RSS

Tazkirah SJ : Sebatan Syariah Tidak Kejam

04 Mar

Betapa ramainya di antara kita dengan mudah menganggap hukuman ke atas pesalah syariah adalah kejam. Walhal mereka tidak pernah mengetahui bagaimana pelaksanaan hukuman tersebut dijalankan.

Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang undang-undang syariah, namun sedikit sebanyak pengetahuan tentangnya sering saya gunakan untuk memberi kefahaman kepada masyarakat tentang keadilan dalam Islam.

Golongan Liberal seperti Sister in Islam (SIS) sebenarnya hanyalah golongan yang bercakap tanpa kedalaman ilmu pengetahuan tentang agama Islam.

Kita seharusnya memahami dan meyakini bahawa perundangan syariah bersifat adil dan bertujuan untuk memberi keinsafan serta kesedaran kepada pesalah. Malah, bukan mudah untuk menjatuhkan hukuman ke atas pesalah. Bukti-bukti yang kukuh dan saksi-saksi yang adil diperlukan, selain pelbagai kaedah siasatan yang mesti dipatuhi agar tiada sebarang keraguan wujud dalam sesuatu kes.

Saya tidak mahu berbicara panjang. SJ akui sistem perundangan syariah masih di pandang serong oleh masyarakat. Oleh yang demikian, usaha-usaha bagi memantapkan sistem perundangan ini mestilah dilakukan secara proaktif oleh pihak-pihak yang mempunyai authority dalam bidang tersebut. SJ juga berharap agar hukuman 365 yang dilaksanakan pada masa ini akan dipinda atau dibuat penambahbaikan kepada satu hukuman yang lebih sesuai. Roadshow bagi memperjelaskan tentang keadilan undang-undang Islam wajar diadakan sebagai langkah memberi kefahaman kepada masyarakat Malaysia, khususnya umat Islam.

Artikel berikut ini amat saya gemari.


Sebat tak zalim

KUALA LUMPUR: Kekuatan satu sebatan sivil belum dapat menyamai 100 kali sebatan syariah, sekali gus membuktikan hukuman sebat syariah lebih berperikemanusiaan serta bukan bersifat mendera dan menzalimi pesalah.

Peguam Kanan Persekutuan dan Timbalan Ketua Bahagian Penyelidikan (Syariah), Jabatan Peguam Negara, Mahamad Naser Disa, berkata semua orang perlu sedar hukuman sebat syariah berbeza daripada sebatan bagi kes sivil. Menurutnya, hukuman sebatan kes syariah tidak zalim seperti dianggap segelintir pihak, bahkan jauh lebih ringan berbanding hukuman sebat sivil.
“Hukuman sebat syariah dihuraikan di dalam beberapa seksyen enakmen tatacara.
“Dari segi kekuatannya pun berbeza dan saya sudah perhatikan bagaimana pelaksanaan dalam kes tiga pesalah syariah baru-baru ini, memang berbeza. Disebut dalam enakmen tatacara, sebatan itu tidak boleh dilakukan secara kejam, jadi elemen kejam tidak ada dalam sebatan syariah.
“Boleh dikatakan satu sebatan sivil tidak sama dengan 100 sebatan syariah dari segi kekuatannya,” katanya, ditemui selepas Muzakarah Pakar Memperkasakan Undang-Undang Berkaitan Islam: Peranan Majlis Agama Islam Negeri, di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), di sini, semalam.
Muzakarah itu dihadiri ahli agama, tokoh akademik dan penggubal dasar, dengan empat ahli panel dijemput membentangkan kertas kerja, dipengerusikan Timbalan Ketua Pengarah Ikim, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin.

Mahamad Naser yang juga salah seorang ahli panel itu berkata, yang kejam bukan sebatan syariah sebaliknya sebatan sivil, malah konvensyen antarabangsa juga menganggap sebatan sivil itu lebih kejam.
“Saya pun tidak faham, mengapa masih banyak pihak membangkitkan kejamnya sebatan itu sedangkan elemen kejam tidak ada, malah sebatan syariah lebih mementingkan proses pendidikan dan bukannya penyeksaan. Itu perbezaannya,” katanya. Menurutnya, hukuman sebatan syariah juga berjaya menginsafkan, seperti yang berlaku kepada tiga pesalah baru-baru ini.
“Setakat yang kita perhatikan, pesalah itu insaf dan bertaubat, malah bersedia sekiranya disebat 100 kali pun. Mereka menerima hukuman kerana sudah insaf,” katanya.

sumber : harian metro.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: