RSS

Permohonan ESQ ditolak!

10 Aug

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan ESQ Leadership Center Sdn. Bhd. (ESQ) supaya diberikan kebenaran untuk membuat semakan kehakiman bagi membatalkan fatwa Mufti Wilayah Persekutuan berhubung ajaran dan fahaman yang dibawa syarikat itu kerana Mahkamah Sivil tidak terlatih dalam hal-hal syariah.

Hakim Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas, Datuk Mohd. Zawawi Salleh dalam keputusannya menolak permohonan itu tanpa memerintahkan sebarang kos atas dasar ia membabitkan isu undang-undang yang berkepentingan dan ia pertama kali dipertikaikan.

Pada 26 Julai lalu, syarikat itu mengemukakan permohonan dengan menamakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Mufti Wilayah Persekutuan selaku responden.

Pemohon itu mendakwa mufti Datuk Wan Zahidi Wan Teh pada 17 Jun lalu, telah mengeluarkan fatwa bahawa ajaran, pegangan serta fahaman yang dibawa ESQ anjuran warga Indonesia Dr. Ary Ginanjar Agustian, dan apa-apa ajaran seumpama dengannya, adalah menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi perkara yang boleh merosakkan akidah dan syariat Islam, selain meminta orang ramai menjauhinya. – Utusan

sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_29.htm

 
11 Comments

Posted by on 10/08/2010 in ESQ 165 sesat?

 

11 responses to “Permohonan ESQ ditolak!

  1. Iranis

    10/08/2010 at 7:00 pm

    Terima kasih berkongsi maklumat ini. Cepatnya, ingatkan dapat tahu perkembangan bila baca paper esok. Rupanya SJ dah update.

     
  2. Fuzi

    11/08/2010 at 10:44 am

    Adalah lebih baik jika pihak ESQ membuat pengakuan terbuka bahawa “memang wujud hal-hal yang menggelirukan danlan Trainingnya” daripada terus mengambil sikap seperti “pihak yang teraniaya” sedangkan para Mufti yang 13 itupun kata memang secara dasarnya wujud hal-hal yang boleh menggelirukan dan memerlukan pembaikian. Saya cadangakn supaya Panel Syariah ESQ yang dilantik sendiri oleh ESQ LC supaya berusaha keras, membincang dan menggubah suai isi kandungan Training daripada terus “dikuda kepangkan” oleh ESQ LC seolah-olah Panel tidak mempunyai apa-apa kredebiliti selain daripada ‘mengiyakan’ dan ‘menggeluarkan kenyataan menyokong’ sepenuhnya Training.

     
    • suarajagat

      11/08/2010 at 12:50 pm

      bagi SJ pula, pendekatan yang lebih tegas ialah menamatkan terus kewujudannya di Malaysia

      artikel terbaru di sini :
      http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0811&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_04.htm

       
    • shahirah

      13/08/2010 at 10:11 am

      saudara fuzi,

      saya cadangkan agar saudara berhati-hati dengan kata-kata anda apabila anda sendiri tidak mengetahui hujung pangkal perjalanan training ESQ.
      Sesungguhnya sangat berdosa apabila menuduh sembrono.

      sila baca luahan hati puan marhaini di blognya (www.marhainiyusoff.blogspot.com)

       
  3. nur iman

    16/08/2010 at 3:57 am

    assalamu’alaikum wbt,

    sdri syahirah jangan suka ugut orang. Ini adalah hak bersuara didalam perlembagaan.

    fatwa sudah dikeluarkan oilh Mufti WP setelah berbincang dengan Ahli Lembaga Majlis Fatwa WP.

    sokongan yang diberikan olih para Mufti lain (sekiranya benar sokongan official, bukan sokongan peribadi yang dianggap sebagai official olih esq) belum tentu dibuat setelah mesyuarat Jawatankuasa Majlis Fatwa negeri masing-masing.

    wallaahu a’laam.

     
  4. Fuzi

    20/08/2010 at 11:20 am

    Saudari Syahirah,

    Terima kasih atas komen saudari. Saya mohon maaf sekiranya pandangan saya itu kelihatannya seperti menuduh melulu. Bukan maksud saya sedemikian. Pada pandangan saya, kekeliruan yang timbul pada hari ini ialah keputusan Majlis Muzakarah ‘yang sangat dialu-alukan oleh ESQ LC’ dan ‘dicanang-canangkan hingga kini’ memang secara jelas menyatakan ‘wujudnya perkara-perkara yang boleh menggelirukan’ TETAPI pihak ESQ tidak langsung menimbulkan ‘bahagian’ ini sehingga memberikan gambaran bahawa fatwa itu ‘menerima semuanya’.
    Mengenai ‘tak tahu hujung pangkal training’ saya no komen kerana saudari pun tak tahu sama ada ‘saya pergi ataupun tidak.’.
    Kalau saudari mengatakan saya “Menuduh melulu”, saudari boleh fikirkan sendiri berdasarkan perkataan saya “saya telahpun membaca buku yang diberikan kepada alumni ESQ dan buku-buku yang ditulis oleh pengasasnya termasuk terjemahan Englishnya. Mungkin suatu hari nanti kita boleh berbincang menerusi emel “fuziname@yahoo.com”.

     
  5. Fuzi

    20/08/2010 at 11:46 am

    Saudari Syahirah,

    Mungkin baik juga jika saudari membaca komentar yang dibuat oleh Prof. Dr. Ismail Ibrahim, bekas Pengerusai JK fatwa Kebangsaan.

    ‘ambil jalan tengah ye, jangan hanya minta orang lain ambil jalan tengah, tapi ESQ tidak” Ngak bisa gitu, mbak.

     
  6. Akela

    20/08/2010 at 5:35 pm

    Salam bro SJ,

    Sy org br nk blajar n compius ngan isu² skung. sy da bc dua² pihak n smakin compius.. xtau maner btul n maner salah. bleh SJ bg info or link naper dharam’n mender nie.

    “Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita”

    Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” – Sahih Muslim

    Bc tulisan pribadi kat blog² laen cam xleh pkai jer. Tlong bro..

     
    • suarajagat

      21/08/2010 at 7:08 am

      wa’alaikum salam wmt wbt…

      saudara akela,
      Petikan hadis riwayat Muslim yang anda nyatakan itu tepat untuk menggambarkan kecelaruan yang sedang berlaku. Hari ini, masyarakat Islam terlalu mudah mengambil pelbagai wacana pemikiran barat lalu di gembar-gemburkan atas nama Islam. Lebih dasyat lagi bilamana ayat2 al-Quran diselitkan untuk menyokong hujah2 mereka.

      Kembali kepada isu ESQ, hal tersebut boleh saudara dapatkan dari website rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ( http://www.muftiwp.gov.my/v1/ )

      saya juga mengesyorkan anda melihat sendiri fatwa tersebut di http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/fatwa_esq.pdf

      semoga ALLAH memberi hidayah kepada saudara..wallahu’alam.

       
  7. Fuzi

    25/08/2010 at 9:29 am

    Saya nak berkongsi satu maklumat berupa petikan yang diambil dari sebuah buku:

    “Bila dicermati, kisah-kisah sukses pebisnis kelas dunia memperlihatkan suatu kesamaan: terasahnya kecerdasan spiritual menjadi sumber kekuatan luar biasa penggerak bisnis mereka. Perlu Ditekankan di sini bahawa spiritualitas, sebagaimana diperkenalkan dalam pelatihan Emotional Spiritual Quotient (ESQ) 165, tidak mesti berkaitan langsung dengan agama. Kecerdasan spiritual itu dipandang sebagai potensi yang secara universal dimiliki oleh setiap manusia” (Ary Ginanjar Agustian. Spiritual Company. Halaman 13).

    “Dari kisah-kisah yang saya ungkapkan, ada satu kesamaan lain, yakni bahwa pebisnis sukses sadar tentang peri pentingnya mengasah potensi itu. yang membedakan adalah cara bagaimana mengasah potensi itu agar betul-betul teraktualisasikan.
    Para pemimpin bisnis sukses dari India, seperti Narayana Murthy (Infoys Technologies), G.Narayana (Excel Industries) atau Sunil Mittal (Grup Bharti) biasa mengasah kecerdasan spiritual mereka melalui pelafalan mantra, meditasi, dan yoga.
    Dee Ward Hock, pengasas, pendiri dan manyan CEO Visa International merasa berhasil mengerangkeng empat binatang buas” dalam dirinya, yakni ego, iri hati, ketamakan dan ambisi, setelah “bertapa” hampir satu dekade….
    Danah Zohar, ahli fisika dari Massachusettes Institute of Technology yang mencetuskan Spiritual capital bersama suaminya, Ian Marshall, mengaku potensi kecerdasan spiritualnya bisa terstimulasi dan menjadi segar bila ia mendengarkan musik.
    Nah, dalam agama Islam yang saya yakini, potensi spiritualitas itu bersumber dari ruh yang ditiupkan Allah pada manusia. Artinya, setiap manusia sesungguhnya dibekali dengan potensi untuk meniru sifat-sifat mulia (Asmaul Husna) dan ritual-ritual ibadah itu adalah sarana untuk menstimulasi dan mengasah potensi itu. (Ary Ginanjar Agustian. Spiritual Company. Halaman 26-27)
    Ada sesiapa nak berikan komen!

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: