RSS

Tazkirah SJ : Tragisnya Syawal Ini

17 Sep

Sepanjang Ramadhan dan Syawal, pelbagai tragedi melanda Negara kita. Pertama sekali, sejak beberapa bulan lalu, kisah pembuangan bayi menjadi topik hangat di media massa tempatan. Masalah ini masih berlanjutan.

Di awal Ramadhan, satu peristiwa menyayat hati berlaku bila seorang kanak-kanak berusia 6 tahun maut akibat letupan stor penyimpanan mercun. Jasadnya terpelanting sejauh 15 meter dan tergantung di dahan pokok. Beberapa hari sebelum Syawal menjelang,  bapa mangsa mengaku bersalah kerana memiliki mercun-mercun terbabit sehingga akhirnya menyebabkan kematian anak yang tidak berdosa.

Iklan Aidilfitri TV3 yang berpengisian pluralism telah memperlihatkan sikap keterlaluan stesen televisyen swasta itu dalam mengejar status dan nama sehingga kefahaman akidah sanggup dikorbankan. Biarpun pihak penyiar telah memohon maaf atas kesalahannya, namun ia tidak menandakan bahawa mereka telah bertaubat dan memahami akidah tauhid yang sebenar. Secara kesimpulan, kita dapat melihat bahawa segala program Islamik yang ada di rangkaian Media Prima hanyalah sekadar untuk meraih keuntungan semata-mata sedangkan ianya tidak sedikitpun memberi input berguna kepada pihak stesen sendiri. Malah, ketika kita sewajarnya menyambut kemuliaan Syawal dengan penuh rasa kesyukuran, masyarakat Islam di Negara ini disajikan dengan pelbagai filem seram dan fiksyen yang berunsurkan tahyul dan kurafat. Rupa-rupanya, setelah bebas dari belenggu Ramadhan, tempat pertama syaitan dan jin berkumpul adalah di stesen televisyen swasta.

Tindakan pihak penyiar dalam memberi hiburan sebegini telah mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab golongan media massa yang seharusnya membawa kepada pembangunan minda masyarakat bukannya merosakkan lagi pemikiran bangsa. Media massa dan produksi penerbitan di Malaysia perlulah bersikap lebih matang dan berperanan lebih penting yakni memberi pengisian yang berbentuk konstruktif demi ketamadunan umat disamping menjaga sensitiviti masyarakat.

Selain itu tindakan sekumpulan pengamal ajaran sesat di Perlis menyambut Aidilfitri lebih awal sepatutnya membuka mata kita tentang bahayanya wacana penyelewengan akidah yang wujud dan bergerak dalam pelbagai bentuk contohnya melalui tarekat songsang, persilatan dan ilmu kebal, pertubuhan islam liberal, kelas pengajian al-Quran secara rahsia atau tersembunyi dan juga kaedah penyelewengan akidah secara halus dengan gaya perlatihan korporat, motivasi dan profesional. Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakkan ajaran sesat ini berasal dari Negara jiran. Oleh yang demikian adalah amat perlu untuk kita bersikap teliti dan berhati-hati dalam menerima pelbagai agenda spiritual dari masyarakat Negara pancasila.

Namun peristiwa yang paling memilukan apabila wajah Syawal disentak dengan berita pembunuhan kejam ke atas jutawan kosmetik Negara, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya bersama 3 yang lain. Tragedi bunuh dan bakar ini pasti akan tercatat sebagai salah satu kisah pembunuhan paling kejam pernah berlaku serta diklasifikasikan sebagai high profile.

Apapun kesudahannya, kepada ALLAH jua tempat kita berserah. Kenikmatan dunia yang seketika tidak menjanjikan pengakhiran yang membahagiakan. Semoga pihak keluarga mangsa tabah dalam menghadapi ujian ini. Berdoalah kepada-NYA. Benarlah sabda Rasulullah s.a.w bahawa tiada apa yang dibawa oleh kita apabila meninggal dunia kecuali amalan dan doa anak yang soleh. SJ juga amat berharap para penjenayah yang terlibat mendapat hukuman yang setimpal.

Akhir bicara, penulis ingin mengajak pembaca untuk sama-sama merenung dan bermuhasabah. Wajar untuk kita tanyakan ‘apa yang sudah terjadi?’

‘Mengapa Ramadhan dan Syawal ini amat menghibakan?’ Walhal ia sepatutnya dihiasi dengan penuh keindahan. Masalah demonstrasi haram di Negara jiran juga belum pulih. Golongan yang menghidupkan sentimen negatif menggambarkan ketidakwarasan dan ketidakcerdikkan akal. Demikian juga dengan sikap biadap Yahudi dan Nasrani yang berterusan mencemuh agama Islam sehingga membuat ugutan untuk membakar al-Quran pada tanggal 11 September lalu.

Marilah kita saling berganding bahu, mempadu ukhuwah Islamiyah dan memperkukuh kefahaman Islam serta berjuang dalam segenap aspek demi meneruskan kelangsungan hidup sebagai khalifah di muka bumi. Menjadi harapan penulis, kejadian-kejadian ini akan dapat membuka mata fikir setiap individu agar bersikap lebih peka dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tuntutan sebagai anggota masyarakat dan akhirnya membina kejayaan ketamadunan umat Islam.

Soalan saya khas buat umat Islam Malaysia : ‘Apakah kita sedang menghadapi fenomena kecelaruan internal war dan spiritual war yang kian strategis?’

Moga Ramadhan dan Syawal mendatang lebih bererti. Wallahu’alam.

 
6 Comments

Posted by on 17/09/2010 in 2. Tazkirah SJ

 

6 responses to “Tazkirah SJ : Tragisnya Syawal Ini

  1. themalaypress

    19/09/2010 at 4:52 pm

    ‘Apakah kita sedang menghadapi fenomena kecelaruan internal war dan spiritual war yang kian strategis?’

    Salam sejagat.

    http://themalaypress.blogspot.com/2009/04/rancangan-jahat.html

     
    • suarajagat

      20/09/2010 at 6:00 pm

      terima kasih TMP..
      SJ telah membaca artikel anda. Ya, menarik dan sememangnya kita perlu bangkit dari lena.
      Serapan pemikiran asing kian menggugat jati diri melayu-muslim.

       
  2. azri

    20/09/2010 at 1:10 pm

    tulisan yg dimerahkan tu merujuk kepada ESQ training.. ada kaitan ke ajaran ESQ ni dgn Pemuda Kahfi?…

     
    • suarajagat

      20/09/2010 at 5:55 pm

      saudara azri..
      walaupun ada suara2 bekas2 pimpinan Pemuda Kahfi yang menyatakan wujud similarity di antara ESQ dengan ajaran tersebut.. namun saya tidak berhasrat untuk membuat sebarang statement mengenainya. Tq.

       
  3. Anuat

    22/09/2010 at 2:07 pm

    Asslm.

    Benar kata SJ, tetapi agaknya sampai ke manakah saranan tuan ini. Bukan saya seolah perlekehkan SJ, tetapi, selain menyokong beliau saya turur sedih kerana gejala ini berlaku dan telah lama berlaku. Fememena sekarang adalah natijah kepada kesilapan memformulasikan sistem di dalam negara, baik sistem pendidikan dan peraturan undang2 untuk mensosialkan dan membangunkan masyarakat progresif.

    Banyak sangat slogan dan manisfesto dalam setiap kali perayaan, baik sambut merdeka, maulid rasul, Tahun Baru Hijrah dan bahkan Tilawah Al Quran. Bak kata sembang2 kedai kopi, indah pada bunyi dan sedap pada makna dan istilah, satu pembaharuan tetapi hakikat seperti asalnya juga.

    Saya akui, nanti dari kalangan pembaca akan kata yerlah nak komen tu senang, cakap mudah…. saya sangat setuju dan saya tidak akan berhujah untuknya. Tetapi kita sudahpun 50 thn lebih merdeka, apakah merdeka kita benar merdeka. Apakah hala tuju kita sepertimana di kehendaki mengikut garis panduan yg mutlak dan bukan kehendak mempengaruhi agenda seseorang ….. walaupun apa tujuannya kalau tidak bersandar kepada tuntutan hak dan alam …. akibat juga sedia menanti.

    Senang kata apakah benar2 kita percaya kepada Tuhan ……. setakat kenal dan laung nama Allah, mungkin kita boleh sama dengan adik2 atau anak2 tadika

     
    • suarajagat

      22/09/2010 at 6:44 pm

      terima kasih saudara anuat..
      adalah amat diharapkan agar semua pihak dapat mengambil iktibar atas segala yg berlaku.
      kita harus membetulkan langkah agar untuk kembali teguh di atas akidah,syariah dan akhlak yang diteladani dari Rasulullah s.a.w.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: