RSS

Perlukah Fatwa Pengharaman Mercun?

23 Aug

( Permintaan SJ : Saya mengharapkan komen dan pandangan anda tentang isu ini )

Tragedi kanak-kanak berusia 6 tahun meninggal dunia akibat letupan stor mercun amat menyedihkan. Letupan tersebut menyebabkan mayatnya tercampak kira-kira 15 meter dan tersangkut di atas pokok.

Di kawasan kediaman saya, bunyi dentuman mercun tidak kurang hebatnya. Apatah lagi bila sebilangan golongan remaja dan kanak-kanak bermain mercun ketika komuniti penduduk sedang melaksanakan solat isya’ dan terawih secara berjemaah di surau dan masjid. Ia memang membingitkan dan mengganggu ketenangan. Jika di kampung-kampung, adakalanya mercun roket akan jatuh di atas bumbung rumah. Mungkin anda juga pernah mendengar berita kebakaran berlaku akibat bermain mercun.


Penulis teringat satu kejadian yang pernah berlaku sewaktu menuntut di sebuah universiti suatu masa dulu. Beberapa orang siswa sering bermain mercun dan mengacukannya ke arah kolej kediaman siswi. Tanpa diduga, salah satu mercun roket yang mereka arahkan ke kolej terbabit telah masuk ke bilik melalui tingkap dan meletup. Letupan tersebut mengakibatkan kecederaan seorang pelajar siswi. Mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan hampir-hampir menyebabkan matanya menjadi buta.

Kisah-kisah tragis akibat bermain mercun sebenarnya bukanlah satu perkara baru. Bahayanya sudah amat diketahui oleh masyarakat umum. Saban tahun, kita mendengar berita mangsa putus jari dan sebagainya akibat bermain mercun. Namun apa pula tindakan kita?

Pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) , Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sentiasa berusaha untuk membanteras penyeludupan mercun sepanjang tahun. Mercun sebenarnya adalah di antara barang larangan yang disenaraikan  high risk’ oleh agensi penguatkuasaan. Lazimnya apabila mercun dirampas, ia diklasifikasikan sebagai bahan berbahaya yang menyalahi Akta Bahan Letupan 1967 dan tidak boleh beredar di pasaran sama ada dijual secara terbuka atau jualan secara haram.

SJ tidak menyalahkan pihak berkuasa yang sentiasa berusaha menjaga keamanan dan keselamatan rakyat. Namun kerana adanya segelintir anggota masyarakat yang terlibat dalam sindiket penyeludupan dan penjualan mercun, maka berlaku pelbagai kerosakan dan tragedi tak diingini. Demikian juga apabila ada dikalangan ibu bapa yang mengajar anak-anak bermain mercun. Inilah ‘mentality’ yang amat tidak sesuai dengan sifat dan peranan keibubapaan.

Pada waktu ini, belum ada sebarang fatwa mengharamkan mercun. Namun jika dilihat dari perspektif maqasid syariah, adalah wajib bagi umat Islam untuk menjaga 5 perkara iaitu menjaga nyawa, maruah, keturunan,  harta dan menjaga agama.

Firman ALLAH di dalam al-Quran, bermaksud :

Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Al-Baqarah ayat 195)

Memandangkan mercun adalah satu produk yang membahayakan, mengakibatkan kematian, kecacatan kekal, kehilangan harta dan mengganggu ketenteraman awam, SJ berpendapat adalah wajar bagi para mufti di negara ini untuk mengeluarkan fatwa mengharamkan permainan dan penjualan mercun oleh umat Islam di Malaysia. Hal ini adalah selari dengan larangan dan pengharaman mercun oleh pihak kerajaan serta memenuhi tuntutan syarak.

Apa pula pendapat anda? Setuju atau tidak?

Akhir bicara, usahlah dicemari kemuliaan Ramadan dengan perbuatan mahupun tragedi ngeri yang merosakkan diri, keluarga dan masyarakat.

 

7 responses to “Perlukah Fatwa Pengharaman Mercun?

  1. salman

    24/08/2010 at 6:39 am

    assalamualaikum,

    saya tidak menyatakan isu mercun ini tidak penting..isu ini amat penting..tapi TAK SAMPAI wajib keluar fatwa pada saya…KENAPA?

    pokok pangkalnya pengawasan & kesedaran MASYARAKAT itu sendiri..kefahaman & disiplin anak bangsa & ummah kita sendiri yg wajib dikemaskan.

    isu AKIDAH jauh lebih berat & lebih penting untuk dikeluarkan fatwa & diperjuangkan sehabis daya..contohnya apa yg sedang & terus diperjuangkan oleh SS Mufti Wilayah berkenaan ajaran ESQ165..

    tak perlu saya panjang lebar, nilaikan dgn jelas & ikutlah keutamaan..mana lebih UTAMA?

     
    • suarajagat

      24/08/2010 at 10:10 am

      terima kasih salman..saya hargai pandangan anda.

       
  2. HJ HJ DIN

    24/08/2010 at 3:26 pm

    ulamak perlu bersepakat mengeluarkan fatwa ‘mercun diharamkan’ bersesuaian dengan pihak penguasa melarang bermain mercun. Jadi dengan adanya fatwa maka ia akan menjadi ikutan yang kena ikut . Fatwa ulama dikeluarkan dan undang-undang dipeketatkan. Barulah dapat mengurangkan bermain mercun.

     
    • suarajagat

      24/08/2010 at 4:02 pm

      terima kasih HJ HJ DIN

       
  3. Anuat

    30/08/2010 at 5:28 pm

    Asslm dan Salam Ramadhan

    Susah mau cakap, tapi sebenarnya negara kita ada kartun sikit, pendidikan tidak sampai ke sanubari, maka ramai tak faham bahaya dan sukaria. Penguatkuasaan macam ya ke tidak dan hukuman punitif tidak pernah memberi serik kepada yg umum, mungkin kpd yg dah kena hukum baru nak menyesal, tetapi berapa pula yg berulang… maaf saya tak ambil kirapun utk kukuhkan kenyataan dgn statistik.

    Kenapa haram pada main dan jualan, kenapa kesalahan tetap berulangan …. kerana siapaun mereka yg tidak bertanggungjawab tidak pernah takut dgn hukum dan kanun negara dan ini membuktikan:

    Pertama. Dia dalah petualang

    Ke2. Hukuman tu tak ada makna, sampai budak kecikpun tak takut … cuba ambik kisah hantu … kenal tidak tp takut sungguh.

    Ke3. Masyarakat kita, khususnya Melayu dan Islam, tak tau nak bezakan agama dan budaya … dan inilah kejayaan falsafah kependidikan negara … terima kasih kepada politikus dan pendidik2 semua

    Saya tidak marah dan tidak rasa geram sedikitpun tetapi kita harus lihat pada hasil hari ini dan puncanya adalah kerana kesilapan silam.

     
    • suarajagat

      30/08/2010 at 8:05 pm

      terima kasih anuat. komen yang menarik

       
  4. hamba allah

    13/09/2010 at 10:58 pm

    Kurang bersetuju dengan saudara salman.
    Kalau menggangu pelaksanaan rukun islam (sembahyang) tidak penting; apa lagi yang lebih penting untuk difatwakan.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: