RSS

Menangkis Aliran Sesat : Belajarlah Dari Sejarah

10 Aug

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai ALLAH S.W.T sebagaimana firman-NYA di dalam al-Quran yang bermaksud :

“…Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…”

(al-Maidah : 3)

Sejarah perkembangan Islam telah mencatatkan pelbagai peristiwa pahit manis perjuangan para sahabat, tabi’en, tabi’ut tabi’en dan para ulama yang mengikuti mereka dalam mempertahankan kesucian akidah Islam sebagaimana yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Jalan ahli sunnah wal jamaah merupakan suatu aliran yang bersih dan telus tanpa dipengaruhi sedikitpun kecelaruan pemikiran ideologi asing.

Kesucian akidah umat Islam suatu masa lalu pernah ditusuk duri-duri rasionalisme/ liberalisme muktazilah sehingga akhirnya segala kefahaman agama hanya ditunjangi logik akal tanpa batasan. Pemikiran Muktazilah mula bertapak pada kurun ke-8 Masehi (abad ke-2 hijrah) di Basrah, Iraq, apabila Wasil ibn Ata meninggalkan kelas pembelajaran Hasan al-Basri selepas berselisih faham mengenai isu Al-Manzilah bayna al-Manzilatayn . Beliau dan pengikutnya termasuk Amr ibn Ubayd kemudiannya dilabelkan sebagai Muktazili/Mu’tazili. Golongan ini juga menggelar diri mereka sebagai Ahl al-Tawhid wa al-‘Adl (golongan tauhid dan keadilan Tuhan) berdasarkan ideologi yang mereka perjuangkan di antaranya mahukan sistem Islam yang berdasarkan akal. Mereka juga dilabel sebagai golongan free will dan free act, kerana mereka berpegang kepada prinsip kebebasan melakukan sesuatu.

Teras pemikiran muktazilah sebenarnya banyak dipengaruhi oleh pemikiran asing. Mereka telah mencampuradukkan ajaran Islam dengan ideologi Greek/ Yunani, Parsi dan Helenistik. Aliran yang sarat dengan sifat rasional dan falsafah ini adalah amat tidak selari dengan sunnah Rasulullah s.a.w dan para sahabat.

Falsafah dan ideologi asing yang cuba diselarikan dengan Islam telah menyebabkan berlakunya pencemaran dan penyelewengan ke atas ajaran akidah Islam. Golongan ini telah melakukan penafsiran ayat-ayat al-Quran dengan tujuan memenuhi tuntutan akal tanpa berpandukan disiplin ilmu wahyu.

Aliran Muktazilah yang rasional ini telah berkembang di kalangan golongan intelek semasa pemerintahan Khalifah al-Ma’mun dari dinasti Abassiyah (198-218 H/813-833 M). Kedudukan Muktazilah semakin kukuh setelah Khalifah al Ma’mun menjadikannya sebagai mazhab rasmi negara. Dikatakan Khalifah al Ma’mun sejak kecil sudah dididik dalam tradisi Yunani yang gemar dengan falsafah dan ilmu pengetahuan.

Biarpun kaedah penghujahan rasional Muktazilah (di zaman awal) telah menyebabkan pendeta-pendeta dan penganut agama lain (seperti yahudi dan nasrani) memeluk Islam, namun hal tersebut tidak boleh membuktikan ajaran Muktazilah adalah benar. Malah disebabkan kejayaan itu, aliran muktazilah semakin tenggelam dengan arus pemikiran yunani dan Parsi.

Antara ciri-ciri aliran muktazilah ialah :

  1. mengajarkan hamba pencipta amalannya sendiri secara bebas merdeka, dan ia diberikan ganjaran mengikut amalannya. (berbeza daripada Ahli-Sunnah yang mengajarkan manusia mengusahakan perbuatannya, atas usahanya itu ia diberi balasan, dan manusia tertakluk kepada Qada dan Qadar)
  2. mengajarkan sikap tidak mementingkan hadith(aliran anti hadith adalah percikan pengaruh Muktazilah)
  3. mengajarkan sikap terlalu “rasional” dalam pendekatan agama (Ahli-Sunnah pun bersikap rasional dalam batasan-batasannya) tetapi bukan “terlampau sebagaimana golongan Muktazilah.
  4. Fahaman Muktazilah sering berselindung di sebalik nama keadilan dan menjadikan sifat ALLAH al-adl ( Yang Maha Adil ) sebagai teknik mempengaruhi masyarakat untuk menerima ideologi mereka.

Aliran sesat arus ‘rasionalisme’ ini berakhir apabila Imam Abu Hasan Al-Asha’ri (wafat 324 selepas hijrah/935M) berjaya mematahkan hujah-hujah muktazilah dan mendaulatkan kebenaran yang di bawa oleh ahli sunnah wal jamaah. Beliau juga telah mengetengahkan salah satu disiplin ilmu tauhid iaitu Sifat 20.

Nyatalah di sini bahawa, ideologi-ideologi asing yang diserap masuk dan cuba diselarikan dengan ajaran Islam akan membawa kepada kesesatan dan akhirnya merosakkan akidah Islam serta menjauhkan masyarakat dari kebenaran. Rational thinking, kebebasan bersuara dan pelbagai pemikiran asing termasuk titipan ideologi barat, kristian, yahudi, hindunisme, toisme dan sebagainya yang cuba disulam dengan ayat-ayat al-Quran oleh sesetengah pihak pada masakini adalah di antara trend berisi racun berbisa yang membawa kepada ancaman akidah secara halus dan tersusun.

Justeru itu, masyarakat muslim harus lebih berhati-hati, selain menjauhkan diri dari terjebak ke dalam kancah aliran sesat tersebut. Berpegang teguh pada ajaran Islam dan ahli sunnah wal jamaah yang bersih tanpa dipengaruhi titisan kecelaruan pemikiran asing. Belajarlah dan ambil iktibar dari sejarah.

Wallahu’alam.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: