RSS

Isu ESQ : Hujah Tambahan dari Ustaz Aizam

05 Aug

Ketika menyampaikan kuliah Maghrib malam tadi (di Wilayah Persekutuan), kebetulan penulis sampai kepada bab berkenaan ‘Asma dan Sifat Allah SWT’, penulis mengambil kesempatan menjelaskan tentang penyelewengan ESQ dalam mentafsirkan nama-nama Allah SWT yang Maha Baik. Perkara ini bertepatan dengan ayat 74 di dalam surah al—Nahl berbunyi:

فلا تضربوا لله الأمثال
Bermaksud: “Maka janganlah kamu menjadikan perumpamaan-perumpamaan bagi Allah”.
Ayat ini menjadi hujjah kepada aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah seperti yang terkandung di dalam Sifat 20 yang mengajarkan kepada kita bahawa Allah SWT itu bersifat ‘al-mukhalafah lil hawadith’ iaitu ‘bersalahan daripada segala yang baharu’. Tetapi ESQ mengajar sebaliknya apabila cuba mengiyaskan semua sifat-sifat makhluk dengan nama-nama Allah. Kesannya, ada di kalangan alumni ESQ yang memahami bahawa gunung itu tinggi kerana Allah itu Maha Tinggi, alam itu luas kerana Allah itu Maha Luas, bunga itu cantik kerana Allah itu Maha Cantik dan pelbagai lagi. Ini adalah hasil daripada ajaran ESQ yang mengatakan bahawa ‘seluruh alam mewakili sifat Allah’. Lihatlah betapa dangkalnya ajaran ini kerana ia tidak berpijak kepada kaedah mantiq yang betul, bagaimana mungkin gunung dan alam yang mempunyai isipadu, had dan mengambil ruang boleh dikatakan menyamai sifat Allah SWT yang qadim? Malah gunung dan alam itu akan hancur apabila tiba masanya manakala bunga pula akan layu. Ini menunjukkan bahawa sifat alam ini ‘hadith’ (baharu) dan tidak kekal (fana’) sedangkan Allah SWT itu bersifat baqa’ (kekal) dan tidak binasa. Juga menjadi persoalan, bagaimana pula dengan makhluq-makhluq seperti iblis, syaitan, haiwan liar, segala jenis penyakit yang kesemuanya adalah perkara-perkara buruk (pada zahirnya)…adakah ia juga mewakili sifat-sifat Allah yang Maha Baik itu? Apakah bentuk aqidah yang diajarkan oleh ESQ ini sebenarnya?
ESQ juga mengajarkan bahawa manusia itu mewakili sifat-sifat Allah SWT hasil daripada suara hati yang sedia wujud di dalam fungsi ketiga otak manusia yang dinamakan God Spot. Suara hati ini menurut ESQ adalah fitrah yang telah ditiupkan dengan 99 nama Allah SWT ketika Allah SWT meniupkan roh-Nya ke dalam diri manusia. Menurut ESQ suara hati ini universal dan terdapat pada seluruh manusia tanpa mengira agama mahupun kepercayaan termasuk atheis sekalipun. Oleh kerana itu, ESQ mengatakan manusia itu berkasih sayang kerana sifat Allah itu yang Maha Pengasih, manusia itu adil kerana Allah itu Maha Adil, manusia itu berwawasan kerana nama Allah itu al-Aakhir dan pelbagai lagi. Bermaksud kesemua sifat manusia yang benar-benar mengikuti suara hatinya yang fitrah itu adalah merujuk kepada 99 nama Allah SWT yang sedia wujud di dalam God Spot tersebut. Akibatnya kesemua nama-nama Allah SWT termasuk yang mempunyai makna-makna khusus bagi-Nya seperti al-Jabbar, al-Mutakabbir, al-Khaliq, al-Muhyi, al-Mumit diterjemahkan sesuai dengan sifat-sifat manusia. Alasannya kerana manusia itu mewakili sifat-sifat Allah SWT.
Kaedah ESQ ini juga amat jelas menyalahi kaedah mantiq yang betul, jika benarlah manusia yang mengikuti suara hati itu dikatakan mengikuti fitrah sifat-sifat Allah SWT, bagaimana pula dengan sifat-sifat manusia seperti makan dan minum, berkahwin, tidur, bernafsu dan lain-lain. Adakah sifat-sifat ini juga mewakili sifat-sifat Allah SWT kerana ia juga fitrah yang sedia wujud dalam diri manusia. Ia bukan hasil daripada emosi atau fikiran. Malah kaedah literal ESQ yang mengatakan kerana manusia itu berasal daripada Allah SWT maka sifat manusia itu menyamai sifat Allah SWT adalah dangkal kerana ia menyalahi nas dan akal yang sejahtera.
ESQ sebenarnya terperangkap dengan jerangkap ‘spiritual quotient’ yang digagaskan oleh Danah Zohar dan Ian Marshall. Ia didokong oleh hipotesis yang dibuat oleh VS Ramachandran kononnya terdapat fungsi ‘pencarian tuhan’ di dalam otak manusia. Padahal al-Qur’an sendiri telah mengatakan bahawa ‘otak manusia yang sejahtera’ jika berfikir secara rasional sememangnya akan menemui siapakah penciptanya. Oleh itu, di dalam al-Qur’an manusia disuruh berfikir dan bertafakkur tanpa perlu menunggu penemuan Barat ini. Hakikatnya, teori ESQ lahir dalam keadaan worldview Barat yang tidak percayakan tuhan dan berselirat dengan falsafah materialisme. Epistemologinya juga jelas hanya berasaskan kepada falsafah Barat dan hipotesis sains. Logiknya bagaimana mungkin ia boleh menjadi tafsiran kepada Islam?
Penulis tidak fikir ESQ akan berjaya diislamkan. Ini kerana ia adalah satu ‘ideologi’ bukan ‘metodologi’. Ia sama dengan usaha sesetengah orang yang cuba untuk mengislamkan sekularisme, liberalisme, kapitalisme, komunisme dan lain-lain. Jika ada juga yang cuba untuk mengislamkannya maka akan lahirlah muslim sekular, muslim liberal, muslim kapitalis dan lain-lain. Islam adalah Islam. Epistemologinya adalah bersumberkan wahyu bukan akal, falsafah atau dapatan sains. Hal ini berlaku kepada Ary Ginanjar. Dia tidak pernah berjaya mengislamkan ESQ sebaliknya Islam pula yang terpaksa disesuaikan dengan ESQ.
Sebagai contoh, kita tidak pernah mendengar bahawa ihsan itu God Spot atau suara hati atau 99 nama Allah atau tiupan roh Allah. Apa yang kita tahu ‘ihsan’ itu adalah satu martabat tertinggi dalam beribadah. Sama ada seseorang itu mencapai maqam musyahadah atau muraqabah. Syarat ibadah tentulah seseorang itu beriman dan menganut Islam. Ia adalah maqam yang amat eksklusif dan bukan inklusif. Tetapi ESQ telah MEMBARATKAN pengertian ‘ihsan’ dengan mendakwa ia adalah ‘spiritual quotient’ yang berlaku kepada semua manusia tanpa mengira apa jua anutan agama. Ia dianggap sesuatu yang universal dan inklusif hatta kepada mereka yang tidak beragama. Apa yang berbeza hanyalah pada metodologi bagaimana untuk mereka mencapai ‘spiritual quotient’ itu. Ia mungkin dicapai dengan solat, yoga, meditasi, pertapaan atau mendengar muzik kerana ia adalah sesuatu yang ‘built-in’ di dalam diri manusia dan tidak terikat kepada ritual keagamaan untuk memperolehinya. Sebab itulah, Ary telah menyenaraikan peneraju syarikat-syarikat besar seperti Walt-Disney, Starbucks, Body Shop, Visa International, Nokia, Matsushita dan lain-lain sebagai tokoh-tokoh sufi korporat yang telah berjaya mencapai ‘spiritual quotient’ sehingga menepati nama-nama Allah SWT yang telah menjadi fitrah dalam diri mereka. Jenis sufi dan tasawwuf apakah yang diajar oleh Ary Ginanjar ini?
Terus terang penulis katakan, ESQ adalah satu trend halus untuk menerapkan faham ‘perennial philosophy’ ke dalam penganut agama seluruh dunia. Faham ini masuk dengan pelbagai kaedah seperti melalui Global Theology, Global Ethic dan lain-lain. Kesemua faham ini pada zahirnya cuba mencari persamaan nilai yang universal antara semua manusia. Asas kepada ideology ini adalah manusia bersatu pada titik spiritualnya yang disebut sebagai ‘metaphysical unity’ atau kesatuan metafizik (esoteric). Inilah sebenarnya inti pluralisme agama. Amat silap jika sesetengah pihak beranggapan bahawa pluralisme agama itu hanyalah apabila seseorang mengatakan ‘agama itu semuanya sama’. Malah sememangnya ‘perennial philosophy’ itu mengiktiraf agama-agama itu berbeza tetapi hanya pada level eksoteriknya (zahirnya) tetapi kesemuanya menuju atau bertawaf kepada paksi yang sama pada level esoteriknya (batinnya). Lebih daripada itu, ‘perennial philosophy’ juga tidak pernah menyekat penganut mana-mana agama mengamalkan agamanya, apa yang penting penganut agama-agama itu menerima bahawa mereka semua bertemu akhirnya pada titik yang sama. Itulah ‘spiritual quotient’ yang dimaksudkan.
Kesimpulannya, inilah rupa paras ESQ yang sebenar…lihatlah worldview kelahirannya dan epistemology yang mencetuskannya…anda akan kenal apa ESQ yang sebenar! (Baca tulisan penulis tentang http://www.islam.gov.my/ajaransesat/pdf/KECELARUAN%20BERAGAMA.pdf dan Karen Amstrong Falsafah Abadi).
 
19 Comments

Posted by on 05/08/2010 in ESQ 165 sesat?

19 responses to “Isu ESQ : Hujah Tambahan dari Ustaz Aizam

  1. nur iman

    06/08/2010 at 7:07 am

    assalamu’alaikum wbt,

    alhamdulillaah, saya amat memahami kupasan Ustaz diatas sebagai itulah yang di ajar olih Ary Ginanjar di dalam modul esq. amat tepat sekali.

    sebagai satu hujah lagi, saya terbaca buku “Muqaddimah Pengajian Islam” karangan Nazzwardi Abu Bakar Aly terbitan JAKIM, fasal 1: Ulum Al Qur’an, ms 56:

    “Kelima: Tidak merealisasikan alam duniawi ke atas alam ghaib:
    Ketika membaca al-Qur’an, seseorang mukmin akan menemui ayat-ayat yang membicarakan tentang alam ghaib, seperti kematian dan perisitiwa berlaku disebalik kematian, Hari Akhirat dan perihalnya, kebangkitan dan perhitungan, syurga dan neraka, malaikat dan syaitan, dan lain-lain lagidari penyataan al-Qur’an tentang alam ghaib.

    Adalah menjadi kesalahan besar sekiranya seseorang muslim cuba untuk menggambarkan atau memahami perkara-perkara alam ghaib itu dengankehidupan duniawi dan gambaran tasawwur mindanya (gambaran khayalan pemikiran yang terbentuk dari pengalaman kehidupan duniawinya).

    Allah swt telah mendekatkan kefahaman tentang perkara-perkara ghaib dengan lafaz yang dapat difahami olih manusia, sehingga kita mampu untuk memmahami alam ghaib. Akan tetapi alam ghaib adalah alam yang berlainan dengan alam duniawi yang sukar untuk kita bayangkan dengan gambaran perkataan atau sesuatu yang bersifat duniawi, kecuali sekadar yang telah dijelaskan olih al-Qur’an dan al-Sunnah kepada kita.”

    ESQ telah cuba menggambarkan kehidupan alam barzakh dengan ribut-taufan, roh orang beriman bagaikan burung yang terbang melalui gunung dan lembah (sambil diiringi mizik halus), api neraka digambarkan dengan api dunia, dan berbagai-bagai lagi.

    Apakah ia bukan suatu KESALAHAN BESAR?

    Wallahu a’lam,

    Nur Iman.

  2. iqbal

    07/08/2010 at 12:20 pm

    salam tuan

    senang cerita jom kita pakat2 convince kan para mufti supaya keluarkan fatwa esq haram.
    habis cerita…

    wassalam

  3. Fuzi

    11/08/2010 at 10:50 am

    Tulisan sdra. Aizam amat membantu saya memahami hal-hal yang bermasalah dengan ESQ. CUMA…Saya merasa amat hairan bin ajaib bin keliru apabila terdapatnya Mufti yang mengatakan ‘ESQ Training tidak bercanggah dengan akidah dan syariat Islam” sedangkan Mufti yang sama itu juga berada dalam kumpulan Jawatankuasa Fatwa yang menyebutkan “wujudnya unsur-unsur yang menggelirukan dan perlukan perubahan”.

    • suarajagat

      11/08/2010 at 12:49 pm

      saudara Fuzi..
      ayat tersebut sebenarnya secara terang lagi bersuluh tidak menafikan di dalam ESQ selama ini wujud perkara yang boleh menjejaskan atau membawa kepada penyelewengan akidah umat islam

  4. ati

    12/08/2010 at 11:43 pm

    salamalaik ya akhwat fillah,
    sila layari :

    http://marhainiyusoff.blogspot.com/

    syukran,
    wassalam

  5. iqbal

    13/08/2010 at 9:14 am

    salam tuan

    aisehman…ni dari GM ESQ direct ke ustaz aizam..buleh bagi komen..tq

    Surat Terbuka untuk Ustaz Aizam Mas’od
    Assalamualaikum wrt wbh
    Ustaz Aizam yang saya hormati kerana Allah swt,

    Telah lama saya ingin berbicara hati ke hati dengan Ustaz… namun seringkali tiada kekuatan untuk melakukannya ….

    Entah kenapa… mungkin kerana kekuatan semangat persaudaraan Ramadhan kali ini, petang semalam saya menghubungi Ustaz setelah kali terakhir saya cuba menghubungi Ustaz dua tahun yang lalu; setelah Ustaz selesai menjalani training ESQ Angkatan 21 pada awal Ogos 2008. Yang saya dapatkan waktu itu hanya khabar daripada Ustaz Arif Samad yang sama-sama hadir ke training ESQ bersama Ustaz bahawa Ustaz sedang menyiapkan laporan…. masih jelas dalam ingatan kata-kata Ustaz Arif, ”tunggu dulu puan, Ustaz Aizam sedang menyiapkan laporan. Insyallah tiada masalah isi kandungan, hanya dari sudut pendekatan, Jakim ada pandangan…”. Kami menantikan maklumbalas sejak bulan Ogos 2008 untuk pembaikan dan akhirnya kemelut dan keresahan ini yang ESQ dapatkan….

    Walauapapun, terima kasih kerana pick up panggilan telefon saya semalam. It was least expected, dan saya salah apabila beranggapan Ustaz tak mungkin ingin berbicara dengan saya. Terus-terang, saya lega dapat bercakap dengan Ustaz. Terus terang juga, setiap kali saya membaca komen-komen Ustaz di blog peribadi Ustaz, sharing dari pertanyaan di ceramah Ustaz di masjid-masjid yang menceritakan kehodohan dan kejelekan ESQ yang Ustaz dakwa serta khabar yang disampaikan oleh beberapa Jawatankuasa Fatwa beberapa negeri tentang presentation Ustaz tentang ESQ (walau JK Fatwa Kebangsaan telah meneliti dan membenarkan ESQ berjalan) yang mengandungi fakta-fakta lama yang tidak lagi ESQ gunakan…. perasaan saya bercampur baur…. kenapa sejauh ini Ustaz bertindak…tidak pernah bersemuka, tidak pernah menegur kami, tidak pernah menasihati kami, malah kalau benar ESQ itu salah akidah, kenapa sejak ustaz hadir ke training pada tahun 2008, tidak terus sahaja memanggil ESQ dan menyampaikan bahawa itu dan ini salah… agar tidaklah seramai sekarang alumni ESQ terus ’terseleweng dan rosak akidah’nya… termasuk 8 mufti dan timbalan mufti di lapan negeri. Ustaz punya ilmu yang tinggi, alangkah lebih mudah menegur dan menasihati daripada menghakimi dan menutup pintu dari menasihati kami. Semalam terkeluar kata-kata dari mulut ustaz, ’kalau nak nasihat tulislah secara official….’ Banyak sudah surat yang kami hantar kepada jabatan ustaz… tanpa reply apabila minta dinyatakan salahnya dimana. Apapun kami tetap update apa pembaikannya. Kerana Allah swt, kami pinggirkan segala rasa kerana kami telah melihat bagaimana kesan training ke atas pelbagai ahli masyarakat dan syarikat.

    Selama dua tahun ini juga kami belajar erti kesabaran… satu persatu tuduhan mendatang dikata Yahudi, didakwa gerakan Kristian, dituduh gerakan terancang dan halus ke arah pemurtadan besar-besaran… dengan kuasa, jawatan, kemudahan dan kredibiliti yang ada pada yang telah menghukum dan melabel kami, tak mungkin untuk kami membela diri demi menegakkan kebenaran hatta menjelaskan apa yang kami maksudkan… kerana kami tiada apa. Bangkit mempertahankan dan membela diri akan dilihat sebagai melawan, senyap seolah-olah mengiyakan segala dakwaan kesesatan. Lalu apa…?

    Kenapa saya berpaling kepada Ustaz? Kenapa tidak yang lain? Kerana ustazlah orang pertama yang datang menilai ESQ… pada pandangan saya juga, ustaz juga orangnya yang sangat overzealous, benar-benar berusaha untuk menyampaikan dan membentangkan kajian dan pandangan terhadap ESQ yang dakwaannya salah akidah. Pandangan ustaz sebagai orang yang pertama datang dan menilai ESQ berbeza dengan pandangan-pandangan dan keputusan badan rasmi negara dan tokoh-tokoh ulamak serta tokoh akademik di bawah:

    1. Keputusan Rasmi JK Fatwa Kebangsaan dimana Kertas Kajian tentang ESQ telahpun dibentangkan sebanyak 7 kali dan dimuktamadkan pada 16 hb Jun 2010 bahawa ESQ boleh diteruskan cukup dengan pemantauan oleh Panel Syariah dan Akidah ESQ. Keputusan JK Fatwa Kebangsaan dibuat di dalam mesyuarat JK Fatwa Kebangsaan di mana Jakim adalah Sekretariatnya dan ustaz bekerja di bawah Jakim. Teringat kata-kata ustaz semalam, ”kalau Jakim nak ambil tindakan (ke atas Ustaz), ambillah…” . Pada saya ia seolah-olah ustaz begitu yakin tidak akan terkena apa-apa tindakan dan seolah-olah pergerakan dan tindakan ustaz dilindungi dan atas restu somebody in power.

    Ahli-ahli di dalam JK Fatwa kebangsaan yang terdiri daripada Pengerusinya yang juga merupakan Pengarah International Fatwa (INFAD), 5 ahli yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja, seorang tokoh perundangan beragama Islam serta 14 orang mufti mempunyai wibawa tersendiri dari segi keilmuannya. Apakah mereka salah menilai dan tersilap membuat keputusan?

    2. Pandangan Ustaz yang hadir pada ESQ Training Angkatan 21 untuk mengharamkan ESQ difahamkan berbeza dengan pandangan Penilai kedua yang dihantar secara rahsia oleh pihak PKA pada ESQ Training Angkatan 22. Penilai kedua yang dihantar difahamkan memberikan laporan dan cadangan berbeza dan bertentangan dengan Ustaz. Ada beberapa cadangan dari Penilai kedua yang serta merta kami ikuti pada ESQ Training berikutnya, iaitu Angkatan 23 contoh: Slide Sajak Salam Perdamaian dibuang kerana dikatakan sajak yang boleh mengelirukan.

    3. Terdapat 6 orang Mufti dan 2 orang Timbalan Mufti yang telah hadir ke ESQ Training dan tidak mendapati wujud sebarang penyelewengan. Ini termasuk YBSS Tan Seri Harussani, Mufti Perak dan YBSS Dato’ Hassan Ahmad. YBSS Tan Seri turut merupakan Pengerusi Teks Al Quran dan buku di bawah KDN serta pernah mengharamkan lebih 83 ajaran sesat di Perak. Apakah ada kemungkinan kesemua mufti dan timbalan mufti ini tidak secermat ustaz dalam menilai?

    4. ESQ telah melantik 5 orang Panel Shariah dan Akidah yang terdiri daripada mantan Ketua Pengarah Jakim, 3 orang mantan Mufti dan seorang Dekan, Fakulti Pengajian Al Quran dan As-Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia. Mereka semua telah hadir ke ESQ Training sebagai peserta training dan telah selesai menyemak buku ESQ. Mereka juga tidak mendapati sebarang salah akidah atau kesalahan pokok kecuali dari segi istilah, pemahaman diperjelaskan agar tidak menimbulkan kekeliruan. Perlu juga dimaklumkan mereka bukan hadir satu training, malah berpuluh kali dan dari peringkat asas training sehingga ke peringkat Self Controlling & Strategic Collaboration.

    5. Tokoh-tokoh akademik yang datang secara sukarela dari Jabatan Usuluddin UIA, UM, Pusat Islam USM, Ulamak dari UMNO dan Ulamak PAS tidak pernah memberikan maklumbalas penyelewengan akidah sebagaimana ustaz.

    6. Di Indonesia, ESQ Training yang telah dilaksanakan sejak 10 tahun lalu telah dihadiri oleh pelbagai organisasi Islam termasuk Nahdatul Ulama yang telah ditubuhkan lebih 100 tahun. Ia juga telah dinilai dan disemak oleh Departmen Agama di Indonesia dan tiada penyelewengan Akidah. Ulamak-ulamak seperti Bpk Din Shamsuddin, Bpk KH Amidhan Shaberah, Bpk KH Hasyim Muzadi, Bpk Didin Hafifudhin dan lain-lain turut menilai ESQ Training dan mereka menyokong pelaksanaannya. Selain daripada dukungan ulamak, ESQ telah disertai 7 menteri dan 150 orang dari Dewan Perwakilan Rakyat (DPR). Apakah kesemua mereka ini langsung tidak dapat mengesan kesalahan akidah serta bahaya ESQ sekiranya ada?

    Saya ingin ulang lagi permintaan saya seperti di telefon semalam…. agar kita duduk dan berbincang. Saya sedih Ustaz menolak permintaan untuk duduk dan berbincang untuk kepentingan ummah…. semalam berkali-kali saya minta kepada ustaz, namun berat sekali hukuman ustaz; tidak ada gunanya duduk berbincang kerana masalahnya ada pada Pengasas ESQ, Ary Ginanjar Agustian, kata ustaz.

    Sejauhmana hati seorang manusia dapat Ustaz baca…. Izinkan saya dalam kecetekan ilmu saya berkongsi sebuah kisah yang pernah diceritakan seorang guru agama. Kisah seorang Sahabat, Usamah bin Zaid yang telah membunuh seorang musuh di dalam perang. Musuh tetap dibunuh walaupun ia telahpun melafazkan syahadah. Rasulullah saw marah sehingga keluar urat di dahi Baginda…. apakah kita lebih layak untuk menghukum melebihi Rasulullah saw…. ?

    Mampukah kita scan hati manusia, bahawa dia tidak ikhlas berubah, bahawa dia terpengaruh dengan perennial philosophy sedangkan nyatanya orang yang dituduh sebegitu telah bersumpah menafikan dengan nama Allah swt dan melafazkan syahadahnya. Siapa kita sehingga mempunyai hak yang sebegitu tinggi untuk melabelkan orang lain… alangkan Rasulullah saw sendiri tidak mencontohkan begitu pada kita. Ustaz, kita umat yang satu, mari kita buang benteng di antara kita… , buang perbezaan dan seterusnya mencari jalan untuk bekerjasama dan lengkap-melengkapi demi kepentingan ummah. Bukankah itu lebih baik daripada perpecahan yang berlaku lantaran kekeliruan pendirian antara ustaz-ustaz, mufti-mufti berkenaan isu fatwa ini?

    Ingin sekali kita berdamai dalam semangat ukhuwwah fillah. Alangkah lebih ringan hidup dalam baik sangka, menyempurnakan kekurangan, membantu memperbaiki kesilapan sesama kita atas ketinggian cinta kepada Allah swt dan Rasulullah saw,melebihi segala cinta kita terhadap diri kita sendiri….

    Saat ini saya hanya mampu berdoa agar ada satu titik pertemuan agar kita dapat duduk dan berbincang. Kita jernihkan kekeruhan, kita tamatkan segala prasangka ini, kita hakiskan persepsi di antara kita, kita umat Rasulullah SAW, pertelingkahan ini merugikan dan mengelirukan umat.

    Masih terngiang-ngiang pesanan Pak Habib Adnan, guru Bpk Ary Ginanjar, seorang hafiz Quran dan merupakan Majlis Ulama Indonesia (MUI) Bali, yang saya jumpa di Bali dalam bulan April 2009 beberapa bulan sebelum kematiannya… ”Kita cari sebuah persamaan. Ini saatnya untuk Malaysia dan Indonesia bersatu menghadapi dunia…”. Saya yakin ini harapan ramai orang dan inilah juga harapan para pemimpin kita.

    Ustaz Aizam saudara seIslam saya,

    Saya bukan saingan Ustaz, yang tinggi ilmu agamanya. Saya hanya lulusan UIA, dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dan kemudiannya menyambung pelajaran di bidang Kaunseling di UIA. Sepertimana Pak Ary sendiri yang sering mengatakan bahawa, ilmu Allah ini luas, banyak perkara yang kita tidak tahu dan kita ingin terus belajar dan memperbaiki diri. This is an unending process, the quest for knowledge. Kita bukan bercakap sekadar untuk basa basi… kita benar-benar ingin terus belajar dari semua orang, akan segala ilmu yang baik… dan itu tujuan asal bila kami approach Jabatan ustaz.

    Sesuatu yang tak pernah saya jangkakan akan begini akhirnya atas sebuah permintaan yang benar-benar jujur untuk diberi bimbingan oleh institusi berwajib, yang misinya saya yakin untuk membimbing agar kita sebagai rakyat Malaysia sentiasa terjaga dari sudut akidah dan kejernihan Islamnya.

    Ada sesuatu yang menggerakkan saya untuk memohon bimbingan dan nasihat dari Jakim (sebagai badan yang bertanggungjawab) ke atas perjalanan ESQ di Malaysia; iaitu makluman dari salah seorang alumni bahawa filem ”The Message” dan sedutannya tidak boleh digunakan di Malaysia. Saya diberikan kertas pewartaannya sekitar bulan Jun 2008. Ia seperti wake up call pada saya yang saat itu baru bekerja di ESQ.

    Sebagai orang yang dilatih dalam pengurusan dan pentadbiran, saya bertanggungjawab memastikan apa jua di sudut operasi ESQ adalah mematuhi kehendak undang-undang di negara kita, termasuk membayar semua royalti muzik dan lagu yang digunakan kepada MACP, menjelaskan cukai, zakat kepada Pusat Pungutan Zakat Negeri Selangor, menjalankan program kualiti ke arah Shariah Compliance dan paling penting atas semua itu, buku dan training ESQ mematuhi kehendak-kehendak di negara ini.

    Contohnya sebelum ini ayat-ayat Al Quran yang digunakan merujuk kepada terjemahan Quran di Indonesia, sedangkan di Malaysia ada Terjemahan Pimpinan Rahman yang diiktiraf oleh Jakim. Setelah penubuhan Panel Syariah dan Akidah ESQ pada bulan September 2009, kami lebih jelas dan banyak dibimbing. Rupanya banyak perkara yang sebelum ini kami tidak fahami, mula kami fahami sedikit demi sedikit. Panel Shariah sendiri berserta pihak pengurusan ESQ kerap mendapatkan penjelasan atas apa yang ingin disampaikan di dalam buku dan training dari Pengasas ESQ. Sehingga saat ini Bpk Ary Ginanjar terbuka menerima pembaikan-pembaikan sepertimana saranan panel.

    Menyorot kembali pertemuan saya di tengahari bulan Julai 2008, saya datang dengan harapan, dengan sebuah kepercayaan yang kami akan dibantu. Pertemuan dengan pengurusan tertinggi di Jakim, menyejukkan hati… Jakim akan bantu untuk melihat dan menasihati, itu janjinya.

    ESQ cuba meneroka ke wilayah HR dan Leadership yang selama ini dikuasai oleh Teori-Teori Barat. Hasil training, program-program CSR dan sumbangan training yang dijalankan oleh Bpk Ary Ginanjar telah menampakkan hasil di bidang pembinaan karakter sehingga melayakkan beliau untuk menerima Dr Honoris Causa dari universiti tempatan serta Anugerah Integriti dari Polis Indonesia. Beliau seorang pakar yang diiktiraf di Indonesia dan telah berpengalaman melatih hampir sejuta orang di bidang pembinaan karakter dengan merujuk kepada Al Quran dan As Sunnah. Alangkah lebih baik dengan ilmunya ini kita sinergikan dengan kekuatan dukungan dari bimbingan para ulamak. Saya kutip sedikit petikan dibuku terjemahan arwah ayahanda Ustaz Hj Mohd Tahir Daeng Mengati, ”Langkah Bermula”, mukasurat 196-197, dalam semangat mencontohi Rasulullah saw;

    Ustaz al- Maududi pula menyeru kamu supaya merenung sejarah Nabi Muhammad S.A.W, ”Lihatlah Baginda pada mulanya berdiri keseorangan menghadapi dunia seluruhnya. Lihatlah Baginda menolak pemikiran-pemikiran yang salah dan jalan-jalan yang bengkok yang menguasai dunia seluruhnya. Baginda mengemukakan satu akidah yang datang dari Allah… Sesungguhnya menegakkan kepimpinan yang soleh di bumi Allah ini merupakan suatu tugas yang sangat penting dan mustahak di dalam sistem Islam. Setiap orang yang beriman dengan Allah dan Rasulnya dan mengambil ’deen’ yang mulia ini tidak akan selesai kerjanya kecuali dengan mengorbankan seluruh tenaganya dengan segenap kemampuannya untuk membentuk hidupnya menurut acuan Islam. Sekiranya tujuan dan maksud tertinggi dan mulia itu tak mungkin dapat direalisasikan kecuali dengan usaha secara berjemaah, maka tidak boleh tidak, mesti dibentuk satu jemaah yang soleh dan beriman di mukabumi ini…”

    Ustaz Aizam, marilah kita bersinergi untuk sebuah kepentingan yang lebih besar… ummah. Masyarakat semakin rosak sedangkan kita terus bertelagah…. cukuplah kita habiskan waktu di bilik-bilik seminar dan dewan-dewan muktamar, berhujah mencari salah sesama kita. Sedangkan kesalahan itu amat mudah untuk dibaiki dengan nasihat dan rasa mahabbah sesama kita.

    Kalau Ary Ginanjar main issue nya, kamilah jambatannya di sini. He is no more than an ordinary man, yang masih banyak kekurangan tapi punya sebuah cita-cita agar Al Quran dan As Sunnah menjadi rujukan di dalam membentuk karakter manusia. Dia hanya manusia kecil yang hanya ada sedikit keberanian untuk membawa ultimate solution ini ke wilayah korporat dan pengurusan zaman ini yang sudah terbiasa dengan bahasa Stephen Covey, Dale Carnegie, Peter Drucker dan lain-lain.

    Ustaz Aizam sahabat seagama, kalaupun tiada kesempatan untuk membimbing, izinkan ulamak lain yang sedia membimbing, menegur dan menunjuk jalan kepada kami dan izinkan kami agar di beri sedikit laluan untuk sama-sama berlumba berbuat kebaikan dan mengabdikan diri kepada Allah swt dengan cara yang kami mampu.

    Mohon maaf zahir dan batin atas kata-kata yang salah dan luahan terdalam dari hati ini. Saya menulis agar kita padamkan api pertelingkahan ini. Pun begitu, saya hanya mampu menyerahkan segala-galanya kepada Allah swt…. semoga Allah swt ikat hati-hati kita semua dijalanNya…

    Wassalam, terima kasih dan selamat menyambut Ramadhan.

    “…Maka janganlah mengatakan bahawa dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.”

    (Maksud Surah An-Najm:32)
    Posted by Marhaini Yusoff at 2:14 AM

    • suarajagat

      13/08/2010 at 11:47 am

      terima kasih saudara iqbal..
      pada pandangan saya, adalah lebih baik kita nantikan jawapan dari ustaz aizam berhubung perkara ini.

      terima kasih🙂

  6. shahirah

    13/08/2010 at 9:58 am

    ~Harap dapat diberikan ulasan~
    —————————————————————————————-

    saya sangat berharap saudara tidak delete komentar saya di atas agar masalah ini dapat segera diselesaikan dengan segera.

    Harap ustaz aizam dapat memberi komen mengenai surat yang disiarkan oleh Puan Marhaini di blognya (www.marhainiyusoff.blogspot.com)

    • suarajagat

      13/08/2010 at 11:53 am

      terima kasih shahira atas informasi dari anda…
      bersama kita nantikan jawapan dari ustaz aizam.

  7. shahirah

    13/08/2010 at 11:57 am

    terima kasih kerana menyiarkan artikel di atas.
    semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan segera semperna bulan ramadhan yang mulia.

  8. mujahideen

    13/08/2010 at 12:07 pm

    salam.. mohon ustaz aizam dapat bg komen atas ape yg Pn Marhaini tulis. Biarlah kita semua bersatu atas dasar ISLAM. Kalau kita berbalah pastinya jalan itu tiada.

    Ingatlah firman Allah dalam surah As-Saff ayat 4 yang bermaksud:
    ” Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti bangunan yang tersusun kukuh”.

    Kalau kita berbincang baik, insya Allah masalah ini akan selesai. Face 2 face is better..

    Salam perpaduan

    • suarajagat

      13/08/2010 at 12:10 pm

      terima kasih mujahideen.
      memandangkan surat tersebut baru sahaja dinukilkan..mungkin akan menganmbil masa utk mendapat respon dari ustaz aizam.
      saya harap semua pihak menanti dengan sabar.

  9. mujahideen

    13/08/2010 at 12:07 pm

    peace no war… (^_^)

  10. Iranis

    14/08/2010 at 1:03 am

    Salaam semua. Sementara menunggu maklum balas daripada Us Aizam, saya ingin mengemukakan sedikit pandangan berdasarkan pengamatan. Sebagai orang luar yang tidak terlibat dengan kemelut antara Us Aizam dengan ESQ yang diwakili Pn Marhaini, saya hanya mengutarakan pandangan berdasarkan maklumat-maklumat yang terdapat pada penulisan Pn Marhaini sendiri dan sumber2 berkaitan dari web muftiwp dll.

    “kenapa sejauh ini Ustaz bertindak…tidak pernah bersemuka, tidak pernah menegur kami, tidak pernah menasihati kami, malah kalau benar ESQ itu salah akidah, kenapa sejak ustaz hadir ke training pada tahun 2008, tidak terus sahaja memanggil ESQ dan menyampaikan bahawa itu dan ini salah… agar tidaklah seramai sekarang alumni ESQ terus ’terseleweng dan rosak akidah’nya…”

    Berdasarkan kronologi, beberapa pegawai JAKIM dihantar pada 1-3 Ogos 2008 untuk mengikuti kursus ESQ, jika Us Aizam merupakan salah seorg daripadanya, bermakna kehadiran beliau adalah atas dasar kerja penyelidikan. Ditugaskan sedemikian setelah JAKIM menerima banyak aduan daripada org ramai mengenai kesangsian mereka terhadap ESQ (dinyatakan dlm kronologi). Oleh itu permohonan nasihat Pn. Marhaini bukanlah asas kepada kehadiran pihak JAKIM pd kursus itu, tetapi kerana ADUAN org awam. Secara rasional, kita dapat fikirkan, apakah seorg yg tlh ditugaskan atas kapasiti penyelidik, akan memanggil pihak yg diselidik/siasat utk memberitahu pihak yg disiasat mereka salah itu dan ini? Sudah tentu tidak. Dapatan itu adalah untuk dilaporkan kpd pihak yg meminta laporan, kenapa pula Us Aizam perlu melaporkan kepada pihak yg disiasat?

    Kenyataan Pn Marhaini “agar tidaklah seramai sekarang alumni ESQ terus ’terseleweng dan rosak akidah’nya…” wajar diperbetulkan. Berulangkali saya meneliti dan membaca warta, tidak ada mana-mana pernyataan untuk menghukum para alumni ESQ rosak akidah, tetapi nampaknya ia keluar dari org kuat ESQ sendiri. Kata-kata seumpama ini ibarat mencurah minyak ke atas api bagi para alumni. Seakan hasutan memarakkan kemarahan dan kebencian kepada pihak yang mengeluarkan fatwa. Sedangkan fatwa sama sekali tidak ditujukan kpd para alumni. Apa yang berbangkit adalah ajaran, fahaman dan pegangan yg dibawa oleh ESQ LT anjuran Ary Ginanjar dengan ciri-ciri yg disebutkan adalah menyeleweng. Perkara yg terakhir disebutkan dalam fatwa, “mana-mana org hendaklah menjauhi ajaran, pegangan dan fahaman sebagaimana yg dinyatakan”.
    Perkara yg terakhir ini adalah nasihat kepada semua, mungkin ada yg tlh mengikuti, mungkin ada yg belum, mungkin ada yg menemui keraguan, mungkin ada yg tidak menemuinya di dlm kursus ESQ. Mereka semua dinasihati menjauhi perkara2 yg disebutkan. Bagaimana? Jauhilah ESQ krn penganjurnya didapati berfahaman sekian sekian walau apa kesan baik yg didakwa. Harus diingat, 2 tahun memang masih baru untuk menyerlahkan segala-galanya……penyelidik yg menemui keraguan pada ESQ bukan hanya Us Aizam shj. Bukankah mereka ada dalil dan hujah? Belum tentu akidah anda rosak dengan menyertai ESQ, tetapi belum tentu juga akidah org lain tidak rosak daripada ESQ, belum tentu hari ini rosak terus, tetapi belum tentu juga esok akan terus baik…..

  11. Iranis

    14/08/2010 at 1:50 am

    “Keputusan Rasmi JK Fatwa Kebangsaan dimana Kertas Kajian tentang ESQ telahpun dibentangkan sebanyak 7 kali dan dimuktamadkan pada 16 hb Jun 2010 bahawa ESQ boleh diteruskan cukup dengan pemantauan oleh Panel Syariah dan Akidah ESQ. Keputusan JK Fatwa Kebangsaan dibuat di dalam mesyuarat JK Fatwa Kebangsaan di mana Jakim adalah Sekretariatnya dan ustaz bekerja di bawah Jakim.

    Ahli-ahli di dalam JK Fatwa kebangsaan yang terdiri daripada Pengerusinya yang juga merupakan Pengarah International Fatwa (INFAD), 5 ahli yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja, seorang tokoh perundangan beragama Islam serta 14 orang mufti mempunyai wibawa tersendiri dari segi keilmuannya. Apakah mereka salah menilai dan tersilap membuat keputusan?”

    Sebenarnya tulisan-tulisan sebeginilah yang mengelirukan dan maaf saya katakan sedikit cenderung untuk melaga-lagakan antara JK Fatwa Kebangsaan dgn Mufti WP. Sehingga saya sendiri pun hampir terpengaruh jika tidak meneliti dengan mendalam. Isu sekarang adalah antara ESQ yg tidak berpuas hati dgn fatwa WP, bukan antara JK Fatwa Keb dan Mufti WP.

    Pengerusi JK Fatwa Keb tlh mengumumkan beliau menghormati fatwa WP dan keputusan tetap tidak menafikan keraguan yang wujud, bermakna semua sehaluan dari segi mengatakan wujudnya keraguan2. Melainkan beberapa org Mufti yg secara peribadi mengatakan tiada penyelewengan. Muzakarah JK Fatwa Keb bukan mesy fatwa, ia hanya keputusan yg tidak mengikat. Fatwa di peringkat negeri akan diputuskan di negeri masing-masing. Oleh itu tidak timbul soal 13 negeri yang lain salah menilai atau tidak kerana selain WP, belum ada negeri lain yg membuat keputusan. Yang pasti, semua bersetuju dengan keraguan2 yg berbangkit. Tidak ada isu yang patut digembar-gemburkan antara JK Fatwa Keb dan Mufti WP. ESQ yg patut mengambil serius memperbetulkan keraguan itu bersama panel syariahnya sebagaimana keputusan JK Fatwa Keb(sekiranya boleh diperbetul?) sementara negeri-negeri membuat keputusan.

    • Iranis

      21/08/2010 at 12:38 am

      Dalam satu sesi bual bicara antara radio Ikim.fm dan Ketua Pengatah JAKIM pada 5 Ogos 2010 yang lalu, Datuk Wan Mohamad Syeikh Abdul Aziz menyatakan bahawa JAKIM sependapat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Mufti Wilayah Persekutuan bahawa terdapat keraguan yang munasabah dalam kandungan dan pengisian seminar dan kursus anjuran syarikat ESQ Leadership Center Sdn Bhd.

      Bagi mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, terdapat unsur-unsur dan ciri-ciri yang menyeleweng dalam kandungan dan pengisian seminar dan kursus ESQ itu yang boleh merosakkan aqidah umat Islam Malaysia.
      Oleh sebab itu, beliau mengambil keputusan untuk mengharamkan operasi ESQ di Wilayah Persekutuan.

      Jika begitu, sebenarnya Muzakarah Kebangsaan tidak bertentangan dengan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan. Terpulang kepada autoriti negeri masing-masing hendak membuat keputusan seterusnya. Isu ESQ belum menjadi isu nasional yang mengikat setiap negeri dengan keputusan yang sama selagi tiada permintaan dari Majlis Raja-raja Melayu untuk dibincangkannya dalam Mesyuarat Fatwa. Perkara inilah yang menjadi kekeliruan pihak ESQ yang menganggap Muzakarah adalah Mesyuarat Fatwa dan isu ESQ adalah isu nasional sehingga menggunakan kenyataan Pengerusi JK Fatwa Kebangsaan :

      “Walau bagaimanapun, sepertimana yang diperuntukkan di bawah Enekmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri, sekiranya isu yang berlaku menyentuh kepentingan nasional, maka pandangan Muzakarah perlu dirujuk terlebih dahulu sebelum sebarang fatwa dikeluarkan oleh negeri”.

      Pihak ESQ ingin menunjukkan bhw WP tidak merujuk Muzakarah sebelum membuat keputusan dan membelakangkan JAKIM sbg badan penyelaras. Sedangkan mereka tersilap menafsir bagaimana sesuatu isu itu dianggap isu nasional. Oleh itu kenyataan Pengerusi JK Fatwa Kebangsaan dimain-mainkan utk menunjukkan seolah Muzakarah memihak mereka.

  12. Iranis

    14/08/2010 at 2:39 am

    “ESQ telah melantik 5 orang Panel Shariah dan Akidah yang terdiri daripada mantan Ketua Pengarah Jakim, 3 orang mantan Mufti dan seorang Dekan, Fakulti Pengajian Al Quran dan As-Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia. Mereka semua telah hadir ke ESQ Training sebagai peserta training dan telah selesai menyemak buku ESQ. Mereka juga tidak mendapati sebarang salah akidah atau kesalahan pokok kecuali dari segi istilah, pemahaman diperjelaskan agar tidak menimbulkan kekeliruan. Perlu juga dimaklumkan mereka bukan hadir satu training, malah berpuluh kali dan dari peringkat asas training sehingga ke peringkat Self Controlling & Strategic Collaboration”.

    Persoalannya, bagaimana mereka me’radd’ (tolak) hujah-hujah ilmiah yang dikemukakan oleh kajian-kajian yang membuktikan penyelewengan esq? Termasuk tentang penggunaan suara hati sebagai sumber kebenaran dan pemahaman mengenai asmaul husna dlm hati manusia? Tidak cukup dengan membuat pengumuman tiada kesalahan dan hanya menukar istilah sedangkan permasalahan berbangkit tidak diselesaikan. Buku esq mengandungi ideologi spiritualisme, apa penjelasan mereka?

  13. Fuzi

    20/08/2010 at 11:34 am

    Saya melihat isu ini sudah melalut kerana ada pihak yang mengatakan ‘ia terbuka” tetapi pada masa yang sama tetap menegaskan orang lain salah menilai.
    Ada pihak yang hanya megikuti training tetapi tidak pernah pun membaca buku yang dibekalkan oleh ESQ kepada mereka sehingga mereka membantah pengharaman Mufti berdasarkan training semata-mata.
    Ada pula pihak yang mahu memberikan penilaian tetapi tidak mempunyai kepakaran selain menggunakan emosi.
    Ada pula pihak yang menggunakan emosi tanpa mahu membuat penilaian.
    “Apakah agama bergantung pada tafsiran atau fahaman masing-masing?”

  14. Ziyad

    04/09/2010 at 8:58 am

    Salam..

    Dlm satu kuliah us aizam tmpohari,beliau ada bgtau takkan respon kpd srt terbuka marhaini tu sbb apa yg ditulis oleh us aizam adalah pandangan peribadi beliau secara akademik.kalau esq nak jawab perlu secara akademik jgk.perlu jwb dgn hujjah katanya.manakala apa yg dibangkitkan oleh marhaini jgk adalah soal prosedur penyelidikan.satu pendustaan kalau marhaini kata esq tak diberi ruang krn jakim dah pggil semua pihak termasuk ari ginanjar utk bg penjelasan tntg esq.itulah penjelasan us aizam.kata beliau,usaha utk mengganggap isu esq sebagai peribadi antara beliau & esq adalah brniat jahat dr pihak esq. sekian dimaklumkan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: