RSS

ESQ 165 : Ustaz Aizam Mas’od Menjawab Tomahan ESQ

02 Nov

Artikel berikut merupakan jawapan Ustaz Aizam di atas pelbagai tomahan yang dilemparkan oleh pihak ESQ 165 ke atas beliau. sumber : http://mufakkir-islami.blogspot.com/p/menjawab-tohmahan-esq.html

 

Ini adalah kenyataan terakhir penulis tentang ESQ. Penulis tidak berhasrat untuk menjawab tulisan-tulisan pekerja Syarikat ESQ Malaysia kerana mereka bukanlah pemilik ideology ESQ. Sebaliknya apa yang ingin dijelaskan oleh penulis adalah tuduhan-tuduhan melulu dan merapu kedua-dua mereka terhadap penulis sebagai seorang pegawai kerajaan:
  1. Penulis ingin menegaskan, bahawa sebagai pegawai penyelidik lantikan kerajaan, penulis hadir ke ESQ atau mana-mana pihak (yang dikaji) sudah tentulah dengan objektif membuat kajian berasaskan TOR dan  SOP tertentu. Oleh itu, tidak timbul isu penulis tidak menegur ESQ dll seperti yang dilakukan oleh ustas-ustaz bebas.
  2. Penulis adalah pegawai penyelidik aqidah pengkhususan pemikiran. Oleh kerana isu ESQ berkaitan pemikiran, maka pihak jabatan telah mempertanggungjawabkan penulis sebagai pengkaji dan desk officer. Jadi tidak timbul soal ‘penulis terlalu berminat’ dengan ESQ sebab memang penulis dibayar gaji oleh kerajaan untuk mengkaji isu-isu pemikiran termasuk ESQ. So isu-isu lain seperti masalah dakwah, sosial dll ada orang lain yang dipertanggungjawabkan oleh jabatan penulis.
  3. Penulis juga ingin memperbetulkan tuduhan biadap ESQ yang mempersoalkan tugas-tugas penulis sebagai pegawai kerajaan. Untuk makluman ESQ, tiada sebarang ‘road show’ dibuat oleh penulis kononnya untuk mencanangkan kesesatan ESQ. Untuk pengetahuan, penulis sebenarnya diarah oleh jabatan untuk menghadiri satu mesyuarat fatwa negeri bagi membentangkan hasil kajian Panel Kajian Aqidah JAKIM atas permintaan mufti negeri tersebut. Penulis juga telah diarah mengiringi ketua pejabat penulis ke sebuah negeri lain untuk menghadiri satu diskusi tentang ESQ yang dianjurkan oleh jabatan mufti negeri tersebut. Bagaimanapun penulis dan ketua penulis hanya bertindak sebagai pemerhati dan tiada sebarang pembentangan dibuat kecuali oleh Panel Pemantau ESQ.
  4. Adapun di luar pejabat, sebagai ahli agama penulis bertanggungjawab menjelaskan kekeliruan tentang fatwa ESQ. Untuk makluman, 90 peratus kuliah-kuliah agama penulis adalah di dalam kawasan Wilayah Persekutuan. Oleh itu, sama ada ESQ setuju atau tidak, penulis akan menjawab persoalan ESQ dalam konteks fatwa Wilayah Persekutuan dan menjelaskan perbezaan yang berlaku dengan Muzakarah Fatwa Kebangsaan tanpa merendah-rendah atau memperlekehkan mana-mana pihak.
  5. Berkenaan blog ‘esqsesat’, penulis bersumpah dengan nama Allah, Wallahi Wabillahi Watallahi, tidak tahu menahu tidak terlibat langsung tentang penyiaran blog tersebut. Adalah menyalahi peraturan sekiranya penulis atau jabatan penulis mendedahkan dokumen sulit kepada pihak lain kecuali kpd mereka yang berautoriti. Pihak ESQ juga sudah maklum bahawa perkara ini telah dibuat laporan polis. Penulis amat bersetuju mana-mana orang yang melakukan perbuatan tersebut sepatutnya diambil tindakan tegas!
  6. Penulis juga ingin mengingatkan pihak ESQ, kajian ESQ bukan dibuat oleh penulis semata-mata, tetapi juga oleh pengkaji-pengkaji lain dan dibentangkan di dalam mesyuarat beserta hujah dan bukti. Keputusan dan syor adalah hasil daripada mesyuarat bersama pakar-pakar aqidah di dalam Panel Aqidah JAKIM dan Panel Pemantau ESQ. Oleh itu ia bukan pandangan peribadi. Seperti keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan, keraguan sememangnya wujud di dalam ESQ.
Akhirnya, penulis mengalu-alukan usaha pihak ESQ untuk menjawab secara ilmiyyah segala dakwaan ke atas mereka tetapi hentikanlah kaedah menyerang peribadi, tuduh menuduh, fitnah menfitnah secara membuta tuli, mengadu domba, mereka-reka cerita dan seumpamanya. Allah SWT Maha Mengetahui bahawa keadilan telah diberikan kepada ESQ sehingga Muzakarah Fatwa Kebangsaan (yang diurusetiakan oleh JAKIM) telah memutuskan keputusannya. Wallahu a’lam.
Sebagai penutup, penulis ingin melampirkan di sini antara keraguan yang masih wujud pada ideologi ESQ. Ingat! Penulis tidak pernah mengutuk Ary Ginanjar secara peribadi tetapi ideologinya itu yang perlu diperbetulkan.
Ary menganggap ‘spiritualiti’ bukan semestinya ritual ibadah malah sesuatu yang universal dan boleh dicapai oleh semua manusia tanpa mengira agama. Oleh kerana itu, pengamalan mantra, meditasi dan yoga (yang telah difatwa haram) juga dianggap oleh Ary boleh mencapai kecerdasan spiritual. Persoalannya ‘spiritual’ jenis apa yang dibawa oleh Ary ini? Dalam Islam ia dipanggil sebagai tasawwuf atau ilmu kerohanian. Perkara ini telah ditegur oleh Panel Aqidah JAKIM dan Panel Pemantau ESQ, bahawa wujud doktrin ‘universal sufism’ sesat dalam ideologi Ary Ginanjar.
 
Leave a comment

Posted by on 02/11/2010 in ESQ 165 sesat?

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: