RSS

Mufti yakin kursus ESQ seleweng

17 Jul

Artikel berikut saya ‘copy-paste’ dari akhbar Berita Harian (17 Julai 2010).

Panel Kajian Akidah JAKIM setuju program boleh jejas akidah umat Islam

KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, beliau yakin terdapat penyelewengan dalam Kursus ESQ Leadership Training (ESQ) berdasarkan kepada beberapa fakta, termasuk perakuan oleh Panel Kajian Akidah (PKA) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bahawa kursus itu mesti disekat dan diharamkan beroperasi di negara ini.

Katanya, Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan JAKIM memulakan kajian pada 1 Ogos 2008 ekoran aduan orang ramai berhubung status kursus itu, dan hasil kajian dibentangkan lima kali dalam Mesyuarat PKA JAKIM bermula 27 Ogos hingga 10 Februari 2009, manakala JAKIM pada masa sama mengadakan pertemuan dengan pengasas ESQ, Ary Ginanjar Agustian.

“PKA akhirnya memperakukan bahawa Kursus ESQ Leadership Training disekat dan diharamkan beroperasi di negara ini.

“Kertas kerja berkenaan Kursus ESQ dibentangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-86 pada 21 hingga 23 April 2009, namun tiada keputusan muktamad dicapai.

“Selain itu, ada kajian daripada Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang memperakukan bahawa kursus ini tidak sesuai dan mengandungi penyelewengan akidah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya, berasaskan kepada fakta-fakta itu, beliau beroleh kesimpulan yang meyakinkan mengenai penyelewengan dalam kursus itu dan sebagai Mufti Wilayah menjadi wajib baginya mengeluarkan fatwa bagi memberitahu masyarakat Islam.
Pada 17 Ogos 2009, Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan ke-75 memutuskan pengharaman Kursus ESQ.

JAKIM menubuhkan Panel Pemantau ESQ yang dianggotai enam pensyarah universiti tempatan untuk membuat kajian lanjut, dan laporan penuh panel itu dibentangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-90 pada 1 Mac, yang membuat perakuan sama dengan penemuan PKA bahawa kursus itu menyeleweng dan perlu di sekat daripada beroperasi di Malaysia.

“Jelas bahawa fatwa mengenai Kursus ESQ dibuat dengan teliti, mengikut hukum syarak dan undang-undang yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan. Saya tidak nampak apa-apa alasan untuk mengetepikan keempat-empat kajian di atas dengan membuat keputusan yang berlainan daripada apa yang diperakukan,” katanya.

“Dalam keadaan ini, menjadi fardu ain bagi saya mengeluarkan fatwa mengikut pendapat yang saya yakin, dan haram mengikut pendapat orang lain walaupun ramai bilangan mereka. Selain itu, masa dua tahun yang diambil sebenarnya terlalu lama dan tidak selaras dengan dasar meningkatkan kecekapan sistem penyampaian di kalangan kakitangan kerajaan,” katanya.

Beliau juga berkata, fatwa yang dikeluarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai pengharaman itu berlandaskan hukum syarak iaitu apabila seseorang yang dilantik sebagai mufti wajib baginya berpegang dengan pendapat ijtihadnya dan haram baginya mengikut pendapat orang lain yang berbeza dengan ijtihadnya, dan berpandukan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.


 
 

3 responses to “Mufti yakin kursus ESQ seleweng

  1. Jaidi

    18/07/2010 at 10:35 pm

    Assalamu’alaikum wbt.

    Alhamdulillaah, segala puji hanya milik Alllah subhanahuwataa’la, selawat dan salam untuk junjungan kita, Nabi Muhammad saw, keluarga dan sahabatnya.

    Bersyukur kita kerana Allah telah memberi taufik dan hidayahNya, serta kekuatan kepada SS Mufti Wilayah Persekutuan untuk mengambil keputusan yang begitu berani berdasarkan kepada kuasa, dan tanggungjawab, yang terletak dibahu beliau.

    Sebagai soerang yang pernah mengikuti kursus esq, dan menjadi ATS (alumni training support) esq selama sembilan bulan, saya ingin menyatakan sokongan jitu kepada beliau dan Pejabat Mufti Wilayah, dengan bukti-bukti yang telah saya cari selama ini.

    1. Bagi yang selalu mengikuti kursus ini, akan ingat selalu kita diminta menghadiahkan al Fatihah kepada Pak Ary (sebagai ‘guru’ kita) dan kepada Pak Habib Adnan (sekarang Allah yarham, yang dikatakan guru kepada Pak Ary).

    Saya berharap saudara-saudara dapat google-search nama Habib Adnan dan lihat sendiri siapakah ‘guru’ Ary Ginanjar ini (sepertimana Imam-imam dahulu, dituliskan siapakah guru-guru mereka, supaya masyarakat dapat menilai kemana arah kita akan dibawa.)

    2. Ada seorang peserta esq berkata kepada saya, beliau pernah mengikuti kursus “Asia Networks” yang berupa kursus motivasi juga. Menurut kawan saya ini, kursus esq adalah 98% sama dari segi metodologi dengan Asia Networks. Beza ialah esq mengambil contoh tamadun Islam, lelaki perempuan duduk berasingan TETAPI lain-lain kaedah: sama;

    -banyak menangis, sama; cuma lepas tu boleh berpeluk dengan sesiapa, tak kira lelaki atau perempuan, mahram atau bukan mahram;

    -‘diberi ‘kesedaran’, sama;

    – ada ‘catharsis’, sama;

    – ada menari, loud music, sama.

    Persoalanya ialah, kalau modulnya sama, kenapa Asia Networks TIDAK SAMAN esq (Asia Networks sudah beroperasi berpuluh tahun, sebelum esq)? Terutama apabila ia melibatkan untung yang masuk nilai jutaan.

    Bukankah sebagai umat Islam, kita diwajibkan menyelidik sumber-sumber berita, apabila ada yang meragukan?

    3. Sebagai seorang alumni, dan ATS yang berkhidmat secara percuma selama sembilan bulan, saya terkilan dengan KETIDAKTELUSAN manajemen esq yang tidak pernah berterus terang apabila berlaku:

    a. terhentinya kursus esq di Brunei, Singapura;

    b. arahan JAKIM supaya buku ESQ ditarik dari diberikan kepada setiap peserta kerana kandungan yang bercanggah dengan Islam.

    Ini jelas menunjukkan manajemen esq TIDAK MEMENTINGKAN AKIDAH alumninya; yang penting ialah kursus itu terus dibenarkan diMalaysia, supaya dana terus masuk.

    Ini juga jelas menunjukkan esq manajemen TIDAK MENGAMALKAN segala bentuk kaizen dan niliai-nilai teras yang baik yang diajar didalam kursus tersebut.

    4. Adanya unsur KETAKSUBAN terhadap Pak Ary atau terhadap esq. Ini dapat dilihat dari reaksi radikal alumni esq yang masih menyokong esq, di BLOG in dan lain-lain blog (juga sila lihat akhbar tempatan seminggu kebelakangan ini, yang mana kelihatan seperti Panel Syariah esq mengambil alih kuasa Panel Majlis Muzakarah Kebangsaan, di dalam mengeluarkan kenyataan rasmi.)

    Wallaahu aa’laam.

    JAIDI.

     
  2. Jaidi

    18/07/2010 at 10:37 pm

    Assalamu’alaikum wbt.

    Alhamdulillaah, segala puji hanya milik Alllah subhanahuwataa’la, selawat dan salam untuk junjungan kita, Nabi Muhammad saw, keluarga dan sahabatnya.

    Bersyukur kita kerana Allah telah memberi taufik dan hidayahNya, serta kekuatan kepada SS Mufti Wilayah Persekutuan untuk mengambil keputusan yang begitu berani berdasarkan kepada kuasa, dan tanggungjawab, yang terletak dibahu beliau.

    Sebagai soerang yang pernah mengikuti kursus esq, dan menjadi ATS (alumni training support) esq selama sembilan bulan, saya ingin menyatakan sokongan jitu kepada beliau dan Pejabat Mufti Wilayah, dengan bukti-bukti yang telah saya cari selama ini.

    1. Bagi yang selalu mengikuti kursus ini, akan ingat selalu kita diminta menghadiahkan al Fatihah kepada Pak Ary (sebagai ‘guru’ kita) dan kepada Pak Habib Adnan (sekarang Allah yarham, yang dikatakan guru kepada Pak Ary).

    Saya berharap saudara-saudara dapat google-search nama Habib Adnan dan lihat sendiri siapakah ‘guru’ Ary Ginanjar ini (sepertimana Imam-imam dahulu, dituliskan siapakah guru-guru mereka, supaya masyarakat dapat menilai kemana arah kita akan dibawa.)

    2. Ada seorang peserta esq berkata kepada saya, beliau pernah mengikuti kursus “Asia Networks” yang berupa kursus motivasi juga. Menurut kawan saya ini, kursus esq adalah 98% sama dari segi metodologi dengan Asia Networks. Beza ialah esq mengambil contoh tamadun Islam, lelaki perempuan duduk berasingan TETAPI lain-lain kaedah: sama;

    -banyak menangis, sama; cuma lepas tu boleh berpeluk dengan sesiapa, tak kira lelaki atau perempuan, mahram atau bukan mahram;

    -‘diberi ‘kesedaran’, sama;

    – ada ‘catharsis’, sama;

    – ada menari, loud music, sama.

    Persoalanya ialah, kalau modulnya sama, kenapa Asia Networks TIDAK SAMAN esq (Asia Networks sudah beroperasi berpuluh tahun, sebelum esq)? Terutama apabila ia melibatkan untung yang masuk nilai jutaan.

    Bukankah sebagai umat Islam, kita diwajibkan menyelidik sumber-sumber berita, apabila ada yang meragukan?

    3. Sebagai seorang alumni, dan ATS yang berkhidmat secara percuma selama sembilan bulan, saya terkilan dengan KETIDAKTELUSAN manajemen esq yang tidak pernah berterus terang apabila berlaku:

    a. terhentinya kursus esq di Brunei, Singapura;

    b. arahan JAKIM supaya buku ESQ ditarik dari diberikan kepada setiap peserta kerana kandungan yang bercanggah dengan Islam.

    Ini jelas menunjukkan manajemen esq TIDAK MEMENTINGKAN AKIDAH alumninya; yang penting ialah kursus itu terus dibenarkan diMalaysia, supaya dana terus masuk.

    Ini juga jelas menunjukkan esq manajemen TIDAK MENGAMALKAN segala bentuk kaizen dan niliai-nilai teras yang baik yang diajar didalam kursus tersebut.

    4. Adanya unsur KETAKSUBAN terhadap Pak Ary atau terhadap esq. Ini dapat dilihat dari reaksi radikal alumni esq yang masih menyokong esq, di BLOG in dan lain-lain blog (juga sila lihat akhbar tempatan seminggu kebelakangan ini, yang mana kelihatan seperti Panel Syariah esq mengambil alih kuasa Panel Majlis Muzakarah Kebangsaan, di dalam mengeluarkan kenyataan rasmi). Sampaikan Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, Sahibussamaahah Mufti Selangor terpaksa membuat kenyataan dalam Berita Minggu hari ni, 18 Julai 2010.

    Wallaahu aa’laam.

    JAIDI.

     
  3. nur iman

    22/07/2010 at 10:04 am

    Assalamu’alaikum wbt.

    Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah swt yang memberikan hidayah serta taufik-Nya kepada kita sehingga dapat kita bezakan antara yang haq dan yang batil. Yang batil pasti akan lenyap. Selawat serta salam buat Nabi Muhammad saw, ahli keluarga serta sahabat r.a. yang telah berjuang bersama-sama Baginda sehingga Islam sampai kesegenap pelusuk dunia.

    Semalam pada 21 Julai 2020, akhbar Sinar Harian telah menyiarkan dua muka penuh interviu antara Sdr Ahmad Yani, Editor Majalah I (selaku wartawan khas apa-apa isu esq) dengan pengasas esq, Ary ginanjar.

    Saya terkejut dengan hujah-hujah Ary Ginanjar yang begitu ringan dan kurang berilmiah dan tidak mencerminkan title PhD honorari yang diterimanya dari salah satu universiti di Pulau Jawa.

    Lebih mengejutkan apabila laporan itu memberi gambaran seolah-olah beliau memperlekeh-lekehkan Fatwa dan juga peribadi SS Dato’ Mufti WP di dalam kronologi pengeluaran Fatwa tersebut.

    Saya rasa elok jika kekawan yang masih ‘percaya’ pada Ary membaca keratan akhbar itu, supaya dapat membuat kesimpulan masing-masing.

    1) Saya ingin mencabar Ary mengeluarkan rakaman video perjumpaan beliau dengan Danah Zohar (wanita Yahudi) di Oxford (UK) sekitar tahun 2006/7 yang mana Ary ber’salam semut’ (istilah esq bagi salam yang ada peluk cium) dengan Danah Zohar.

    Beginikah akhlak orang yang kita disuruh anggap sebagai guru dan ulama’ serta dibacakan al-Fatihah buatnya? Yang perlu dipertahankan, seolah-olah umat Islam di Malaysia hidup didalam kegelapan, sebelum kedatanganya???

    2) Begitu juga buat saudara-saudara yang tidak pernah mengikuti training esq, saya ingin paparkan sedikit skrip Trainer yang mengambarkan liberalisme esq:

    – “pak ary KEBETULAN dilahirkan sebagai Muslim, sebab itu beliau menggunakan kaedah Islam….”

    – Sewaktu sesi berdo’a: “kami sedar tuan-puan terdiri dari berbagai agama, Hindu, Buddha, Kristian, Islam, dsb….teruskan berdo’a bersama-sama, kami yakin Tuhan anda mendengar rintihan anda………”

    Astaghfirullaah, apakah tuhan yang dibuat dengan tangan-tangan manusia sendiri dapat mendengar rintihan pembuat???

    Bukankah itu menyamaratakan semua agama???

    Apa perlu untuk berdakwah supaya yang belum Islam supaya menerima Syahadah???

    Akhir sekali, ambillah petua daripada SS Mufti WP, “apakah saya kena jadi pengikut Ayah Ary dulu baru saya dapat memberi fatwa terhadapnya??”

    Wallaahu aa’laam.

    Nur Iman.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: