RSS

Buang Bayi : Islam Ada Penyelesaian

19 Aug

Salam Ramadhan al-Mubarak buat semua pembaca..

Dalam perjalanan pulang ke rumah pada Selasa (17 Ogos 2010) yang lalu, saya mendengar siaran radio Sinar.fm yang membincangkan isu gejala pembuangan bayi yang sedang bernanah dalam masyarakat hari ini. Pelbagai komen dan cadangan diterima oleh pihak radio terbabit. Banyak pandangan yang positif, namun terdapat satu pandangan yang saya amat jelek mendengarnya.

Seorang pendengar Sinar.fm (saya yakin beliau seorang lelaki berbangsa Melayu dan beragama Islam) mencadangkan agar pesalah wanita yang melakukan pembuangan bayi dikenakan hukuman pembuangan rahimnya agar tidak boleh mengandung sampai bila-bila, manakala bagi pesalah lelaki pula dipotong bahagian ‘sulit’ nya.

Saya menggeleng kepala mendengar pandangan terbabit. ‘Suara hati’ beliau membenci maksiat dan perlakuan tersebut, tetapi ‘suara hati’ yang membisikkan nafsu amarah menyebabkan beliau tidak berfikir secara rasional. Malah ideanya itu adalah satu hukuman jahiliyyah. Justeru, ‘suara hati’ bukanlah sumber kebenaran. SJ tegaskan bahawa ALLAH s.w.t dan Rasul-NYA adalah sumber kebenaran bagi umat Islam iaitu melalui al-Quran dan Sunnah.

Berbalik kepada isu buang bayi, perbuatan jenayah ini   bukanlah satu perkara baru. Ia telah berlaku sejak zaman jahiliyyah lagi dan merupakan satu tegahan/larangan di dalam Islam. Kita pastinya pernah membaca kisah Khalifah Umar al-Khattab yang menyesali perbuatannya menanam anak perempuan hidup-hidup semasa zaman jahiliyyah. Islam telah mengubah dirinya menjadi insan yang bertanggungjawab dan tegas memelihara kemurnian agama.

Secara peribadi, saya bersetuju dengan cadangan hukuman gantung mandatori mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dikenakan ke atas pesalah. Penulis juga berpandangan agar hukuman tersebut dikenakan ke atas kedua-dua pesalah lelaki dan wanita. Dalam pelaksanaan hukum jinayat, Islam menegaskan bahawa jenayah yang melibatkan kematian wajib dikenakan hukuman mati ke atas pesalah, kecuali jika mendapat pengampunan keluarga si mati. Oleh yang demikian, secara tidak langsung tindakan hukuman melalui Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan adalah selari dengan hukum Islam.

Ada sesetengah pihak yang berkata “kes buang bayi pun JAKIM tak boleh buat apa-apa”.

Statement di atas satu lagi hujah dangkal. Kita perlu tahu bahawa kita tidak dapat mempastikan apakah agama anutan mereka yang membuang bayi tersebut. Belum tentu semua mereka beragama Islam. Mungkin sahaja pesalah ada yang beragama Islam dan ada juga beragama hindu, buddha mahupun kristian. Malah mungkin ada antara pelaku jenayah ini yang bukannya warganegara Malaysia.

Islam sebenarnya telah mengajar umatnya untuk menghindari penyakit sosial sebegini sejak awal lagi. Firman ALLAH s.w.t di dalam surah al-Israa’ ayat 32 yang bermaksud :

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). “

Dalam surah an-Nur ayat 30-31, maksudnya :

“Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya…”

Demikianlah firman ALLAH yang amat jelas menyuruh manusia untuk menjauhi perbuatan zina dan perkara yang boleh menjerumuskan diri ke lembah maksiat. Ayat ini mestilah dijadikan panduan oleh setiap muslim dalam meniti kehidupan seharian tidak kira sama ada anda masih bujang ataupun telah berkahwin, kerana perbuatan maksiat tidak hanya dilakukan oleh golongan yang masih bujang sahaja.

Akhirul kalam, pesanan ringkas dari SJ…jagalah zuriat keturunan dengan baik. Janganlah menghukum anak-anak yang kecil dan tidak berdosa ini disebabkan kesalahan dan ketelanjuran kita. Ingatlah bahawa “Anak-anak adalah ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya”.

Wallau’alam.

 

3 responses to “Buang Bayi : Islam Ada Penyelesaian

  1. nak tau

    29/08/2010 at 1:15 am

    Dari pemerhatian saya,gejala ini berlaku kerana kelemahan umat Islam memahami agamanya sendiri.Di tambah pula dengan anasir2 dari luar seperti program2 hiburan yang berlambak kat media yang memPromosikan gaya hidup barat.Konsep ibadah iaitu AMAL MARUF + NAHI MUNGKAR tiada keseimbangan,para ilmuan…kebanyakannya lebih tertumpu kepada satu sisi..AMAL MAARUF sedangkan satu sisi lagi..NAHI MUNGKAR hanya di sandarkan kepada pihak berkuasa.

     
  2. brutalsolo

    06/09/2010 at 4:48 pm

    banyakkan lagi n3 macam ini

     
    • suarajagat

      06/09/2010 at 4:58 pm

      insya’ALLAH..
      setiap ujung minggu, Kategori Tazkirah SJ akan memperkatakan pelbagai isu dan memberi tumpuan kepada kefahaman Islam.

      pesanan anda ini akan di ambil perhatian.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: