RSS

UMNO, Ulama dan Wahabi

27 Jun

SJ tidak begitu gemar menyentuh isu politik di blog ini. Saya sebenarnya sedang menyusun kembali idea-idea penulisan berkaitan ahli sunnah wal jamaah. Namun apabila kisah segolongan individu yang digelar ‘ulama muda’ masuk UMNO, saya terpanggil untuk berbicara sedikit.

Saya yakin, ramai di antara pembaca yang mengetahui tentang perbezaan fikrah amat sedar bahawa 40 individu ini adalah sebahagian dari kalangan hardcore pengikut aliran wahabiyah/salafi di Malaysia.

SJ malahan amat tidak bersetuju bila ada pihak yang menamakan mereka sebagai ulama. Bagi SJ, gelaran ulama memerlukan satu indikator kriteria yang sangat tinggi dan teliti. Kita seharusnya sedar, bukan semua individu yang mempunyai ijazah kedoktoran (PhD) atau Master  dalam Pengajian Islam layak digelar ulama. Ilmu yang ditandai pen merah dan biru di atas kertas tidak mencukupi untuk melayakkan seseorang sebagai ulama Islam.

Mungkin para wartawan harus bersifat berhati-hati dalam menulis dan janganlah terbawa-bawa dalam mempublisitikan sesuatu kisah yang berlaku. Itu nasihat saya buat para journalist.

Pertama sekali, saya tegaskan bahawa SUARAJAGAT tidak menafikan pegangan mazhab fekah yang diikuti oleh golongan salafi ini. Saya tidak sekali-kali menafikan amalan dari sudut fekah mana-mana mazhab – Maliki, Hanafi, Hanbali dan Syafie. Ini adalah kerana para ulama mujtahid tersebut sentiasa berlapang dada dalam menerima perbezaan antara satu sama lain.

Namun apa yang saya kurang senangi ialah aliran  pemikiran wahabiyah/salafi yang kian menular di tanah air Malaysia. Mengakui diri sebagai salafi atau pengikut salaf, tetapi menolak bacaan doa qunut dalam solat subuh lantas terus menghentam amalan tersebut sebagai bidaah. Walhal, bukankah membaca doa qunut dalam solat subuh itu merupakan sebahagian dari ilmu fekah mazhab syafie? Dan bukankah Imam Syafie r.h.m termasuk dalam kalangan salaf? Bukankah gurunya yakni Imam Malik r.h.m adalah salafus soleh?

Ramai di kalangan para ustaz sering berkata, masalah golongan wahabi ialah kerana akhlak mereka yang kurang baik. Suka saya tegaskan, Rasulullah s.a.w mempunyai akhlak yang sangat baik. Maka apakah layak untuk digelar umat Muhammad s.a.w jika akhlak kurang baik apatah lagi lidah sering menipu dan suka membesarkan diri?

Saya melihat, golongan wahabiyyah ini mengamalkan kaedah ‘matlamat menghalalkan cara’.

  • bila seorang orang kuat mereka dihadapkan ke Mahkamah Syariah Selangor, beliau menerima sokongan golongan Islam Liberal. Malah beliau tidak pernah menolak sokongan dari kelompok sesat Islam Liberal.
  • orang kuat ini sanggup menjadikan media golongan Liberal sebagai tempat dan ruang untuknya bersuara.
  • Soalan SJ : Apakah wajar seorang yang so-called ‘ulama’, yang gah berkata ingin mempertahankan Islam bersekongkol dengan pembawa fahaman liberalisme dan pluralisme?

Bila ditanya tentang kisah wahabi masuk UMNO, seorang teman saya berkata “pening kepala bila lihat ustaz kami masuk UMNO”

Saya katakan kepadanya “maaf kalau saya kata, seperti ada agenda dari this hardcore salafi. Untuk digelar ulama, saya tak fikir mereka cukup kriteria. Saya tak fikir mereka bertujuan untuk membersihkan UMNO, tapi lebih kepada mencari ruang politik untuk agenda sendiri”.

Teman ini kemudiannya membalas “Saya nampak mereka cuba nak salafikan UMNO..ntah la..saya no komen”.

SJ tersenyum..Macam mana boleh kata no komen ni…sedangkan statement tersebut adalah satu bentuk komen..

Lalu saya menjawab “That’s my point. Matlamat menghalalkan cara? Maka di mana letaknya sunnah…”

Ingatlah wahai insan.. kaedah matlamat menghalalkan cara lahir dari kepincangan pemikiran Machiavelli; bukannya dari kehebatan nubuwwah.

Untuk semua sahabat, kenalan, teman dan pembaca, tidak terlupa khususnya ahli UMNO..secebis nasihat dari saya – berhati-hatilah, usah mudah terpedaya, jika kelak diri binasa, rakyat pula akan merana. Wallahu’alam.

 

4 responses to “UMNO, Ulama dan Wahabi

  1. Ghufran

    28/06/2010 at 2:18 am

    Ini wajib di perjelaskan.Kita menolak Wahabi bukan kerana perkara2 yang furuq2. Tetapi kerana ajaran wahabi membawa aqidah yang kufur. Wahabi menyamakan Allah dengan Makhluk ciptaan-NYA. Dgn mengatakan Allah ada tangan, duduk diatas arasy,ada tempat(berarah), berjisim dan etc. Sesungguhnya ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT DAN TIDAK SAMA SEPERTI MAKHLUK.
    p/s: boleh pergi ke blog2 pendokong ASWJ spt: http://abu-syafiq.blogspot.com; http://khazanah-salafiyyah.blogspot.com/; http://penembak-tepat.blogspot.com/; http://al-ghari.blogspot.com/

     
    • suarajagat

      28/06/2010 at 1:39 pm

      terima kasih saudara Ghufran.
      komen yang bagus dan menarik..

       
  2. Mariah

    17/07/2010 at 8:10 pm

    Assalamualaikum..

    Berhati2lah saudara ( bahkan kita semua )terhadap golongan yang membawa berita yang dia sendiri tidak tahu kebenarannya …periksalah kebenaranya…saya melihat saudara benar sehinggalah kepersempadanan ini….orang yg membawa berita fitnah dan mengkafirkan orang Islam adalah suatu perkara besar melainkan telah jelas dengan suluhan Al Quran dan Sunnah….

     
    • suarajagat

      17/07/2010 at 8:34 pm

      terima kasih Mariah..
      saya setuju dgn pernyataan anda dan sememangnya amat tidak gemar untuk mengkafirkan orang Islam lain.
      Malah belum pernah saya mengkafirkan sesiapa yang mengucap 2 kalimah syahadah.

      Artikel di atas bukanlah satu fitnah..ia adalah cebisan dari pengetahuan dan rakaman perbualan yang saya kongsikan bersama pembaca.

      terima kasih.🙂

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: