RSS

Unsur Tahyul/Kurafat Dalam Promo Aidilfitri?

03 Sep

Assalamualaikum wmt. wbt.

Artikel ringkas ini saya nukilkan kerana merasa amat tersinggung dengan salah satu promo sambutan raya yang disiarkan oleh sebuah media massa (elektronik) swasta di negara ini.

Stesen yang dimaksudkan ialah stesen TV3.

Petang tadi, saya sempat mengikuti rancangan al-Kuliyyah. Selepas selesai rancangan itu, pihak stesen televisyen berkenaan menyiarkan satu promo sempena Aidilfitri. Alangkah terkejutnya saya apabila promo tersebut mempunyai penerapan unsur seperti Santa Claus, cuma sahaja kenderaan yang boleh terbang itu dipandu oleh seorang tua berambut putih dan memakai songkok selain memperlihatkan bulan sabit.

Walaubagaimanapun, unsur tahyul dan kurafat yang diselitkan jelas meniru kepercayaan kaum Nasrani dan hal ini adalah amat bertentangan dengan akidah Islam. Ia boleh membawa kepada fahaman pluralisme mahupun liberalisme. Unsur ala fantasy begini juga secara tidak langsung membawa kepada syirik dan kekufuran.

Demikianlah kecelaruan spiritual yang akhirnya mencemarkan kesucian akidah Islam, kenikmatan Ramadhan al-Mubarak dan keindahan malam Lailatul Qadar.

Pesanan dari penulis – JANGAN JADI PEROSAK AGAMA.

Wallahu’alam.

 

7 responses to “Unsur Tahyul/Kurafat Dalam Promo Aidilfitri?

  1. TMP

    04/09/2010 at 10:49 pm

    Dah semakin tidak sensitif akibat kejahilan yang tidak dapat membezakan ketinggian agama Islam dari fahaman songsang doktrin jahiliah dan materialis.

    Elemen2 fantasi, budaya kristian dan hindu dengan terangan cuba diserapkan secara nyata ke dalam fikiran kanak2 Islam yang menjadi model utama iklan tersebut.

    Malang sungguh TV3 yang sibuk mempromosikan rancangan Jejak Rasul/Masjid ke Masjid/Al Kulliyah tapi terlepas pandang bab yang semacam ini.

    Malang…malang.

     
  2. ANTI FREEMASON

    05/09/2010 at 10:32 am

    Lihat pada 0:03 tulisan Jawi terbalik pada permulaan iklan sebelum dipapar gambar beskal/beca/ala santa klaus. memang jahiliah sungguhh…

    ANTI FREEMASON

     
    • suarajagat

      05/09/2010 at 2:05 pm

      terima kasih Anti Freemason,

      ya, sepatutnya kertas tersebut diterbalikkan dari kiri ke kanan, bukannya kanan ke kiri..

      inilah akibat terlalu mengikuti spiritual ala barat dan membanggakan training management yang dipenuhi penyelewengan akidah.
      sehingga kefahaman tauhid dan ideologi spiritual GAGAL dibezakan.

       
  3. suarajagat

    05/09/2010 at 8:29 pm

    BERITA TERKINI (5/9/2010, jam 08:20 mlm)

    Dalam Bulletin Utama sebentar tadi menyatakan tentang penarikan balik iklan berkenaan.
    Pihak TV3 juga memohon maaf atas penyiaran iklan tersebut.

    Nasihat SJ khas untuk seluruh Media Prima :
    Jangan jadi perosak agama. Akidah Tauhid bukan satu permainan.

     
  4. gasatri

    05/09/2010 at 11:56 pm

    salam,
    inilah kisah apabila melayu tak sedar diri… hilang adab dan budaya… main cangkok merata… ambil yang menarik semata jadikan unsur baru budaya kita…… ini kurang adab atau kurang ajar? Wahai melayu tolong pertahankan adab dan susila melayu!!!! Jangan asyik nak cut & paste budaya luar

     
  5. sejagat

    06/09/2010 at 4:30 pm

    salam semuanya..

    apa mau heran..sedangkan benda yg terang lagi bersuluh..contohnya mcm fahaman motivasi acuan barat..suara hati dan sebagainya boleh diterima & dibiarkan berleluasa..siap serap masuk dlm pelbagai syarikat TV..(TV3..Astro Oasis..)..serap masuk & sebar juga di pelusuk agensi awam & swasta…

    inikan pula iklan TV?…iklan bulehla ditarik balik penyiaran…fahaman yg dah disebarkan…ada siapa berani kata sudah berjaya ditarik balik & dibetulkan?

    hangpa jawab la..

    hancusss

     
  6. brutalsolo

    06/09/2010 at 4:49 pm

    untuk mengampu pm macam macam la buat lupa lak soal tangungjawab

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: