RSS

Ahli Sunnah Wal Jamaah : Prinsip Tentang Sifat Dan Nama ALLAH

29 Oct

Rasanya, sudah agak lama saya tidak menulis sesuatu yang mendasar berkaitan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Mungkin kerana kesibukan harian dan secara kebetulan terdapat pula isu-isu semasa yang perlu diberi perhatian. Pada kali ini, penulis memilih untuk memperkatakan salah satu prinsip ASWJ iaitu berkaitan sifat dan nama ALLAH swt.

Akidah ahli sunnah wal jamaah tentang sifat-sifat ALLAH ialah membenarkan tanpa mempersoalkan bentuknya (itsbat bilaa takyif ) dan mensucikan-NYA tanpa mengingkari-NYA.

Adalah termasuk di dalam perkara ini mengimani sifat-sifat yang telah ditetapkan oleh ALLAH s.w.t bagi diri-NYA, di dalam kitab-NYA, dan yang disebutkan oleh Rasulullah tanpa penyimpangan dan pengingkaran, tanpa menyerupakan-NYA dan menggambarkannya dengan sebarang permisalan.

Ahli sunnah wal jamaah tidak menafikan apa-apa yang telah disifati oleh ALLAH s.w.t bagi diri-NYA, tidak menyimpangkan nama-nama-NYA, sifat-sifat-NYA, tidak menyimpangkan kalimat dan makna ayat berkenaan dengan sifat-sifat ALLAH Azza WaJalla sehingga makna itu tidak lagi sesuai.

Selain itu, ASWJ juga tidak mengingkari asma-asma ALLAH dan ayat-ayat-NYA, tidak memvisualisasikan dan menyerupakan sifat-sifat-NYA dengan sifat-sifat makhluk-NYA, kerana ALLAH tidak boleh untuk divisualisasikan atau disamakan dengan makhluk-NYA, dan tidak patut dikiaskan dengan ciptaan-NYA. DIA Maha Suci. Semua perlakuan tersebut adalah batil.

“Akuilah kesucian Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, dari apa yang mereka katakan! Dan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul. Serta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.”

( surah as-Syafaat 180-182 )

Berdasarkan ayat di atas, ALLAH s.w.t mensucikan diri-NYA dari sifat-sifat rekaan orang-orang yang menentang para Rasul. Selawat dan salam ke atas Rasul adalah kerana kebersihan dan kebenaran perkataan mereka, bebas dari segala kekurangan dan kecacatan. Oleh sebab itu, adalah pantang bagi ASWJ untuk menyimpangkan segala sesuatu yang dibawa oleh para Rasul. Ini kerana, jalan para Rasul adalah jalan yang lurus yang harus diikuti oleh setiap orang mukmin.

Cukuplah di sini dahulu tulisan SJ pada minggu ini. Semoga para pembaca mendapat ilmu dan pengetahuan yang berguna dan seterusnya memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran agama Islam dengan lebih sempurna. Sekian, terima kasih.

rujukan :

  1. “Ahlus Sunnah Wal Jamaah Maallilmul Intilaqah al-Kubra” (Muhammad Abdul Hadi al-Mishri – Riyadh)
  2. http://iium.edu.my/deed/quran/malay/
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: