RSS

Fatwa Terkini : ESQ Menyeleweng Akidah Umat Islam

30 Jun

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan fatwa berhubung penyelewengan akidah oleh ESQ Leadership Training (ESQ 165). Untuk bacaan lanjut dan memberi komen, sila klik di sini (Fatwa : ESQ 165)

Layari juga Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (klik)

( rujukan : http://www.muftiwp.gov.my/pmwp/profail_jabatan_files/fatwa_esq.pdf {klik di sini} )

 

11 responses to “Fatwa Terkini : ESQ Menyeleweng Akidah Umat Islam

    • arah

      09/07/2010 at 2:19 am

      Pada waktu ini para kakitangan kami di ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ) mendapat banyak pertanyaan dari para alumni ESQ serta orang ramai di seluruh Negara tentang beberapa isu berkaitan dengan status pelaksanaan ESQ Training di Malaysia.

      Kami dengan ini ingin memaklumkan bahawa ESQ Training berjalan seperti biasa di semua 13 buah negeri di seluruh Negara kecuali di Wilayah Persekutuan. Pada 17hb Jun YBSS Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan warta Kerajaan bilangan P.U. (B) 276 yang hanya terhad untuk Wilayah Persekutuan sahaja. Buat masa ini kami masih menunggu keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berhubung status pelaksanaan ESQ Training.

      Latihan ESQ dan program-program kerjasama ESQ di semua negeri lain berjalan seperti biasa. Kami juga terus menyokong program anjuran Jabatan-jabatan Mufti seperti baru-baru ini di program Seminar Falak di Pulau Pinang di bawah anjuran Jabatan Mufti, program prihatin di bawah Corporate Social Responsibility (CSR), ESQ Training Remaja bersama-sama anak yatim di Negeri Perak dan yang sedang berlangsung selama 13 minggu (bermula 15 Jun 2010) adalah kerjasama ESQ bersama dengan TV9, ”Halaqah Sentuhan Qalbu”. Melalui program kerjasama ini, gabungan para ulamak, pakar motivasi di negara ini dan jurulatih ESQ telah membawa satu sinergi baru di dalam usaha membantu transformasi karakter masyarakat di negara ini.

      ESQ telah ditubuhkan di Malaysia sejak 18 September 2006 sebagai sebuah syarikat yang menjalankan latihan modal insan menggunakan Model Pembentukan Karakter, The ESQ Way 165. Ia diasaskan oleh Dr Ary Ginanjar Agustian , Penulis Buku “ESQ Power” dan Pengasas ESQ Training. ESQ terus komited melaksanakan pengukuhan dalaman dengan melancarkan program kualiti, syarikat patuh syariah, MS 1900:2005. Seiring dengan komitmen kualiti mengikut piawaian Malaysia ini, ESQ telah menubuhkan Panel Syariah dan Akidah mulai September 2009 yang pada waktu ini dianggotai oleh:

      1. Dato’ Mustafa Abdul Rahman, Mantan Ketua Pengarah Jakim. Beliau mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun di dalam mengendalikan urusan agama. Dato’ Mustafa adalah Pengerusi Panel Shariah dan Akidah ESQ
      2. Tan Sri Abdul Kader Talip yang merupakan Mantan Mufti Wilayah Persekutuan mempunyai selama 38 tahun di dalam mengendalikan urusan berkaitan agama
      3. Dato’ Paduka Sheikh Hasbullah Sheikh Abdul Halim yang merupakan Mantan Mufti Kedah mempunyai pengalaman selama 39 tahun di dalam kehakiman syarie dan urusan agama
      4. Dato’ Hj Nooh Hj Gadot, Mantan Mufti Johor berpengalaman selama hampir 40 tahun di dalam urusan agama
      5. Dr Adnan Mohd Yusoff , Dekan Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia

      Modul pembinaan insan, The ESQ Way 165 ini telah diuji kesannya ke atas transformasi karakter diri bukan sahaja di Malaysia dan Indonesia, tetapi juga di benua-benua lain di Eropah dan Negara-negara seperti di Amerika, Australia, Jepun dan Madinah. ESQ mendapati, hasil pengalaman dan penilaian melaksanakan latihan ke atas hampir sejuta orang di seluruh dunia, perubahan atau transformasi diri yang hakiki hanya boleh berlaku apabila dihubungkan dengan Allah SWT, Yang Maha Pencipta. Justeru itulah modul ESQ Leadership Training menjadikan Al Quran dan As Sunnah sebagai rujukan utama. ESQ komited melakukan pembaikan berterusan bagi melahirkan pakej latihan pembangunan insan yang menyajikan penyelesaian holistik dan Islamik yang merujuk kepada Al Quran dan As Sunnah bagi menangani krisis kehidupan hari ini.

      Gabungan kepakaran dari Indonesia dan Malaysia di dalam bidang pembangunan insan ini diharapkan dapat membentuk sebuah packaging latihan milik nusantara yang boleh bersaing di peringkat global. Sebagai makluman tambahan kepada para alumni yang belum mendapat informasi tentang pengiktirafan badan-badan Islam di Indonesia, maka sukacita dimaklumkan bahawa di Indonesia, ESQ telah mendapat sokongan daripada organisasi-organisasi Islam seperti Majelis Ulama Indonesia, Pimpinan Pusat Muhammadiyah, Ikatan Cendekiawan Muslim Se-Indonesia, Nahdlatul Ulama dan Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia bahawa ESQ tidak bercanggah dengan syariat Islam.

      Seramai 8 orang Mufti dan Timbalan Mufti dari 8 Negeri telah menghadiri training ini dan telah memberikan respon yang positif tentang ESQ.

      ESQ sentiasa bersikap terbuka dan mengalu-alukan sebarang pandangan dan komen terutamanya dari ulamak dan cendikiawan Islam berhubung kursus ESQ bagi penambahbaikan untuk manafaat ummah. ESQ bersama dengan barisan panel Syariah dan Akidahnya akan menjelaskan sekiranya ada kekeliruan yang timbul dari masa ke semasa.

      Untuk maklumat lanjut, bolehlah berhubung dengan Panel Syariah dan Akidah ESQ :

      1. YBhg. Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah Haji Abdul Halim (Mantan Mufti Kedah) – 012 429 1789 begin_of_the_skype_highlighting 012 429 1789 end_of_the_skype_highlighting

      2. YBhg. Dato’ Hj Nooh bin Hj Gadot (Mantan Mufti Johor) – 019 770 4251 begin_of_the_skype_highlighting 019 770 4251 end_of_the_skype_highlighting

      Atau pihak pengurusan ESQ:

      1. Marhaini Yusoff, Pengurus Besar – 013 359 3165 begin_of_the_skype_highlighting 013 359 3165 end_of_the_skype_highlighting (e-mail: marhaini_165@yahoo.com)

      2. Mohamed Razib Abu Bakar, Timbalan Pengerusi – 019 222 5222 begin_of_the_skype_highlighting 019 222 5222 end_of_the_skype_highlighting (e-mail: esqrazib@yahoo.com)

      – Tamat –

       
      • suarajagat

        09/07/2010 at 11:12 am

        terima kasih arah,

        persoalan yang timbul ialah :

        ESQ bermula sejak tahun 2000.. mengapa panel syariah ESQ hanya ditubuhkan pada tahun 2009?
        Mengapa hanya selepas 9-10 tahun barulah ditubuhkan Panel Shariah?

        maka tidak hairanlah jika terdapat penyelewengan yang berlaku sepanjang tempoh itu..

        untuk pengetahuan saudara, Panel Kajian Aqidah JAKIM juga telah membuat keputusan bahawa ESQ Leadership Training adalah menyeleweng..
        keputusan ini telah dibuat sejak beberapa bulan yang lalu.

        Sebagai seorang muslim dan menyedari bahawa mereka ini dipertanggungjawabkan untuk menjaga akidah umat Islam di Malaysia.. pandangan saya ialah kita wajib menerima dan mengikutinya.

        Buat semua jabatan agama, para mufti dan Panel Syariah ESQ sendiri..saya cadangkan kepada semua agar membuat risikan, intipan dan siasatan ke atas ESQ.
        jika anda yang hadir..mungkin penyampaiannya berubah..dan kelihatan bersih..
        maka buatlah intipan, siasatan dan kajian.
        buatlah berkali-kali..
        anda akan dapat melihat perbezaan is penyampaiannya…

        saya juga menegaskan bahawa fatwa ini sewajibnya diikuti oleh semua pemastautin, jabatan kerajaan, kementerian dan syarikat2 yang ada di dalam wilayah persekutuan.

        tq

         
  1. Iranis

    11/07/2010 at 9:46 am

    Pihak ESQ pula, tidak boleh mendabik dada dengan sokongan ulama Indonesia dan senarai panjang mereka. Jika mereka ingin terus bertapak kukuh, mereka perlu memberi respon baik dan ilmiah kepada inti warta itu, bukan hanya sekadar menyatakan “kami ada penasihat Syariah”, “kami ada senarai ulama Indonesia yang menyokong”, “ulama singapura” dan sebagainya. Penasihat Syariah ESQ perlu bekerja kuat untuk menulis bahan ilmiah ini dengan bijak dan tidak hanya duduk berehat sekadar menunggu wartawan datang, membiarkan pengurusan ESQ kelam kabut menangani masalah ini.

    -petikan daripada fb Zaharudin.net

     
  2. SELASIH

    11/07/2010 at 5:12 pm

    apa yg merosakan akidah????
    pabila ESQ menanamkan ideologi semua agama yg ada ini adalah benar.

    agama yg benar di sisi allah adalah Islam MENERIMA MUHAMMAD SEBAGAI PESURUH ALLAH DAN MEMBERI PANDUAN MELALUI AL QURAN SERTA HADIS

     
  3. jebat

    12/07/2010 at 3:05 pm

    Kesan training ini sangat baik. minggu lepas 2 orang di Sabar masuk Islam sewaktu training sedang berjalan. Sebaiknya yang salah dibetulkan, supaya training ini dapat terus menyumbang pada masyarakat kita yg sedang terumbang-ambing aqidahnya. saya penyelidik persendirian yg memantau esq dari dekat. lebih puluhan kali ke training, membaca semua buku dr Ary dan ke jakarta, mengkaji sejarah dan latar hidup Ary Ginanjar.. kesimpulan saya hanya satu, kita support dalam masa yg sama kita perbaiki apa yg kita rasa kurang.

     
    • suarajagat

      13/07/2010 at 12:17 am

      SJ berpendirian untuk menyokong, menerima dan mengikuti fatwa SS Mufti Wilayah.

      Sekiranya terdapat apa juga penyelewengan yang pernah berlaku, sedang berlaku dan mungkin akan berlaku secara sedar ataupun secara tidak sedar bertitik tolak dari ESQ 165 ini.. maka saya berlepas diri darinya.

      sila hantarkan komen di Fatwa : ESQ 165

       
    • Iranis

      13/07/2010 at 9:48 am

      Kita sepatutnya percaya, lebih percaya dan memberi kepercayaan kepada penyelidikan yang dijalankan oleh pihak berautoriti. Mereka menjalankan kajian dan siasatan atas kapasiti mereka yang bertanggungjawab memelihara dan menjaga akidah, syariah dan segala hal ehwal umat Islam (bukan kajian peribadi sekadar memenuhi inkuiri atau persoalan dalam diri). Bahkan mereka adalah benteng utama umat Islam untuk mempertahankan agama Islam yang suci dari sebarang unsur-unsur asing.

      Sesiapa yang berkesempatan dan berkemampuan untuk menyelidik secara peribadi dipersilakan. Tetapi mustahil jika kajian yang dilakukan melalui metodologi penyelidikan sebenar dan punyai kepakaran menganalisis maklumat daripada data-data sokongan tidak menemui jawapan yang sama sepertimana 3 kajian yg telah dilakukan oleh pihak berautoriti (panel kajian akidah JAKIM, kumpulan penyelidik dari kalangan ahli2 akademik dan kajian SS Mufti WP mengenai gerakan Islam LIberal di Indonesia). Banyak ilmu, maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dari pelbagai bidang diperlukan termasuk pemikiran dan falsafah untuk memahami fahaman yang mendasari kandungan buku2 Ary. Seorang pemikir juga perlu membaca permainan musuh Islam sepanjang sejarah Islam melalui tajaan gerakan-gerakan meruntuhkan Islam dan membina fahaman baru dengan label Islam.

      Jika aspek teknikal dan fiqh sahaja yang rosak, mungkin tolak ansur untuk menambahbaik boleh dilakukan. Tetapi sekiranya fahaman yang rosak, fahaman itu perlu dibuang, kerana ia menjejaskan akidah. Tidak ada tambahbaik lagi. Cth. ada ajaran dan fahaman yg baik dlam agama lain, adakah boleh kita katakan agama itu agama yang benar kerana punyai kebaikan? Tidak, maka kita menolak dan tidak mengiktirafnya sebagai agama yang diterima oleh Allah. Begitu juga konteks esq 165, penyelewengan mendasar adalah aspek akidah (wp dengarnya aspek pelaksanaan pun ada juga). Oleh itu wajar kita menjauhi dan menolaknya kerana kita tidak boleh membaiki Budha menjadi Islam, Islam tetap Islam, tidak boleh mengislamisasikan Budha. ESQ mmg bkn agama, tetapi fahaman sememangnya tidak dapat dinafikan kaitannya dan kesannya kpd agama.

       
  4. Fuzi

    24/08/2010 at 5:00 pm

    Saya nak berkongsi satu maklumat berupa petikan yang diambil dari sebuah buku:

    “Bila dicermati, kisah-kisah sukses pebisnis kelas dunia memperlihatkan suatu kesamaan: terasahnya kecerdasan spiritual menjadi sumber kekuatan luar biasa penggerak bisnis mereka. Perlu Ditekankan di sini bahawa spiritualitas, sebagaimana diperkenalkan dalam pelatihan Emotional Spiritual Quotient (ESQ) 165, tidak mesti berkaitan langsung dengan agama. Kecerdasan spiritual itu dipandang sebagai potensi yang secara universal dimiliki oleh setiap manusia” (Ary Ginanjar Agustian. Spiritual Company. Halaman 13).

    “Dari kisah-kisah yang saya ungkapkan, ada satu kesamaan lain, yakni bahwa pebisnis sukses sadar tentang peri pentingnya mengasah potensi itu. yang membedakan adalah cara bagaimana mengasah potensi itu agar betul-betul teraktualisasikan.
    Para pemimpin bisnis sukses dari India, seperti Narayana Murthy (Infoys Technologies), G.Narayana (Excel Industries) atau Sunil Mittal (Grup Bharti) biasa mengasah kecerdasan spiritual mereka melalui pelafalan mantra, meditasi, dan yoga.
    Dee Ward Hock, pengasas, pendiri dan manyan CEO Visa International merasa berhasil mengerangkeng empat binatang buas” dalam dirinya, yakni ego, iri hati, ketamakan dan ambisi, setelah “bertapa” hampir satu dekade….
    Danah Zohar, ahli fisika dari Massachusettes Institute of Technology yang mencetuskan Spiritual capital bersama suaminya, Ian Marshall, mengaku potensi kecerdasan spiritualnya bisa terstimulasi dan menjadi segar bila ia mendengarkan musik.
    Nah, dalam agama Islam yang saya yakini, potensi spiritualitas itu bersumber dari ruh yang ditiupkan Allah pada manusia. Artinya, setiap manusia sesungguhnya dibekali dengan potensi untuk meniru sifat-sifat mulia (Asmaul Husna) dan ritual-ritual ibadah itu adalah sarana untuk menstimulasi dan mengasah potensi itu. (Ary Ginanjar Agustian. Spiritual Company. Halaman 26-27)
    Ada sesiapa nak berikan komen!

     
  5. azhar

    17/11/2011 at 11:52 am

    Saya betul tak faham. Apa yang tak kena dengan ESQ 165. Kalau nak komen pun biarlah kita sudah lalui training tersebut. Apa salahnya, seorang pekerja menjadi pekerja cemerlang, pelajar yang yang cemerlang, bapa yang bertanggungjawab , isteri yang penyayang dan lailain lagi. Yang ketara dalam training ini adalah kefahaman kita tentang islam sangat mendalam maknanya. Cara penyampaiannya amat efektif dan sesuai untuk zaman ini. Program ini berjaya meyakinkan bahawa Al-Quran itu adalah benar, Nabi Muhammad saw utusan Allah adalah benar. Kekuasaan Allah itu adalah benar.. Bila keyakinan itu sudah ada, yang lainnya amat mudah diikuti dan difahami.

    Saya rasa belenggu di hati anda sangat menebal. Pergilah training tersebut dan komenlah selepas itu. Jangan buat persepsi sendiri sahaja.

     
    • suarajagat

      18/11/2011 at 11:33 am

      saudara..

      sila baca kesemua artikel saya berkaitan ESQ dan kesemua komen yang terdapat dalam artikel-artikel berkenaan.

      untuk pengetahuan anda saya sendiri pernah mengikuti training ESQ 165 dan telah saya kisahkan tentang pengalaman itu dalam komen yang ada.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: