RSS

Pluralisme Agama Isu Furu’?! Non-Muslim Peguam Syari’e?!

22 Dec

Sejak beberapa hari lalu, ramai kenalan yang bertanya tentang kes penangkapan pengikut Syiah yang berlaku baru-baru ini. Saya menjawab secara simple memandangkan kesuntukan masa untuk menjelaskan tentang permasalahan firqah. Bagaimanapun, andai ada kesempatan waktu..insya’ALLAH saya akan cuba menulis berkaitan syiah dalam masa terdekat.

Baru-baru ini, ketika membaca pandangan pihak yang cuba menggoyahkan usaha  Muafakat, JAKIM, JAIS dan ACCIN menentang pluralisme agama..saya terasa seperti ada di kalangan individu yang kononnya ‘menentang bidaah’ menampakkan kebodohan diri dan cuba memperbodohkan masyarakat Islam di Malaysia apabila mereka dengan mudah mengatakan bahawa pluralisme agama sebagai masalah furu’.

Memang amat memalukan bila para pendukung aliran tersebut, seringkali mengeluarkan hujah-hujah dangkal tanpa pijakan yang betul. Mungkin bagi ahli masyarakat yang tidak mendalami disiplin serta adab-adab ilmu akan mudah terpesona dengan gaya pensyarahan mereka. Apatah lagi jika isu seberat pluralisme agama ini hanya diketahui secara dengar-dengar atau lebih kurang sahaja.

Bagi SJ, umat Islam yang boleh menerima pluralisme agama adalah kalangan yang sebenarnya tidak memahami dan mengimani firman ALLAH s.w.t di dalam surah al-Ikhlas, al-Kafirun dan ayat ke-3 surah al-Maidah.

Pluralisme agama bukanlah perkara furu’. Ia adalah perkara pokok, perkara dasar, yang perlu diberi perhatian serius sebelum akhirnya merebak, menjadi barah yang merosakkan akidah umat Islam di seluruh dunia.

Kepada pihak yang mengatakan pluralisme agama hanya perkara furu’, saya tinggalkan anda dengan soalan berikut :-

Pluralisme agama menghalalkan pemurtadan. Maka tiada salahnya bertukar-tukar agama atas alasan semua agama menuju tuhan yang sama. Apakah ini perkara furu’? Apakah anda sanggup melihat andai ada di antara ahli keluarga sendiri yang bersolat jemaah pada hari Jumaat, kemudiannya berdoa (mengikut cara Yahudi) di synagogue pada Sabtu, manakala ke gereja mengikut ajaran kristian pada hari Ahad dan kemudiannya mati sebagai pengikut ajaran Hindu atau Buddha pada hari Isnin lalu di bakar mengikut upacara agama tersebut? Apakah hal sedemikian adalah perkara furu’?

Di kesempatan ini juga SJ mengajak para pembaca untuk mengikuti artikel komen Dr. Asmadi terhadap kenyataan Mufti Perlis Dr.Juanda Jaya berkaitan isu non-muslim sebagai Peguan Syari’e. Klik di sini : http://drasmadinet.blogspot.com/2010/12/komen-dr-asmadi-dr-juanda-peguam-syarie.html

Lihatlah di bawah..bagaimana selawat dan tahlil  dilakukan mengikut lagu gereja. Demikianlah sebahagian rencana pluralisme agama. Semoga kita dijauhkan dari segala kesesatan.

 

2 responses to “Pluralisme Agama Isu Furu’?! Non-Muslim Peguam Syari’e?!

  1. TMP

    23/12/2010 at 10:52 am

    Suatu ketika dahulu. Kumpulan nasyid yang macam cendawan tumbuh selepas hujan, menyanyikan lagu2 ketuhanan ala-ala soprano dan koir yang dianggap sebagai usaha dakwah sebenarnya juga lebih menyerupai pakaian kristian digereja. Ia sudah masuk secara tanpa kita sedari di Malaysia ni dan mendapat sambutan hangat. di perakui oleh ibu-bapa dan menjadi kegilaan para remaja.

    Jadi apabila perkara itu sudah menjadi kegilaan dan menjadi satu kebiasaan, maka diadunkan sedikit unsur-unsur keristian dan dibantu oleh media massa, maka tiada nampak beza antara islam dan kristian dari cara2 pendakwahannya…cuma mungkin yang bezanya adalah ketayap…

    Maka tidak hairanlah jika hari ini ada puak2 yang memperjuangkan pluralsim persamaan agama berasaskan persamaan sebenarnya adalah hasil sokongan secara tidak sedar oleh umat Islam sendiri…secara halus umat islam generasi baru telah pun menjadi agen pluralism secara aktif.

    Jika kita perati berapa ramai yang berubah menjadi baik selepas bernasyid…? sedangkan penyanyi nasyid sendiri berubah menjadi penyanyi pop?

    * Prefered the none munafikun Ramli Sarip.

     
  2. anuat

    31/12/2010 at 11:19 pm

    Saya cuba mengikuti dialog video CakNor, ttp kurang berhasil kerana hasil audio tdk baik. Apatah lagi bahasa Indonesia dialek tempatan mungkinr, bagaimanapun saya ada terdengar seperti Ahmadiah. Setahu saya Ahmadiah adalah pergerakan Khadiani. Kalau itu, maka tidak lagi menghairankan ….. sepertimana telah diputuskan oleh Ulama Sunnah WJ, baik di Malaysia atau di Indonesia.

    Saya mohon penjelasan lanjut atas perkara video ini. Didahulukan dgnTerima Kasih

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: