RSS

Imam Syafie Bukan Syiah

03 Jan

“Jika cinta kepada keluarga Muhammad adalah Rafidhah, maka saksikanlah jin dan manusia bahawa aku adalah Rafidhi.

Syair dibawah ini sentiasa digunakan oleh Syiah Rafidhah untuk menjustifikasi kononnya pengangan Syiah juga dikongsi oleh Imam Syafie.tetapi benarkah Syair diatas menunjukan Imam syafie menerima Akidah rafidhah?

Permasalah ini telah dijawab dengan baik oleh Ustaz Abu umair yang juga Panel Fiqh http://al-ahkam.net,
Mari sama-sama kita lihat penjelasan ustaz Abu Umair,

mungkin apa yg didakwa mereka bahawa Imam Syafie mengaku sebagai syiah kerana mereka menjumpai satu syair yg dinisbahkan kepada Imam Syafie yg berbunyi:

إن كان رفضاً حبُّ آلِ محمدٍ … فليشهدِ الثقلانِ أَني رافضي
maksudnya:

Jika cinta kepada keluarga Muhammad adalah Rafidhah, maka saksikanlah jin dan manusia bahawa aku adalah Rafidhi.

Sebenarnya, hujah ini menikam mereka sendiri. Kerana Imam Syafie BUKAN mengiktiraf dirinya sebagai syiah, tetapi maksud kata-katanya ialah: MEMPERTIKAIKAN BAHAWA RAFIDHAH (SYIAH) CINTA PADA AHLI BAIT.

Hanya mereka yang tidak memahami uslub Bahasa Arab yang kata Syafie mengaku Rafidhah/Syiah. Orang yang belajar Bahasa Arab boleh bandingkan uslub Syafie dengan uslub Quran ini.

Firman Allah Taala:

قل إن كان للرحمن ولد فأنا أول العابدين

maksudnya:

“Katakanlah (Wahai Muhammad) Kalaulah Tuhan al-Rahman mempunyai anak, maka akulah yang mula-mula memuliakannya”. (Al-Zukhruf: 81)

Ayat ini bukan menunjukkan Nabi memuliakan anak Tuhan, tetapi MENAFIKAN TUHAN ADA ANAK.

Sama dengan syair Imam Syafie, bukan mengaku sebagai Rafidhah (Syiah) tetapi MENAFIKAN RAFIDHAH CINTA AHLI BAIT.

Dalam Siyar A’lam Nubala, dinukilkan kata-kata Syafie sendiri: “Aku tidak pernah melihat orang yang lebih dusta penyaksiannya daripada Rafidhah”. 10/89. “

artikel ini dipetik dari : asyrafaziz

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: