RSS

Pimpinan NII Dihukum Penjara 3 Tahun

03 Mar

Sumber di bawah adalah didapati dari http://www.tempointeraktif.com.

Nampaknya Indonesia sedang aktif membanteras ajaran sesat Negara Islam Indonesia (NII).

Ayuh, semua…kita hapuskan Gerakan Pemuda Kahfi (GPK) . Kita hapuskan NII.

Tiga Pentolan Aliran Sesat NII yang Mengubah Syahadat, Qiblat, dan Adzan Divonis 3 Tahun Penjara

Rabu, 10 Februari 2010 | 16:40 WIB

TEMPO Interaktif, Garut – Tiga petinggi Negara Islam Indonesia wilayah Garut Selatan, Jawa Barat, divonis tiga tahun penjara oleh hakim Pengadilan Negeri Garut. Mereka adalah Wowo Wahyudin, 33 tahun, Wawan Setiawan, 43 tahun, dan Abdul Rosid, 44 tahun.

“Terdakwa terbukti bersalah melakukan kejahatan di muka umum,” ujar Ketua Majelis Hakim, Rudi Suharso, Rabu (10/2).

Dalam amar putusannya, majelis hakim menyatakan terdakwa telah melanggar pasal 156 huruf A Kitab Undang-Undang Hukum Pidana. Perbuatan terdakwa telah melakukan penodaan terhadap agama Islam.

Penyimpangan yang dilakukannya, yakni dengan mengubah arah kiblat. Mereka melakukan salat tidak seperti umat Islam pada umumnya, melainkan mengarah ke timur dengan membelakangi Kabah sebagai kiblatnya.

Kelompok itu juga mengubah kata Muhammad dengan nama pimpinannya Sensen Komara dalam kalimah syahadatnya. Begitu pula dalam salah satu kalimat adzan.

Kejahatan para terdakwa itu diketahui saat salat Jumat di Kampung Situ Bodol, Desa Tegal Gede, Kecamatan Pakenjeng, pada 4 September 2009 lalu. Akibatnya, di masyarakat terjadi keresahan beragama. “Perbuatan terdakwa dikategorikan sebagai kesengajaan dan itu sudah kejahatan ketertiban,” ujar Rudi.

Para terdakwa yang mengenakan kemeja batik panjang lengkap dengan kopiah putih tekun mendengar putusan hakim yang dibacakan secara bergantian. Para terdakwa yang menolak didampingi penasihat hukum, langsung menerima putusan hakim. Begitu juga dengan Jaksa Penuntut Umum Neneng Rachmawati. “Saya menerima saja,” ujar Wowo, menjawab pertanyaan hakim atas isi putusan.

Putusan majelis hakim ini lebih rendah satu tahun dari tuntutan jaksa yang menuntut empat tahun penjara. Selama persidangan para terdakwa menolak untuk didampingi penasihat hukum. Mereka juga tidak mengajukan saksi dan bukti yang meringankan. “Mereka hanya mengajukan pembelaan saja,” ujar Ketua Majelis Hakim Rudi, usai persidangan.

Sebelumnya pada 29 September lalu, Kepolisian Resor Garut mengamankan 16 orang pengikut Negara Islam Indonesia. Mereka diamankan dari amukan massa saat musyawarah di kantor Desa Tegal Gede, Kecamatan Pakenjeng.

Polisi juga menetetapkan lima orang sebagai tersangka, yang dianggap penggerak kelompok tersebut. Mereka diantara Pemimpin/Panglima NII Garut, Sensen Komaran, 45 tahun, Abdul Rosid, 44 tahun, Wowo Wahyudin, 33 tahun, Wawan Setiawan, 43 tahun, dan Daud, 63 tahun.

SIGIT ZULMUNIR

http://www.tempointeraktif.com/hg/hukum/2010/02/10/brk,20100210-224906,id.html

 

14 responses to “Pimpinan NII Dihukum Penjara 3 Tahun

  1. Ibrahim

    03/03/2010 at 9:57 am

    Salam kepada SJ

    Satu2nya cara untuk memecahkan tembelang NII KW 9 ialah dengan menghadapkan doktrin2 GK kepada pengadilan Al-Qur’an.

    21:18 Sebenarya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mensifati (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya).

    Doktrin GK yg pasti batil adalah Rukun Imam dan Rukun Islam versi GK. Kesemua penjelasan 6 rukun iman dan 5 rukun iman GK akan hancur bila dihadapkan dengan hujah Al-Qur’an yang syumul.

    Pengikut GK mesti menyedari bahawa tilawah berkaitan Rukun Iman dan Rukun Islam amat ringkas dan rujukan kepada Al-Qur’an amat terhad. Contohnya penjelasan mengenai solat hanyalah merujuk ayat 29.45 sedangkan terdapat beratus ayat mengenai solat yang pastinya akan memecahkan tembelang pentilawah jika semuanya dibaca.

    Itu sekadar contoh, pengadilan kesemua doktrin rukun iman dan islam GK kepada Al-Qur’an pastinya memakan masa. Pengadilan dapat diberi atas permintaan mungkin boleh bermula dengan shahadah.

    Pentilawah GK sebenarnya melakukan dusta kepada Allah setiap kali mereka memetik ayat2 Al-Qur-an dan dibayyinatkan sesuka hati supaya selari dengan doktrin rukun imam dan rukun islam versi mereka.

    Masalahnya, rukun iman dan rukun islam versi GK pada dasarnya adalah kebatilan maka setiap penjelasan kepadanya selepas itu adalah ranting kebatilan.

    Saya boleh pergi lebih jauh untuk membongkar kebatilan doktrin GK berkaitan rukun Imam dan Rukun Islam dengan merujuk kepada sejarah ilmu dan tamaddun islam yang luas dan pelbagai sehingga ke zaman awal Islam sebelum ilmu islam itu disusun. Tetapi cukuplah setakat ini doktrin2 GK dihadapkan kepada pengadilan Al Qur’an.

    Wahai abi2, buktikanlah kata2mu yang sombong mengikut Qur’an 100%. Hadapkanlah bayyinat2mu berkaitan rukun iman dan rukun islam kepada pengadilan Al Qur’an dengan bacaan sebenar dan lihatlah samaada ia dapat berdiri.

    .

     
    • suarajagat

      03/03/2010 at 1:29 pm

      terima kasih Ibrahim..
      saya bersetuju dengan pendapat anda. ayat-ayat al-Quran telah mereka gunakan utk menyelewengkan akidah umat Islam.

      Saya mengharapkan kerjasama semua pihak, baik di Malaysia mahupun di Indonesia untuk bergerak secara bersepadu bagi membenam kesesatan NII KW9.
      Menghapuskannya hingga ke akar umbi.

       
  2. Bicara Wanita

    03/03/2010 at 11:20 am

    Memang dasar sesat lagi seleweng. Ayuh, negara jiranku, banteras bersama.

     
    • suarajagat

      03/03/2010 at 1:31 pm

      semoga usaha kita ini membawa kepada kesedaran dan keinsafan buat mereka yang terlibat.

       
  3. Ibrahim

    04/03/2010 at 11:28 am

    Salam.

    Malam tadi, Parlimen indonesia DPR telah mengundi dan bersetuju untuk membawa kes penyelewengan Bank Century ke muka pengadilan dan menyatakan bailout oleh kerajaan Indonesia sebanyak Rp6.7 trillion adalah satu kesalahan.

    http://www.tempointeraktif.com/hg/politik/2010/03/04/brk,20100304-229857,id.html

    Bank Century adalah hasil dari merger 3 bank iaitu Bank CIC International, Bank Pikko dan Bank Danpac pada tahun 2004

    http://www.tokohindonesia.com/company/centurybank/berita/index.shtml

    Khalifah Gerakan Pemuda Kahfi/NII zaytun ASPG adalah salah seorang pemilik Bank CIC International sebelum merger. Patutlah GPK begitu cekap mengumpul dana dari ummat.

    http://majalah.tempointeraktif.com/id/arsip/2002/08/26/EB/mbm.20020826.EB80059.id.html

    Hubungan Bank Century dengan Zaytun amat rapat hingga diakui sendiri oleh Majalah Zaytun/Tokoh Indonesia pada link diatas. Sehingga Bank Century dilantik sebagai pengurus kewangan zaytun. Mana tidaknya, ASPG dan kuncu2nya adalah antara pendeposit terbesar Century Bank. Duit itu pastinya adalah hasil perahan dana dari Ummat di Indonesia dan Malaysia.

    Jika Bank Century mendapat aliran deposit berterusan bagaimana boleh bankrap sampai perlu diselamatkan sedangkan semua bank lain di Indonesia stabil. Ini pastinya kerana berlaku pelbagai penyelewangan dan penipuan sampai CEOnya Robert Tantular kini meringkuk dalam penjara.

    Lumrahlah apa2 sahaja perniagaan yang gharar berasaskan penindasan dan penipuan seperti seperti MLM dan Ponzi scheme akan runtuh. Tetapi tindakan kerajaan Indonesia membailout Bank Century menunjukkan ada kepentingan kepada pemerintah Indonesia. Jika dana ummat tidak digunakan untuk menyiapkan masjid rahmatullilalamin kemana dana itu disalurkan?

    .

     
    • suarajagat

      04/03/2010 at 2:19 pm

      terima kasih saudara..
      Berita ini sedikit sebanyak menggembirakan saya.
      Semoga yang bersalah akan dihukum.

      Bagaimana dengan perkembangan MUI tentang kesesatan NII?

      Kami di sini amat berharap MUI segera memfatwakan kesesatan NII.

      Mungkinkah wang dana umat NII sebenarnya disalurkan kepada Israel yang selama ini menyembelih umat Islam Palestin?

       
  4. cahaya

    10/03/2010 at 4:37 pm

    mengikut maklumat,pencarian ahli baru masih lagi berjalan. hapuskan terus GPK!

     
    • suarajagat

      11/03/2010 at 8:56 am

      benar kata cahaya..
      mereka masih tidak berhenti mencari ahli baru..
      baru2 ini, beberapa kumpulan telah pergi ke MAZ..

      perjuangan menghapuskan NII/GPK mesti diteruskan..

       
  5. demak

    22/03/2010 at 7:31 pm

    salam SJ..saudara kene serang juga gerakan tabligh yg byk menyeleweng..jangan tumpun pd satu ni je (GPK)..kalo btol saudara ni pejuang islam, cepat serang gerakan tabligh hingga akar umbinya, sebagaimana hancurnya al arqam da rufaqa..ayuh SJ!!!!!!

     
    • suarajagat

      22/03/2010 at 8:05 pm

      demak..
      saya mengikuti perkembangan tabligh sejak 11 tahun yang lalu.. tidak dinafikan terdapat segelintir ahli mereka yang terseleweng namun ia tidak boleh dikategorikan sebagai ajaran sesat kerana secara umumnya iqtikad mereka masih tetap benar.

      Ini berbeza dengan NII/GPK yang ternyata jelas sebagai sebuah aliran sesat. Oleh yang demikian SJ memberi tumpuan khusus kepada ajaran sesat NII/GPK dan Islam Liberal.
      Tentang kes baru-baru ini yang melibatkan ahli tabligh, saya melihat bahawa pihak jabatan agama negeri telah dapat bertindak sewajarnya dan berusaha menjalankan tugas sebaik mungkin. Oleh yang demikian, elok kiranya diserahkan tugas itu pada mereka yang arif mengenainya.

       
      • demak

        23/03/2010 at 1:12 pm

        benar pekebende? tggl anak bini tanpa nafkah..memang tabligh sesat!!!! Ya Allah..hancurkanlah gerakan tabligh secepat mungkin..tabligh ni byk memburukkan imej islam..dah la pengotor.. orang2 tabligh ramai yg pengotor..dulu minta pinjam duit aku..last2 lari, taknak bayar utang..apa bangang punya tabligh ni..memang tablgih sesat..suka amik kesempatan pada orang lain..hancur la ko gerakan tabligh kafir..

         
      • suarajagat

        26/03/2010 at 10:49 am

        demak..
        saya tidak nafikan bahawa pengikut tabligh seringkali kurang bersih, dan adakalanya mempunyai sifat2 yang kurang disenangi oleh masyarakat umum.

        Pun begitu, permasalahan sikap dan akhlak sebegini bukanlah penyelewengan aqidah. Ia adalah permasalahan yang ada pada seseorang individu.
        kesalahan akhlak dan sikap buruk, bukan penyelewengan aqidah.

         
  6. papua

    27/05/2011 at 8:31 am

    Yes, setuju. Pimpinannya ditangkap dan dihukum. Karena mereka mempunyai pengaruh yang besar di lingkungannya………..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: