RSS

Tazkirah SJ : Andai aku….

18 Jun

Sejak beberapa hari lalu, saya tidak berkesempatan untuk membuka dan melihat blog ini kerana menguruskan kehidupan harian.

Bercakap mengenai kehidupan, ramai di antara kita di waktu-waktu yang sunyi akan mengingati kembali jalan yang pernah dilalui. Susah, senang, pahit maung dan getir merupakan resam dunia. Salah dan silap yang dilakukan menjadikan diri kita lebih matang dalam melalui masa mendatang.

Hidup ibarat roda yang berputar. Ada masanya kita di bawah dan ada ketikanya pula kita berada di atas… Apatah lagi jika anda seorang da’ei, ibarat lagu Sunnah Berjuang, sudah pasti penuh ujian dan rintangan.

Bagi diri SJ, perjalanan dakwah selama lebih sedekad ini sememangnya amat memeritkan. Ada ketikanya kawan berubah menjadi lawan. Tak kurang juga yang menikam belakang, khianat dan sebagainya. Memang tidak ramai yang memahami apa juga yang tersirat dalam hati kita. Kerana itu, kita haruslah sentiasa menyerah diri kepada ALLAH Azza wa Jalla. DIA Maha Mengetahui dan DIA jualah yang Maha Mencukupi.

Biarlah diri menempuh 1001 halangan dan ujian dari-NYA. Ia tanda DIA tidak lupakan kita. Ia tanda ingat. Tanda peringatan. Tanda pengajaran.

Belajarlah pada setiap kali kita jatuh. Bertaubatlah dan mintalah petunjuk dari-NYA. Segala sesuatu adalah milik-NYA, dari-NYA dan akan kembali kepada-NYA.

Hadir kita di dunia dalam fitrah yang suci dan bersih…bagaimanakah mungkin kesudahannya nanti?

Tetapkanlah akidahmu di jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.. Moga akhirnya kembali kita dalam fitrah yang bersih dan suci dalam rahmat-NYA.

 
 

3 responses to “Tazkirah SJ : Andai aku….

  1. Fakeh Khalifah Saka

    22/06/2010 at 7:59 pm

    KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

    (a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

     
  2. ikram

    23/06/2010 at 4:23 pm

    salam bro,
    mai tengok blog peminum daun ketum asalama ni…

    http://1asalama.blogspot.com/

    thanx

     
    • suarajagat

      24/06/2010 at 1:02 pm

      terima kasih ikram..
      maklumat yang sgt bagus..
      jika ada maklumat penting salurkan ke email SJ :

      suara.jagat@gmail.com

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: