RSS

Hasil Program ‘Wajarkah ESQ Diharamkan’

29 Aug

Pertamanya, SJ mohon maaf kerana agak lewat menyiarkan artikel ini.. saya terlalu keletihan sehingga tidak dapat membuat posting seawal mungkin.

Forum yang berlangsung pada hari semalam berlangsung dalam suasana ilmiah, walaupun berbaur sedikit emosi dari segelintir peserta yang hadir. Saya duduk di barisan kerusi yang disediakan di bahagian depan.  Forum yang bermula pada jam 9 pagi itu dihadiri oleh 2 orang ahli panel ;

1. Ustaz Adli Mohd Saad

2. Kiyai Hj. Amin Jamaludin

Bagaimanapun, pihak penganjur memaklumkan bahawa seorang lagi panel yang mewakili ESQ Leadership Center tidak akan hadir berdasarkan maklumbalas yang diterima dari pihak ESQ sendiri. Seorang pembaca blog telah memberitakan hal ini kepada SJ memaklumkan tentang ketidak hadiran tersebut :

shahirah says:

28/08/2010 at 9:50 am

Salam,

Saya bagi pihak ESQ memaklumkan bahawa pihak ESQ telah menerima arahan untuk tidak menghadiri forum terbuka ini. InsyaAllah satu forum tertutup akan diadakan dalam masa terdekat.
Sila layari blog pengurus besar ESQ, Puan Marhaini Yusoff di http://www.marhainiyusoff.blogspot untuk keterangan lanjut.

Sekian, Terima kasih

Pihak penganjur turut menunjukkan surat-surat rasmi yang berkaitan.

Forum dimulakan dengan sesi pertama iaitu  ceramah daripada Ustaz Adli Mohd Saad yang menerangkan tentang persoalan suara hati berdasarkan tafsiran ayat-ayat al-Quran. Beberapa penjelasan dari kitab tafsir seperti Tafsir Ibnu Katsir ditunjukkan kepada para peserta.  Ustaz Adli turut mengingatkan bahawa kaedah penafsiran ayat-ayat al-Quran mestilah dibuat berdasarkan disiplin ilmu bukan mengikut selera sendiri. Beliau mengambil masa sekitar 46 minit untuk sesi perbentangan itu.

Pada sesi kedua, Kiyai Amin Jamaludin membuat perbentangan. Beliau bermula dengan menceritakan perjuangan membasmi ajaran sesat yang dilalui semenjak tahun 1970-an sehinggalah sekarang. Pak Amin rupa-rupanya adalah salah seorang pembantu Pak Natsir, iaitu seorang ulama besar di Indonesia. Terasa bertuahya saya dapat melihat dan mendengar bicara seorang yang pernah menerima didikan dan bimbingan Pak Natsir.

Pelbagai ajaran-ajaran sesat seperti Ahmadiah, al-Qiyadah Islamiah, Maahad al-Zaytun (NII KW9), Ajaran Surga Eden dan lain-lain turut dinyatakan oleh beliau. Menyentuh tentang ESQ, Pak Amin menceritakan tentang pertemuan beliau bersama Pak Hassanudin (ESQ Indonesia) dan sesi pertemuan beliau dengan Dr. Ary Ginanjar Agustian pada bulan Julai lalu di pejabatnya.

Beliau turut menyatakan pelbagai pandangan ulama Indonesia selama 10 tahun ESQ bertapak di negara itu. Pelbagai buku-buku dan bahan bukti termasuk keratan-keratan akhbar dan majalah telah dipertontonkan kepada peserta di dewan. Malah, beliau turut menyatakan bahawa seorang ulama Indonesia (maaf, saya terlupa siapa namanya, mungkin Pak Adnan) pernah mengatakan bahawa Dr. Ary Ginanjar tidak layak untuk mengimamkan solat dan mengetuai bacaan doa.

Subhanallah… penulis amat terkejut dengan pernyataan itu. Satu statement yang amat tidak pernah diduga kerana SJ tidak pernah terfikir sehingga begitu. Menurut beliau, perbantahan para ulama dan masyarakat Indonesia telah bermula sejak awal lagi. Saya dapat melihat ketegasan Pak Amin dalam setiap butir ucapan beliau. Melihat sahaja dirinya, sudah dapat mengesan kedalaman ilmu yang dimiliki.

Setelah itu sesi soal jawab berlangsung. Beberapa ahli Alumni ESQ bertanyakan soalan kepada ahli panel dalam keadaan yang agak beremosi. SJ amat berpuas hati dengan jawapan balas dari kedua-dua panel yang dapat menjawab secara tenang dan berilmiah.

Ketika saudara Ahmad Yani (wartawan majalah-I) memberikan soalan, saya menoleh ke arahnya untuk memberi tumpuan kepada soalan beliau. Namun, SJ agak terkejut apabila mendapati Encik Mohd Razib Abu Bakar (Director Corporate Relation ESQ) dan Puan Sharifah Noorul Huda Sayyid Hasan (Director Alumni Services ESQ) turut HADIR bersama.

Eh?! Kata tak datang? respon SJ sendirian..

Saya suka dengan pandangan En.Ahmad Yani berhubung bukti video pertemuan pihak JAKIM dengan Dr. Ary Ginanjar. Demikian juga jawapan Ustaz Adli “Kalau nak tengok, saman la..saya pun nak tengok juga.”

SJ juga sebenarnya teringin mendapat peluang untuk menonton rakaman terbabit. Namun saya amat memahami bidang tugas, dan amanah yang ada pada pihak berkuasa untuk menjaga bahan-bahan bukti berkenaan.

Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan diskusi ilmiah ini. Rugi siapa yang tak datang. Majlis tamat sekitar jam 1 tengahari dan SJ pulang selepas selesai menunaikan solat berjemaah di Masjid Wilayah. Semoga forum yang berlangsung semalam telah menambahkan pengetahuan sekalian para hadirin.

Kesimpulan SJ : Para sahabat tidak pernah mengikuti ceramah Musailamah al-Kazzab untuk meyakini bahawa beliau sesat. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu, ikut akal ada batasan, ikut ALLAH dan Rasul itulah akidah dan pimpinan. Wallahu’alam.

 
17 Comments

Posted by on 29/08/2010 in ESQ 165 sesat?

 

17 responses to “Hasil Program ‘Wajarkah ESQ Diharamkan’

  1. Gerakan Pemuda Carrefour

    30/08/2010 at 12:20 pm

    Terima kasih SJ atas maklumat berkenaan program ini…

     
  2. iqbal

    30/08/2010 at 3:07 pm

    salam tuan sj

    ulasan yg menarik.

    camne dengan status ulama2 yg masih menyokong esq?
    sedih kerana terang2 mereka sesat, kalu ikut ulasan tuan sj la.

    ps – kita bertanggung jawab menyedarkan ulama2 yg sesat itu agar kembali ke pangkal jalan

     
    • suarajagat

      30/08/2010 at 3:43 pm

      subhanallah…saya tidak pernah mengatakan ulama2 yang menyokong ESQ sebagai sesat.
      malah ditegaskan bahawa perbezaan pandangan di antara para mufti/ulama adalah perkara biasa.
      SJ sekadar mengharapkan semoga mereka yang masih menyokong dapat melihat dengan lebih jelas
      penyelewengan yang wujud di dalam ESQ.

      Saya yakin, pihak berwajib dan kalangan ustaz/ustazah yang berilmu pengetahuan dalam persoalan akidah sentiasa berusaha memberi kesedaran dan penjelasan.
      Di peringkat SJ, saya menyampaikan semampu mungkin kepada masyarakat. Dan blog ini antara method/kaedah yang digunakan untuk memberi info serta pengetahuan demi menjana kesedaran.

      wallahu’alam.

       
    • Gerakan Pemuda Carrefour

      30/08/2010 at 4:05 pm

      Dari komen2 saudara iqbal, nampaknya saudara iqbal lebih gemar membuat konklusi yg extreme dan menampakkan seolah2 ia adalah konklusi saudara SJ, dan secara tak lansung, menjadi batu api di antara mereka2 yang pro ESQ dan mereka2 yang pro Fatwa.

      Hentikan lah tabiat buruk saudara iqbal tu. Ia hanya membuktikan yang saudara iqbal bertindak menggunakan suara hati yang lemah dan dipengaruhi oleh emosi marah.

       
  3. nur iman

    30/08/2010 at 7:21 pm

    assalamu’alaikum wbt,

    untuk saudara iqbal, saya juga menyeru supaya saudara berhenti mengapi-apikan suasana; saya tahu saudara amat rapat dengan kawan-kawan dalam esq, dengan Puan Marhaini yang juga alumni UIA bersama dengan saudara.

    tetapi sokongan biarlah atas dasar mencari kebenaran, titik kebenaran.

    saya tahu ramai orang-orang Arqam di dalam ESQ,

    1. kerana mereka memang suka kana benda-benda spiritual

    2. kerana mereka biasa dengan konsep “sami’na wa ata’na” Abuya dimana anak buah tak bolih menyoal pemimpin (anak buah ESQ juga tak pernah persoalkan Pak Ary walaupun banayak salah dia buat)!!! ini adalah Arqam yang diserap ke dalam ESQ….sebenarnya yang menggalakan Pak Razif dan Huda bawa ESQ ke Malaysia pun Ustaz Abdul Halim Abbas (orang No. 2 Arqam dulu).
    Mereka juga menganggap Abuya maksum (jadi untung Pak Ary juga dianggap maksum).

    3. Dan segala putar belit telah di ajarkan sampai peringkat PhD olih Abuya, jadi teknik sama digunakan untuk pertahankan ESQ.

    gunakanlah masa yang Allah masih berikan untuk mengkaji dan mencari kebenaran didalam isu ini; untuk mengadakan solat istikharah berulang-ulang kali semoga Allah memberi mu keputusan yang tepat.

    jangan diikut sangat emosi yang sudah dirangsang kuat dengan perlatihan di dalam ESQ sehingga ia mengalahkan qalbu….hati dan iman anda.

    wallahu a’laam.

    Nur iman.

     
  4. Iranis

    31/08/2010 at 11:11 am

    Saya hadir seawal program berlangsung sehingga selesai. Agak dukacita kerana sesetengah pihak yang tidak mengikuti dari mula tetapi mengambil kesempatan semasa sessi soal jawab untuk mempertikaikan hujah panel dan rasional penganjuran program.

    Saya memetik kata-kata K.H Amin, “Kita di sini bukan mencari kemenangan, tetapi KEBENARAN. Mohonlah taufiq dari Allah SWT agar kita ditunjukkan kebenaran”. Tanpa mengikuti isi dan hujah yang dikemukakan dari awal, tiba-tiba hanya datang untuk bersoal jawab. Ini bukan caranya untuk mencari kebenaran, menutup pintu dari mendengar pendapat orang lain tetapi menghendaki orang lain mendengari mereka semata. Sedangkan pendapat orang lain bersandarkan bukti dan hujah ilmiah, tetapi pendapat sendiri bertitik tolak dari pengalaman peribadi dan sentimen semata.

    Adakah Islam mengajar kita menghukum dengan pengalaman peribadi dan sentimen? Nilaikanlah sesuatu dengan neraca ilmu, kalau tak mampu, bukankah barisan panel di atas pentas sedang membimbing, mengenalkan mana yang haq dan mana yg bathil?

     
  5. Iranis

    31/08/2010 at 1:15 pm

    iqbal says:

    ps – kita bertanggung jawab menyedarkan ulama2 yg sesat itu agar kembali ke pangkal jalan

    Saya tidak pasti kenapa sdr Iqbal ‘menyesatkan’ ulama2 berkenaan. Telahan saya sdr ingin mengatakan jika begitu kenyataannya seperti didedahkan dalam program diskusi ini, kenapa masih ada ulama2 tertentu yang membela ESQ? Adakah mereka tidak sedar penyelewengan ESQ?

    Adakah sdr Iqbal turut hadir program ini, atau sekadar mengikuti ulasan Tn SJ yg ringkas ini? Jika benar ingin kepastian dan mencari kebenaran, sangka baik saya sdr Iqbal berusaha hadir pada majlis tersebut atau jika tidak hadir, itu adalah kerana berhalangan yg tidak dapat dielak.

    Ahmad Yani telah memanjangkan pandangan SS TS Harussani kepada audien bahawa isu ESQ hanyalah termasuk perkara dzonni sahaja, bukan qat’ie (perkara yg tlh diputuskan secara thabit/tetap di dalam al-Quran dan Sunnah). Perkara ini telah terjawab sekiranya beliau mengikuti pendedahan yg dikemukakan K.H Amin dari awal. Walau bagaimanapun sekali lagi K.H Amin dengan tenang menjawab mengenai penjelasan asmaul husna oleh Ary Ginanjar dlm salah satu bukunya.

    Nama-nama Allah dikatakan terdapat sifat-sifat yang menjadi milik Allah dan di’percikkan’ pd diri manusia. Kata kunci yg diberikan sebagai Gantian Kata kepada nama Allah untuk memudahkan peserta mengingat makna Asmaul Husna amat menghinakan cth

    Ar-Razzaaq – Pedagang Rujak
    Al-Muhaimin – Muka Amien Rais
    Al-Wahhaab – Jawa makan lahap
    Al-Baasith – sayur basi
    Ar-Raqiib – Rok berkibar
    Al-Muntaqim – Muntah depan hakim dll.

    Mempermainkan nama2 Allah adakah perkara dzonni? Apakah kita dibenarkan mempermainkan nama Allah dengan lelucon semata2 untuk mengingat asmaul husna? Dzonnikah?

     
    • Iranis

      31/08/2010 at 1:48 pm

      Pandangan saya, ulama di Malaysia yang membela esq tidak cukup maklumat seperti yang telah didedahkan oleh K.H Amin. Bagaimana ditunjukkan manipulasi Ary dan teamnya terhadap kunjungan mereka di pejabat MUI dengan mengeluarkan satu surat pada hari yg sama sebaik kunjungan itu. Kemudian Ary mengeluarkan kenyataan dalam satu wawancara (kalau tak silap dari akhbar Republika) bahawa pertemuan dgn K.H Amin hanya minta dibetulkan masalah redaksional sahaja. Ini adalah pembohongan kerana kesilapan yg ditegur bukan soal redaksional (bhs Indon, adakah maksudnya percetakan/penerbitan?) tapi penyelewengan-penyelewengan seperti mentafsirkan asmaul husna mengikut fikiran sendiri, sehingga mengada-adakan makna dan fungsinya agar sesuai dengan misi esq.

      cth Al-Muhaimin – saya ingin selalu memelihara dan merawat. Sedangkan tafsir makna Al-Muhaimin menutut para ulama tidak sedemikian. Sdr Iqbal sudah cukup arif kerana berlatar belakang pendidikan agama untuk menilai perkara ini. Adakah kita dituntut mempelajari asmaul husna untuk mentamsilkan pada diri insan supaya tercapai misi2 esq? Adakah ini yg sdr Iqbal pelajari semasa di SMU dan UIA? Mentafsirkan asmaul husna secara bebas (liberal), adakah perkara dzonni shj?

       
  6. iqbal

    31/08/2010 at 1:21 pm

    salam tuan pemuda carrefour and nur iman

    terima kasih atas pandangan.
    semoga tuan or puan mendapat keberkatan atas usaha dakwah tuan or puan.

    tuan or puan nur iman kenal saya dengan cukup baik dan mungkin kalau tuan/puan nur iman sudi beri nama penuh tuan/puan inshaallah saya mungkin kenal tuan/puan memandangkan tuan/puan pernah jadi ATS. (saya one of the coordinator for ATS dari angkatan 3 ke angkatan 30)

    tn/pn nur iman juga kena inform di ruangan ini mengenai saya yg sering menegur LC dan alumni tentang taksub, walk the talk, konsep jemaah dll.
    tak semua big shot LC selesa dengan saya dan saya pernah diban dari menjadi ATS. saya rasa tn/pn nur iman maklum tentang semua ini.

    saya cuma membezakan antara penyelewengan akidah yg digembar gemburkan dengan kelemahan pentadbiran. very clear.
    saya mengkritik secara terbuka beberapa kelemahan dalam pentadbiran LC tetapi bila isu penyelewengan akidah ditimbulkan, saya terpanggil untuk menjelaskan keadaan mengikut ilmu saya yg tentunya tak menandingi ilmu tuan pemuda carrefour dan tuan/puan nur iman.

    Ballighu anni walau ayah….
    Janganlah kamu mengharamkan apa yg telah dihalalkan…

    saya cuma cuba mempraktikan apa yg saya pelajari dan ini bukan benda baru yg saya pelajari dari ESQ. stop try to create story yg alumni esq mempelajari sesuatu ajaran yg baru dari ESQ. kami masih waras dan ada la juga sekelumit ilmu tauhid untuk membezakan apa yg haq dan apa yg bathil. ESQ hanyalah sekelumit ilmu rasa, merasai apa yg kita pelajari selama ini tentang iman, islam dan ehsan dengan pendekatan tersendiri.

    apa2 pun saudara pemuda carrefour, tn/pn nur iman dan tuan sj buleh la menghubungi saya di 017-8830200 untuk berdiskusi dengan lebih lanjut secara bersemuka bagi mengelak fitnah dan perasaan mazmumah yg lain or email to me at qebal70@yahoo.com.

    fahamilah apa yg lebih utama antara dua muddaratain..kita menyembah Rabb yang sama…patutnya fokus kita ke luar, bukan menghabiskan tenaga bermusuhan sesama kita yg sama2 mencari keredhaan Allah swt.

    janganlah kita taksub dengan ilmu dan fahaman kita (saya tujukan terutamanya kepada diri saya sendiri dan alumni esq) kerna apa yg akan ditanya di kemudian hari kelak hanyalah amalan dan taqwa.

    hadith dari abu hurairah…siapkah orang islam itu..mereka adalah orang yg berlaku baik kepada manusia yg lain, sebagaimana mereka inginkan perlakuan baik dilakukan kepada mereka oleh orang2 yg lain.

    kuliah subuh pagi tadi ada ustaz memetik ayatul qur’anul karim yg bermaksud lebih kurang:

    `berlaku adillah termasuk kepada golongan yg tidak kamu sukai, kerana adil itu adalah mendekati taqwa…’

    saya rasa saya akan berhenti disini memandangkan sudah cukup banyak perdebatan dan penjelasan dikeluarkan oleh kedua2 pihak yg pro and con pada esq. cuma pendirian saya mungkin kurang dipersetujui, selagi majoriti mufti dan ulama mengatakan esq tiada menyeleweng akidah, selagi itu saya berpegang pada kenyataan tersebut.

    dan satu lagi…pengalaman adalah guru yg terbaik..
    sama2lah kita memburu Lailatul Qadar, inshaallah..

    wallahualam bissawab

    waalaikum salam warahmatullahi ta’ala wabarakatuh dan maaf zahir batin
    mohd iqbal nasrul
    017-8830200
    qebal70@yahoo.com

     
  7. iqbal

    31/08/2010 at 1:38 pm

    salam tuan sj

    aisehman, kena langgar janji le..
    tengah dok tengok blog2 lain ternampak pulak ayatul qur’anul karim yg saya tulis tadi.
    ni terjemahan ayat yg lengkap:

    Firman Allah: (maksudnya):
    “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Maidah, ayat 8).

    wassalam

     
    • suarajagat

      31/08/2010 at 2:05 pm

      terima kasih saudara iqbal.
      kerana sekelumit ilmu tauhid itulah..maka tidak terlihat penyelewengan akidah dalam ESQ.

      selagi majoriti mufti dan ulama mengatakan esq tiada menyeleweng akidah, selagi itu saya berpegang pada kenyataan tersebut.

      ramai tidak semestinya benar. SJ tegas dengan pendirian menyokong dan mengikuti fatwa yang telah dikeluarkan..

       
  8. Iranis

    31/08/2010 at 2:42 pm

    “fahamilah apa yg lebih utama antara dua muddaratain..kita menyembah Rabb yang sama…patutnya fokus kita ke luar, bukan menghabiskan tenaga bermusuhan sesama kita yg sama2 mencari keredhaan Allah swt.”~Iqbal

    Bukan soal bermusuhan, apabila timbul fitnah ke atas agama, perlulah ilmuan menzahirkan ilmunya tanpa mengira puncanya dari luar atau dari dalam. Perlu diingat, musuh dalam selimut lebih berbahaya dari musuh yang diluar. Ibarat racun yg dimasukkan sedikit demi sedikit melalui makanan tentunya tidak dapat dikenalpasti, berbanding secawan racun yang dapat diwaspadai sekilas pandangan mata.

     
  9. jebat

    31/08/2010 at 4:20 pm

    untuk pengetahuan semua, buku Asmaul Husna yang membuat analogi yang salah hingga mengaitkan nama ALlah dengan hal -hal yang tidak sepatutnya itu adalah BUKAN susunan Ary Ginanjar walaupun di cover buku itu tertera nama Ary Ginanjar sebagai penyusunnya. Saya kenal penyusunnya iaitu Pak Sutisnawan, salah seorang alumni ESQ yang mencipta satu kaedah menghafal Asmaul Husna yang diberi nama Super Memory Asmaul Husna (SMASH). supaya trainingnya yang mengajarkan kaedah ini mendapat perhatian alumni ESQ, beliau telah mengaitkan nama Ary Ginanjar di dalam buku ini. Setelah meneliti kaedah dan kandungan modulnya, Ary Ginanjar telah menolak kerjasama dengan beliau. Peristiwa ini telah berlaku pada tahun 2006. Semenjak itu ESQ tiada hubungan lagi dengan SMASH. saya tau hal ni setelah diterangkan oleh management ESQ

    Hal ini juga diketahui oleh Pak Amin kerana telah diterangkan oleh Ary Ginanjar kepadanya sekitar Julai setelah beliau membicarakan hal ini di jakarta. Namun, hairan jugak ye… pak Kiyai ni… mengapa sanggup terus memperpanjangkan fitrah ini di Malaysia… di hadapan orang yang tak kenal Ary Ginanjar hingga akhirnya semua memandang serong pada Ary Ginanjar.

    Pada kiyai macamni ka kita nak percaya penerangannya tentang ESQ? sedangkan tokoh ulama yang terkenal wibawa seperti Pak Hasyim Muzadi (yang dipuji sendiri 0leh Pak AMin), Pak Din Syamsuddin dan Pak Nasaruddin yang sokong ESQ kita tak nak terima pandangannya… tapi kiyai sorang ni kita pakai pulak! Hanya kerana dia pernah membicarakan yang dianggap tak kena dengan ESQ. Sedangkan, yang tak kena tu sesuatu yang ada perbahasan ulama tentangnya…

    tapi bab fitnah… jangan main-main dosanya… termasuk yang memperpanajangkan fitnah!

     
    • suarajagat

      01/09/2010 at 10:21 am

      terima kasih atas penjelasan saudara Jebat..
      namun demikian, bagaimana pula dengan fakta2 di dalam buku2 lain yang ditulis oleh pak ary?

      berhubung dengan Bapak Nasaruddin dan Pak Din Syamsudin..telah disebut oleh pak amin bahawa beliau sendiri akan menemui mereka bila berkesempatan kelak beliau akan menemui kedua-dua mereka kerana pejabat mereka tidak lah jauh dari pejabat beliau.

      tq.

       
  10. Akela

    31/08/2010 at 5:57 pm

    Salam..

    Arap² bende nie dpt dselesaikan utk elak’n kekeliruan pd umat islam lebih² lg yg kurang ilmu. byk komen kat blog lain yg sy baca, semua tulis atas tiket ‘Pendapat Peribadi’. Pd sy bende nie bahaya n sy sendiri pn ‘goyang’ bila dah baca. So, jln paling baik, ikut jer Alquran dan sunnah. Fatwa dah keluar, rasa tu je yg kita kena ikut sbb kita duk kat negara islam. kalau komen sy salah, sila betul’n.

     
  11. Iranis

    01/09/2010 at 11:12 am

    jebat says:
    31/08/2010 at 4:20 pm

    untuk pengetahuan semua, buku Asmaul Husna yang membuat analogi yang salah hingga mengaitkan nama ALlah dengan hal -hal yang tidak sepatutnya itu adalah BUKAN susunan Ary Ginanjar walaupun di cover buku itu tertera nama Ary Ginanjar sebagai penyusunnya. Saya kenal penyusunnya iaitu Pak Sutisnawan, salah seorang alumni ESQ yang mencipta satu kaedah menghafal Asmaul Husna yang diberi nama Super Memory Asmaul Husna (SMASH). supaya trainingnya yang mengajarkan kaedah ini mendapat perhatian alumni ESQ, beliau telah mengaitkan nama Ary Ginanjar di dalam buku ini. Setelah meneliti kaedah dan kandungan modulnya, Ary Ginanjar telah menolak kerjasama dengan beliau. Peristiwa ini telah berlaku pada tahun 2006. Semenjak itu ESQ tiada hubungan lagi dengan SMASH. saya tau hal ni setelah diterangkan oleh management ESQ

    Maaf, sdr Jebat. Tidak semudah itu untuk saya menerima penafian lisan management ESQ. Sedangkan bukti dokumen bertulis terang-terang mencatatkan Ary Ginanjar sebagai penyusunnya. Nama yang pertama lagi tercatat sebelum nama pihak satu lagi. Demikian jugalah dapat kita lihat kajian berdasarkan dokumen bertulis lebih kukuh berbanding semata-mata menghadiri training di mana segala yang termaktub tidak dapat diubah atau dipadam bila-bila masa sahaja menurut kesesuaian atau menyelamatkan keadaan. Satu perkara lagi yg harus kita fikirkan sekalipun enggan menerima bulat-bulat penjelasan K.H Amin, iaitu:

    1. Adakah pernah Ary membuat penafian secara terbuka mengenai keterlibatannya dalam buku tersebut sehinggalah timbulnya isu2 berbangkit seperti sekarang?

    2. Kandungan dalam buku itu adalah perkara yang amat serius. Kenapa tidak pernah secara terbuka membetulkan keadaan sekiranya benar tidak bersetuju pihak yg satu lagi mempergunakan namanya?

    3. 2 perkara serius di sini, isu kandungan yg melibatkan asmaul husna dan isu mempergunakan nama Ary seperti dikata. Buku tersebut tlh digunakan dalam training sekitar 2006, tlh sempurna sbg bahan percetakan untuk siap dirujuk, diedar dan dijual. Agak kurang masuk akal sbg seorg yg profesional tidak melihat sekurang-kurangnya kalau pun tidak diteliti sebelum usaha penerbitan diteruskan. Kenapa baru hendak mendakwa “setelah meneliti kaedah dan kandungan modulnya, Ary menolak kerjasama dengan individu tersebut”.
    Bukankah proses buku terhasil hingga siap diterbitkan kerana telah berlakunya kerjasama. Adakah munasabah setelah projek terhasil, dikatakan menolak kerjasama? Takkan ESQ yg mengajar pelatihan sumber manusia begitu tidak bersistem dalam pengurusan pentadbirannya sendiri
    ……Allahu a’lam.

     
  12. Anti Taqlid

    13/09/2010 at 10:07 am

    Apa yang dikerjakan oleh ari ginanjar ini sebenarnya adalah penistaan terhadap ajaran2 islam. Coba perhatikan dari caranya berpenampilan sampai teori2 yang dia ajarkan sangat tidak lazim.
    Dari penampilan aja dia sudah aneh tur nyleneh gak menunjukkan keislaman sama sekali, bandingkan dg para ustadz dan alim ulama, dimana mereka senantiasa mengenakan pakaian islami yg memang bagian dr ciri seorang muslim,
    banyangkan kalau semua ustadz pakaiannya kemeja, jas ma dasi. Mana pendeta mana ustadz?, makanya tidak heran bny orang yang terkecoh ketika melihat penampilannya pertama kali di tv, byk yg mengira ni acara kayk siraman rohani agama nasrani . bukankah ini suatu bentuk penyepelean terhadap para ustad dan alim ulama yg senantiasa menampilkan sosok seorang muslim dari pakaianya sebagai syiar agama.
    Dari sisi ajarannya banyak sekali memunculkan istilah2 baru yang aneh, yang bahkan tidak pernah digunakan oleh para alim ulama kita dalam mengajarkan ilmu2 agama islam,seperti: god spot, Repetitive Magic Power, Emotional Quotient, Spiritual Quotient, dan seabrek istilah lainya yang sangat tidak lazim dalam ajaran2 agama islam. Seolah-olah apa yang diajarkan oleh guru2 kita dipondok pesantren&madharasah sudah ketinggalan zaman dan perlu dirombak kurikulumnya.
    Kita ini sudah dibodohi oleh ari ginanjar dengan ESQnya. Dia itu hanya mencampur adukkan ajaran islam dengan pemikiran2 ilmuwan barat agar menarik org untuk mempelajarinya, sehingga mengalirlah pundi2 uang kekantongnya tp yg paling menkhwatirkan adlah terseret kaum muslimin pada pemahaman sesat yang menolak setiap ajaran islam yang tidak rasional dengan logika mereka. sadarlah saudaraku”,jangan kalian seperti kerbau yang dicocok hidungnya”!!

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: