitu akidah,syariat dan akhlak. Kita bukan hanya perlu betul dari sudut akidah dan syariat sahaja. Tetapi kita juga mesti mempunyai akhlak yang sangat baik kerana Rasulullah s.a.w berakhlak mulia lagi terpuji.

      Wallahu alam.

       
  9. Bicara Wanita

    08/02/2010 at 12:58 pm

    Maklumat terlalu sedikit dan tidak menyokong. maklumat ini kalau untuk kajian ilmiah tidak dibolehkan tetapi untuk bahan sokongan bacaan amat baik. Kerana kita lihat banyak blog cerita pasal ajaran sesat jer, cerita pasal ASWAJA (ASWJ) tak ada pula. Apa-apa pun harapan saya wakil wanita agar diperbanyakan lagi penghujahan dan info maklumat berkaitan ASWAJA dikeluarkan lagi supaya tidak timbul kekeliruan dari bloger atau pembaca yang lain. Garapan penulis juga perlu lebih terbuka dan jelas.

     
    • suarajagat

      08/02/2010 at 1:46 pm

      terima kasih saudari…
      sememangnya, penulisan ini akan disambung pada setiap minggu yang menjelaskan tentang ASWJ. Buat masa ini saya akan jelaskan tentang definisi perkataan dahulu. Seterusnya akan disambung tentang perkara-perkara selanjutnya.
      terima kasih kerana membaca dan teruslah mengikuti blog ini.

       
  10. suarajagat

    09/02/2010 at 12:30 pm

    73 golongan :

    Sj ni tak abis2..nak menentang..cuba istifar bnyak2…cube tngok apa yg kamu lakukan dan apa yg mereka lakukan…cuba paham, apa yg al quran cuba smpaikan..kalau Rasulullah tak berjuang menegakkan islam dengan cara mcm ni, mcm mane lg caranya??

    73 golongan,

    saya menentang NII/GPK kerana ianya bercanggah dengan kefahaman Islam yang sebenar. Penafsiran secara hermaneutics yang kalian lakukan adalah mencontohi kaedah penafsiran Bible yang dipelopori oleh kelompok protestant.

    Ajaran dalam NII/GPK jelas bertentangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w dan NII/GPK adalah sebahagian dari Islam Liberal yang merupakan natijah dari usaha missionary kristian dan yahudi untuk merosakkan umat Islam.

     
  11. PR HR

    10/02/2010 at 12:41 pm

    salam
    pe cite ngan kes abi2 y kne tangkap kt n9?
    snyap j.

     
    • suarajagat

      10/02/2010 at 11:35 pm

      Pada 11 Januari 2010 yang lalu prosiding mahkamah telah berlangsung. Saya telah menulis tentang hal tersebut di sini (sila klik)

      Buat masa ini, SJ belum lg menerima maklumat tentang tarikh perbicaraan seterusnya.

       
  12. al-kahfi

    10/02/2010 at 7:10 pm

    Lu Fikir Lah Sendiri :
    Yang penting mencari redha Allah mengikut apa yang ada dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan mengkafirkan antara satu sama lain. Wahabi bukan SESAT. Cume golongan mereka ini lebih extream untuk mengkafirkan orang yang tidak berfahaman mereka. So tidak perlulah solat dua kali jika berimamkan mereka seperti yang didakwakan oleh si al-kahfi.
    Pesanan saya agar berdiskusilah secara ilmiah demi perpaduan ummah dalam meraih keredhaan Allah bukan mencari kesalahan semata-mata demi menegakkan benang yang basah. Makanya, lu fikir lah sendiri.

    bukan dakwa,aku timbulkan persoalan

     
  13. PR HR

    12/02/2010 at 9:29 am

    ok trime ksih dgn info kes abi2 tu
    klu ad info silelah bgtau lg

     
  14. abraham

    17/02/2010 at 1:35 pm

    salam untuk semua..perhatikan apa yg dah berlaku di bumi,malaysia khususnya..bencana pemanasan global makin menampakkan impaknye..suhu kepanasan meningkat..krisis air akan berlaku..isu yg membuatkan masyrakat bingung..anak di buang + di bakar..lihat apa yg berlaku di perak, penang dan selangor..ketidakstabilan politik..isu rasuah..dan isu2 yg berlaku dlm blog ini…pertelingkahan sesama sendiri, berdebat, masing2 rasa dirinya benar, ini kah yg di katakan bangsa bersatu…knape ini berlaku?..sekadar buat renungan..wslm

     
  15. Bersatu

    19/02/2010 at 11:49 am

    apa ertinya bersatu meskipun dosa dan noda sealiran. apa erti gah dan teguh andai durjana diimpikan. bukalah ruang minda dema abraham, jangan terlalu jumut memikirkan. Kawe ngerti tujuan dema tapi pokok panggalnya tiap individu itu perlu berubah dan mencari perubahan ke arah satu perbuatan yang lebih baik, aman dan sejahtera. Apa yang berlaku dewasa ini sebenarnya kesan perubahan yang besar sedang berlaku dan mula berubah. maka ikutilah perubahan jangan ketinggalan. sekian

     
  16. abraham

    22/02/2010 at 3:45 pm

    salam

     
  17. abraham

    22/02/2010 at 3:55 pm

    maksudnya dema tak bole bersatu la ya…siapa individu yg nak berubah tu dan yg nak cari perubahan tu, jk ada ini ker cara utk cari perubahan…aman n sejahtera??? apa sebenarnya kesan perubahan besar yg sedang berlaku dan mula berubah Tu?? bole bersatu citer kan..jelaskan lah pd sy..mesti saudara org yg tahukan dan tak jumut

     
  18. abraham

    22/02/2010 at 4:04 pm

    Salam saudara sj boleh jelaskan kefahaman sebenar tntg rukun iman dan rukun islam…sebelum ni sy x faham la..terpesong aqidah..masalahnya aqidah tu apa sebenarnyaa? bole sesiapa jelaskan..

     
    • suarajagat

      23/02/2010 at 5:46 pm

      insya’ALLAH akan dijelaskan mengenai perkara-perkara tersebut dalam artikel-artikel akan datang

       
  19. F4124L

    21/03/2010 at 8:46 pm

    salam sj..

    cadangan: buat langanan email utk meyenangkan pembaca..

     
    • suarajagat

      22/03/2010 at 12:30 pm

      terima kasih saudara..
      saya akan cuba laksanakannya

      update :
      saya telah sediakan email subcribtion untuk memudahkan pembaca mendapatkan berita terkini di blog SUARAJAGAT.

      Caranya mudah :
      Taipkan email anda dan kemudian klik sign me up.

       
  20. hasan

    24/11/2010 at 9:35 am

    sepertinya komentar saya masuk spam, mohon di approve

     
    • suarajagat

      24/11/2010 at 11:51 am

      hasan,
      saya akan cuba check kembali komen2 di spam sekiranya ada.
      tq

       
  21. hasan

    28/11/2010 at 6:03 pm

    saya no cooment lah mengenai NII, tapi mengenai Wahabi/Salafi yang anda golongkan sesat ada baiknya anda membaca secara berimbang, apa yang dikatakan JAKIM adalah satu sisi tapi coba lihat perkataan ulama lain (lihat misal pembelaan Ibnu Hajar kepada Ibnu Taimiyyah termasuk pembelaan terhadap aqidah ibnu Taimiyyah ketika beliau dituduh tajsim) apalagi sumbernya dari KH Sirajjuddin Abbas. Terus terang saya pernah membaca buku ini (tidak semuanya)dan isinya kebanyakan fitnah dan bukan sebenarnya : (lihat website syaikhulislam.wordpress.com/2010/03/09/teguran-untuk-as-subki, syaikhulislam.wordpress.com/2010/03/09/kerap-kafirkan-ibnu-taimiyah-pengarang-kifayatul-akhyar-panen-teguran, syaikhulislam.wordpress.com/2010/03/03/ibnu-taimiyah-dikafirkan-ibnu-hajar-meradang)

    Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah
    memang ada aturan yang seperti ini ? saya saja yang salafi tidak pernah ada doktrin seperti itu. Yang benar mengkuti salafus sholih (salaf Al Awwal)

    Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab malah boleh menampal antara satu sama lain (Talfiq).
    ini juga tidak benar, tidak ada larangan berpegang mada mahdzab yang tidak boleh adalah taqlid buta terhadap mahdzab misal jika suatu saat dia tahu bahwa suatu pendapat dalam mahdzabnya ternyata salah atau kurang kuat dibanding yang lain maka dia harus rujuk. Dalam hal menambal satu sama lain dalam hal ini benar yaitu mengikuti pendapat paling shahih.

    Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias.
    ini jelas ngawur, wong saya salafi saja diajarkan mengenai berhukum dengan ijma’ shahabat atau ijma’ ulama salaf. wong ulama salafi/wahhabi juga banyak menentukan hukum dengan qiyas

    Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan)
    ini betul kalau yang dimaksud perantara adalah orang yang sudah meninggal

    Melarang ziarah kubur walaupun maqam Rasulullah s.a.w. Kerajaan Arab Saudi membenarkan Jemaah Haji dan Umrah menziarah Maqam Rasulullah itu adalah atas dasar menziarahi Masjid Nabawi.
    ini ngawur, ziarah nabi itu sunnah siapa yang mau melarang ? yang dilarang itu adalah bertabarruk kepada Rasul sedangkan beliau sudah wafat. Jadi yang boleh hanya bersholawat kepada beliau atau berziarah dari jauh hanya tujuannay untuk berziarah ke makam Rasulullah sebagaimana dijelaskan Imam Abu Dawud

    Menghancurkan tugu-tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik
    Umar Bin Khatab juga mengahancurkan “tugu-tugu” peringatan misal pohon yang digunakan untuk baiat karena ada indikasi bahwa pohon itu diagungkan. Memang penting mana kemusyrikan atau tugu sejarah ?

    Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya.
    tergantung qasidahnya, kalau sekelas sholawat nariyyah ya jelas dilarang karena banyak memuji Rasulullah secara berlebihan

    Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Isra’ Mikraj dan lain-lain
    kalau ini memang betul (^_^) karena memang tak diajarkan Rasulullah dan para shahabat

    Fahaman Asa’ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh
    Ini juga betul, salafi/wahabbi memang perpemahaman sebagainama salaf Al Awwal (mungkin bisa lihat deh perkataan Al Qurthubi dalam masalah ini – alponti.multiply.com/journal/item/73/Pengakuan_Al-Qurthubi_bahwa_Ulama_Salaf_Berpendapat_Allah_di_ATAS). tapi tidak semua pahaman Asyari dibuang lho tergantung pemahaman yang mana

    Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah
    sangat ngawur sekali ini, kalau tidak membaca bismillah mana sah sholatnya. Wahabi/Salafi kebanyakan bermahdzab/cenderung bermahdzab Hambali dimana bacaan bismillah disirri (dipelankan) bukan tidak dibaca berbeda dengan mahdzab syafi’i. Sebagai contoh pernah Ulama Salafi mengimami di masjid Istiqlal Jakarta karena tahu mayoritas orang Indonesia bermahdzab Syafi’i beliau mengeraskan bacaan bismillah.

    Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah
    ya kalau berlebihan ya tidak boleh. Ingat kedudukan Rasulullah adalah sebagai Rasul dan Hamba Allah. Tidak boleh memujinya memiliki hal-hal yang hanya Allah yang memiliki (seperti menghilangkan kesusahan, memperluas rizki dll)

    Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi boleh baca dengan lurus sahaja
    maksudnya apa ya ? kalau baca adzan dengan menyanyi ya nggak boleh lah. kalau memperindah adzan asal sesuai dengan bacaan ya ndak apa-apa tho

    Menghadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang
    betul kalau maksudnya adalah dzikir berjamaah dengan dipimpin misal baca alfatihah terus makmum/pengikut menbaca, tapi kalau yang dimaksud dzikir bareng2 sendiri2 ya nggak dilarang

    Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras
    ngawur juga ini, kalau yang dimaksud wirid berjamaan ada satu pimpinan (imam) secara keras iya. Sebaiknya anda melihat perkataan Imam Syafi’i mengenai hal ini (saya asumsikan mahdzab anda Syafi’i jelas-jelas Imam Syafi’i mengatakan Imam yang bersuara keras setelah sholat hanya untuk memberi pelajaran bukan untuk terus menerus tanpa tujuan memberi pelajaran)

     
    • suarajagat

      03/12/2010 at 5:24 pm

      saudara hasan..
      SJ tidak mengkategorikan wahabiyah sbagai aliran sesat..
      kerana itu di awal artikel saya catatkan “Golongan wahabbiyah/salafi dan ajaran-ajaran sesat seperti…”

      kalaulah sy mengkategorikan wahabiyyah sebagai aliran sesat sudah pasti ayat yg sy gunakan akan jadi sebegini :
      “Golongan ajaran-ajaran sesat seperti wahabbiyah/salafi dan….”

      seterusnya, saya juga tidak pernah mencaci atau menghina syeikhul islam ibnu taimiyyah rhm.
      cuma mungkin sekali terdapat beberapa pandangan beliau yang saya kurang setuju dan lebih cenderung menerima pendapat ulama’ muktabar yang lain.
      Demikian juga dengan Ibn.Qayyim dan lainnya.

      SJ juga bukanlah terlalu anti terhadap wahabiyyah, cuma sahaja ada sesetengahnya yang bersikap terlalu radikal yang saya kurang setuju.. bagaimanapun bagi mereka tidak radikal dan tidak menyebabkan hinggar binggar dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia, saya senang sekali bersahabat dengan mereka.

      Sy yakin, anda juga sentiasa ingin menegakkan agama suci ini..justeru, kenapa tidak mahu memberi komen terhadap kesesatan NII?

      terima kasih

       
      • hasan

        04/12/2010 at 10:16 am

        ya karena NII sudah jelas sesatnya jadi saya tidak memberi komen (artinya setuju dengan anda). Ya yang saya sayangkan adalah sumbernya dari Kyai Sirajuddin Abbas yang terus terang dalam kategori “menyesatkan” Wahhabi dan banyak melakukan tuduhan-tuduhan palsu semisal “mengkafirkan yang tidak sepaham atau selainnya seperti saya tulis di list tersebut”.

         
      • suarajagat

        05/12/2010 at 1:21 pm

        terima kasih hasan…🙂
        jadi jelaslah di sini bahawa biarpun anda cenderung ke arah wahabiah manakala saya pula cenderung ke arah as-sya’riah, yang pastinya kita melihat dari sisi yang hampir sama..iaitu tidak mengkafirkan antara satu dengan yang lain.

        saya fikir itu sudah cukup baik untuk kita.

         

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: