RSS

MILENIA MUSLIM : Pengikut Ajaran Sesat NII/GPK Bertaubat.

06 Apr

Sejak beberapa hari lalu, SJ menerima komen dari pembaca yang memaklumkan tentang artikel pengakuan taubat bekas ahli ajaran sesat NII Wilayah Malaya/Gerakan Pemuda Kahfi (GPK) di majalah Milenia Muslim keluaran terbaru bulan April 2010. Pihak SJ tidak menyangka bahawa blog ini turut mendapat perhatian apabila dengan jelas pihak majalah terbabit mencatatkan link SUARAJAGAT di permulaan artikel sebagai rujukan kepada masyarakat.

SEGERA!!! Dapatkan majalah Milenia Muslim di pasaran!!! Majalah ini juga turut dijual di 7 eleven…

Di bawah ini, dipaparkan artikel berkenaan untuk bacaan anda…

Front Page

Ruangan iktibar..kisah taubat mantan NII

 

34 responses to “MILENIA MUSLIM : Pengikut Ajaran Sesat NII/GPK Bertaubat.

  1. Bahtiar

    06/04/2010 at 9:17 am

    Selamat kepada 3 (tiga) sahabat yang telah kembali dari kesesatan ajaran Al Kahfi NII. Semoga kembali belajar, kembali sekolah, kembali study, kembali bekerja, dan kembali pada keluarga di rumah tentunya.

    Salam kenal dari Jakarta Indonesia
    Bahtiar
    Mantan NII
    http://niikw9.blogspot.com

     
  2. al-kahfi

    06/04/2010 at 6:45 pm

    AlhamduliLLah.

     
  3. Ibrahim

    07/04/2010 at 7:46 am

    Salam.

    Panji Gumilang dan Al Zaytun selama ini tidak pernah sedikitpun mengaku bahawa NII KW9/Gerakan Kahfi adalah tunjang/lombong duit mereka. Jadi jika mahu mereka boleh melepaskan diri dari NIIKW9/Gerakan Kahfi kerana mereka dilindungi Intelijen Indonesia.

    Teringat ungkapan seorang penceramah “Kita boleh menipu sebahagian org disepanjang masa, tapi tidak boleh menipu semua org di sepanjang masa”

    Berikut satu pandangan yg menarik dari sahabat dari negara jiran Indonesia.

    “Nasib yang tragis buat aktivis NII-Kw9. Setelah diskenario untuk menipu orangtuanya, kini tipuan dan semua kebohongan dibenarkan sebagaimana contoh perang mencuri dan menipu musuh. Tragis, orangtuamu adalah musuh bagimu padahal tidak ada satu contohpun para nabi dan Rasul SAW atau Rasul sebelumnya untuk berbuat senista itu.

    Lebih tragis lagi kini aktivis NII-KW9 akan dipisah dari induknya MAZ. Kenapa demikian??? Dipandang saatnya pemisahan NII dan MAZ karena sepak-terjang NII telah diketahui oleh masyarakat luas. Bahkan negara Islam Malaysia-pun menyatakan NII-KW9-Zaytun adalah sesat. Pernyataan resmi Malaysia. Karenanya MAZ harus disterilkan dan meneruskan program pesantren maju, yang terkenal sebagai pesantren yang membayar beaya dimuka sampai lulus. Lunas!!. Jadi tak ada lagi nilai tawar bagi yang tidak kerasan.

    Kini para aktivis NII-KW9 harus siap-siap untuk mengundurkan diri dan lari dari markas. Bersamaan dengan negara RI memproklamirkan pembubaran NII-kw9. Bukan tidak mungkin sebentar lagi kamu-kamu akan ditangkap pihak yang berwajib. Dan kamu tidak dapat beralasan dengan MAZ, karena sejak awal memang MAZ tidak mengakui NII sebagai asuhannya. Karena taktik dan strategi membolehkan bohong yang seperti itu. Kepada ortu, anggota sendiri, tetangga, pemerintah RI, dan semua pembohongan2 yang lainnya.
    Pertanda demi pertanda telah menyembul ketika MAZ maunya mencuci diri dari keterkaitannya dengan NII. Bahkan dengan teganya NII di-aku-kan kepada orang-orang yang memberi pencerahan bahwa NII bejat. NIIz bejat-sebejatnya, dan apa jawabannya??? Kini MAZ telah rela menyatakan bahwa NII-KW9 adalah bejat-sebejatnya.”

    …………….

     
  4. seyulieang

    08/04/2010 at 7:08 am

    AlhamduliLLah.

     
  5. tahniah

    09/04/2010 at 9:21 pm

    Tahniah… Tahniah… Tahniah…
    Kepada mereka yang telah kembali ke pagkal jalan…
    Moga mencarilah agama Islam itu dengan nur hidayah bukan dengan cahaya nafsu…
    Islam itu perlu dicari, bukan datang dengan mudah,
    kerana apa yang dijanjikan adalah SYURGA abadi…
    Namun yang lebih penting adalah memiliki KEREDHAAN ALLAH…

     
  6. firdausi

    11/04/2010 at 6:14 pm

    Alhamdulillah….
    tahniah untuk mereka

    kepada mereka yang masih di dalam NII-KW9 bertaubatLah.
    abi-abi anda hanya mengikut skema apabila beprogram
    infaq2 anda hanya untuk mengkayakan abi-abi saja

    bertaubatlah….

     
  7. anim

    13/04/2010 at 5:16 pm

    Tahniah ruangan web ini, sekurangnya ada juga yang mula bertaubat. Alhamdulillah.
    Cuba kalian pembaca juga mencari dan menilai berkaitan keselamatan negara yang mudah digadaikan oleh pemimpin kita yang durjana yang dilantik oleh rakyat sendiri. mereka sanggup mengadaikan nyawa rakyatnya untuk kepentingan kewangan diserahkan kepada APCO-Zionis. Mereka bukan sahaja berkerjasama dengan yahudi malah sudah berani dengan ZIONIS LAKNAT. Selamatkan diri wahai umat Islam sekalian. Kemungkinan besar NII ini pun mainan mereka untuk memecah belahkan umat Islam maka diwujudkanlah puak-puak Islam lain seperti aliran ayah pin, kahar, wahabi, liberal sedangkan punca Islam itu tidak bersatu. Pemimpin sendiri yang membuat agar Islam itu tidak bersatu kerana penasihat mereka pun terdiri dari ZIONIS-APCO, Nauzubillah.

     
  8. Ibrahim

    13/04/2010 at 9:29 pm

    Salam.

    Hakikatnya telah banyak buyut NIIZ Wilayah Malaya yg mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan dari struktur sedia ada atas alasan tidak mendapat keadilan/keprihatinan dari struktur atasan atau lebih tepat lagi tidak mendapat sedikit bahagian dari dana ummat. Contoh yg jelas adalah group Pekida R&D yg keluar atas pelbagai sebab terutamanya penyelewengan dana.

    Semasa tilawah bergema ayat 3.103 Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai…..tapi bila nak lepaskan tali maka pandai pulak cari ayat lain dan bayyinatkan sesuka hati. Bunch of hypocrites…

    Hakikatnya NIIZ terlalu materialistik kerana begitu fokus kepada target setoran dana hingga wujud peluang2 untuk penyelewengan dan penyakit2 lain bersangkut kuasa dan wang. Pimpinan2 NIIZ middle level ini yg mempunyai ramai jugak ummat/binatang ternak dibawah memang menyedari penyelewengan pimpinan atasan tetapi oleh kerana ego dan juga gila kuasa ditambah pula penat lelah dalam gerakan bertahun2 terpaksa meneruskan juga membela binatang ternak selagi mampu.

    Kenapa boleh jadi begini? Jawapannya mudah. Dasar akidah dan doktrin NIIZ itu sememangnya batil dari akar-akarnya di MAZ. Jadi pokoknya memang bermasaalah. Tiada guna buat buyut baru yg kononnya lebih baik kerana masalah yg sama akan berulang.

    Darimana agaknya ASPG mempelajari taktik memeras wang rakyat ini? Mungkin ada jawapannya dengan melihat siapa di balik MAZ dan NIIZ………….

    Sekali lagi saya ingin memetik pendapat saudara saya Seyuliang yg bernas. Mintak izin ya Mas.

    “Memang sebaiknya untuk membuang NII-KW9 dimulai sedikit demi sedikit. Sehingga masyarakat nantinya melihat bahwa MAZ tidak berdosa dengan kelahiran NII-nya itu. Strategi harus dipasang untuk memisah NII dengan kenyataan bahwa NII sudah tidak berguna lagi. Kebohongannya telah diendus oleh para korbannya, sampai ke malaysia. Pengumpulan anggota baru sebagai Binatang Ternak (BT) yang bergerak diujungtombakpun sudah menyusut. Berkat pencerahan para simpatisan Islam. Yaitu umat Islam yang menjunjung tinggi Rasulnya. Banyak Rasul yang dalam perjuangnnya menegakkan kalimatillah dengan membangun bangunan ibadah. Walaupun tidak amat mercusuar-an. Banyak juga Rasul yang berjuang dengan tidak mengutamakan bangunan.

    Kura-kura dalam perahu (pura-pura tidak tahu). MAZ mensponsor NII-KW9. Kegiatannya dalam mengumpulkan infaq menyimpang. Menipu dsb dilakukan. Kini MAZ saatnya mencuci diri. bahwa semua itu salahmu sendiri. Biasanya memang iblis lepas tangan dan lepas tanggungjawab. Salahmu sendiri, mengapa menyalahkan lembaga.
    Demikianlah Sdr-Sdr aktivis NIIZ !!, mereka menyuruhmu menipu orangtuamu dan untuk kemudian kamu-kamu ditipunya juga. Demikianlah bila strategi menipu diperbolehkan untuk kepentingan Tuhan. Alangkah nistanya !!!”

    >>>

     
  9. Ibrahim

    15/04/2010 at 3:25 pm

    Kepada binatang2 ternak NIIZ Wilayah Malaya (7.179)

    Tentu kamu semua sebagai binatang ternak NIIZ sering diulang2 ayat dibawah.

    16.36. …….”Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut”…..
    5.3 ………mengundi nasib dengan anak panah

    Namun abi2 dan khalifah kamu ASPG tidak segan silu menelan ludahnya sendiri apabila melakukan perkara sebaliknya. Mereka mengajar kamu menipu jadi poli taktiknya kamu2 juga ditipu. Tapi kamu tak kisah ditipu kerana kamu redha dengan status 7.179

    Telah banyak bukti yg NIIZ direka Intelejen indonesia (BIN), hakikatnya NIIZ menyembah taghut kerana mendapat perlindungan dari kepala taghut seperti mantan ketua BIN, Hendropriyono dan mantan Jeneral TNI, Wiranto.

    Ayat 5.3 digunakan sebagai modal bahawa demokrasi ialah sistem jahiliyyah tapi pada tahun 2004 Al Zaytun bukan setakat jahiliyyah tetapi lebih sesat dari itu kerana membawa masuk beribu pengundi hantu (binatang ternak) untuk mengundi calon presiden pilihan mereka Jeneral Wiranto.
    http://nii-alzaytun.blogspot.com/2009/03/rekayasa-busuk-panji-gumilang.html

    Pada tahun 2009, Al Zaytun bertambah2 jahiliyyahnya kerana anak khalifah sendiri, Imam Prawoto bertanding calon partai repulikan.

    Begitulah politaktik ASPG dan wali2nya taghut2 besar di Indonesia.
    Namun lumrahlah memang akan ada segolongan yg manusia yg akan berterusan ditipu.

    Kerana………..

    7.179 …..Mereka itu sebagai BINATANG TERNAK, bahkan mereka lebih sesat lagi…..

    >>

     
  10. Popular

    16/04/2010 at 4:46 pm

    Salam. SJ tak ada komen pasal Kes Air Ludah ker?

     
    • suarajagat

      17/04/2010 at 12:07 pm

      popular,
      saya akan cuba memberi sedikit komen tentang kes air ludah itu. Bagaimanapun buat masa ini SJ sangat sibuk dengan urusan rasmi seharian dan belum punya kesempatan utk membuat artikel baru.
      TQ

       
  11. Ismail

    14/05/2010 at 1:03 am

    Sebarkan maklumat mengenai ajaran sesat NII Zaytun wilayah malaya di facebook.

    http://www.facebook.com/pages/Gerakan-Kahfi/107391762638607?ref=ts

     
  12. bob

    26/07/2010 at 7:26 am

    salam,
    saye masih lg mngikuti gpk ni dlm 3bln, tp saye xtau nk klua mcmne… klu tgk sume mcm baik je. dalam artikel atas mmg ade byk same ape yg dicerite kn, tp ade juge yg lain.. cth sprt solat aktual & ritual, mmg ade di sampaikn tp soalt 5 waktu juge mereke ambil berat juge.

    walau mcmne pon, saye rase saye perlukn bantuan disini…saudare2 di blog suarajagat ni ade sape2 yg dpt mmbantu saye? pls…

     
    • suarajagat

      26/07/2010 at 2:03 pm

      terima kasih saudara bob..
      suatu masa lalu, solat 5 waktu tidak pernah mereka laksanakan..namun hari ini kerana banyaknya pembongkaran tentang ajaran mereka dan antara kesalahannya adalah menolak solat 5 waktu, lantas hari ini mereka melaksanakannya pula. Walhal sebelum ini Pimpinan NII sering mengatakan bahawa itu bukanlah yang dikehendaki oleh ALLAH.

      Caranya utk saudara keluar :
      pertama, jauhilah sahabat yg membawa anda ke GPK…berhenti menghadiri program dan membayar segala infaq.

      kedua, buatlah laporan di Jabatan Agama Islam di negeri anda. Salurkan segala maklumat yang anda ketahui.

      Tq.

       
    • Gerakan Pemuda Carrefour

      28/07/2010 at 11:34 am

      Nampaknya setelah heboh di media menceritakan yang mereka tidak mengamalkan solat 5 waktu, kini mereka telah mengubah dan mewajibkannya pula bagi mengelakkan sangkaan buruk dan perasaan was2 di kalangan ahli baru.

      Mereka dengan semudah2nya membuat syariat berdasarkan kesesuaian mereka dan kondisi yang mereka dakwa.

       
  13. bob

    02/08/2010 at 1:34 am

    Salam,

    trime kasih krna sudi mmbantu..
    Sbenarnye, kawan yg tarik masuk GPK adalah kawan satu jabtn di ofis. Saye mnjangke kn di ofis sudah ade dlm 5org.. dan ade jg yg mnolak. Sesiape yg kluar di labelkn sbgai kafir dan musuh (dutunjuk kn be2rape ayat quran).

    byk lg yg nk dikongsikn..insyallah saye akn komen lg

     
  14. zana

    25/08/2010 at 7:15 pm

    adakah hudan,bainat dan furqan diambil dr petikan bismillahhirahmannirahim?nk kepastian…

     
    • suarajagat

      25/08/2010 at 8:36 pm

      saudari zana,
      ya, menggunakan kalimah basmalah berdasarkan ayat 185 surah al-Baqarah ..begitulah menurut kaedah yang disampaikan oleh ajaran sesat NII KW9..mereka mengatakan bahawa hudan (al-Quran), bainat (bumi) dan furqan (hati).

      namun menurut pandangan ulama..bukanlah sedemikian rupa.

       
  15. zana

    26/08/2010 at 5:56 am

    adakah pernah dilakukan perjanjian dgn tgn diletakkan diats AQ smbli membaca beberapa perjanjian dgn saksi???sblm join progrm perseorng ke progrm berkumpuln??ingnkn kepastian??

     
    • suarajagat

      26/08/2010 at 2:55 pm

      SAUDARI ZANA,
      ahli rekrut yang baru melalui beberapa sesi tilawah. Mereka juga kemudiannya akan mengadakan sesi baiah. Jika anda pernah melalui pengalaman seperti yang anda komen di sini..saya yakin, itu adalah ajaran sesat NII.

       
  16. Zikr

    26/08/2010 at 2:50 pm

    Salamun Alaikum,

    Disini saya ingin menyeru kepada semua yang rindukan kebenaran dan masih mengharap pimpinan tuhan, serulah kerabat dan rakan untuk ber’al-quran’ sepanjang hidup. Bawalah ayat-ayat cinta ini kemana saja kamu berada. Nescaya kita dipelihara dan dilindung tuhan.

    Sekian hari kita menyaksikan satu persatu nilai kehidupan yang sebenar terhakis dari manusia itu. Semakin hari, manusia semakin tidak mengenal dirinya. Tidak tahu siapa itu al-khaliq. Tidak mengenal rabbul jalil. Tidak mengenal asal-usulnya. Serta tidak tahu apa tujuan hidup.

    Maukah kamu tahu jalan yang boleh menyelamatkan kamu di dunia dan akhirat? Hentikanlah pertikaian yang tidak berkesudahan ini. Teruslah menyeru/dakwah kepada ‘Darussalam’.

    Jika masih rindukan untuk melihat Islam itu menjadi suatu kenyataan, maka berlumbalah untuk salamkan dunia dan akhirat.

    Allah tidak mengubah nasib sesebuah kaum melainkan ubah nasib sendiri kepada takdir yang Allah tentukan.

     
    • suarajagat

      26/08/2010 at 3:10 pm

      terima kasih zikr..
      yang pasti NII/Maahad al-Zaytun adalah penyebab kepada permasalahan akidah umat Islam. Kewujudan ajaran sesat ini telah merosakkan akidah dan kefahaman umat Islam.

       
      • zana

        26/08/2010 at 3:36 pm

        adakah progrm yg dijalankn perlu mencari sekurg2nya 5org utk mengikuti progrm…sy ignkn kepastian sbb sy pernah ikuti….kdg2 ada jgk hati sy merasakn was2..tp apbla dibukakan ayt didlm AQ,seolah2 mcm terjawb…diats menyatakn gerakan mengatakan solt tidak wajib…ttp mereka menekankn slt 5wktu wajib..dan mereka juga memberi peluang utk bertya jika tdk fhm….

         
      • suarajagat

        26/08/2010 at 3:43 pm

        ya..yang anda ikuti itu adalah NII.
        pada peringkat awal mereka tidak akan cakap secara direct bahawa ianya tidak wajib.
        itu memang kaedah mereka. malah mereka tidak akan menjawab soalan secara direct…tetapi menyuruh pengikut melihat ayat-ayat al-Quran.

        Boleh nyatakan apakah perkara yang membuatkan anda berasa was-was?

         
  17. zana

    26/08/2010 at 3:54 pm

    pertama::seolah2 memaksa utk mencari org mengikuti progrm…

    kedua:: knp setiap tafsir mst kearah pembetukan Ad-din??mcm mn dgn perintah2 Allah yg lain??knp tdk di ajr??mgkn ms tu sy baru lg…

    ketiga:: knp perlu merahsiakan ilmu yg dipelajari dr diberitahu org lain…pdhal ilmu yg Allah bg wajib disampaikn..alasan nya akn menimbulkn salah fhm dr org lain…

    keempat::knp adakan kelas pd wktu mlm…tnpa pkr keselamatan kaum hawa…alsannya..nabi sndri berdakwah secara tersembunyi…

    kelima::knp perlu mengadakan kelas di tmpt2 berlainan ,mksdnya dirumh org…

    adakah sama???sy nk kn kepastian…..bntu sy..

     
    • suarajagat

      26/08/2010 at 4:05 pm

      yes..betul sama la tu…confirm itu adalah NII/GPK.

      nasihat dan harapan saya kepada anda..
      1) buat laporan ke Jabatan Agama Islam Negeri tentang ajaran tersebut.
      jangan risau… kerana identiti anda akan dirahsiakan.

       
    • Gerakan Pemuda Carrefour

      26/08/2010 at 4:23 pm

      Typical Modus Operandi Gerakan Pemuda Kahfi/NII…

       
  18. zana

    26/08/2010 at 4:33 pm

    ttp mereka juga adakan hafazan ayt2 AQ…hafazan asma ul-husna…smua tue baik..mcm mn??

     
    • suarajagat

      26/08/2010 at 8:26 pm

      zana,
      masih ingat kisah al-arqam? mereka mempunyai madrasah sendiri, mereka juga ramai yang tahfiz al-Quran, asma ul-husna dll.
      malah, kumpulan seperti hijjaz, rabbani dan raihan dahulu merupakan ahli al-arqam.
      golongan mujassimah, muktazilah, qadariah, jabariah dan sebagainya juga menghafaz al-Quran.

      para orientalis juga tidak kurang yang menghafaz al-Quran.

      Justeru, ia bukanlah hujah untuk mengatakan bahawa mereka itu benar. Perbuatan menghafaz ayat al-Quran, tidak membuktikan akidah yang benar.

       
  19. zana

    28/08/2010 at 2:27 am

    tqvm ats penjelasan…..

     
  20. faruq

    05/10/2010 at 12:23 pm

    Ahlan Wasahlan para sahabat…tahniah atas usaha pelopor blog ni..sekurang2nya dapatlah kita mengenali ajaran sesat yg wujud di nusantara ni..tp macam mana milenia muslim boleh dapat sumber ni ye..bagus betul majalah tu..tak banyak majalah kat malaysia ni yang berani buat pendedahan secara terbuka yang menyentuh isu akidah umat islam di malaysia ni..dapatlah kita lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan di dunia yg penuh mencabar dengan ajaran2 yg byk menyeleweng..semoga suarajagat terus menerus dalam usaha murni ini..

     
    • suarajagat

      05/10/2010 at 2:50 pm

      terima kasih faruq atas komen dan semangat yg di beri..

       
  21. D.O GPK bodoh bahlol

    23/11/2010 at 9:08 pm

    Dulu mase aku nak kuar dr GPK (Quranic Implenmtation System kate diiorg time aku dlu 2006-2007), ade lah berdebat dgn D.O yg nak brainwash aku….aku jmpa website gerakankahfi.blogspot n aku ckp aku tau rahsia GPK melalui blog ni….mcmni la lebih kurg dialog yg mengkantoikan D.O tu
    D.O : “apa nko nak percaya sumber selain(blog) drpd al-Quran?”
    aku: “abes, yg ko crite pasal sejarah Rasulullah secara detail tu ade dlm al-Quran?”
    D.O: “errr…..abis sbg muslim mmg la kite kena percaya sirah rasulullah…”
    aku: “tau pun,dah tu knpae plak aku xleh percaya kat blog ni jugak (yg mngatakan GPK sesat)? (sambil tersenyum sinis)”
    D.O: mati akal( trus dia tukar topik perbahasan lain)
    nmpak sgt GPK ni golgan2 yg dlunya huha, ble nak insaf…tersilap channel……terus jadi poyo…..dah la poyo…sosat pulak…kesian mereka

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: