RSS

Lukisan Lars Vilks Hina Nabi Muhammad s.a.w

16 Mar

SJ harap, ramai di kalangan kita yang akan terus mempertahankan agama Islam dari dicemari oleh tangan-tangan kotor mereka yang tidak bertanggungjawab. Isu lukisan Lars Vilks sebenarnya bukanlah perkara baru. Beliau telah lama menghina islam melalui lukisannya.

Berikut, saya paparkan beberapa lukisan beliau agar kita alert dan sedar betapa busuknya hati musuh-musuh Islam.

Marilah mempertahankan agama ini. Jadilah seorang hamba yang mempertahankan hak TUHAN-nya. Bukan sekadar berdiam,dayus dan membisu.

Saya sangat sedih,marah dan terkilan bila melihat gambar-gambar ini. Kerana itu saya tidak sanggup meletakkannya pada saiz yang besar.


Hina Nabi: Umat Islam digesa boikot barangan Sweden

16/03/2010 7:08pm

KUALA LUMPUR 16 Mac – Seorang penyokong kerajaan menyarankan umat Islam di negara ini memboikot barangan keluaran Sweden sebagai bantahan terhadap tindakan tiga akhbar negara itu menyiarkan lakaran karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata, kerajaan Sweden perlu memohon maaf kepada umat Islam di seluruh dunia kerana kejahilan warganya iaitu pelukis Lars Vilks yang jelas tidak menghormati agama Islam.

“Mereka seharusnya memahami perasaan penganut agama lain dalam memastikan keseimbangan berterusan dalam setiap perkara,” katanya ketika membahas usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.

Lakaran karikatur berkenaan yang pada mulanya dikemukakan kepada sebuah pusat warisan budaya Sweden untuk pameran, ditolak atas sebab-sebab keselamatan, tetapi sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya.

Ini membawa kepada bantahan negara-negara Islam dan Vilks menerima beberapa ancaman bunuh.

Pada 10 Mac lepas, tiga akhbar Sweden lain menyiarkan semula karikatur itu.

“Tidakkah mereka terfikir disebabkan kejahilan tersebut boleh memberi kesan yang tidak baik seperti yang berlaku pada tahun 2008, apabila akhbar Denmark, Politiken yang menyiarkan perkara sama dan kemudiannya mendapat kecaman masyarakat Islam seluruh dunia,” kata Ismail. – Bernama

 

2 responses to “Lukisan Lars Vilks Hina Nabi Muhammad s.a.w

  1. ayid

    22/12/2010 at 5:34 pm

    cam ner cara yang benar tuk melakukan pembantahan??

     
    • suarajagat

      22/12/2010 at 6:14 pm

      soalan menarik dan sgt perlu difikirkan oleh semua pihak..
      bagi saya, sikap Yahudi dan Nasrani sememangnya begitu. Apa juga bentuk pembantahan, mereka akan menuding dgn menyatakan bahawa kita menolak kebebasan bersuara. Walhal bagi kita kebebasan perlu ada had dan batasannya.

      SJ berpendapat,umat Islam perlu merapatkan saf dan memperkuatkan usaha dakwah..
      senario islamophobia yg direncanakan oleh barat adalah utk menakut-nakutkan masyarakat dunia terhadap Islam. Sebenarnya soal ‘keganasan’ hanyalah sesuatu yg diberatkan oleh mereka ke atas Islam. Walhal mereka tahu bahawa Islam amat sejahtera.

      Mereka sebenarnya takut dengan perkembangan Islam yang semakin diterima oleh masyarakat Barat. Mereka sedar bahawa Islam mampu mendominasi dunia sekali lagi. Itulah ketakutan mereka sebenarnya. Justeru, menggiatkan agenda dakwah adalah amat penting selain membina kekuatan ummah.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: