RSS

Dewan Dakwah Bantah Dukung ESQ Ary Ginanjar

21 Jul

Sumber dan rujukan :

1. http://voa-islam.net

2. http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/TEMBELANG_ESQ_PECAH.pdf

sila lihat juga fail PDF ini : Kronologi Fatwa ESQ

Dewan Dakwah Bantah Dukung ESQ Ary Ginanjar

Di Harian Umum Republika tanggal 13 Juli 2010, ESQ Ary Ginanjar klaim ajarannya tidak menyimpang karena didukung oleh para tokoh agama di Indonesia dan Malaysia.

Untuk membuktikan klaimnya, pada halaman 25 koran nasional itu juga dipajang beberapa surat rekomendasi berbagai ormas yang menyatakan ajaran ESQ tidak sesat. Salah satu surat rekomendasi yang paling ditonjolkan adalah Surat Rekomendasi Dewan Dakwah Indonesia (DDII) Pusat.

Ternyata, surat rekomendasi DDII itu tidak sah mewakili sikap resmi DDII. Dalam pernyataan resmi yang ditandatangani Ketua Umum Syuhada Bahri dan Sekretais Umum Abdul Wahid Alwi kemarin, Jum’at (17/7/2010), DDII membantah telah mengeluarkan surat rekomendasi yang mendukung ESQ Ary Ginanjar.
Berikut kutipan siaran pers DDII selengkapnya:

PERNYATAAN SIKAP DEWAN DAKWAH ISLAMIYAH INDONESIA PUSAT

Tentang Kop Surat dan Stempel yang Mengandung Rekomendasi Untuk ESQ Ary Ginanjar
(Bantahan Dewan Da’wah tentang Berita Di Republika tanggal 13 Juli 2010)

No. 177/A-Dewan Da’wah/VII/1431 H/2010 M

Bismillahirrahmanirrahim

Sehubungan dengan terpampangnya kop surat dan stempel Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia (DDII) Pusat di Harian Umum Republika tertanggal 13 Juli 2010 halaman 25 yang mengandung rekomendasi untuk Lembaga Pelatihan ESQ, maka dengan ini kami memandang perlu untuk menyampaikan pernyataan sebagai berikut:

1. Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia Pusat TIDAK PERNAH secara resmi mengeluarkan rekomendasi/pernyataan apapun tentang pelatihan ESQ.

2. Pernyataan atau ungkapan sebagaimana termuat di harian tersebut merupakan pernyataan pribadi yang bersangkutan, dengan menggunakan nama institusi Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia dan BUKAN merupakan pernyataan resmi Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia Pusat terhadap Lembaga Pelatihan ESQ.

Demikianlah pernyataan ini dimuat dengan sebenarnya dan ditandatangani.
Hasbunallah wa ni’mal wakil, ni’mal maula wa ni’man nashir.

Jakarta 4 Sya’ban 1431 H/16 Juli 2010 M

Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia

H. SYUHADA BAHRI
(Ketua Umum)

H. ABDUL WAHID ALWI, MA
(Sekretaris Umum)

nota kecil SJ : Siddiq (benar) adalah sifat utama Rasulullah s.a.w. Layakkah digelar pengikut/umat Rasulullah s.a.w andai diri sendiri tidak siddiq? Lalu, di mana letaknya iman…?

 
 

4 responses to “Dewan Dakwah Bantah Dukung ESQ Ary Ginanjar

  1. nur iman

    22/07/2010 at 10:04 pm

    Asssalamu’alaikum wbt,

    Segala puji hanya milik Allah, selawat dan salam buat Nabi Muhammad saw, para ahli dan sahabat Baginda r.a.

    Bersyukur kita kepada Allah swt yang telah memperlihatkan kebenaran itu sebagai suatu kebenaran, dan kebatilan sebagai suatu kebatilan yang terang.

    Lanjutan daripada berita di atas, pihak berwajib perlu mengkaji samada sokongan delapan Mufti negeri-negeri di Malaysia, yang didakwa olih pihak ESQ, itu benar-benar:

    a. ada?
    b. berupa sokongan peribadi atau rasmi?
    b. Jika ia rasmi, apakah kesemua ahli Majlis Fatwa Negeri tersebut telah memberi pandangan masing-masing?

    Saya rasa masyarakat Islam di Malaysia khususnya, dan di Nusantara amnya, menanti-nanti jawapan kepada soalan diatas.

    Wallaa’hu aa’laam.

    Nur Iman.

     
    • suarajagat

      22/07/2010 at 11:21 pm

      terima kasih nur iman..

      biarpun hanya SS Mufti Wilayah sahaja yang mengeluarkan fatwa tentang penyelewengan akidah dlm ESQ, ini tidak bermakna mufti lain tidak bersetuju dengan beliau.
      Jika benar sekalipun dakwaan ESQ itu, masih terdapat 6 org yg tidak menyokong ESQ.

      SJ juga ingin membuka minda pembaca melalui artikel di bawah yg dipetik dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NegerilainmungkinturutharamkanESQ/Article/index_html

      Negeri lain mungkin turut haramkan ESQ
      Kesamaran modul perlu diatasi: Mufti Selangor

      KUALA LUMPUR: Mufti Selangor, Datuk Mohamad Tamyes Abd Wahid, tidak menolak kemungkinan negeri lain mengikut keputusan Wilayah Persekutuan mengharamkan kursus anjuran ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ) sekiranya kesamaran modul yang dibangkitkan sebelum ini tidak diatasi.

      Bagaimanapun, katanya, Selangor setakat ini belum memutuskan untuk mengharamkan ESQ kerana masih menunggu keputusan muktamad Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan.

      Malah, baginya, pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, baru-baru ini dianggap masih belum muktamad.

      “Seperti yang saya katakan sebelum ini, Selangor berpegang kepada prinsip tunggu keputusan muktamad daripada Muzakarah Fatwa Kebangsaan terlebih dulu dan keputusan terbabit dibuat oleh ahlinya.

      “Saya difahamkan, masih ada satu lagi kajian yang akan dilakukan dan kita belum membuat keputusan sama ada mahu mengikut Wilayah Persekutuan ataupun sebaliknya. Namun mengikut maklumat yang saya terima, sememangnya terdapat kesamaran dalam modul ESQ seperti yang dinyatakan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

      “Justeru, saya tidak menolak kemungkinan ada negeri lain yang akan mengikut jejak Wilayah Persekutuan mengharamkan kursus anjuran ESQ jika modulnya tidak diubah segera,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu, di sini, semalam.
      Sebelum ini, akhbar melaporkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul program motivasi anjuran ESQ yang disertai lebih 65,000 orang termasuk orang kenamaan, tokoh agama dan korporat serta pegawai kerajaan berikutan ajarannya didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.

      Bagaimanapun Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal-Ehwal Agama Islam, memutuskan kursus anjuran ESQ itu boleh dilaksanakan di negara ini tetapi dengan pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah yang dilantik syarikat berkenaan.

      Mohamad Tamyes berkata, dakwaan yang dibuat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini mempunyai asas kukuh dan ia diperakui oleh beberapa bekas peserta yang pernah mengikuti kursus ESQ bahawa terdapat kesamaran dalam modul yang digunakan syarikat berkenaan.

      “ESQ juga ada berjanji akan segera mengubah modul berkenaan, namun mengikut maklumat terkini ia masih belum diubah,” katanya.

      sumber : Berita Harian 18/7/2010

       
  2. Fuzi

    03/08/2010 at 5:24 pm

    Assalamualaikum.

    Naaahhh, sekarang udah terbuktikan, yang mana yang benar dan yang mana satu yang salah. Iyaakan, kebenaran akan muncul jugakan, bila tiba masanya. Ngak semena-mena ada laporan dalam Malaysian Insider yang mengatakan pihak ESQ udah kerugian 1 juta dan sekarang menjadi mangsa persaingannya. Wadduuuuh, kok nilai ekonomi yang ditimbulkan. Saya hairan dan kaget sekali kerana matlamatnya ekonomi, duit-diut terus, bukan kebenaran atau kebatilan yang dipentingkan. Maka udah tiba masanya para lulusan ESQ memikirkan kembali dengan hati yang jernih kepada Allah s.w.t..

     
  3. nur iman

    04/08/2010 at 2:56 am

    Assalamu’alaikum wbt,
    Syukur kita kepada Allah swt kebenaran itu semakin jelas; saya harap semua alumni esq benar-benar mengikuti perkembangan berkenaan esq ini, supaya tidak terus terjerumus; atau seperti kata penulis, Sdr Zabidi Mohamad, “tersungkur dipintu syurga”.

    Ingatlah, antara perkara pertama yang diusahakan olih Pak Ary dengan duit yang dikaut dari ‘angkatan Malaysia” ialah menyiapkan “Menara esq 165” di Jakarta (sila visit laman web esq untuk keterangan).

    Inikah prioritas seorang yang begitu “spiritual”? Bukankah ramai lagi yang miskin, jika tidak di Indonesia, di Malaysia pun ramai lagi. Nak naik umrah tiap tahun……marilah sama-sama kita fikirkan.

    Apakah Rasulullah saw meletakkan prioritas kepada pembangunan material pada awal-awal Islam?

    Wallaahu a’lam.

    Nur Iman.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: