RSS

Komen Peribadi Ustaz Aizam Tentang Fatwa ESQ Oleh Mufti Wilayah

10 Jul

Berikut, saya sertakan komen Ustaz Aizam (JAKIM) tentang Fatwa ESQ Oleh SS Mufti Wilayah Persekutuan.
Secara peribadi juga, saya AMAT BERSETUJU dengan hujah-hujah beliau. Malah hujah-hujah tersebut juga boleh dianggap seolah-olah pandangan peribadi SJ kerana kefahaman serta pengetahuan yang hampir sama berdasarkan kajian yang dilakukan.
Syabas buat Ustaz Aizam kerana membawa hujah beserta bukti-bukti yang menjelaskan kedangkalan ESQ 165.
Beberapa hari kebelakangan ini penulis dihujani banyak pertanyaan berkenaan kedudukan fatwa pengharaman ESQ yang telah diwartakan oleh SS Datuk Mufti Wilayah Persekutuan (SSDMWP) pada 17 Jun 2010. Sebagai seorang yang pernah beberapa kali mengikuti kursus ESQ (sebelum ia dibawa ke JK Fatwa Kebangsaan dan mempunyai Panel Syariah sendiri), menonton video-video dan membaca buku-buku ESQ, penulis merasa terpanggil untuk memberi sedikit komentar berkenaan fatwa yang dikeluarkan oleh SSDMWP tersebut. Lebih-lebih lagi penulis teramat sedih apabila timbul fitnah-fitnah lain berikutan pewartaan fatwa berkenaan. Komentar penulis berkenaan isu ini adalah seperti berikut:-
Pertama: SSDMWP telah melaksanakan tugasnya di bawah kuasa yang telah diberikan oleh Yg Di Pertuan Agong (YDPA) kepadanya. Oleh itu, mempertikaikan mana-mana fatwa yang telah diwartakan bermakna mempertikaikan YDPA. Bagi penulis sekurang-kurangnya bagi mereka yang tidak bersetuju pun,janganlah sampai lupa bahawa setiap wilayah @ negeri di Malaysia ini ada pihak yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara kesucian agama Islam.
Logiknya, jika seorang ahli agama @ ustaz yang telahpun memiliki ijazah dalam bidang pengajian Islam sendiri pun perlu menghadiri temuduga utk memperoleh tauliah mengajar, apatah lagi ‘orang luar’ yang bukan dlm bidang agama ingin menyampaikan ajaran agama (walaupun berkonsepkan motivasi) di negara ini.

Kedua: Setakat pengetahuan penulis, tiada lagi fatwa yang dikeluarkan secara semberono oleh mana-mana institusi fatwa di Malaysia. Semuanya sudah tentu berasaskan satu kajian yang konkrit dan menyeluruh serta diputuskan melalui musyawarah oleh golongan yang berkeahlian. Hujjah-hujjah mengapa fatwa itu dikeluarkan jelas disebutkan di dalam kertas pewartaan. Sama ada ia dipersetujui atau tidak, itulah penemuan dan dapatan yang terhasil daripada kajian dan ijtihad yang dilakukan.

Ketiga: Fatwa pengharaman sesuatu perkara tidak semestinya merujuk kepada haramnya sesuatu perkara itu pada zatnya. Kadang-kadang ia lebih bertujuan untuk menyekat jalan-jalan yang mungkin akan membawa kerosakan pada masa-masa akan datang atau disebut sadd al-zara’i’. ESQ tidak boleh menafikan bahawa kini mereka mempunyai dua versi yang berbeza. Versi pertama iaitu sebelum ditegur dan belum mempunyai panel syariah sendiri. Versi kedua iaitu selepas ditegur dan telah melantik Panel syariah. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui adakah ESQ benar-benar telah menerima ‘perubahan versi’ itu atas dasar ia menyalahi aqidah dan syariah..atau..ESQ hanya mengubahnya kerana itu kehendak ‘client’ di Malaysia. Wallahu a’lam.

Keempat: Alasan yang mengatakan bahawa “tiada apa-apa keraguan pada ESQ kerana saya sendiri telah mengikuti kursus tersebut” tidak boleh diterima bulat-bulat untuk menjustifikasikan bahawa ESQ itu 100 persen halal. Orang yang mengkaji ESQ hanya dengan mengikuti kursus-kursus ESQ tidak akan menemui ‘apa sebenarnya sumber ilmu’ ESQ. Apa yang ada di dalam kursus tersebut hanyalah metodologi penyampaian ESQ berserta aspek teknikalnya sahaja. Tetapi ideologi pengasasnya bagaimana? Apa alirannya? Siapa gurunya? Apa sumber ilmu dan rujukannya? Oleh itu, penulis berpandangan SSDMWP bukan hanya menilai ESQ melalui kursus-kursus yang dijalankan tetapi yang lebih penting ‘sumber ilmunya’ iaitu melalui buku-buku karangannya dan tuan gurunya.

Kelima: ESQ bukan lahir sebagai satu kursus motivasi biasa seperti tanggapan sesetengah pihak. Ia bermula dengan satu teori yang dikarang oleh Ary Ginanjar melalui bukunya ‘Membangun Kesuksesan Berdasarkan 5 Rukun Iman dan 6 Rukun Islam’ pada 2001, diikuti dengan buku ‘ESQ Power’ dan ‘ESQ: Rahsia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritual’. Buku-buku ini sepatutnya menjadi kajian utama para pengkaji ESQ kerana di sinilah bermulanya ESQ dan ESQ  tidak akan wujud jika tiada ‘ideologi’ yang terkandung di dalam buku-buku ini. Ideologi bukan sesuatu yang mudah untuk dikompromi, walaupun isi kandungan ini telah dibincangkan oleh Panel Kajian Aqidah JAKIM & Panel Pemantau JK Fatwa dengan Ary Ginanjar, tetapi ESQ tidak pernah membuat perakuan bahawa ideologi yang wujud dalam buku tersebut adalah menyalahi aqidah sebaliknya hanya bersetuju untuk menukarkannya dengan versi baru yang ‘Malaysia compliance’. Penulis tidak pasti adakah modul ESQ di Indonesia atau di tempat-tempat lain telah diubah seperti apa yang wujud di Malaysia? Jika yang diubah hanya ESQ versi Malaysia bermakna ESQ hanya menurut ‘Malaysia compliance’ bukan ‘Syariah compliance’!

Keenam: Orang yang ‘bukan ahli’ janganlah terlalu cepat melatah dalam isu agama sehingga ke peringkat memperlekehkan institusi fatwa atau mufti. Alasannya hanya mufti wilayah yang mengeluarkan fatwa tetapi mufti lain tidak. Bagi penulis, tindakan SSDMWP sememangnya tidak popular di kala ESQ diterima baik oleh ramai tokoh agamawan dan pelbagai pihak. Tetapi sejarah telah membuktikan, apabila ia melibatkan isu ‘ideologi’ yang sukar dilihat oleh zahir mata kecuali oleh mereka ‘yang ahli’, maka tidak hairan jika ada fatwa yang menongkah arus. Ia tidak berbeza dengan tindakan Imam al-Ghazali yang mengkafirkan al-Farabi dan Ibn Sina ketika masyarakat memuji kedua-dua mereka sebagai tokoh matematik, politik dan perubatan. Al-Ghazali mengkafirkan mereka kerana pengaruh pemikiran falsafah yang meresap ke dalam ideologi mereka dalam bab ketuhanan yang menyeleweng daripada aqidah Islam yang sebenar (Rujuk kitab al-Munqiz min al-Dhalal atau Tahafut al-Falasifah). Bagi Imam al-Ghazali kesalahan kedua-dua tokoh itu adalah muktamad, bagaimanapun Ibn Rusy menolak pandangan al-Ghazali dalam kitabnya ‘Tahafut al-Tahafut’ dengan menghujjahkan bahawa kesalahan kedua-dua tokoh itu bukan perkara yang muktamad (qat’iy). Adakah dengan pengkafiran al-Ghazali terhadap al-Farabi dan Ibn Sina boleh menjatuhkan martabat keilmuan al-Ghazali? Penulis tidak fikir mana-mana ‘orang berilmu’ yang memahami tradisi keilmuan akan mengatakan begitu.

Ketujuh: Bidang perbahasan ESQ bukanlah berfokus kepada isu syariah semata-mata, ia lebih kepada perbahasan ilmu falsafah, usuluddin dan pemikiran Islam. Para ulama yang pakar dalam bidang ini sepatutnya diberi ruang yang seluas-luasnya untuk membongkar segala-galanya tentang ESQ. Mereka lebih berhak untuk memperkatakan tentang ESQ kerana mereka adalah ahli dalam bidang tersebut. Selain memahaminya dari konteks agama Islam, penguasaan terhadap teori dan falsafah Barat juga amat penting bagi memastikan kita tidak tertipu di sebalik pelbagai istilah dan teori yang diketengahkan. Sebagai contoh, penulis tidak fikir semua orang memahami apa itu perrenial philosophy dalam perbahasan Barat. Satu falsafah ketuhanan yang amat halus dan licik dan boleh meresap dengan mudah tanpa disedari oleh penganut agama itu sendiri.

Kelapan: Seorang ahli ilmu tidak sewajarnya menilai ESQ hanya pada zahirnya. Ia seperti mengatakan, “adakah kita mahu mengharamkan ESQ sedangkan ESQ telah banyak mengubah orang yang tidak solat kepada bersolat, tidak bertudung kepada bertudung…dll”. Bagi penulis, kalau ini hujjahnya maka apa salahnya ‘Syiah’ dan ‘al-Arqam’, bukankah kumpulan-kumpulan ini amat indah pada zahirnya. Tetapi apabila ideologinya dibongkar, di sana jelas terlihat kedangkalan pegangan mereka. Mungkin ini yang menjadi keutamaan SSDMWP ketika memutuskan fatwa tersebut.

Kesembilan: Bila dibuat perbandingan antara ESQ versi asal dan versi yang diubah, penulis dapati tiada lagi keistimewaan ESQ. Dulunya konsep pencarian, suara hati, asimilasi sifat tuhan, God Spot dan rumus Zero Mind Process menjadi hardcore subject dalam kursus ESQ. Tetapi kini fokus ESQ lebih kepada monolog-monolog yang meruntun hati para peserta untuk menangis. Kelebihan teknikal seperti penggunaan layar besar, kesan bunyi, pencahayaan dan kepakaran berpidato digunakan oleh para trainer untuk mengujudkan suasana sedih hingga menyentuh hati para peserta. Bagi penulis, jika ini yang menjadi kelebihan ESQ, ia bukanlah isu besar yang perlu dipertahankan sangat. Ia tiada beza dengan para pakar motivasi di Malaysia, cuma bezanya hanyalah ‘persoalan teknikal dan metodologi penyampaian’.

Kesepuluh: Bagi individu yang was-was sama ada mahu menyertai ESQ atau tidak. Nasihat penulis adalah seperti sabda Baginda SAW: “Tinggalkanlah perkara yang meragukan kepada perkara yang tidak meragukan”. Insya-Allah kita akan selamat dan keluar daripada segala bentuk syubuhat, khilaf atau segala keraguan.

Sebagai rujukan semua, di sini adalah beberapa keraguan yang pernah ditimbulkan terhadap ESQ berdasarkan kitab rujukan utama mereka (yang akan dibekalkan secara percuma kpd setiap peserta kursus-versi lama):-

Mengiyaskan kurniaan kenabian para Nabi dengan pencarian manusia (Ary Ginanjar)
Mentafsirkan nama-nama Allah (asma ul-husna) sesuai dengan sifat manusia sebagai ‘barometer’
Nabi SAW memimpin manusia dengan suara hati (di mana letaknya wahyu?)
Nabi SAW pemimpin yang paling banyak menggunakan logik & suara hati akal bukan mukjizat2
Mengapa berhujjah dengan pejuang ‘Global Ethic’ yang jelas membawa faham pluralisme agama?
Mengapa berhujjah dengan aliran sesat kod 19 tajaan Rashad Khalifah?
Rumus ZMP boleh menghasilkan ‘kekuatan luar bisa’ termasuk mukjizat & karamah
(spt kisah Kapt Razak)
Wallahu a’lam.
 
 

21 responses to “Komen Peribadi Ustaz Aizam Tentang Fatwa ESQ Oleh Mufti Wilayah

  1. Iranis

    10/07/2010 at 2:28 pm

    Alhamdulillah, syukran lillah. Terima kasih SJ kerana berkongsi artikel ini. Dan terima kasih kepada Ustaz Aizam atas tulisan ilmiah yang sangat bermanfaat. Semoga jelas di mata dan hati masyarakat umum, lebih-lebih lagi yang begitu fanatik dengan esq sehingga sanggup melemparkan kata nista pada SS Mufti dan institusi fatwa terutama yang mengeluarkan fatwa esq ini. Insya Allah yang benar tetap ada penolongnya. Allahu Akbar.

     
    • suarajagat

      10/07/2010 at 2:32 pm

      terima kasih Iranis,
      semoga suatu hari nanti…yang kelam akan nyata…

       
  2. Gerakan Pemuda Carrefour

    12/07/2010 at 11:47 am

    Terima kasih SJ kerana memaparkan artikel ini.

    Nampaknya ada juga pengikut ESQ yang sangat taksub hinggakan meninggalkan komen berunsur ugutan terhadap keluarga beliau.

     
  3. jaidi

    12/07/2010 at 5:28 pm

    Alhamdulillaah, smoga Allah membalas jasabaik SJ memanjangkan tulisan Ust Aizam berkenaan esq.

    Sebagai seorang bekas ATS selama hampir sembilan bulan, saya setuju sangat dengan kenyataan ini.

    1. esq tidak memberatkan syariat. pihak manajemen esq:
    a. tidak pernah mengambilberat soal arah kiblat dihotel-hotel dimana kursus dibuat. pernah beberapa kali para ATS dan para peserta bercanggah pendapat tentang arah kiblat sehingga pernah jemaah solat ikut 2 arah kiblat yang berbeza (Hotel Nikko dan Hotel Flamingo sebagai contoh).

    b. pernah dimana para peserta esq sampai ke masjid untuk solat Jumaat apabila khatib berkhutbah yang ke-dua (mereka terlepas khutbah pertama). apakah hukumnya? sebagai ATS saya sudah banyak kali menegur Fasilitator tetapi nampaknya kepentingan menghabiskan sessi tertentu mengatasi kepentingan solat Jumaat.

    c. semasa menjadi ATS, ramai peserta terdiri dari ahli agama, seperti ustaz, Kadhi, pensyarah universiti berbidang agama dan sebagainya yang menyampaikan teguran mereka melalui saya (diminta tulis atas kertas nota dan saya samapaikan kepada Fasilitator). Fasilitator bejanji akan membincangkan isu yang ditimbulkan tetapi sehingga akhir saya menjadi ATS, tidak ada perubahan yang dilakukan (ini menggambarkan kepada saya nbahawa modul ciptaan Pak Ary bagaikan Al Qur’an dan sunnah yang tak bolih diubahsuai demi menepati syariat).

    antara teguran mereka adalah seperti:
    kenapa fasilitator tak bolih solat jemaah dengan peserta?
    kenapa mesti camera focus kepada wajah wanita cantik (dan acapkali yang tak bertudung) dan dipancarkan ke screen sehingga nampak sebiji jerawat?). bukankah itu dapat menaikan syahwat orang lelaki?

    2. sila kaji perkataan “catharsis” yang menjadi finale bagi hari ketiga modul esq: ia adalah suatu “pre-christian era way of cleansing”: yakni ia suatu cara untuk membersihkan diri – seakan-akan tahajjud umat islam. diakhir sessi catharsis itu, setelah kedua yang dipasangkan menepuk belakang masing-masing, lalu terus dibacakan ayat al Qur’an dan lepas itu kita disuruh bersyahadah; kononnya inilah syahadah kita yang paling penting, seolah-olah keIslaman kita sebelum itu tidak diiktiraf disisi Allah.

    bukankah ini percampuran antara yang haq dan yang bathil?

    insya Allah saya akan menulis banyak lagi tentang bahaya esq. wallaahu a’laam.

    JAIDI.

     
    • suarajagat

      12/07/2010 at 11:55 pm

      terima kasih Jaidi..

      Motivator ESQ menyuruh partner A bertanya “siapa kamu?”
      dan kemudiannya motivator meminta partner B menjawab “la ilaha illallah”

      bukankah ini satu kecelaruan, penyimpangan dan penyelewengan akidah?

      teruskan menulis saudara…

      saya harap, kepada anda dan semua Alumni dan ATS yang menyedari penyelewengan ESQ dapat tampil memberi maklumat kepada JAKIM.

       
  4. jaidi

    19/07/2010 at 6:55 am

    Assalamu’alaikum wbt,

    Syukur kita kepada Allah swt dan selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw.

    Saya dan rakan-rakan saya bersedia bertemu dengan pihak JAKIM pada bila-bila masa, dengan tujuan agar kebenaran dapat ditegakkan berhubung isu esq ini.

    Saya suka menyentuh tentang pihak esq yang suka menggembar-gemburkan BILANGAN ramainya Mufti, bekas Mufti dan para alim ulama’ yang dikatakan sebagai ‘alumni esq’.

    Sebagai seorang BEKAS alumni yang juga pernah menjadi ATS sekitar sembilan bulan, saya ingin membuat pembetulan kepada fakta ini:

    1. Memang ada SS Mufti yang mengikuti kursus esq, tetapi rata-rata mereka akan ‘keluar masuk’ dewan atas beberapa sebab seperti menjawab telefon genggam; keluar untuk appointmen luar; bertemu staf yang datang untuk minta tandatangan dokumen penting, dsbnya. Berikutan itu, mereka tidak dapat membuat kajian teliti dan terperinci dari sudut aqidah, syariah, sbnya.

    juga apabila pihak pengurusan esq tahu bahawa ada kehadiran seorang Mufti, mereka akan mengimport top trainer seperti Pak Arif atau Pak Rinaldi, jika tidak pun, Pak Ary sendiri, untuk buat persembahan yang berbeza dari segi rutin (oleh Pak Aminul).

    2. Begitu juga dengan para ahli akademik dan alim ulama, yang kadang-kadang dihantar atas jawatannya sebagai ahli panel syariah buat sesuatu syarikat yang tersenarai di Bursa. Mereka asyik keluar masuk dan tidak dapat melaksanakan tugas pemantauan dengan teliti. (Saya bersedia tampil memberi nama-nama orang tertentu sebagai rujukan pihak JAKIM).

    Wallaahu aa’laam.

    Jaidi.

     
  5. Bujang

    15/08/2010 at 12:52 am

    Alahamdulillah. Allahuakbar. Ustaz telah membuat sebuah surat putih yang amat bermakna. Saya berharap ia dapat dibaca oleh seramai mungkin. Sebarkan ustaz.

    Saya yang jahil ini rasa terpanggil untuk memberi pandangan dalam hal ini – seakan-akan berdosa jika tidak. Latar belakang saya adalah sains dan pengurusan tetapi senantiasa, insya-Allah, mencuba untuk berpaut kepada al-Quran dan Hadis sebagai rujukan dalam menjalani hidup ini, serta berdamping dengan para ustaz untuk nasihat.

    Sebagai seorang muslim saya bersyukur kepada Allah atas keperhatinan dan kebertanggungjawaban SS Mufti Wilayah dalam mengemukakan dengan jujur dan berani keraguannya; lanats menegur tentang kejituan kandungan program ESQ terutama sekali dari aspek akidah. Walaupun beliau terpaksa menetang arus beliau tetap tegas hinggakan terpaksa mengeluarkan fatwanya bersendirian. Namun begitu, fatwa ini tidak dikeluarkan secara melulu; mengikut laporan Jabatan Mufti ia dikeluarkan selepas penilaian terperinci dibuat.

    Jika kita baca dengan teliti dan memandang jauh tentang 10 isu yang dibangkitkan pihak Mufti Wilayah kita seharusnya berterima kasih kepada pihak belaiu atas keperhatinan dan usahanya. Ilmu kita cetek. Jadi, kita seharusnya memberi kerjasama kepada pihak yang beramanah dan lebih arif. Perkara ini belum muktamad, tetapi sebagai penganut Islam warga Malaysia kita seharusnya akur kepada fatwa yang telah dihebahkan – walaupun ianya dikeluarkan oleh satu negeri (wilayah) sahaja. Kebenaran bukan tertakluk kepada majoriti; yang benar tetap benar. Jadi, selagi perkara ini belum diputuskan kita sepatutnya mengambil sikap berjaga-jaga. Bahkan, adalah lebih baik kita menjauhi perkara yang diragui daripda melibatkan diri dengan membuta tuli.

    Saya tidak menuduh ESQ membawa apa-apa ajaran sesat. Saya tidak mengatakan kursus ESQ tiada menafaat langsung. Apa yang telah dikatakan pihak Mufti Wilayah ialah ada perkara yang terkandung di dalam modul latihan ESQ ini yang BOLEH memesongkan akidah dan amalan syariah penganut-penganut Islam terutama yang asas agama mereka agak lemah. Walaupun negara tempat lahirnya ESQ ini adalah negara Islam seperti Malaysia namun mungkin dari aspek amalannya ada perbezaan. Tataminda islamik kita mungkin berbeza sedikit sebanyak. Oleh itu, saya tidak hairan timbulnya polimik yang dihadapi sekarang.

    Pada amnya di Malaysia amalan agama (Islam) yang diharapkan oleh pihak yang beramanah mahupun masyarakat sendiri bersifat agak ketat atau konsevatif. Oleh itu, sebagai sebuah entiti konsultant pihak ESQ seharusnya prihatin terhadap pandangan atau kemahuan klien ulungnya. ESQ seharusnya lebih terbuka kepada teguran tuan rumah. ESQ sepatutnya memandang isu ini sebagai satu peluang untuk meneliti kembali isi kandung modul-modul mereka agar lebih menepati selera dan sentiman ke-Islam-an tempatan. Saya percaya pokok ajaran ESQ bercorak konseptual; bukam empirikal atau wahyu – maka ianya mudah disesuaikan dengan teguran yang munasabah. Mungkin teguran-teguran yang dibuat pihak Mufti Wilayah boleh memperhebatkan lagi modul-modul ESQ sehingga impak dan kesannya – di Malaysia khususnya – mejadi lebih optima.
    Mungkin juga ada perkara-perkara yang dibangkitkan itu bukan disengajakan oleh pihak ESQ – hanya keterlanjuran.

    Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar. Titik pertemuan boleh ditemui jika pihak-pihak terlibat benar-benar mencintai KEBENARAN dan menginginkan KESEJAHTERAAN ummat. Saya tidak meragui keikhlasan pihak SS Mufti dalam hal ini.

    Berwaspadalah borthers and sisters in Islam.

    Hanya Allah-lah sahaja Yang Maha Mengetahui.

     
  6. Ruzaika Mat Rudi

    21/08/2010 at 9:32 am

    Salam,

    Tiada masalah untuk bersikap terbuka kerana ini yang pihak ESQ telah lakukan dari tahun 2008. Pihak ESQ sendiri telah mendatangi JAKIM dan memohon tunjuk ajar dan nasihat. Tapi apa yg berlaku? Memang pihak JAKIM ada menghantar orang untuk “memerhati” training module, tapi apa yg berlaku selepas itu? Tiada apa2 komen, senyap dan sunyi..beberapa kali ESQ ingin berjumpa, tetapi pihak yg berkuasa menutup pintu…betapa angkuh nya bagi saya yang ilmu tak tinggi ini merasakan…bak kata Dato’ Paduka HAsbullah, Mantan Mufti Kedah dan HAkim Syariah dan Tan Sri HArussani, yg mungkin tak sehebat Ustaz Aizam, tanggungjawab ulama & pihak berkuasa dalam Ugama ini ialah membimbing..bukan menghukum…Terlalu banyak isu yang dikeluarkan, namun tiada solusi…Kalau setakat menyatakan isu, sehingga kiamat pun takkan selesai. sebab masing2 akan menunjukkan ketinggian ilmu masing2.. Apa yg saya pertikaikan ialah soal keadilan sebelum menjatuhkan hukum. Diberikan hak untuk membela diri dan berbincang.

    Yang sebenarnya ianya lebih dilihat dari sifat cemburu kerana kelebihan orang “luar” yg mampu mewujudkan satu fenomena..padahal byk isu lain tentang Islam dl negara kita yg secara DIRECTLY menyentuh umat Islam yg pihak berkuasa tidak nyatakan..Sekarang, pihak yg bertanggungjawab sila beri solusi kepada 67,000 alumni ESQ 165. Dengan izin Allah jika yg dulu tak bertudung, sekarang sudah bertudung, yg dulu tinggal solat, sekarang dah solat or at least ada changes yg positive and significant in thier lives; maka sila la pihak yang bertanggungjawab memberi solusi…Saya akan tunggu apa yang pihak berkuasa ini lakukan kepada 67,000 alumni ESQ Way termasuk saya..ESQ Way 165 hanyalah setitik dari ilmu Allah yang Maha Luas, lebih luas dari lautan…sekurang2nya ada usaha untuk membina karakter manusia walaupun tidak sempurna kerana sempurna hanya miilik Allah. Yang penting ada ruang untuk membaiki diri dan proses pembelajaran yg berterusan kerana ISlam itu satu pun satu evolusi dan cara hidup.Itu lah masalah umat Islam..when it comes to ISlam, semuanya mejadi rigid, sehingga tiada ruang dan proses untuk belajar dan membaiki. Samada terus sempurna atau jgn langsung terlibat sama sekali..Kalau begini lah keadaanya, maka pihak berkuasa sahajalah yg masuk syurga. Even Rasulullah dulu semasa menjatuhkan jahiliyah telah memberi solusi yg sgt mantap untuk menjaga dan menaikkan kembali peradaban umat. Jika pihak berwajib ini hanya mampu menghukum tanpa memberi solusi, maka sebenarnya tiada sumbangan langsung yg diberikan untuk mebangunkan umat. I will monitor closely apakah solusi nya dan pihak berwajib WAJIB PASTIKAN ada training modal insan yg mampu memberi sentuhan seperti apa yg ESQ 165 telah lakukan.

    Cuma yg amat lucu, ada beberapa pihak yang menghentam ESQ Way 165, tetapi senyap2 meniru methodology ESQ dan pengisian..dan memberi alasan semua ilmu milik Allah..mmm..betapa ceteknya nilai jawapan ini yg menutup pintu keadilan..kalau tak hentam, takpa..ini dia yg mengutuk habis habisan, tetapi senyap2 mengambil modul training ESQ 165…lawak of the year..Lagu Demi Matahari adalah lagu yg diciptakan khas oleh kumpulan Snada untuk training ESQ 165. Maka kepada training provider yang mengambil lagu ini sebagai tema dlm modulnya, sila bayar royalti ye kerana saya tahu ESQ 165 membayar royalti kepada semua hak cipta yg digunakan dalam trainingnya. Wassalam dari saya yang akan amat cetek ilmunya ini…Mohon doa agar saya dapat lanjutkan ilmu dalam bidang undang2 supaya saya mampu “melihat” apakah sebenarnya bidang kuasa undang2, terutamanya Undang2 Syariah, Perundangan Islam dan pembelaan nasib umat.

     
    • suarajagat

      21/08/2010 at 2:15 pm

      terima kasih saudari Ruzaika…

      Tiada masalah untuk bersikap terbuka kerana ini yang pihak ESQ telah lakukan dari tahun 2008. Pihak ESQ sendiri telah mendatangi JAKIM dan memohon tunjuk ajar dan nasihat. Tapi apa yg berlaku? Memang pihak JAKIM ada menghantar orang untuk “memerhati” training module, tapi apa yg berlaku selepas itu? Tiada apa2 komen, senyap dan sunyi..beberapa kali ESQ ingin berjumpa, tetapi pihak yg berkuasa menutup pintu…betapa angkuh nya bagi saya yang ilmu tak tinggi ini merasakan…bak kata Dato’ Paduka HAsbullah, Mantan Mufti Kedah dan HAkim Syariah dan Tan Sri HArussani, yg mungkin tak sehebat Ustaz Aizam, tanggungjawab ulama & pihak berkuasa dalam Ugama ini ialah membimbing..bukan menghukum…Terlalu banyak isu yang dikeluarkan, namun tiada solusi…Kalau setakat menyatakan isu, sehingga kiamat pun takkan selesai. sebab masing2 akan menunjukkan ketinggian ilmu masing2.. Apa yg saya pertikaikan ialah soal keadilan sebelum menjatuhkan hukum. Diberikan hak untuk membela diri dan berbincang.

      Jawapan SJ :
      Mengapa pihak berkuasa melakukan demikian? inilah yang dinamakan tugas kajian,siasatan dan risikan. hasil dari tugasan tersebut hendaklah dibentangkan kepada Panel/Jawatankuasa Akidah bukan kepada management ESQ. Pelaksanaan tugas tersebut mengikut kepada tugas yang diamanahkan kepada mereka dan sudah pasti berdasarkan sistem + tatacara yang ditetapkan berdasarkan kaedah hukum syarak. Dr. Ary Ginanjar Agustian pernah dipanggil oleh pihak JAKIM, dan berdasarkan temubual itu juga, keputusan di ambil. Jadi tiada alasan bahawa pihak ESQ tidak di panggil membela diri.

      Manakala Tan Sri Harussani dan individu2 lain pula hadir ESQ atas jemputan pihak ESQ sendiri. Sudah pastinya hasil dapatan risikan berbeza, kerana kehadiran dan tugas mereka tidak diketahui atau tidak di ambil peduli oleh pihak yang disiasat. Berbanding dengan ‘orang besar’ yang mana pihak yang menjemput sudah amat maklum tentang status dan latar belakang diri mereka.

      Yang sebenarnya ianya lebih dilihat dari sifat cemburu kerana kelebihan orang “luar” yg mampu mewujudkan satu fenomena..padahal byk isu lain tentang Islam dl negara kita yg secara DIRECTLY menyentuh umat Islam yg pihak berkuasa tidak nyatakan..Sekarang, pihak yg bertanggungjawab sila beri solusi kepada 67,000 alumni ESQ 165.

      Jawapan SJ :
      tidak timbul soal iri hati dalam perkara ini. Yang timbul ialah soal penyelewengan akidah dan perkara-perkara yang meragukan terdapat dalam ESQ 165… jumlah 67 000 alumni ESQ tidak membuktikan bahawa ESQ itu benar. Jumlah Yahudi dan kristian yang berbillion jumlahnya, tidak membuktikan agama itu benar.

      Even Rasulullah dulu semasa menjatuhkan jahiliyah telah memberi solusi yg sgt mantap untuk menjaga dan menaikkan kembali peradaban umat.

      Jawapan SJ :
      harus diingat, tidak ada setitis pun zarah ideologi yahudi atau nasrani yang di ambil dan diterapkan oleh Rasulullah s.a.w untuk menerangkan tentang Islam, Iman dan Ehsan. Sehingga akhirnya turun wahyu ALLAH yakni surah al-Ma’idah ayat 3 yang menyatakan kesempurnaan Islam.
      So, even Rasulullah s.a.w tidak ambil kefahaman, ideologi spiritual, adat serta budaya asing untuk diselarikan dengan Islam.
      Agama Islam sempurna tanpa sebarang keraguan dan kefahaman asing.

       
  7. Ruzaika Mat Rudi

    22/08/2010 at 2:17 am

    Salam Saudara SJ,

    Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat..
    saya tidak mengatakan 67,000 orang alumni itu membuktikan ESQ benar..sudah tentu ada yg suka, ada yg tidak. Kerana ada yang dihantar ke training oleh syarikat dan ada yang datang atas usaha sendiri. Maksud saya, mereka yg sudah berubah dengan izin Allah, maka harus ada tanggungjawab untuk memberi solusi atas isu yg diutarakan. Oleh itu isu berkenaan jumlah kristian atau yahudi yg ramai itu tiada kaitan..

    ESQ hanyalah satu perkongsian ilmu human resource yang paling asas, bukan ajaran baru dan ESQ merupakan pelatihan pembinaan modal insan yg satu2 nya mempunyai panel syariah. Berapa banyak training provider di Malaysia yg memberikan pelatihan modal insan pada orang Islam dalam bidang korporat yg berteorikan ilmu barat yg ditelan begitu sahaja..but of coz no issue will be debated..Maybe pihak SJ boleh mendapatkan lebih fakta kronologi bagaimana Dr. Ary dipanggil dan ditanya, kalau betullah itu dipanggil sessi “perbincangan secara berhemah dan intelektual”. Tidak timbul masalah orang besar atau orang kecil yang dijemput hadir oleh ESQ atau secara berbayar seperti orang lain. Sekurang2nya ada juga usaha untuk mendapatkan pandangan dari orang2 yg cukup berpengalaman seperti Tan Sri HArussani dan Dato Mustafa yang merupakan mantan KP JAKIM. Mereka adalah contoh orang yang ikhlas menegur dan tegas dalam pendirian berdasarkan pengalaman dan ilmu, tetapi sangat berhemah semasa membimbing sehingga jelas akan segala kesamaran dan kekeliruan yg berlaku.
    Didalam training ESQ ada perkongsian mengenai Ihsan, Iman dan Islam yang menyimpulkan keseluruhan modul ESQ WAy 165 itu didasari oleh 1 Ihsan, 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam. Keseluruhan pemasalahan Human Resource ada penyelesaiannya dalam Islam. Berdasarkan Al-Quran & Al-Hadis..Maka fakta apakah yg SJ kaitkan berkenaan “tidak ada setitis pun zarah ideologi yahudi atau nasrani yang di ambil dan diterapkan oleh Rasulullah s.a.w untuk menerangkan tentang Islam, Iman dan Ehsan”. Training ESQ tidak pernah menggunakan ideologi yahudi atau nasrani untuk menerangkan Islam, Iman & Ehsan.Training ESQ hanya berkongsi maklumat bahawa terdapat berbagainya teori luar berkenaan human resource development yg diagungkan yg sumber rujukannya samar. Tetapi Training ESQ telah membuktikan bahawa yg sebenarnya Al-Quran dan Al-Hadis adalah sumber rujukan dan penyelesaian terbaik dalam mengendalikan permasalahan syarikat dan individu dan juga mengatasi segala teori2 dan ideologi fahaman lain

     
    • suarajagat

      22/08/2010 at 3:44 pm

      terima kasih Ruzaika…

      ESQ hanyalah satu perkongsian ilmu human resource yang paling asas, bukan ajaran baru dan ESQ merupakan pelatihan pembinaan modal insan yg satu2 nya mempunyai panel syariah. Berapa banyak training provider di Malaysia yg memberikan pelatihan modal insan pada orang Islam dalam bidang korporat yg berteorikan ilmu barat yg ditelan begitu sahaja..but of coz no issue will be debated..

      ya, benar..ESQ satu-satunya pelatihan modal insan yang mempunyai panel syariah. Namun mengapa panel syariah ini hanya diwujudkan selepas adanya Fatwa dan pelbagai aduan berkaitan training tersebut? walhal sepatutnya ia wujud sejak 10 tahun lalu lagi.. mengapa bila timbul masalah baru nak tubuh Panel Syariah? mengapa panel syariah hanya diwujudkan di Malaysia dan tidak di negara2 lain yg turut mempunyai training ESQ? mungkin kerana itu, ustaz aizam katakan ia hanya Malaysia compliance.
      Ya,banyak training provider lain yang memberikan pelatihan modal insan berteorikan ilmu barat..tetapi harus diingat, mereka tidak mencampurkan teori barat dengan Islam. Apatah lagi menyentuh perkara dasar iaitu Islam, Iman dan Ihsan.
      Kerana ESQ menyentuh dasar2 agama yang diselarikan dengan ideologi spiritual yang diketengahkan oleh seorang Yahudi, Danah Zohar..ia perlu diberi perhatian serius. Kerana itulah SJ tegaskan “tidak ada setitis pun zarah ideologi yahudi atau nasrani yang di ambil dan diterapkan oleh Rasulullah s.a.w untuk menerangkan tentang Islam, Iman dan Ehsan”.

      ESQ bukan hanya sebuah pelatihan modal insan biasa. Kecelaruan dan keraguan bukanlah perkara kecil. Ia mendasar kepada soal akidah. Malah ESQ turut memasukkan element sufism di dalam pelatihannya. Ini jelas disebutkan oleh pihak ESQ sendiri dalam salah satu flyers mereka :

      “ESQ seminar combines Science, Sufism, Psychology and Modern Management to give amazing training experiance to the mind, body and soul.”

      apabila menyentuh soal sufism, ia adalah satu perkara yang mesti sangat diperhatikan. Malah kefahaman dalam bidang sufism mestilah mendalam sebelum memasukkan element tersebut. Di dalam arus sufism, terdapat fahaman yang menurut landasan ahli sunnah dan ada pula yang secara halus dan tanpa disedari terpengaruh dengan fahaman spiritual asing. Kerana itu, para ulama sering menyatakan agar menjauhi aliran sufism yang mengelirukan.

      Saya tidak menafikan keikhlasan Tan Sri Harussani dan ahli Panel yang lain..dalam pada masa yang sama kita juga mesti memahami keikhlasan pihak JAKIM,IKIM dan SS Mufti Wilayah serta Panel Hukum Syarak Wilayah Persekutuan yang membuat keputusan tersebut demi menjaga kefahaman dan akidah umat Islam di Malaysia.

      Pihak SS Mufti Wilayah Persekutuan dan Panel Hukum Syarak Wilayah Persekutuan, juga Panel Akidah Jakim dan hasil kajian IKIM membuat keputusan bahawa ESQ menyeleweng dari akidah Islam.
      Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga menyatakan bahawa terdapat keraguan di dalam training ESQ.

      Maka, sebagai seorang Muslim yang mengakui diri mematuhi ALLAH dan Rasul-NYA berlandaskan al-Quran dan sunnah, kita sewajarnya bertindak mengikut hadis daripada Rasulullah s.a.w, hadis bertaraf hasan sahih yang bermaksud :

      “Tinggalkanlah perkara yang meragukan kepada perkara yang tidak meragukan.”

       
  8. Ruzaika Mat Rudi

    23/08/2010 at 12:48 pm

    Salam Saudara SJ,

    Panel Syariah ditubuhkan SEBELUM Fatwa dikeluarkan, iaitu pada bulan September 2009. Mohon saudara membuat penyelidikan dengan lebih mendalam akan segala perkembangan yang berlaku kerana ESQ 165 telah banyak transform dan belajar dari semasa semasa. Ini lah maksud saya sebelum ini. Manusia hanya mengharap terus kepada kesempurnaan dan tiada ruang untuk belajar dan membaiki. Isu yg saya rasa seharusnya saudara telah tahu saya lampirkan dibawah dan lebih menyeluruh supaya saudara melihat skop yang lebih besar tentang apa yang terjadi:

    Dimulai dengan tindakan Ustaz Aizam, yang tidak pernah bersemuka, tidak pernah menegur ESQ, tidak pernah menasihati ESQ, malah kalau benar ESQ itu salah akidah, kenapa sejak ustaz Aizam hadir ke training pada tahun 2008, tidak terus sahaja memanggil ESQ dan menyampaikan bahawa itu dan ini salah… agar tidaklah seramai sekarang alumni ESQ terus ’terseleweng dan rosak akidah’nya… termasuk 8 mufti dan timbalan mufti di lapan negeri. Ustaz Aizam punya ilmu yang tinggi, alangkah lebih mudah menegur dan menasihati daripada menghakimi dan menutup pintu dari menasihati ESQ. ustaz Aizam pernah berkata, ’kalau nak nasihat tulislah secara official….’ Banyak sudah surat yang ESQ hantar kepada jabatan ustaz… tetapi tiada jawapan apabila diminta dinyatakan salahnya dimana. Apapun ESQ tetap update apa pembaikannya. Kerana Allah swt, ESQ pinggirkan segala rasa kerana mereka telah melihat bagaimana kesan training ke atas pelbagai ahli masyarakat dan syarikat.Selama dua tahun ini juga ESQ belajar erti kesabaran… satu persatu tuduhan mendatang dikata Yahudi, didakwa gerakan Kristian, dituduh gerakan terancang dan halus ke arah pemurtadan besar-besaran… dengan kuasa, jawatan, kemudahan dan kredibiliti yang ada pada yang telah menghukum dan melabel ESQ, tak mungkin untuk ESQ membela diri demi menegakkan kebenaran hatta menjelaskan apa yang ESQ maksudkan… kerana ESQ tiada apa.

    Bangkit mempertahankan dan membela diri akan dilihat sebagai melawan, senyap seolah-olah mengiyakan segala dakwaan kesesatan. Lalu apa..ustaz Aizam adalah orang pertama yang datang menilai ESQ… pada pandangan saya juga, ustaz Aizam juga orangnya yang sangat overzealous, benar-benar berusaha untuk menyampaikan dan membentangkan kajian dan pandangan terhadap ESQ yang dakwaannya salah akidah. Pandangan ustaz sebagai orang yang pertama datang dan menilai ESQ berbeza dengan pandangan-pandangan dan keputusan badan rasmi negara dan tokoh-tokoh ulamak serta tokoh akademik di bawah :

    1. Keputusan Rasmi JK Fatwa Kebangsaan dimana Kertas Kajian tentang ESQ telahpun dibentangkan sebanyak 7 kali dan dimuktamadkan pada 16 hb Jun 2010 bahawa ESQ boleh diteruskan cukup dengan pemantauan oleh Panel Syariah dan Akidah ESQ. Keputusan JK Fatwa Kebangsaan dibuat di dalam mesyuarat JK Fatwa Kebangsaan di mana Jakim adalah Sekretariatnya dan ustaz bekerja di bawah Jakim. Teringat kata-kata ustaz, ”kalau Jakim nak ambil tindakan (ke atas Ustaz), ambillah…” . Pada saya ia seolah-olah ustaz begitu yakin tidak akan terkena apa-apa tindakan dan seolah-olah pergerakan dan tindakan ustaz dilindungi dan atas restu somebody in power.

    Ahli-ahli di dalam JK Fatwa kebangsaan yang terdiri daripada Pengerusinya yang juga merupakan Pengarah International Fatwa (INFAD), 5 ahli yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja, seorang tokoh perundangan beragama Islam serta 14 orang mufti mempunyai wibawa tersendiri dari segi keilmuannya. Apakah mereka salah menilai dan tersilap membuat keputusan?

    2. Pandangan Ustaz Aizam yang hadir pada ESQ Training Angkatan 21 untuk mengharamkan ESQ difahamkan berbeza dengan pandangan Penilai kedua yang dihantar secara rahsia oleh pihak PKA pada ESQ Training Angkatan 22. Penilai kedua yang dihantar difahamkan memberikan laporan dan cadangan berbeza dan bertentangan dengan Ustaz Aizam. Ada beberapa cadangan dari Penilai kedua yang serta merta ESQ ikuti pada ESQ Training berikutnya, iaitu Angkatan 23 contoh: Slide Sajak Salam Perdamaian dibuang kerana dikatakan sajak yang boleh mengelirukan.

    3. Terdapat 6 orang Mufti dan 2 orang Timbalan Mufti yang telah hadir ke ESQ Training dan tidak mendapati wujud sebarang penyelewengan. Ini termasuk YBSS Tan Seri Harussani, Mufti Perak dan YBSS Dato’ Hassan Ahmad. YBSS Tan Seri turut merupakan Pengerusi Teks Al Quran dan buku di bawah KDN serta pernah mengharamkan lebih 83 ajaran sesat di Perak. Apakah ada kemungkinan kesemua mufti dan timbalan mufti ini tidak secermat ustaz Aizam dalam menilai?

    4. ESQ telah melantik 5 orang Panel Shariah dan Akidah yang terdiri daripada mantan Ketua Pengarah Jakim, 3 orang mantan Mufti dan seorang Dekan, Fakulti Pengajian Al Quran dan As-Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia. Mereka semua telah hadir ke ESQ Training sebagai peserta training dan telah selesai menyemak buku ESQ. Mereka juga tidak mendapati sebarang salah akidah atau kesalahan pokok kecuali dari segi istilah, pemahaman diperjelaskan agar tidak menimbulkan kekeliruan. Perlu juga dimaklumkan mereka bukan hadir satu training, malah berpuluh kali dan dari peringkat asas training sehingga ke peringkat Self Controlling & Strategic Collaboration.

    5. Tokoh-tokoh akademik yang datang secara sukarela dari Jabatan Usuluddin UIA, UM, Pusat Islam USM, Ulamak dari UMNO dan Ulamak PAS tidak pernah memberikan maklumbalas penyelewengan akidah sebagaimana ustaz Aizam.

    6. Di Indonesia, ESQ Training yang telah dilaksanakan sejak 10 tahun lalu telah dihadiri oleh pelbagai organisasi Islam termasuk Nahdatul Ulama yang telah ditubuhkan lebih 100 tahun. Ia juga telah dinilai dan disemak oleh Departmen Agama di Indonesia dan tiada penyelewengan Akidah. Ulamak-ulamak seperti Bpk Din Shamsuddin, Bpk KH Amidhan Shaberah, Bpk KH Hasyim Muzadi, Bpk Didin Hafifudhin dan lain-lain turut menilai ESQ Training dan mereka menyokong pelaksanaannya. Selain daripada dukungan ulamak, ESQ telah disertai 7 menteri dan 150 orang dari Dewan Perwakilan Rakyat (DPR). Apakah kesemua mereka ini langsung tidak dapat mengesan kesalahan akidah serta bahaya ESQ sekiranya ada?

    Pihak ESQ telah memohon agar semua pihak yg berkaitan duduk dan berbincang tetapi telah ditolak oleh Ustaz Aizam dan berat sekali hukuman ustaz; tidak ada gunanya duduk berbincang kerana masalahnya ada pada Pengasas ESQ, Ary Ginanjar Agustian, kata ustaz.

    Sejauhmana hati seorang manusia dapat Ustaz Aizam baca….Kisah seorang Sahabat, Usamah bin Zaid yang telah membunuh seorang musuh di dalam perang. Musuh tetap dibunuh walaupun ia telahpun melafazkan syahadah. Rasulullah saw marah sehingga keluar urat di dahi Baginda…. apakah kita lebih layak untuk menghukum melebihi Rasulullah saw…. ?

    Mampukah kita scan hati manusia, bahawa dia tidak ikhlas berubah, bahawa dia terpengaruh dengan perennial philosophy sedangkan nyatanya orang yang dituduh sebegitu telah bersumpah menafikan dengan nama Allah swt dan melafazkan syahadahnya. Siapa kita sehingga mempunyai hak yang sebegitu tinggi untuk melabelkan orang lain… alangkan Rasulullah saw sendiri tidak mencontohkan begitu pada kita.

    Ingin sekali ESQ berdamai dalam semangat ukhuwwah fillah. Alangkah lebih ringan hidup dalam baik sangka, menyempurnakan kekurangan, membantu memperbaiki kesilapan sesama kita atas ketinggian cinta kepada Allah swt dan Rasulullah saw,melebihi segala cinta kita terhadap diri kita sendiri….Sesuatu yang tak pernah ESQ jangkakan akan begini akhirnya atas sebuah permintaan yang benar-benar jujur untuk diberi bimbingan oleh institusi berwajib, yang misinya saya yakin untuk membimbing agar kita sebagai rakyat Malaysia sentiasa terjaga dari sudut akidah dan kejernihan Islamnya.

    Contohnya sebelum ini ayat-ayat Al Quran yang digunakan merujuk kepada terjemahan Quran di Indonesia, sedangkan di Malaysia ada Terjemahan Pimpinan Rahman yang diiktiraf oleh Jakim. Setelah penubuhan Panel Syariah dan Akidah ESQ pada bulan September 2009, ESQ lebih jelas dan banyak dibimbing. Rupanya banyak perkara yang sebelum ini yang ESQ tidak fahami, mula difahami sedikit demi sedikit. Panel Shariah sendiri berserta pihak pengurusan ESQ kerap mendapatkan penjelasan atas apa yang ingin disampaikan di dalam buku dan training dari Pengasas ESQ. Sehingga saat ini Bpk Ary Ginanjar terbuka menerima pembaikan-pembaikan sepertimana saranan panel.

    Sila baca lampiran maklumat dan perkongsian dari ESQ:

    BEBERAPA PERTANYAAN KAMI DAPATKAN BERKAITAN KREDIBILITI DR ARY GINANJAR MENYAMPAIKAN SESUATU YANG BERSIFAT ILMU AGAMA. DI SINI KAMI SAJIKAN PENJELASAN YANG MEMERLUKAN PERTIMBANGAN DAN PENILAIAN DARI PEMBACA SENDIRI…

    1. Dr Ary Ginanjar, pengasas ESQ model adalah seorang motivator dan businessman yang tidak mempunyai kepakaran yang diiktiraf dalam bidang ilmu agama. Bagaimana beliau mampu mengajarkan nilai Islam, Iman dan Ihsan?

    Dr Ary Ginanjar adalah penerima Dr. Honoris Causa (HC) di dalam bidang Pembinaan karakter dari Universiti Yogjakarta. Beliau pernah dianugerahkan sebagai salah seorang dari 7 tokoh perubahan (Agents of Change) 2005 di Indonesia oleh Majalah Republika (31 Dec 2005). Beliau juga pernah dianugerahkan sebagai salah seorang The Most Powerful People and Ideas in Business in 2004 oleh SWA magazine (20 Dec 2004). Apa yang disampaikan di dalam Training ESQ bukanlah perbahasan ilmu agama. Yang disampaikan adalah modul-modul untuk pembinaan karakter menggunakan pendekatan Ihsan, Iman dan Islam sebagai alternatif kepada model-model pembentukan karakter (Pembangunan Modal Insan) dari barat. ESQ komited untuk mengangkat Model Pembentukan karakter melalui dasar utama Al Quran dan Al Hadis untuk diguna pakai di dalam dunia pengurusan, kepimpinan, pendidikan dan Pembangunan Modal Insan.

    Sesuai peranan para ulama sebagai pembimbing umat, Dr Ary Ginanjar sebagai pengasas ESQ Model dan penulis buku ESQ, sentiasa merujuk kepada tokoh-tokoh agama yang disegani sebelum, buku dan training ESQ dijalankan. Sepanjang Training ESQ berlangsung (sekitar 10 tahun di Indonesia) Modul ESQ terus diperbaiki hasil dari perbincangan dan pandangan para tokoh agama dan masyarakat. Bagi meneruskan tradisi ini, di Malaysia ESQ sejak awal (Julai 2008) telah memohon nasihat JAKIM tetapi tidak mendapat bimbingan seperti yang diharapkan. Ia berakhir dengan kontroversi seperti apa yang berlaku saat ini, yang semakin hari semakin membingungkan. Dengan pelbagai komen dan tuduhan, ia kini bukan lagi dilihat sebagai sebuah perbincangan ilmiah tetapi lebih kepada usaha untuk membunuh imej dan wibawa Dr Ary Ginanjar dan ESQ Leadership Center. Training ESQ yang telah membawa perubahan kepada puluhan ribu rakyat Malaysia dan membantu proses transformasi syarikat-syarikat besar di Malaysia, tetap dianggap sebagai sebuah training dari ’luar’ yang dipandang penuh prajudis.

    Walaupun ESQ telah mempunyai 5 orang Panel Syariah dan Akidah dari tokoh ulama tempatan, tetapi kradibiliti mereka telah dengan sengaja diragui dan dipertikaikan secara tidak adil dan terancang. Tidak pernah sebelum ini di Malaysia, sebuah syarikat Training/Motivasi melantik 5 orang Panel Syariah dan Aqidah yang terdiri dari Mantan-Mantan Mufti, Mantan Pengarah JAKIM dan seorang Dekan Fakulti Quran dan Sunnah di sebuah Universiti. Apakah sebenarnya kredibiliti Dr Ary Ginanjar yang diragui, atau kredibili ulama-ulama senior ini yang tidak lagi dipeduli? Hanya kerana mereka dilantik oleh sebuah ‘syarikat’ seolah-olah ulama-ulama ini sudah tidak lagi dianggap ‘alim dan amanah. Apakah logiknya 5 orang ulama tempatan yang disegani selama ini, seolah sanggup ‘menggadai’ perjuangan mereka puluhan tahun menjaga umat Islam di Malaysia selama ini, hanya kerana ‘upah’ dari ESQ? Sesungguhnya, inilah yang sepatutnya menjadi tanda-tanya kita semua… Marilah kita umat Islam di Malaysia berfikir dan merenung. Mengapa 5 orang ulama ini menyokong dan berjuang membela ESQ yang berasal dari seberang? Ada apa pada ESQ yang mereka lihat tetapi tidak terlihat oleh yang menentang?

    Bagaimana pula dengan Mufti-Mufti yang tidak ada apa-apa kepentingan di ESQ. Mengapa mereka begitu support dan menggalakkan ESQ dijalankan di negeri-negeri mereka? Seperti Tan Sri Harussani (Mufti Perak), Dato’ Hassan (Mufti Pulau Pinang), Mufti Kedah, Johor, Pahang dan Serawak? Apakah pandangan mereka tidak lagi diambil kisah?. Apakah ulama-ulama yang begitu berwibawa ini menjadi turun wibawanya hanya kerana mereka menyuarakan sokongan kepada ESQ? Persoalannya, mengapa mereka menyokong ESQ diteruskan? Apakah mereka tidak sebijak dan sealim para penyelidik yang ‘mengharamkan’ ESQ? Apakah mereka tidak dapat mengesan ‘kesesatan’ ESQ sekiranya ada? Sebenarnya… Kredibiliti siapakah yang sedang dijatuhkan?

    Bahkan keputusana dari Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia juga, seolah tidak dipedulikan dan tidak mempunyai ‘nilai’ untuk dipegang. Pelbagai komen diberikan oleh ‘Pegawai Penjelidik’ kepada wibawa seorang Pengerusi jawatankuasa Fatwa. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang selama ini ditubuhkan dengan tujuan menyelaraskan fatwa-fatwa, kini diletakkan sebagai sebuah jawatankuasa yang tidak mempunyai kuasa dan otoriti apa-apa. Sedangkan hal ini jelas disebut oleh Pengerusi Jawatankuasa Fatwa majlis Kebangsaan, Prof Tan Sri Dato’ Dr Abdul Shukor Hj Husin di dalam Kenyataan Medianya bertarik 14 Ogos, di point ke 7 beliau menyatakan “Di sini ingin saya menjelaskan bahawa keputusan yang dibuat oleh Muzakarah tidak mempunyai kuatkuasa dari segi undang-undang dan hanya bersifat pandangan hukum, terpulanglah kepada negeri untuk menerima pakai atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, sepertimana yang diperuntukkan di bawah Enekmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri, sekiranya isu yang berlaku menyentuh kepentingan nasional, maka pandangan Muzakarah perlu dirujuk terlebih dahulu sebelum sebarang fatwa dikeluarkan oleh negeri. Matlamatnya ialah bagi mewujudkan penyelarasan dalam hukum hakam yang dikeluarkan di Malaysia”.

    Apakah yang sebenarnya sedang berlaku sekarang ini? Jika dahulu Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan diwujudkan dengan hasrat menselaraskan fatwa-fatwa terutama yang bersifat nasional, tetapi untuk kes ESQ, ia seolah sudah ‘berubah’. Negeri-negeri seolah digalakkan dan ‘direstu’ membuat keputusan atau fatwa masing-masing. Apakah sememangnya ini dasar yang ingin dipertahankan atau dasar yang berubah khusus untuk menangani isu ESQ? Di mana kredibiliti Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal Ehwal Ugama Islam malaysia?

    Jelas di sini, apa yang berlaku bukan soal meragukan kredibiliti Dr Ary Ginanjar untuk menyampaikan nilai Islam, Iman dan Ihsan, tetapi kredibiliti Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang telah memutuskan membenarkan ESQ berjalan. Seolah, pertimbangan dari ‘Pegawai Penyelidik’ dan beberapa orang ahli akademik lebih tinggi dan tepat berbanding ilmu, kematangan, wibawa, pengalaman dan keikhlasan Pengerusi jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan kesemua ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang dilantik dan dipilih dengan sangat teliti dan hati-hati, serta mewakili negeri-negeri dengan penuh amanah dari Allah. Mari kini renungkan bersama…

    Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Dr Ary Ginanjar iaitu membawa ilmu Iman, Islam dan Ihsan ke dunia pengurusan Modal Insan dan pentadbiran, adalah sebuah usaha seperti yang dikehendaki oleh Rasulullah dalam hadisnya, ”Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat…”. Hujah mengatakan Dr Ary Ginanjar tidak mempunyai kredibiliti berbicara soal agama, adalah tertolak dengan sendirinya apabila ia disupport oleh ulama-ulama yang sangat berwibawa. Seharusnya semua umat Islam perlu digalakkan bercakap hal agama, kerana itulah hal yang paling mulia untuk diperkatakan tidak mengira apa latarbelakang mereka. Para ulama menjadi pembimbing dan tempat rujuk bagi membetulkan jika berlaku salah tafsir. Di dalam Islam, setiap inci kehidupan adalah persoalan agama dan perlu difahami, dibicarakan dan diamalkan oleh semua. Para ulama dimuliakan kerana mempunyai keistimewaan dengan kelebihan ilmunya yang berperanan membimbing ummat. Terutama di saat pelbagai masalah gejala sosial melanda masyarakat kita. Ahli agama yang mempunyai ilmu sarat di dada, saatnya turun gelanggang mendekati rakyat dan mencari pendekatan paling berkesan bagaimana untuk membaikai keadaan ini segera. Tenaga pakar dalam bidang pembinaan karakter seperti Dr Ary Ginanjar, seharusnya menjadi ‘kawan’ untuk menyelesaikan masalah ummat. Ilmu Islam yang benar dan mulia, yang selama ini tersimpan di dada dan di sijil-sijil para ulama harus masuk segera ke hati-hati rakyat yang kering dan kontang. Bukankah ciri para pewaris nabi itu sangat tawadhuk dan merendah diri. Mereka ibarat air yang mengalir membasahi bumi yang kontang. Menghilangkan dahaga para musafir pencari kebenaran. Lebih banyak ilmu, lebih merunduk ke bumi… seperti Keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang mengambil keputusan atas pertimbangan berikut ” ahli-ahli Muzakarah bersetuju mengambil pendekatan berbincang, mendidik dan memperbetulkan apa jua keraguan yang ditimbulkan daripada terus menghukum…” (Kenyataan Media Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan)

    2. Jadi sesungguhnya apakah ESQ membawa ajaran atau ideologi baru?

    ESQ Training tidak membawa ajaran atau ideologi baru. Asas modul ini adalah 5 rukun Islam, 6 Rukun Iman, dan Ehsan dan bagaimana mengaplikasi semua hal ini dalam kehidupan.

    Penggunaan istilah-istilah baru seperti ’God Spot’, ’conscience’, ’Zero Mind Prosess’, ’Mission Statement, ’Character Building’, dan lain-lain lagi adalah hanya sebagai jambatan menyampaikan nilai-nilai Islam, Iman dan Ihsan kepada para tokoh korporat dan pembisness tulen yang selama ini tidak tertarik kepada nilai-nilai agama untuk dibawa ke dunia pengurusan dan pembangunan Modal Insan.

    Apa yang baru di dalam training ini adalah pendekatannya (metodologi). Manusia hari ini terdedah dengan kemajuan teknologi yang sangat dahsyat. Untuk mendekati mereka juga, harus mnggunakan teknologi yang sesuai dengan zaman. Di training ESQ, di gunakan sepenuhnya kecanggihan multimedia sistem bunyi 10,000 watt, 3-5 LCD screen 3×4 meter supaya ia benar-benar dapat menyentuh perasaan dan mengugah pemikiran peserta. Di samping peralatan, ESQ juga menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran yang diikhtiraf dunia keberkesanannya seperti Quantum Learning, Neuro Linguistic Programming (NLP) dll. Semua teknik atau pendekatan ini melalui proses R&D yang teliti dan menelan belanja jutaan ringgit demi menjamin keberkesanan training. Semua teknik ini penting digunakan supaya ESQ menjadi training yang menarik untuk diikuti hingga para peserta mampu duduk di dalam dewan, mendengar tentang kebenaran Al Quran dan keindahan Islam selama 3 hari.

    (Hal ini akan dibahaskan lebih mendalam di dalam Jawapab & Penjelasan kepada tuduhan dan Fitnah oleh Aizam Masoud.

    3. Apakah Teknologi canggih yang digunakan akan membuatkan peserta hayal atau terpukau untuk jangkamasa tertentu sahaja?

    Di training selama 3 hari, peserta mendapat kesedaran tentang makna hidup dan apa yang perlu mereka lakukan untuk menjadi manusia yang berjaya dan bahagia. Ketenangan dan kebahagiaan yang kebanyakan dari peserta rasakan selama 3 hari di training adalah apabila mereka menemui makna sebenar kehidupan dan keyakinan yang masuk menjunam ke hati akan keberadaan dan keesaan Allah. Hidup yang selama ini terpisah IQ, EQ dan SQ (akal, hati dan jiwa) menyebabkan mereka tidak bahagia dan sering rasa ketidakpuasan. Setelah training, ketiga kecerdasan itu akan digabungkan dan kecerdasan Spiritual (Kerana Allah) akan menjadi pusatnya. Mereka akan terdorong untuk terus mencari ilmu demi kebahagian dan kejayaan, tetapi kali ini dengan niat sebagai pengabdian kepada Allah. Berpandu kepada Al Quran dan Sunnah.

    Sejauh mana keberkesanannya, tergantung kepada pengamalan dan penghayatan mereka setelah training kepada nilai-nilai Rukun Iman dan Islam. Nilai-nilai ini harus diyakini dan dipegang teguh hingga ke akhir hayat. Proses pembersihan hati dan fikiran iaitu Zero Mind Proses juga perlu berjalan berterusan. Tiga hari training bukan jaminan peserta akan berubah seumur hidupnya. Tetapi 3 hari training adalah sebuah perubahan paradigma dan permulaan sebuah perjalanan pembaikan diri menjadi manusia lebih baik dan dekat kepada Allah SWT dan menjadi manusia yang gigih berusaha memajukan agama dan negaranya.

    4. Mengapa ESQ menggunakan nombor 165 seolah ia nombor yang berkat?

    165 adalah singkatan dari 1 Ihsan kepada Allah Yang Maha Esa, 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam.

    Ia bukan nombor yang berkat atau nombor tuah tetapi hanya singkatan yang boleh memudahkan peserta mengingati nilai Ihsan, Iman dan Islam yang menjadi asas ajaran Islam dan diambil menjadi model pelatihan ESQ. Di hari pertama, nilai Ihsan disampaikan. Peserta melalui Outer Journey untuk menanamkan keyakinan (keimanan) kepada Allah dalam setiap saat kehidupan. Inner Journey bagi merasai keberadaan Allah di setiap waktu. Melakukan Zero Mind Prosess (ZMP) untuk membersihkan hati dari belenggu-belenggu yang menutupi kebersihan hati. Di hari kedua training, 6 prinsip dibangunkan dari nilai 6 Rukun Iman iaitu meletakkan Allah sebagai tujuan hidup, Malaikat mencatat segala amalan, nabi & Rasul sebagai teladan, Al Quran sebagai pedoman, hari kemudian tempat tujuan dan Ikhlas sebagai sikap apabila berhadapan dengan takdir yang tidak terdugakan. Di hari ketiga pula 5 langkah pelaksanaan dibangunkan dari nilai 5 Rukun Islam iaitu Langkah 1, penyataan Misi melalui nilai syahadah, Langkah 2 Pembentukan Karakter melalui nilai solat, langkah 3Pengawalan Diri melalui nilai Puasa, Langkah 4 mengeluarkan Potensi & kerjasama melalui nilai zakat dan langkah 5 Total Action melalui Nilai Haji. Nombor tidak mampu membawa keberkatan atau tuah. Apa yang mampu mengubah manusia adalah hidayah dari Allah. Apa yang dilakukan di training ESQ adalah usaha memberi kefahaman, menanam keyakinan dan menjelaskan aplikasi dari nilai Ihsan, Iman dan Islam untuk diguna pakai dalam setiap inci kehidupan manusia.

    5. Jika ESQ hanyalah sebuah metodologi, mengapa perlu di dalam Training ESQ mencampur adukkan ilmu Islam dengan ilmu barat?

    Ilmu yang benar semuanya adalah bersumber dari Allah SWT. Dan kayu ukur kepada semua ilmu yang benar itu adalah Al Quran dan Hadis. ESQ Training yang merupakan pelatihan Modal Insan berteraskan Ihsan, Iman dan Islam tidak mungkin lepas dari menggunakan atau merujuk kepada Al Quran dan Hadis. Teori barat atau penemuan Sains yang diguna pakai di dalam Training ESQ hanyalah untuk menyerlahkan kebenaran yang dibawa oleh Al Quran. Contohnya seperti istilah ’God Spot’ untuk membantu menghuraikan bagaimana manusia itu dilahirkan dengan fitrah bertuhan. Ia bukan sebuah ideologi tetapi metodologi supaya para peserta yang terdedah dengan sains sejak mereka di bangku sekolah rendah lagi dapat memahami dengan cepat kebenaran-kebenaran Al Quran yang ingin disampaikan.

    6. Apakah ESQ sebenarnya badan dakwah atau sebuah entiti perniagaan?

    ESQ leadership Center Sdn Bhd adalah sebuah entiti perniagaan yang telah diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 pada 18 September 2006. Ia dibiayai sepenuhnya oleh ESQ Leadership Center Sdn Bhd tanpa apa-apa bantuan dari kerajaan atau mana-mana pihak dari dalam mahupun luar negara. Ia ditubuhkan dengan cita-cita untuk membentuk identiti mulia masyarakat yang berpegang kepada nilai Ihsan, Iman dan Islam. Training ESQ dijalankan bermula dari peringkat kanak-kanak, remaja, mahasiswa, dewasa dan korporat. Kos penyelenggaraan Training yang tinggi menyebabkan ia perlu dikenakan biaya supaya dapat terus bertahan meneruskan operasinya tanpa perlu tergantung dengan belas ihsan para penderma atau tabung-tabung bantuan kerajaan. Setiap yang menyertai training dikenakan bayaran sesuai dengan kemudahan, kelengkapan training dan penyelidikan bahan-bahan training yang disediakan.

    Kesan latihan ini ke atas pembentukan karakter terbukti sangat signifikan untuk tujuan penyatuan ketiga-tiga kecerdasan manusia dan mengeluarkan nilai-nilai intrinsik seperti kerjasama, kejujuran, keprihatinan, disiplin dan sebagainya di kalangan warga kerja, pelajar, anak-anak, rumahtangga dan masyarakat keseluruhannya. Apakah ia boleh ditafsirkan sebagai satu dakwah, tergantung kepada definis dakwah itu yang dipegang oleh individu itu sendiri. Tidak ada gunakan sesebuah badan mengaku berdakwah jika tidak berkesan kepada masyarakat yang didakwahnya. Mengaku sebagai badan dakwah tidaklah sepenting melakukan kerja atau tanggungjawab berdakwah. Samaada ESQ berdakwah atau tidak, hanya kesan dari training yang boleh menjawabnya. Menyedarkan dan memperbaiki masyarakat adalah jauh lebih penting dan utama dari mengaku atau ingin diiktiraf sebagai pendakwah.

     
    • suarajagat

      23/08/2010 at 9:49 pm

      Saudari Ruzaika,

      Mari kita melihat kembali kronologi yang dinyatakan oleh pihak berkuasa :
      i) 1-3 Ogos 2008: Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan JAKIM telah menghantar beberapa orang pegawai untuk menghadiri kursus ESQ di Hotel Summit, Subang Jaya, Selangor.
      Ini adalah bagi menjalankan kajian dan siasatan terhadap kursus ini selepas menerima aduan daripada
      orang ramai yang bertanyakan tentang status kursus tersebut atas alasan wujud kesangsian dan keraguan dalam metodologi atau pendekatan yang dilakukan.

      ii) 28 Ogos 2008: Perbincangan tentang isu berkenaan ESQ telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Panel Kajian Akidah JAKIM (PKA) Kali Ke-38. Mesyuarat ini telah memutuskan perkara-perkara berikut:

      a) Terdapat keraguan-keraguan yang dikhuatiri boleh menyelewengkan akidah di dalam kursus
      tersebut; dan

      b) Doktrin bahawa kebenaran boleh diperolehi melalui pengalaman/pencarian (termasuk oleh
      para nabi) perlu dijadikan asas kepada penyelewengan ESQ.

      iii) 3-5 Oktober 2008: Panel Kajian Akidah JAKIM (PKA) telah menghantar dua orang wakil untuk menyertai kursus tersebut bagi mengesah dan memantapkan lagi kajian yang dibuat sebelumnya.

      iv) 14 Oktober 2008: Mesyuarat Khas Panel Kajian Akidah JAKIM (PKA) berkenaan ESQ telah diadakan. Mesyuarat ini telah bersetuju dengan pembentangan oleh ahli PKA, Prof. Madya Dr. Mohd. Fauzi bin Hamat bahawa keraguan keraguan yang dikhuatiri boleh menyelewengkan akidah di dalam kursus ESQ adalah wujud sebagaimana yang telah dibentangkan oleh urusetia JAKIM pada mesyuarat PKA Kali Ke-38.

      v) 27-28 Nov. 2008: Mesyuarat Panel Kajian Akidah JAKIM (PKA) Kali Ke-39 dan pertemuan ahli-ahli PKA dengan penganjur/moderator ESQ telah diadakan. Mesyuarat ini telah mengesyorkan supaya satu mesyuarat khas PKA diadakan sekali lagi bagi meneliti sedalam-dalamnya pemikiran dan falsafah yang terdapat di sebalik pengajaran kursus ESQ.

      vi) 10 Februari 2009: Mesyuarat Khas Panel Kajian Akidah JAKIM (PKA) berkenaan ESQ telah diadakan sekali lagi. Mesyuarat ini telah menyenaraikan penyelewengan-penyelewengan yang terdapat di dalam ESQ sebagaimana berikut:
      a) Kursus ESQ akan mewujudkan golongan yang mengakui kewujudan nabi baru berdasarkan ideologi yang diterapkan;
      b) Kursus ini mengajar bahawa akal adalah lebih besar daripada wahyu;
      c) Kursus ini banyak menggunakan istilah-istilah agama yang ditafsirkan menggunakan tafsiran bebas tanpa disiplin;
      d) Teori suara hati di dalam kursus ini boleh mengelirukan orang awam; dan
      e) Kursus ini cuba mencampuradukkan perbincangan tentang hakikat kewujudan antara falsafah Islam dan Barat.

      Mesyuarat telah mengambil keputusan bahawa Kursus ESQ Leadership Training anjuran Ary Ginanjar Agustian perlu disekat dan diharamkan dari beroperasi di Malaysia dan kertas kerja berkenaannya diangkat ke Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
      Islam Malaysia.

      vii) 02 April 2009: Pihak JAKIM telah mengadakan pertemuan dengan Ary Ginanjar Agustian, pengasas ESQ Leadership Centre bertempat di Dewan Syura JAKIM, Blok D7, Kompleks D, Putrajaya dan telah menyimpulkan bahawa:
      a) Ary Ginanjar Agustian masih bertegas dengan pendiriannya menggunakan pendekatan sumber
      manusia (human resource) gaya Barat untuk mengembangkan konsep pembinaan sumber
      manusia yang dikatakan berasaskan Islam;
      b) Beliau sukar menerima hakikat bahawa ajaran Islam perlu dirujuk kepada sumber-sumber Islam
      yang berautoriti seperti kitab-kitab tafsir dan Hadis;
      c) Beliau lebih banyak berhujah bahawa beliau adalah benar dengan menggunakan sentimen
      sokongan daripada badan-badan Islam di Indonesia, golongan korporat dan tokoh-tokoh
      kenamaan di dalam kerajaan dan swasta;
      d) Beliau tidak akan berganjak dengan modul ESQ yang sedia ada dengan pernyataan beliau bahawa
      beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengeluarkan ayat-ayat Al-Quran bagi modul di
      Malaysia tetapi tidak di negara lain; dan
      e) Beliau telah mengeluarkan kenyataan yang berunsur ugutan dan amaran seperti meletakkan
      beberapa pilihan kepada JAKIM termasuk menarik diri dari Malaysia sekiranya ESQ diharamkan.

      viii) 21-23 April 2009: Kertas kerja berkenaan kedudukan Kursus ESQ Leadership Training di Malaysia, yang telah diteliti oleh Panel Kajian Akidah JAKIM (PKA), telah dibentangkan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86. Muzakarah ini telah memutuskan bahawa fakta fakta yang dikemukakan di dalam kertas kerja tersebut adalah sekadar suatu kemungkinan sahaja dan tidak boleh dijadikan asas penentuan hukum.
      Oleh yang demikian, satu jawatankuasa pemantau luar perlu dilantik oleh JAKIM untuk menilai aktiviti ESQ Leadership Training di Malaysia.
      ix) 22 Jun 2009: Pihak JAKIM telah melantik 6 orang panel pemantau luar iaitu:
      a) Y. Bhg. Prof. Zakaria Stapa (UKM) Pengerusi
      b) Prof. Dr. Mohd. Nasran bin Mohamad (UKM) Ahli
      c) Prof. Madya Dr. Faudzinaim Hj. Badaruddin (UKM) Ahli
      d) Prof. Madya Dr. Che Zarrina binti Sa’ari (UM) Ahli
      e) Prof. Madya Dr. Noor Shakirah Mat Akhir (USM) Ahli
      f) Encik Nik Roskiman bin Abdul Samad (IKIM) Ahli

      Pemantauan telah dimulakan pada 22 Jun 2009 dan dijangka berakhir pada 6 Jun 2010.

      x) 23-25 Jun 2009: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 telah memutuskan bahawa kajian lanjut oleh panel pemantau perlu diteruskan. Muzakarah juga turut bersetuju dan membenarkan kursus-kursus ESQ diteruskan sehingga hasil kajian diperolehi.

      xi) 17 Ogos 2009: Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-75 telah memutuskan bahawa Kursus ESQ Leadership Training adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.
      Keputusan ini adalah berpandukan kepada kertas kerja yang telah disediakan oleh Bahagian Penyelidikan JAKIM dan berdasarkan keputusan Mesyuarat Khas Panel Kajian Akidah JAKIM pada 10 Februari 2009.

      xii) 02 Oktober 2009: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 telah diadakan. Muzakarah dimaklumkan bahawa pihak ESQ Leadership Training telah menubuhkan Panel Syariah ESQ yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato’ Mustafa bin Abdul Rahman. Walau bagaimanapun, tiada tarikh perlantikan dikemukakan. Muzakarah ini masih bersetuju dan membenarkan kursus-kursus ESQ diteruskan sehingga hasil kajian oleh Panel Pemantau ESQ diperolehi.

      xiii) 14-16 Disember 2009: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 telah diadakan. Muzakarah ini masih bersetuju dan memperakukan bahawa kursus-kursus ESQ diteruskan sehingga hasil kajian oleh Panel Pemantau ESQ diperolehi.

      xiv) 25 Februari 2010: Pihak JAKIM telah menerima laporan penuh dari pengerusi panel pemantau,
      Y. Bhg. Prof. Zakaria Stapa.
      Sepanjang pemantauan dilakukan, 14 mesyuarat, perbincangan, bengkel dan lawatan kerja ke Jakarta dan Bali telah diadakan.

      xv) 01 Mac 2010: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 telah mengambil maklum tentang kertas laporan yang telah disediakan oleh Panel Pemantau ESQ. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, panel ini telah menemui beberapa unsur yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di dalam kursus ESQ seperti pluralisme agama, pengaruh Universal Sufi Order, al-fayd, suara hati dan katarsis. Kajian ini juga mendapati terdapat kekeliruan dari aspek penggunaan istilah-istilah seperti God Spot, Zero Mind Process, fitrah dan Conscience. Walaupun begitu, muzakarah masih belum membuat sebarang keputusan mengenai ESQ kerana menganggap hasil penemuan tersebut adalah zhanni.

      xvi) 14 April 2010: Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah bersetuju membuat rumusan awal bahawa hasil penemuan oleh Panel Pemantau ESQ adalah zhanni yang masih boleh dijelaskan. Muzakarah juga bersetuju bahawa keputusan terhadap Kursus ESQ Leadership Training akan diputuskan di dalam muzakarah yang akan datang.

      xvii) 17 Jun 2010: Fatwa berkenaan Kursus ESQ Leadership Training di Wilayah-Wilayah Persekutuan telah diwartakan oleh pihak Pejabat Peguam Negara.

      ( sumber : http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/KRONOLOGI_FATWA_ESQ.pdf )

      Ulasan SJ :-

      Untuk pengetahuan anda dan sidang pembaca, Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-75 yang bersidang pada 17 Ogos 2009 dan telah memutuskan bahawa Kursus ESQ Leadership Training adalah menyeleweng daripada ajaran Islam itulah yang merupakan keputusan fatwa. Manakala pada 17 Jun 2010 adalah tarikh pewartaan.

      Sebagai makluman, setiap Jabatan Agama Islam Negeri mempunyai Jawatankuasanya tersendiri.. Jawatankuasa ini akan membincangkan secara menyeluruh sesuatu isu yang dibentangkan kepada mereka dan meneliti hasil-hasil kajian dan siasatan. Keputusan jawatankuasa inilah yang membawa kepada wujudnya fatwa yang dikeluarkan oleh seseorang mufti.

      Apabila keputusan fatwa tersebut telah ada, pihak Jabatan Mufti akan memohon perkenan Yang DiPertuan Agong (bagi Wilayah Persekutuan) atau Sultan (bagi negeri-negeri lain). Perkenan ini diperlukan sebagai pewartaan fatwa tersebut. Apabila satu-satu fatwa telah diwartakan, maka fatwa itu secara automatik adalah sah di sisi undang-undang.

      Oleh yang demikian, jelaslah bahawa Panel Syariah ESQ hanya diwujudkan SELEPAS mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-75 yang bersidang dan membuat keputusan fatwa.

      Berkaitan dengan tindakan ustaz Aizam dan pihak-pihak pengkaji yang tidak menegur secara terus kepada pihak ESQ, saya yakin ia adalah prosedur kajian/siasatan kerana dapatan hasil kajian adalah untuk dibentang dan dibawa ke mesyuarat bukan untuk diberikan kepada ESQ.

      Saudari Ruzaika telah menyatakan ayat ini

      agar tidaklah seramai sekarang alumni ESQ terus ’terseleweng dan rosak akidah’nya… termasuk 8 mufti dan timbalan mufti di lapan negeri.

      Sedarlah bahawa pihak JAKIM, SS Mufti Wilayah dan semua yang terlibat dalam membuat kajian serta keputusan berhubung penyelewengan di dalam kursus ESQ tidak pernah menyatakan bahawa Alumni ESQ dan 8 orang mufti termasuk timbalan mufti sebagai individu yang telah terseleweng dan rosak akidahnya. Ia adalah STATEMENT ANDA SENDIRI, BUKAN STATEMENT JAKIM, SS Mufti Wilayah mahupun pihak yang membuat kajian. Statement itu juga tidak termaktub di dalam hasil kajian mana-mana pihak. Maka, benarlah kata Ustaz Aizam, masalahnya ada pada pengasas ESQ. Bukan pada alumni ESQ.

      Namun demikian, menurut agama Islam, mana-mana individu muslim yang merasa dirinya atau akidahnya terseleweng, adalah menjadi kewajipan bagi dirinya melakukan taubat nasuha.

      Berhubung dengan kehadiran dan penilaian oleh Nahdatul Ulama, Dr. Din Shamsudin, Amidhan Shaberah dan lain-lain, saya fikir kronologi di atas sudah cukup menerangkan mengenainya. Kehadiran mereka dan penilaian yang dibuat tidak boleh dijadikan hujah dalam konteks kefahaman Islam di Malaysia. Apatah lagi, Islam tidak pernah menjadi agama rasmi di Indonesia. Malah, saya menasihatkan anda untuk membuat kajian sendiri dan terperinci berkaitan pertubuhan dan individu di Indonesia yang telah anda sebutkan.

      Berkenaan konteks hadis tentang kisah Usamah bin Zaid itu jika dilihat ialah berlakunya pembunuhan dalam peperangan tersebut, walhal musuh telah mengucap kalimah syahadah. Dalam konteks ESQ, Ustaz Aizam tidak membunuh sesiapa. Lagikan pula isi hadis itu ialah tentang persoalan keikhlasan mengucap syahadah. Ini adalah kerana apabila seseorang melafazkan syahadah, maka darahnya adalah diharamkan (kecuali apabila dia melakukan jenayah yang membawa kepada hukuman mati).

      Hadis tersebut bukanlah hujah yang bermaksud kita tidak boleh membaca isi hati manusia. Kerana kita dapat menduga isi hati seseorang berdasarkan tindak-tanduk, perlakuannya, percakapan dan air mukanya.

      Apa yang sedang berlaku hari ini ialah perbezaan pendapat dan pandangan mengenai ESQ 165. Satu pihak mencari jalan untuk memperbaiki. Manakala di satu pihak lagi memberi loceng amaran kepada masyarakat supaya berhati-hati dengan ESQ 165 berdasarkan kajian yang dibuat selama 2 tahun. Malah, sekiranya fatwa tidak dikeluarkan dan diwartakan, sudah pasti pihak tertentu tidak seserius hari ini untuk membetulkan kesalahan dan kesilapan yang terdapat dalam ESQ. Justeru keputusan fatwa tersebut mempunyai hikmah yang sangat besar, baik kepada masyarakat, ulama’, pemikir mahupun kepada ESQ sendiri.
      Pihak Alumni, ATS dan Management ESQ sepatutnya membuang belenggu-belenggu negatif lantas menerima keputusan fatwa ini sebagai suatu yang positif.

      Sebenarnya perbezaan pandangan sebegini bukanlah satu perkara baru. Namun bagi ahli masyarakat yang selama ini tidak mengambil tahu tentang atau alert tentang perkembangan fatwa di Malaysia, ia ibarat perkara baru bagi mereka.

      sebagai contoh :

      1) rokok difatwakan haram oleh majlis fatwa kebangsaan dan turut difatwakan haram di beberapa negeri seperti di Selangor umpamanya.
      Tetapi di negeri Johor, setahu SJ..rokok masih di anggap sebagai makruh.

      2) masih ingat isu yoga? Yoga telah difatwakan haram oleh majlis fatwa kebangsaan dan negeri2 lain mematuhinya kerana terdapat unsur kefahaman spiritual hindu di dalam amalan yoga. Bagaimanapun, Perak tidak mengharamkannya. Kalau tidak silap saya, SS Mufti menyatakan bahawa negeri Perak belum bersedia mengharamkan yoga.

      Oleh yang demikian, perbezaan sebegini adalah perkara biasa yang perlu dihormati bersama.
      Memandangkan fatwa ESQ 165 adalah meliputi Wilayah Persekutuan, menjadi satu kewajipan bagi penduduk, sektor kerajaan dan organisasi di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk mengikuti dan mematuhinya. Ia juga boleh dijadikan iktibar dan panduan oleh masyarakat di luar Wilayah Persekutuan. Pihak ESQ juga wajib menghormatinya dengan tidak mengadakan sebarang aktiviti di dalam Wilayah Persekutuan.

       
  9. Ruzaika Mat Rudi

    25/08/2010 at 7:18 am

    Salam Saudara SJ,

    Terima kasih atas respond yg diberi and the juice of the thoughts on ESQ issue. Still, at the end of the day, what is the solution to this case? As per my statement previously, we can develop and raise up as many million issue as we can, but as always, no solution given except it is juz an argument, thougts and at the end of the day, punishment . For your information, pihak berkuasa keep on presenting their papers base on the old version of the book that may caused kesamaran or confusion, in which- for million times has been explained by ESQ panel- it has been constantly reviewed from time to time..Modul dan buku ESQ telah melalui satu fasa perubahan yang normal hasil daripada semakan dan sentuhan mereka yg sangat peka dan bertanggungjawab..seperti pelatihan lain juga..thats why, one thing for sure, i wonder, where is the room for improvement? where is the room for wise man discussion?..base on the chronology by the regulatory body,where are the ethiques as regulatory body that suppose to lead the society?…the one that you have presented above is still about the actions taken, which has been widely known by public..its about A or B..but not solution..at the end of the day, stills, its about presenting the facts, but we are looking for wise decision to lead the society.Its a real success that ESQ has its Syariah Panel, ahead of others at the moment even it may not be perfect, but as always, its a good development..People is not that perfect, to think of everything at one time..I believe that definately you have the info on ESQ answers to the 10 dakwaan / claims by the authority and still at the end of the day, its about people presenting facts. ESQ is ever been ready to be called to have an intellectual discussion, not just to show off knowledge, in which the authority have no say and silence till now, as far as i know up to today..We want to see and follow a reliable leaders and authority with good leading skills and not juz knowledge without human touch. Not juz IQ, but the weight also goes for a person an the authority team with EQ and SQ.Melihat lebih jauh dan membimbing dengan pandangan hati..bukan hanya menilai dengan pandangan mata kasar..Thats a true leader, not just a position appointed by human…

     
    • suarajagat

      25/08/2010 at 5:51 pm

      terima kasih Ruzaika..
      i just hope that u will re-read my previous respond.
      Take your time to learn more about ahli sunnah wal jamaah, the history of theology, and not to forget epistemology.🙂
      Yes, i’m alert of the answers given by ESQ. To me, their points are not good enough but I’m not the one who should answer it.. just keep in mind that the fatwa cannot be called as ‘tuduhan’ because it is done by research with proofs and evidences. A result through research.. not charges.

       
  10. Ruzaika Mat Rudi

    27/08/2010 at 10:10 pm

    Salam SJ,

    Thank you for the platform given. I will Insya Allah…As per my response to you too, theres an opinion from other professionals & experts from the respective background-whom I’m refering to-who are well-versed on Sunnah Al Jamaah, Aqidah, Ibadah and Human Resources , and also who knows Ustaz Aizam’s method very well. Agreed that the fatwa should and is mandatory to be done with research, proofs ,evidence, and not to ignore and to be updated with the improvement and development done on the respective issues; to give a fair judgement and room for the issue to be clarified fairly. Insya Allah the Syariah Panel of ESQ is finalising the ESQ book (review) and to be published soon. At the end of the day, its all about knowledge, continous learning process, improvement, contribution to the ummah and justice to be prevailed. Im looking for the ulama’ who is the real leader; to lead, discuss and advice and not to punish.Me, myself and I remain searching for more knowledge…TQ n Wassalam

     
    • suarajagat

      28/08/2010 at 12:18 am

      thank you ruzaika…
      please keep in mind that ustaz aizam is not the only one who involved with the research. The fatwa WAS done through research, proof and evidence.
      thank you for your thoughts and comments.

       
  11. Ruzaika Mat Rudi

    28/08/2010 at 6:34 am

    Salam SJ,

    Yes and definately Ustaz Aizam is not the only one and its involved others that i knew too such as Prof Zakaria Stapa and the list goes on..this is juz to respond to his comment..Insya Allah it is juz the matter of time…kita lihat sahaja aturan Allah selepas ini. Tq for the space given for the information to be shared here.Wassalam

     
    • suarajagat

      28/08/2010 at 6:49 am

      welcome🙂

       
  12. saiful

    19/03/2011 at 12:50 pm

    mungkin ESQ ini tidak sesat..cuma ia dikhuatiri membawa kepada kekeliruan umat Islam kerana isinya memang agak mengelirukan..kepada yang menjadi alumni ESQ jgnlah mudah melatah..

     
  13. Fauzi

    24/03/2011 at 12:39 pm

    semoga kekeliruan yang timbul tidak menjuruskan kepada kesesatan akidah..banyak lagi ilmu yang boleh dipelajari untuk meningkatkan ilmu dan akidah..jangan terlalu taksub kepada suatu ilmu sahaja tanpa memikirkan ilmu-ilmu yang lain. banyakkan lagi belajar dengan guru…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: