RSS

Isu Kalimah ALLAH : Perlukah Rukun Negara Diubah?

25 Mar

Pada Selasa (23/3/10) yang lalu,saya menerima SMS dari sahabat yang mahukan SJ memberi komen tentang cadangan Presiden PAS di Parlimen yang meminta agar kerajaan pusat mengubah istilah Tuhan di dalam Rukunegara kepada kalimah ALLAH. Statement yang dibuat oleh Ustaz Haji Abdul Hadi Awang secara tiba-tiba memarakkan semula isu yang kian reda.

Secara peribadi, SJ TIDAK BERSETUJU dengan cadangan dan kenyataan beliau.

Ini kerana penggunaan istilah Tuhan di dalam Rukun Negara adalah lebih bersifat general (umum) berbanding jika ianya digantikan dengan kalimah ALLAH yang lebih khusus merujuk kepada kepercayaan dan keimanan umat Islam.

Melihat dari siyasah syariah di negara kita, maka adalah tidak wajar andainya perkataan Tuhan di dalam Rukun Negara ditukar kepada kalimah ALLAH.

SJ ingin tanyakan beberapa soalan sebagai renungan pembaca;

Benarkah penerimaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam menunjukkan mereka memahami ALLAH sebagai nama yang unggul? Cukupkah sekadar itu?

Atau mungkinkah keinginan mereka ini adalah kerana mencari jalan bagi mempermudahkan usaha memesongkan akidah umat Islam? Mungkinkah juga untuk memurtadkan umat Islam?

Cukupkah sekadar menerima kalimah ALLAH tetapi dalam masa yang sama tidak mentauhidkan-NYA? Yakni tidak mengucapkan 2 kalimah syahadah dan mengakui keESAan-NYA?

Bukankah dengan mengubah perkataan tersebut secara tidak langsung telah bercanggah dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tentang penggunaan kalimah ALLAH?

Di sekolah misalnya, para pelajar akan mengangkat ikrar Rukun Negara. Bagaimana jika yang mengetuai bacaan ikrar adalah seorang non-muslim (mungkin buddha,hindu atau kristian), dia menyebut ‘Kepercayaan kepada ALLAH’, dan kemudian diikuti oleh para pelajar yang lain termasuk yang beragama Islam. Bukankah secara tidak langsung hal ini merosakkan keimanan seorang muslim serta turut mengotorkan kesucian kalimah ALLAH?

Selain dari itu, kita juga seharusnya amat peka dengan usaha galak pihak missionary bukan Islam serta perkembangan golongan Islam Liberal dan Pluralis yang kian membimbangkan. Sekiranya kandungan Rukun Negara ini diubah, ia akan memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk merosakkan akidah umat Islam di Malaysia. Pastinya, hal ini akan memberi kesan buruk kepada umat Islam terutamanya dikalangan individu yang longgar kefahaman akidahnya.

Sanggupkah kita menanggung dosa jika suatu hari nanti ada umat Islam yang menjadi ateis atau murtad disebabkan perubahan ini?

Sejarah penggubalan Rukun Negara berasaskan penelitian terperinci serta mendalam oleh beberapa pihak terbabit, termasuk Majlis Perundingan Negara (MPN) yang diwujudkan tidak lama selepas peristiwa 13 Mei 1969.

Persoalan mengapa memilih istilah tuhan dan tidak ALLAH ini telah dibangkitkan sejak lama. Penggunaan istilah Tuhan di dalam Rukun Negara adalah untuk disesuaikan dengan kepelbagaian agama di negara ini serta kepelbagaian kefahaman ‘ketuhanan’ mengikut kepercayaan agama masing-masing.

Fakta ini adalah satu realiti yang sangat jelas, bukan pada waktu itu dan sebelumnya sahaja tetapi hingga ke hari ini. ALLAH tuhan bagi umat Islam, manakala penganut agama lain mempunyai kepercayaan ketuhanan tersendiri seperti budha, hindu, kristian, sikh dan sebagainya.

Tetapan kepercayaan kepada tuhan pada prinsip Rukun Negara itu adalah, antara lain sebagai menunjukkan bahawa seluruh rakyat negara ini harus beragama, mengikut kepercayaan masing-masing dan menolak fahaman komunisme.

Seperti sedia maklum asas pemerintahan negara ini sejak merdeka adalah `sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan’ . Rukun Negara dianggap sebagai `ideologi negara’ yang terdapat padanya lima cita-cita dan lima rukun (tidak perlu diperincikan).

Kepercayaan kepada ALLAH adalah menjadi salah satu rukun kepada Rukun Iman. Sesiapa yang suka rela menerima Islam sebagai agamanya maka wajib baginya mempercayai ALLAH sebagai Tuhannya seperti tetapan dalam rukun iman. Percaya bahawa ALLAH bersifat ESA, wujud dan qadim serta sifat-sifat lain yang terdapat dalam pengajian Sifat 20.

Jadi, kenapa kita harus kelirukan antara rukun Negara dan Rukun Iman? Nasihat saya buat semua pihak, jangan banyak sangat wujudkan keadaan celaru dan keliru di dalam masyarakat kita, terutama masyarakat Melayu Islam yang disebabkan oleh sedikit kepentingan politik.

SJ juga kurang gemar dengan statement beliau tentang penyembelihan oleh orang bukan Islam. Dalam dunia globalisasi hari ini, pemakanan halalan toyyibah amat perlu dititikberatkan.

Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.

Segala yang benar datangnya dari ALLAH, manakala kesalahan dan kekurangan itu adalah dari kelemahan diri dan sikap manusia sendiri. Wallahu’alam.

(Artikel di atas adalah pandangan peribadi penulis sahaja…)

 
4 Comments

Posted by on 25/03/2010 in 2. Tazkirah SJ, Kalimah ALLAH

 

4 responses to “Isu Kalimah ALLAH : Perlukah Rukun Negara Diubah?

  1. Ibrahim

    26/03/2010 at 8:58 am

    Salam.

    Saya bersetuju dengan pendapat SJ.
    Dalam isu ini kita dapat melihat kebatilan Rukun Negara Islam Indonesia Al Zaytun (NIIZ). Rukun Negara Malaysia meletakkan Tuhan di tempat teratas mengatasi Raja, Negara dan Perlembagaan. Bagi Malaysia dan yg majoriti ummat Islam Tuhan sudah jelas ialah Allah Ar Rahman, Rabbul Alamin.

    Ini tepat kerana semua kerajaan tidak kira betapa “islamiknya” kerajaan itu berada di bawah kekuasaan Allah. Manusia pemegang amanah kerajaan cenderung untuk “corrupt” apabila memperoleh kekuasaan dan kemewahan tidak terkecuali khalifah-khalifah negara Islam. Jelas dalam sejarah, sebahagian dari khalifah2 Islam itu “corrupt”.

    Adalah satu kebatilan dan kesyirikan yang nyata apabila seseorang khalifah/negara mengambil tempat teratas dalam hierarki kekuasaan. Allah melaknat sesiapa yang cuba menyamakannNya dengan sesuatu apapun walaupun sekadar “bayyinat”. Beginilah cara ummat2 dahulu dipalingkan dari Jalan yg Lurus. Mereka bermula hanya dengan “bayyinat” kemudian datang generasi kemudian yang berlehib-lebihan dalam “bayyinat” sehingga berani mengatakan perkataan2 kufur.

    Semoga Bermanfaat.

     
  2. mr ebolavirus

    29/03/2010 at 6:23 pm

    Assalamualaikum SJ..
    Sila semak piagam madinah..

     
    • suarajagat

      30/03/2010 at 9:24 pm

      terima kasih atas ingatan itu..
      bagaimanapun saudara, Rukun Negara tidak boleh disamakan dengan Piagam Madinah.

      pertama,
      Jika anda ingin membuat justifikasi kandunganya, kedudukannya @ autoritinya, maka perlulah dibandingkan dengan Perlembagaan Negara.

      kedua, fahamilah masalah pluralisme agama yang sedang cuba menghancurkan Islam secara senyap.

       
  3. Muhammad Zuhair Al-Fateh

    08/06/2010 at 2:04 pm

    Assalaamu’alaikum…

    Jaga hati, Jaga lidah..x usah bertikam lidah antara umat Islam. Ini semua adalah agenda Yahudi yang inginkan kita berpecah belah..Dan sy nampak, agenda mereka semakin meracuni fikiran kita semua secara senyap. Selagi kita bergaduh, selagi ada perasaan hasad dalam hati, kemarahan kepada sesama sendiri, maka dengan senangnya kita semakin jauh dari Allah. Istighfar banyak2… Back to the initial point..Berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah. Contohi Rasulullah, rendah diri dan sentiasa memaafkan antara satu sama lain…

    Maafkan kesalahan orang lain…Senyum sentiasa…Insyaallah hidup akan bererti..Semuanya hanya kerana Allah. Semoga umat Islam akan bersatu dan tidak berada dalam keadaan marah yang hanya akan menjauhkan kita dari Allah. Berdoalah sentiasa, solat malam dan jaga silaturrahim.

    Akhir kata, salam sejahtera untuk semua.. Wassalam..

    Muhammad Zuhair Al-Fateh
    Alumni ESQ 165,
    Angkatan Ke-2 Mahasiswa Universiti Teknologi Petronas

    facebook : zu_58@yahoo.com

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: