RSS

Isu Silat Cekak – Menjawab Kekeliruan

18 Jan

Salam ukhuwah buat para pembaca.

Saya sebenarnya tidak tahu pun tentang satu artikel yang ditulis pada Mac 2009 oleh Laman EMJAY (klik di sini). Hanya pada beberapa hari lalu saya mengetahui kewujudan artikel berkenaan kerana link blog SJ disebut oleh salah seorang komentator di web berkenaan.

Saya telah cuba memberi komen/ pandangan di EMJAY, bagaimanapun komen yang ditulis tidak boleh disiarkan kerana saya tidak berdaftar dengan Multiply. Justeru itu, saya berpendapat adalah wajar untuk membuat satu artikel bagi meredakan kebingungan pembaca-pembaca artikel tersebut. Bukan niat untuk bertegang urat atau berdebat, tetapi sekadar berkongsi pengetahuan yang ada.

Sebagai seorang pemerhati ajaran-ajaran sesat khususnya yang terdapat di Malaysia, adalah penting untuk saya nyatakan secara jelas bahawa Seni Silat Cekak TIDAK MENYALAHI ajaran Islam. Ini kerana tidak terdapat sebarang bentuk pelanggaran dari sudut akidah dan syariat di dalam seni silat cekak. Beberapa isu yang dibangkitkan oleh EMJAY dan pembaca blognya akan cuba saya jelaskan melalui tulisan ini.

1. Kain Putih

Di dalam Seni Silat Cekak, kain putih yang digunakan oleh penuntut bukanlah suatu tangkal.

Di dalam amalan pembomohan, apabila sesuatu benda itu dijadikan tangkal ia dipercayai dapat memberi azimat kepada penggunanya.

Bagaimanapun kain putih yang digunakan oleh penuntut silat cekak hanyalah sehelai kain yang tidak boleh memberi apa-apa azimat kepada penuntut silat cekak. Ia sekadar satu simbolik bagi mengingatkan para penuntutnya agar mempunyai niat yang bersih dalam mempelajari senibeladiri tersebut. Mempelajari silat cekak bukan untuk bergaduh atau menjadi kuat. Bukan juga untuk memukul orang sesuka hati. Malah tidak juga untuk menjadi kebal. Dari pengamatan saya ke atas kegiatan silat ini sejak tahun 1999 hinggalah sekarang, didapati tiada ilmu kebal diajarkan dalam silat cekak kerana ilmu kebal adalah suatu amalan syirik yang bertentangan dengan lunas-lunas Islam.

Mungkin sudah menjadi satu perkara yang agak fobia bagi masyarakat awam bila melihat kain putih. Pada kebiasaannya bila melihat lembaran kain putih akan terus teringat pada kain kapan. Kerana itu agaknya penggunaan kain putih dalam majlis silat cekak dirasai kurang selesa oleh sesetengah individu. Cuba kalau kita letak kain putih di atas pokok pada waktu malam gelap. Pasti ramai yang mula berfikir hal tahyul, kurafat, mistik dan sebagainya.

Sebagaimana yang telah saya jelaskan di atas, kain putih dalam silat cekak hanya suatu simbolik berkaitan kebersihan niat. Janganlah ini dipertikaikan, kerana dalam kehidupan seharian, kain putih sememangnya digunakan sebagai simbolik kepada niat yang suci bersih. Contohnya, seakan-akan sudah menjadi adat/ tradisi dalam masyarakat kita apabila pasangan pengantin memakai pakaian berwarna putih dalam majlis akad nikah. Walhal pakaian putih itu bukanlah rukun nikah yang menentukan sah atau tidaknya. Ia adalah satu simbolik yang melambangkan niat yang baik, bersih serta ikhlas utk bersatu dalam satu ikatan yang suci murni. Suatu ikatan yang menghalalkan perhubungan antara lelaki dan wanita.

Yang menghairankan saya, kenapa agaknya orang kita (Melayu-Islam) apabila membawa anak ke asrama, atau mereka sendiri pergi ke tempat-tempat kursus, bilik hotel dan sebagainya, dan melihat katil di alas dengan kain putih, tidak pernah pula mereka pertikaikan dengan berkata “eh? kenapa kain putih ni? Tangkal ke? satu bangunan, semua bilik kain putih”… Tidak juga dijadikan isu dalam blog dan media massa.

2. Doa Dan Tawassul

Tawassul berasal dari bahasa Arab yakni dari perkataan wasilah yang bermaksud kedudukan (al-manzilah) di sisi raja. Wasilah juga bermaksud darajah (pangkat) dan al-qurbah (hampir). Seseorang yang melakukan tawassul kepada ALLAH dengan wasilah bermaksud melakukan amalan yang menghampirkan dirinya kepada ALLAH. Maka al-wasil (pelaku tawassul) ialah orang yang minat (al-raghib) kepada ALLAH.

Menurut hukum syara’, hukum bertawassul adalah diharuskan dengan para Nabi-Nabi terutamanya Nabi Ulul Azmi, dan yang paling utama ialah Nabi Muhammad s.a.w. Tawassul yang dilakukan dengan para wali-wali yang baik-baik (al-abrar) adalah boleh diterima (maqbul), harus (jaiz) dan tidak dihukum haram atau makruh dari segi naqal mahupun akal kerana ianya bersumberkan Kalam ALLAH, Rasul-NYA s.a.w  dan juga Athar. Tidak ada sebarang khilaf sama sekali tentang keharusan ini ( yaqta’ dabir al-khilaf ). [rujuk : Abdus Salam al-‘Umrani al-Khalidi, Ar-Risalah al-Muhammadiyah al-Shamilah Khilal Arba’ at Ahraya Qarnan Kamilah (Taqdim al-‘Allamah Saiyidi ‘Abdullah Ghanun al-Husaini dan ‘Allamah Saiyidi Muhammad bin Ajibah) Dar al-Kutub al-Ilmiyyah Beirut. hal.168]

Mungkin sekalipun dengan para al-anbiya boleh diterima tetapi persoalannya ialah dengan para wali-wali yang personaliti mereka mungkin agak sukar ditentukan terutamanya di zaman moden ini jika ada dakwaan. Bahkan adakah tokoh-tokoh sufi terdahulu boleh dianggap sebagai wali-wali Allah yang mempunyai pelbagai kelebihan mereka hasil dari ketakwaan, peribadatan, kezuhudan dan kewarakan mereka. Syeikh Abu al-Fadl Sayyidi Abdullah bin Muhammad al-Siddiq al-Hasani dalam kitabnya “Ithaf al-Azkiya’ bi Jawaz al-Tawassul bi al-Anbiya’ wa al-Awliya” menegaskan keharusan perkara ini.

Antara firman ALLAH yang dijadikan sandaran oleh para ulama ialah(maksudnya): “Mereka semua yang berdoa dan gemarkan TUHAN mereka dengan wasilah, merekalah orang-orang yang paling hampir yang mengharap rahmat-NYA dan mereka takutkan azab-NYA sesungguhnya azab TUHAN-mu adalah diawasi” (al-Isra’: 57)

Mengikut pandangan Syeikh Dr Ali Jum’ah, Mufti al-Diyar al-Misriyyah bahawaSemua empat mazhab bersetuju atas keharusan (jawaz) bertawassul dengan Nabi SAW bahkan digalakkan (istihbab), serta ianya tidak membezakan di antara semasa hidup Baginda SAW atau selepas kewafatannya SAW. Ibn Taimiyyah sahaja yang pelik (syazz) justeru beliau cuba memisahkan tawassul dengan Nabi selepas kewafatannya. Tidak perlu diambilkira (‘ibrah) kepelikan ini. Kami menyeru umat Islam berpeganglah dengan yang telah dipersetujui oleh para ulama’ yang terkenal (al-a’immah al-a’lam).”

Malahan terdapat juga hadis-hadis sahih berkenaan dengan tawassul. Demikian juga dengan kisah Saidina Umar al-Khattab berdoa kepada ALLAH secara bertawassul dengan Ibn. Abbas r.a. Perkara ini berlaku semasa musim kemarau di zaman kekhalifahan beliau.

Penjelasan di atas saya fikir sudah mencukupi untuk kita memahami bahawa para ulama bersetuju bahawa berdoa secara tawassul adalah diharuskan di dalam Islam selagimana berada dalam konteks disiplinnya.

3. Limau Purut

Limau Purut adalah salah satu bahan utama yang digunakan oleh masyarakat melayu dahulu kala sebagai pewangi badan serta bertujuan untuk mengeluarkan daki-daki pada badan ketika mandi (sebelum adanya Lux, Zaytun, May, Dettol dan pelbagai jenama sabun yang lain). Di dalam amalan silat cekak, limau tersebut hanyalah satu asbab sahaja yang lebih kepada kaedah asal orang melayu zaman dahulu. Doa dan permohonan tetap juga dipanjatkan kepada ALLAH s.w.t.

Dalam kehidupan seharian, seandainya anda batuk, adalah elok juga untuk mengamalkan makan madu dan dicampur dengan perahan limau purut atau limau nipis. Berselawat dan mohonlah kepada ALLAH agar disembuhkan dari sakit tersebut. Limau dan madu itu hanya sebagai asbab, tetapi atas kehendak ALLAH jualah yang menyembuhkan segala penyakit.

4. Isu Salahlaku Guru serta Ketaksuban kepada Pemimpin.

Masalah yang berlaku dalam Cekak Malaysia (CM) tentang kesalahan lafaz syahadah Guru Utama sebagaimana yang pernah SJ tulis di sini, adalah satu kesalahan individu. Demikian juga apabila saya mengetahui tentang beberapa kes salahlaku Guru Utama Silat Cekak Pusaka Hanafi (CP).

Kes-kes ini adalah kesalahan individu, maka janganlah pula seluruh persilatan tersebut dipandang serong. Silat cekak sebagai beladiri tidak salah, yang bersalah adalah individu terbabit serta sebahagian PENGIKUT YANG TAKSUB kepada guru mereka sehingga tidak dapat membezakan antara perkara yang betul dengan yang salah. Yang wajar disiasat dan dihukum atas kesalahan, adalah individu-individu itu.

Isu taksub pada pimpinan bukan sekadar berlaku dalam pergerakan silat dan seni beladiri sahaja, tetapi ia turut wujud dalam pelbagai organisasi lain seperti tarekat-tarekat songsang serta parti-parti politik di seluruh dunia. Hal sedemikian mesti diperbetulkan. Sebagai insan yang beriman kepada ALLAH dan Rasul-NYA, ingatlah bahawa kita boleh menghormati para pemimpin organisasi, tetapi janganlah setiap perkara yang dibuat olehnya di anggap betul sehinggakan perlakuan seperti menipu, rasuah dan pecah amanah dikira sebagai tidak salah. Sikap sedemikian rupa jika terus dibiarkan akan menjadi barah dalam masyarakat.

Nasihat SJ

Akhir sekali, SJ ingin menasihatkan semua pihak supaya tidak terus membuat tuduhan ‘sesat’ ke atas apa juga perkara tanpa usul periksa, kajian dan siasatan. Dalam isu Silat Cekak yang disebutkan ini,  spekulasi, dan provokasi yang timbul dari artikel EMJAY dan komentator di blog beliau mungkin adalah kerana kurang memahami hal-hal yang telah saya jelaskan di atas.

Pada pandangan saya, jika kita ingin bercakap tentang kesalahan yang terdapat dalam seni beladiri, sewajarnya kita meneliti secara serius penglibatan umat Islam dalam beladiri seperti taekwando, karate-do dan jujitsu, yang mana dalam pemahaman beladiri berkenaan terkait dengan kefahaman Yin Yang. Masyarakat seharusnya menjauhi seni silat yang telah difatwa sesat seperti Nasrul Haq, Budi Suci Sejati dan seumpamanya, termasuk juga beladiri yang menyeru roh-roh tertentu. Semoga penulisan ini memberi sedikit sebanyak kefahaman kepada sidang pembaca. Wassalam.

 

103 responses to “Isu Silat Cekak – Menjawab Kekeliruan

  1. mded

    18/01/2011 at 5:29 pm

    MJ tu wahabi.. bertekak pun x guna dgn org wahabi..

     
    • suarajagat

      18/01/2011 at 8:34 pm

      saudara mded..
      ketika membaca artikel2 Emjay, saya memang menyedari beliau berfahaman wahabiyah.

      Sebagaimana yang telah saya nyatakan dalam artikel di atas bahawa penulisan ini bertujuan untuk memberi penjelasan kepada para pembaca kerana saya dapati penulisan beliau boleh menyebabkan pembaca terkeliru dengan silat cekak dan hal-hal yang berkaitan dengan Islam. Komen melulu yang diberikan oleh pembaca blog beliau boleh menyebabkan salah faham terhadap perkara yang baik.

      Justeru, saya menulis dengan niat untuk memberi penjelasan secara ilmiah kepada masyarakat kerana saya dapati di kalangan ahli silat cekak sendiri, ramai tidak dapat menjawab persoalan-persoalan sebegini dengan cara ilmiah. Oleh itu, SJ mengambil inisiatif bagi menyampaikan kefahaman kepada masyarakat demi meleraikan kekusutan.
      Saya yakin, ahli silat cekak juga mendapat input berguna dari artikel di atas ini.

      Terima kasih..:)

       
      • gasatri

        19/01/2011 at 5:13 am

        Salam kepada SJ dan berterima kasih atas keterangan jelas mengenai tuduhan MJ terhadap silat cekak yang asal diperkembangan setelah disusun tapis oleh Almarhum Ustaz Hanafi.

        Saya percaya dan yakin seorang ustaz iaitu Hanafi Hj Ahmad cukup jelas apa yang dibawa melalui ilmu silat cekak serta amalan2nya. Dan sdr SJ turut memberi penjelasan yg mudah faham dalam hal ini.

        Melihat kepada keilmuan Guru2 Silat Cekak sekarang yang tidak mantap keilmuan agama mereka sehingga jelas melakukan kesalahan individu (guru tersebut) belum tentu mereka dapat menjelaskan dalam isu tuduhan dari MJ seperti yang telah dilaksanakan oleh sdr SJ.

        Seharusnya isu ini dijawab oleh pihak guru tersebut agar dapat kita ketahui adakah sama hakikat pegangan mereka pada hari ini, adakah masih membawa kefahaman yang sama seperti Almarhum Ustaz Hanafi. Ini adalah kerana tahap keilmuan mereka membolehkan mereka menerima kesalahan guru mereka (isu syahadah guru PSSCM) yang jelas salah walau pun cuba memberi alasan ‘telo’, setelah guru tersebut cuba menyatakan telah khatam ilmu Al-Quran setelah belajar selama 2 tahun. Kesilapan mempertahankan syahadah yang berlainan ini jelas menunjukkan KEJAHILAN guru dan anak murid dalam segi kalimah syahadah. Bagaimana pula kefahaman mereka dalam hal-hal lain melibatkan amalan dalam silat tersebut? Adakah masih sama seperti diterangkan oleh Almarhum Ustaz Hanafi? Atau sudah berubah?

        Kekuatiran kita bagi umat Melayu yang terlibat dalam silat ini adalah soal pokok. Isu Syahadah adalah utama! sekiranya ini tidak betul maka bagaimana pula pegangan dalam hal lainnya.

        Kita sama2 usahakan agar anak-anak Melayu yang semestinya Islam tidak membawa fahaman2 wahabi atau lain-lainnya yang tersimpang dari kesucian Islam yang jelas lagi murni. InsyaAllah.

         
  2. sejagat

    19/01/2011 at 9:35 am

    assalamualaikum..

    emjay tu membuang masa…& yg ekstrem dok ikut emjay pon sama saja..walhal saya amat bersetuju dgn perenggan terakhir artikel atas ni..:

    “..Pada pandangan saya, jika kita ingin bercakap tentang kesalahan yang terdapat dalam seni beladiri, sewajarnya kita meneliti secara serius penglibatan umat Islam dalam beladiri seperti taekwando, karate-do dan jujitsu, yang mana dalam pemahaman beladiri berkenaan terkait dengan kefahaman Yin Yang. Masyarakat seharusnya menjauhi seni silat yang telah difatwa sesat seperti Nasrul Haq, Budi Suci Sejati dan seumpamanya, termasuk juga beladiri yang menyeru roh-roh tertentu. .”

     
    • suarajagat

      19/01/2011 at 3:20 pm

      assalamualaikum serta terima kasih pada saudara gasatri dan sejagat..

      sememangnya menghairankan kerana isu ini tidak dijawab oleh pihak perguruan silat cekak. bagi saya, hal di atas sepatutnya dijawab oleh pihak persilatan. Namun demikian, memandangkan perkara ini melibatkan soal kefahaman Islam, maka tindakan SJ ini sekadar utk membantu masyarakat untuk mendapat kefahaman yang betul tentang ajaran Islam dan wujudnya beladiri Melayu yang bersih dari perkara syirik dan kurafat.

      Permasalahan yang terjadi dek kerana guru2 yang bermasalah ini cuba meniru gaya ustaz atau ‘teringin sangat’ digelar ustaz/ ulama/ alim oleh para pengikut. Itulah yang berlaku dalam kes2Cekak Malaysia dan Cekak Pusaka Hanafi.

      Nasihat SJ :-

      Walaupun pergerakan silat ini (secara berorganisasi) diasaskan oleh Allahyarham Ustaz Hanafi bin Hj. Ahmad,
      tetapi dalam konteks hari ini dan akan datang, janganlah kerana seseorang itu menjadi guru silat cekak, dia dianggap/ dipanggil/ digelar ustaz, tuan guru, sheikh, maulana dan yang seumpama dengannya. Apatah lagi apabila mereka tidak mempunyai latar belakang pendidikan Islam secara formal yang diperakui oleh Kementerian Pengajian Tinggi/ MQA dan pihak berkuasa agama (sebagai contoh : Jabatan Agama Islam).
      Tindakan melulu sedemikian akan akhirnya melahirkan segolongan pengikut (bukan semua) yang taksub dan membuta tuli..

      Nasihat di atas juga saya tujukan kepada semua perguruan silat di seluruh dunia.

      sekian, terima kasih.

       
  3. kristal

    25/01/2011 at 1:04 pm

    Assalaualaikum sdr SJ,

    Saya amat tertarik dgn penjelasan tuan berkaitan kekeliruan sdr emjay tu..disini saya ingin memaklumkan bahawa pada sdr SJ, bahawa guru utama SC Pusaka Hanafi telah pun DILEPASKAN dan DIBEBASKAN atas tuduhan Salahlaku Oleh Mahkamah Majestrite Ampang pada 9 Disember 2010 .

    SAya juga bersetuju artikel sdr SJ ini:
    “sememangnya menghairankan kerana isu ini tidak dijawab oleh pihak perguruan silat cekak. bagi saya, hal di atas sepatutnya dijawab oleh pihak persilatan. Namun demikian, memandangkan perkara ini melibatkan soal kefahaman Islam, maka tindakan SJ ini sekadar utk membantu masyarakat untuk mendapat kefahaman yang betul tentang ajaran Islam dan wujudnya beladiri Melayu yang bersih dari perkara syirik dan kurafat.”

    Namun jika dilihat dari segi impak penerimaan masyarakat , adalah lebih baik individu yg natural (tidak berada dimana-manapihak )menjawab isu ini (cth melalui SJ) kerana penerimaan nya lebih berkesan..

    T/K
    Kristal

     
    • suarajagat

      25/01/2011 at 2:41 pm

      terima kasih saudara Kristal..

      salahlaku yang cuba SJ maksudkan di sini adalah merujuk kepada link di bawah :
      http://74.220.219.70/~cekakhan/v6/index.php?option=com_content&view=article&id=66:hujah-penghakiman-omar-abd-rahman-vs-mmk&catid=42:kenyataan-mmk

      dan

      http://74.220.219.70/~cekakhan/v6/index.php?option=com_content&view=article&id=65:saman-pemula-md-radzi-vs-psscuhm&catid=42:kenyataan-mmk

      Saya menjadikannya bahan rujukan di sini kerana kenyataan tersebut adalah berbentuk Rasmi dari Mahkamah Tinggi. Ini kerana bagi kes-kes yang digugurkan atas sebab2 teknikal, ia tidak bermakna bahawa kesalahan tidak berlaku.

      DILEPASKAN dan DIBEBASKAN dari tuduhan, BUKAN BERMAKNA – didapati tidak bersalah.

      Dalam pelbagai kes-kes sivil, kenyataan seperti ‘DIBEBASKAN’, ‘DIGUGURKAN’ atau ‘DILEPASKAN’, adalah lebih kepada perkara-perkara teknikal kes, kekurangan bahan bukti atau kekurangan saksi.
      Jika kita sering mengikuti perbicaraan kes-kes mahkamah, seringkali juga didapati seorang tertuduh yang dari pelbagai sudut secara terang adalah bersalah, namun kerana sedikit kekurangan pada sudut teknikal, tertuduh dibebaskan dari tuduhan.

      ‘Dibebaskan dari tuduhan’ adalah BERBEZA dengan ‘didapati tidak bersalah.’

      SJ juga menulis kerana adanya beberapa perkara yang berkaitan dengan sikap guru-guru silat yang saya dapati agak lari dari sikap seorang guru yang sepatutnya. Terutama apabila saya sebutkan dalam komen sebelum ini :

      “Walaupun pergerakan silat ini (secara berorganisasi) diasaskan oleh Allahyarham Ustaz Hanafi bin Hj. Ahmad, tetapi dalam konteks hari ini dan akan datang, janganlah kerana seseorang itu menjadi guru silat cekak, dia dianggap/ dipanggil/ digelar ustaz, tuan guru, sheikh, maulana dan yang seumpama dengannya. Apatah lagi apabila mereka tidak mempunyai latar belakang pendidikan Islam secara formal yang diperakui oleh Kementerian Pengajian Tinggi/ MQA dan pihak berkuasa agama (sebagai contoh : Jabatan Agama Islam).
      Tindakan melulu sedemikian akan akhirnya melahirkan segolongan pengikut (bukan semua) yang taksub dan membuta tuli..”

      hal ini jika diperhalusi sebenarnya sedikit sebanyak melanggari sifat siddiqin. Gelaran yang di TOKOK TAMBAH oleh pihak persatuan-persatuan silat (saya maksudkan kepada semua organisasi silat) adalah kurang wajar.

      Bagaimanapun saya tetap berterima kasih serta menghormati kesudian saudara Kristal memberi komentar di blog SJ.
      sekian.. 🙂

       
      • Sayuthi Mahmud

        10/03/2011 at 2:03 am

        Assalamualaikum.

        Bersetuju dengan SJ. Dalam konteks perundangan, istilah DILEPAS DAN DIBEBASKAN atau dalam bahasa ringkasnya DNAA bukannya bermakna seseorang itu tidak bersalah. Dalam hal ini, pihak mahkamah melihat banyak kelopongan dan ruang ‘keraguan yang munasabah’ (reasonable doubt) yang menyebabkan seseorang tertuduh itu bebas.

        Berhubung dengan sdr Mohd Radzi juga, teguran ikhlas dari saya penggunaan gelaran ‘al-Qadhi’ yang digunapainya sekarang adalah melampau dan keterlaluan.

        ‘Al-Qadhi’ adalah sebahagian dari nama-nama Allah yang bermaksud ‘Yang Maha Menghukum’. Justeru, adakah kita sebagai hambanya mampu mendapat taraf sepertiNya jua.

        Jangan menyamakan kita denganNya. Nanti Allah murka…

         
      • suarajagat

        10/03/2011 at 8:29 am

        wa’alaikumussalam…
        terima kasih saudara sayuthi..
        Benar, ianya amat keterlaluan..

         
  4. Miss J

    28/01/2011 at 4:28 am

    Assalamualaikum w.b.t

    Terima kasih kepada saudara SJ yang telah menulis artikel di atas. Setelah membaca komen-komen yang diberikan, saya turut ingin berkongsi sesuatu.

    Ya, mungkin benar Guru tersebut telah melakukan kesilapan dalam Syahadahnya. Namun begitu, Guru (general) hanyalah manusia biasa dan adakalanya melakukan kesalahan.

    Dan, pada pandangan saya juga, mungkin guru tersebut mempunyai sebab-sebab tertentu yang menyebabkan beliau tidak mahu memberikan sebarang komen yang mana mungkin boleh menyebabkan segelintir pihak mengambil kesempatan di atas kesalahan beliau seperti yang telah dilakukan pada link-link di atas.

    Memang besar kesalahannya sekiranya kita salah melafazkan Syahadah dan guru itu seharusnya bertaubat dan membetuli segala kesalahannya.

    Jaganlah disebabkan oleh satu kesalahannya, kita membabitkan seluruh amalannya kerana kita sendiri tidak tahu samada amalan itu diterima oleh Allah atau tidak. Saya ingin mengambil satu petikan “sedangkan Nabi ampunkan umatnya”, jadi kita sebagai manusia biasa perlu memaafkan kesalahannya. Kesalahan itu hanya Allah yang berhak menghukumnya. Antara beliau dengan Allah.

    Dan juga, saya ingin bertanya, adakah tindakan memaparkan kesalahan yang menjadi aib kepada seseorang disebarkan kepada semua orang? Contohnya, seandainya saudara SJ telah melakukan kesalahan, lalu rakan-rakan saudara menyebarkan perkara ini kepada orang lain, tidakkah ianya menjatuhkan maruah saudara SJ? Jikalau saya, pastilah saya berasa malu.

    Jadi, seeloknya jika kita menjauhi dari menyebarkan aib orang lain. Ini saya nyatakan untuk memberi kesedaran pada saudara-saudari serta diri saya sendiri.

    Saya juga bukanlah orang yang berilmu tinggi. Justeru, saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesalahan pada komen saya ini.

    Wasalam…

     
    • suarajagat

      28/01/2011 at 12:04 pm

      Assalamualaikum dan terima kasih atas komen saudari Miss J..

      Sebagaimana yang anda nyatakan, Guru hanyalah manusia biasa yang adakalanya melakukan kesalahan.
      Dalam perenggan berikutnya, anda juga menyatakan :

      Memang besar kesalahannya sekiranya kita salah melafazkan Syahadah dan guru itu seharusnya bertaubat dan membetuli segala kesalahannya.

      Ingin saya tegaskan bahawa di dalam Islam, kesalahan besar atau kecil tidak sama dengan kesalahan trafik (speed trap, langgar lampu isyarat dll.). Justeru terminologi ‘kesalahan besar’ tidak terpakai dalam Islam. Tetapi terminologi yang sesuai dengan Islam adalah ‘dosa besar’.

      Saudari berkata :

      Dan, pada pandangan saya juga, mungkin guru tersebut mempunyai sebab-sebab tertentu yang menyebabkan beliau tidak mahu memberikan sebarang komen yang mana mungkin boleh menyebabkan segelintir pihak mengambil kesempatan di atas kesalahan beliau seperti yang telah dilakukan pada link-link di atas.

      Pada pandangan SJ, beliau memang tidak boleh memberi komen atau mungkin tidak mampu pun memberi komen atas pendedahan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang mendedahkan tentang kesalahan lafaz syahadah beliau. Ini kerana kesalahan lafaz tersebut memang benar-benar berlaku dan kalau beliau ingin memberi komen, saya dengan ini mencabar mana-mana pihak untuk mengemukakan bukti bersandarkan pada al-Quran, Hadith, ijmak dan ijtihad ulama yang membenarkan lafaz syahadah sedemikian. Tolong beritahu saya kitab ulama mana yang ada sebut syahadah sedemikian rupa!

      Jika ada yang hendak mengatakan hal tentang masalah telo, lidah pendek..dengan mengemukakan penerangan dari pihak JAKIM (berkaitan lidah pendek) yang terdapat dlm website, anda harus tahu bahawa yang dimaksudkan dengan masalah lidah pendek itu ialah ketidakbolehan menyebut kalimah ALLAH dengan betul yang menyebabkan kalimah tersebut dilafaz dengan sebutan Alla (ketebalan pada lafaz ALLAH tidak dapat dibunyikan).
      Sedangkan kesalahan lafaz Datuk Maideen adalah vice versa. Beliau mampu menyebut ALLAH tetapi tidak pula menyebut alla.

      Oleh itu jangan mengeksploitasi statement pihak JAKIM tersebut.

      Saya bersetuju dengan kata-kata Miss J bahawa guru tersebut seharusnya bertaubat dan membetuli kesalahan. Untuk itu sebagai salah satu jalan penyelesaian beliau sepatutnya membuat kenyataan secara terbuka, mengakui kesalahan beliau serta memohon maaf khususnya kepada seluruh ahli PSSCM. Isu-isu pentadbiran persatuan tersebut, itu mereka perlu berbincang kemudiannya. Saya hanya tegaskan adalah tentang hal yang membabitkan agama Islam.

      Istilah “sedangkan Nabi ampunkan umatnya” hanyalah kata-kata kita masyarakat biasa.. soalan saya, adakah Nabi ampunkan Abdullah bin Ubai dan Musailamah al-Kazzab? Justeru Rasulullah s.a.w mengampuni umatnya dalam konteks dan keadaan tertentu kerana setelah berlaku peristiwa pembukaan Mekah, ada juga individu-individu yang dijatuhi hukuman bunuh.
      Apakah Rasulullah akan mengampunkan dosa orang yang mengubah-ubah kalimah syahadah sebagaimana yang telah diajarkan oleh Baginda?
      Kalau nak ikut statement “sedangkan Nabi ampunkan umatnya”, tak payah la ada hukum hudud, qisas dan takzir dalam Islam. Tak perlu ada Mahkamah. Dan tak payah ada penjara.

      Ketahuilah bahawa masalah lafaz syahadah oleh Datuk Maideen bukan hanya masalah antara beliau dengan ALLAH, tetapi memandangkan lafaz itu diucapkan dalam majlis khas pengijazahan penuntut, oleh itu kesalahan ini boleh membawa kepada dosa jariah yang mungkin menyebabkan lafaz sedemikian diikuti oleh pengikut beliau yang lain. Tahukah kalian betapa teruknya kesan dosa jariah!

      Saudari, bukan tujuan saya untuk mengaibkan sesiapa..tetapi kalaulah perkara ini tidak didedahkan, ia akan menyebabkan kebatilan/ kemudharatan berterusan kepada umat Islam Malaysia. Ini soal AKIDAH. Ini soal TAUHID. Ini soal keimanan kita kepada ALLAH Ta’ala. Maka kesongsangan yang dilakukan oleh Datuk Maideen perlu diberitakan kepada masyarakat agar iktikad mereka dapat terus dijaga. Sebagai seorang Muslim, menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kemurnian dan kesucian Islam.

      Kenapa sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi sudah disebut-sebut Abdullah bin Ubai sebagai seorang munafik? Apakah Rasulullah s.a.w dan sahabat tidak memikirkan aib yang ditanggung oleh Abdullah bin Ubai sejak dahulu hingga hari kiamat?
      Ia diberitakan sehingga ke pengetahuan umat Islam hari ini bertujuan menghindarkan umat Islam dari kemudharatan.
      Kesan kemudharatan ini boleh mengakibatkan bencana yang lebih besar dari aibnya.

      Maka demikianlah juga tindakan SJ…sekian, Wassalam.

       
    • putra

      19/02/2011 at 5:42 am

      Sa-Udara sekalian,

      Pada zaman Almarhum Ustaz Hanafi telah berlaku satu proses yg dikenali sebagai proses penapisan…proses ini mengasingkan/ mengeluarkan/membuang yang batil dari yg hak…

      Pada zaman Ustaz Ishak jugak proses ini berlaku…

      dan kini proses ini masih berlaku…dan sy yakin ianya pasti akan terus berlaku dan berlaku selagimana ada puak2 yg khianat dlm perjuangan…

      Biasa la tu sa-udara sekalian, puak2 khianat ni takkan habis sehingga akhirat… sabor jer la

      Apa yg penting, PSSCM akan terus utuh membawa misi perjuangan sebagaimana yg telah diasaskan oleh Almarhum.

      Bersabarlah anak2 cekak yg sa-UDARA… jgn cepat melatah dgn usikan mereka dan berdoalah semoga Allah menetapkan hati2 kita dalam perjuangan suci ini…dan tidak terpedaya dgn tipudaya iblis serta kaum kerabatnya yg pintar dan amat berpengalaman yg akhirnya akan memerangkapkan kita dlm tapisan…

      Berwaspadalah…

       
      • putra

        19/02/2011 at 5:48 am

        Saya mengesyorkan supaya tidak dilayan posting2 negatif berkenaan PSSCM dan YM Guru Utama…sebab makin dilayan makin buruk jadinya…mungkin itu agaknya kehendak mereka…

        Apa yg boleh kita lakukan ialah membuat posting2 positif yg memberi kebaikan kpd semua tanpa perlu menjawab kutukan atau mengutuk org…

        Jaga diri, kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi…

        Dipetik dari komen wahid dari blog lain…

         
      • suarajagat

        19/02/2011 at 8:27 am

        jika membaca tulisan SJ berkaitan isu ini..ia adalah satu tulisan yang bertujuan mempositifkan keadaan. Kerana itu sejak awal penulis katakan, si pelaku kesalahan hendaklah mengakui kesalahannya dan seterusnya memohon maaf atas apa yang berlaku. Kemudian dalam soal pentadbiran, maka terpulanglah pada ahli PSSCM sendiri untuk memperkemaskannya.

        Namun apa yang berlaku ialah kesalahan yang sangat besar ini terus dipertahankan. Ada pula yang mencabar SJ untuk mengemukakan bukti bahawa syahadah yang diucapkan oleh umat Islam hari ini adalah ajaran Rasulullah s.a.w. Setelah saya buktikannya dengan hujah bersumber al-Quran dan hadis, lalu kemudiannya meminta penyokong Datuk Saithu Maideen membuktikan jika mereka benar…tidak ada seorang pun yang mampu membuktikannya.
        Kenapa begitu? Ini kerana, sesuatu perkara yang dangkal, tidak akan dapat dibuktikan dengan hujah agama.

        Perpecahan yang berlaku dalam soal pengurusan dan kepimpinan PSSCM, itu saya tidak mahu sentuh..
        tetapi kesalahan yang membawa kepada kerosakan akidah muslim, itu yang saya tegur.
        Kerana pengakuan diri untuk tunduk kepada ALLAH tidak bermula dengan silat..tetapi bermula dengan syahadah.

         
      • suarajagat

        19/02/2011 at 8:05 am

        Saudara Putra…
        saya suka dengan cara saudara memberi komen..relax dan berbahasa.
        beginilah kita sewajarnya.

        ingin sekali saya tanyakan, antara mempertahankan PSSCM dengan mempertahankan kesucian akidah dan kalimah tauhid, mana yang lebih utama?
        apa yang sebenarnya berlaku..khianat PSSCM atau khianat agama?

         
  5. XTAU

    30/01/2011 at 5:52 am

    Allah tidak sekali-kali mensyariatkan Bahirah, tidak juga Saa’ibah, tidak juga Wasilah dan tidak juga Haam. Akan tetapi orang-orang kafir itu sentiasa mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah; dan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal fikirannya.Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran), dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)”, mereka menjawab: “Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya”. Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?
    (Al-Maidah: 103-104)

     
    • suarajagat

      30/01/2011 at 5:34 pm

      saudara XTAU..
      saya kira komen anda dengan meletakkan ayat-ayat al-Quran di atas adalah untuk menafikan perkara tawassul sebagaimana yang disebutkan oleh SJ dalam petikan artikel ini.

      Saudara XTAU,
      adapun ejaan perkataan wasilah yang menjadi asal perkataan tawassul ialah dengan huruf sin di tengahnya.

      manakala ejaan wasilah tulisan saudara bagi ayat al-Maidah 103 sewajarnya di tulis washiilah.
      ini kerana ejaan bagi perkataan tersebut menggunakan huruf sod di tengahnya.

      di dalam bahasa arab, makhraj huruf yang berbeza memberi makna berbeza.

      makna wasilah(dengan huruf sin) telah SJ terangkan di artikel ini.

      washiilah (dengan huruf sod) dalam ayat 103 surah al-Maidah yang saudara XTAU berikan pula bermaksud :-

      “seekor domba betina yang melahirkan anak kembar yang terdiri dari seekor jantan dan seekor betina. Maka yang jantan ini disebut washiilah (dengan huruf sod) oleh masyarakat arab jahiliyyah…ia tidak disembelih dan diserahkan kepada berhala..”

      Untuk pengetahuan pembaca : Bahirah, Saa’ibah, Washiilah dan Haam di dalam ayat 103 surah al-Maidah ini semuanya membawa maksud kepada haiwan ternakan (unta dan domba) dengan kepercayaan-kepercayaan karut masyarakat arab jahiliyyah.

      Oleh itu saudara XTAU sebenarnya telah MEMANIPULASIKAN ayat al-Quran (surah al-Maidah : 103-104) walhal konteks ayat, ejaannya serta bunyinya (makhraj huruf) adalah berbeza dengan apa yang dibincangkan dalam artikel SJ di atas. Tindakan manipulasi al-Quran merupakan pembohongan ke atas firman-firman ALLAH! Ianya satu kesalahan!

      Untuk bersangka baik, SJ menganggap mungkin kesalahan XTAU ini sebagai sesuatu yang tidak disengajakan oleh beliau.
      Maka yang demikian, saya ingin menasihati saudara XTAU…“kalau anda XTAU janganlah buat-buat tau..kerana tindakan itu akan hanya membuka pekong di dada.”

      terima kasih. 🙂

       
      • tok padang

        07/02/2011 at 2:30 pm

        Tawassul memang diharuskan oleh para jumhur ulamak Sunnah Wal Jamaah sepertimana yang kita boleh dapati dalam kitab Furu’ Al-Masail yang dikarang oleh Syeikh Daud Al-Fathoni, walaubagaimanapun kita harus berhati-hati kerana terdapat juga sebahagian ulamak dalam Sunnah Wal Jamaah melarang disebabkan kekhuatiran akan terpesongnya akidah umat Islam bahawa yang memberi kesan itu adalah amalan tawassul tersebut dan bukannya Allah Taala.

        Maka dengan sebab itu amalan tawassul perlu diberikan penerangan yang lebih jelas agar kita tidak terpengaruh bahawa sesungguhnya amalan tersebut hanyalah satu kaedah untuk memohon kepada Allah Taala dan tidak lebih dari itu dan tetap yang memberi kesan itu adalah Allah Taala jua.

        Kadangkala terdapat juga pengamal-pengamal dalam SC bersungguh-sungguh menjaga amalan tawassul lebih dari daripada perintah menunaikan sembahyang lima waktu sehingga ianya terlalu dititikberatkan seolah-olah amalan tawassul ini lebih afdhal daripada amalan sembahyang lima waktu.

        Kadangkala kita akan mendengar bahawa selamat seseorang itu dari bencana adalah akibat teguhnya amalan tawassul mereka. Ini amat menyedihkan kerana sunnah Rasulullah SAW yang lebih utama dipinggirkan.

         
      • suarajagat

        07/02/2011 at 4:11 pm

        terima kasih tok padang..
        SJ setuju dengan anda.

         
      • Aswan Comel

        09/03/2011 at 4:35 am

        ada juga ahli yg sampai bertawassul utk kereta dan motor….air yg dibaca dgn bacaan (tawassul) di mandikan kepada pada kenderaan tersebut…..utk tolak bala kut….mmg kelakar.

         
  6. XTAU

    31/01/2011 at 1:53 am

    terima kasih juga kerana memberi huraian. sy tidak berani menafsir kerana sy sememangnya tidak tau, dan sy takut tersesat.

    Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. (Al-i-Imran:7)

    Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: “Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?” (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik. (Al-Baqarah:26)

    Tujuan utama saya bukanlah menentang konsep tawassul, Sunguh saya tidak berani mengharamkan apa yg tidak Allah katakan haram, cuma saya berharap agar saudara2 diluar sana tidak hanya mengikut perbuatan orang lain(datuk nenek,guru,pemimpin ataupn kwn2 dll) tanpa merujuk kepada Al-Quran. Penekanan saya lbh pada ayat 104, yang saya rasa Ayatnya sgt jelas.

    Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran), dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)”, mereka menjawab: “Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya”. Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk? (5:104)

    (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad dari Tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman. (Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): “Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan”.(7:2-3)

    Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: “Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya, dan Allah perintahkan kami mengerjakannya”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya?” (7:28)

    Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah. (7:30)

    Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
    Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,” nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu. (4:59-61)

    Jika kita benar-benar mahu menjadi orang yang beriman, Al-Quran adalah petunjuknya. Insya Allah swt, kita tidak tersesat.

    Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; (2:2)

    Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.(7:36)

    (Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.
    Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman. (51-52)

    Dan demikianlah Kami menerangkan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (dengan berbagai cara, untuk menimbulkan keingkaran mereka) dan supaya mereka (yang ingkar itu menuduhmu dengan) berkata: “Engkau telah mempelajarinya (dari orang-orang lain) “, dan supaya kami menerangkan (Al-Quran) itu kepada orang-orang yang (mahu) mengetahui. (6:105)

    Peganglah Al-Quran, Sembahlah Allah, ingkarilah Taghut(orang yg melampaui batas)

     
    • suarajagat

      01/02/2011 at 1:33 pm

      terima kasih atas komen XTAU..

      kerana menegakkan agama lah maka saya wujudkan blog SJ ini. Atas asbab itu juga saya menjawab kekeliruan berkaitan silat cekak di atas. Supaya masyarakat tidak mudah membuat tuduhan tanpa mengetahui bahawa adanya dalil berkaitan sesuatu amalan.

      Apatah lagi apabila tuduhan dibuat tanpa kajian dan pengamatan.

      Blog SJ sendiri tidak pernah membuat tuduhan melulu kepada mana-mana pihak, melainkan setelah SJ sendiri melakukan kajian, risikan, pengamatan dan pemerhatian serta perbincangan bersama mereka yang mempunyai kefahaman ilmu agama yang mendalam. Ini termasuklah di pihak para penyelidik dan pegawai agama di beberapa pejabat agama Islam negeri-negeri.
      Demikian juga dengan dalil-dalil al-Quran dan hadis yang sememangnya akan saya dapatkan penerangan dari kalangan mereka yang arif tentangnya..

      SJ juga bersetuju dengan saudara XTAU, agar tidak mengikuti mereka yang melampaui batas…TQ

       
      • mamat

        01/02/2011 at 5:10 pm

        Org yang nak menegakkan agama…. cerita macam…. suruh dapat pengiktirafan dari pihak agama…..
        Tapi kita tak kenal sapa si SJ ni….. mana dia datang…. latar belakang pendidikan….. belajar
        kat mana?
        Ni ape cerita ni……. pahaman ikut suka dia jerr…..bincang ngan alim ulamak konon…. aku pun boleh cakap macam tu…….
        Nak menegakkan agama konon….. tapi bacul, takut nak kenalkan diri….
        Pegi dahhhh

         
      • suarajagat

        01/02/2011 at 8:52 pm

        saudara mamat…
        anda boleh baca semua tulisan SJ, dan beritahu saya mana tulisan saya yang lari dari akidah ahli sunnah wal jamaah.

        malah seperti yang saya nyatakan dalam pelbagai komen, SJ tidak mahu masuk campur dalam urusan pentadbiran Silat Cekak.
        Saya menegur atas dasar agama.
        Bila salah lafaz syahadah.. ia melibatkan isu agama.
        sbb itu juga saya menulis artikel di atas. menunjukkan bahawa ianya kesalahan individu. bukan salah keseluruhan persilatan.

        Maaf kalau saya katakan..belum pernah ada sesiapa dalam silat cekak menerangkan berkaitan hukum bertawassul secara jelas sebagaimana yang saya nukilkan di atas.

        Saya sentiasa mengetengahkan bahan penulisan berdasarkan fakta, ayat al-Quran dan hadis yang disertakan dengan ijmak/ ijtihad para ulama muktabar. Malah saya turut sertakan bahan rujukan terbabit untuk memudahkan pembaca membuat rujukan. pahaman mana yang ikut suka saya?

        buktikan bahawa syahadah Datuk Maideen adalah syahadah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w…manakala teguran saya pula bercanggah dengan Islam. Buktikanlah…

        saya bukan satu-satunya blogger yang tidak dikenali. banyak lagi blogger lain yang turut tidak dikenali siapa diri sebenar mereka.
        Tidak penting untuk anda kenal saya atau tidak.
        Yang penting adalah usaha SJ membicarakan kebenaran dan merungkai kebatilan.

         
  7. pen merah

    01/02/2011 at 6:46 pm

    Salam ziarah. SJ, saya amat menghormati saudara kerana sudi memberi huraian dan pendapat dalam isu silat cekak. Berkaitan permasalahan yg dihadapi, Rasanya lebih baik saudara cuba mencari maklumat daripada ketiga-tiga pihak silat tersebut. Dan ada baiknya jika saudara berhubung terus dengan ketiga-tiga guru tersebut. Cuba kenali mereka bertiga. Bab kesalahan yang dilakukan susah untuk kita menilai kebenarannya jika belum terbukti.

    Melalui link yang SJ bagi sebagai rujukan, itu daripada satu pihak sahaja.
    Alangkah baiknya SJ berusaha mencari kebenaran berkaitan isu silat cekak ini kerana silat cekak merupakan satu persilatan yang mempunyai ramai ahli dan semua terdiri daripada kalangan umat Islam.

     
    • suarajagat

      01/02/2011 at 9:35 pm

      terima kasih pen merah..

      pertama sekali, saya amat berharap semua ahli silat cekak dan masyarakat faham bahawa saya menulis atas dasar agama. Artikel di atas saya tulis kerana kekeliruan yang ditimbulkan oleh pihak EMJAY dilihat boleh menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap agama Islam terutamanya kaedah bertawassul dalam berdoa.
      Saya tidak berniat untuk mencampuri permasalahan pentadbiran mana-mana silat cekak.
      kerana itu, sekitar masalah kesalahan lafaz syahadah, saya hanya sebut tentang kesalahan lafaz sahaja. masalah pentadbiran seperti turun naik jadi guru dan sebagainya tidak sekali-kali ingin saya campuri sama ada dalam Cekak Malaysia mahupun Cekak Pusaka Hanafi.
      Biarlah ianya dilaksanakan oleh ahli persatuan tersebut sendiri.
      Rujukan berkaitan kes salahlaku/ pecah amanah/ saman Guru Cekak Pusaka Hanafi itu yang penting telah dikeluarkan oleh pihak Mahkamah Tinggi.

      Malah, jika dilihat, ketika saya menulis tentang isu syahadah, saya letakkan tajuk “Tazkirah SJ : Ucaplah Syahadah Dengan Betul”.
      Tajuk ini jelas menunjukkan niat saya untuk menegur agar diperbetulkan lafaznya semula menurut al-Quran dan sunnah serta kesepakatan ulama.

      Malangnya, ada yang terbawa-bawa dengan sentimen sesama mereka lalu merebak dalam penulisan komen di blog SJ.

      diharap semua pihak dapat membaca kembali kedua-dua artikel saya..
      jelas menunjukkan saya hanya membicara isu berkaitan agama yang secara kebetulan berkait dengan silat cekak.
      sehingga secara jelas SJ sebut di dalam artikel bahawa :
      “Kes-kes ini adalah kesalahan individu, maka janganlah pula seluruh persilatan tersebut dipandang serong.”

      statement ini secara tidak langsung mempertahan seni beladiri itu secara keseluruhannya.
      saya sangat berharap agar kesalahan-kesalahan individu dilihat sebagai kesalahan individu..bukan kesalahan seni silat mahupun lapisan ahli / penuntutnya.

      Pada hemat SJ, keseluruhan silat cekak perlu memainkan peranan utama membersihkan pergerakan mereka dari kes-kes sedemikian. cukuplah apa yang telah berlaku, jangan diburukkan lagi. Perbetulkan kesilapan. Jika ada kesalahan, kesilapan dan ketelanjuran kata mahupun perbuatan, akui lah.

      Orang tua-tua selalu berpesan “berkata benar, sekalipun pahit”.
      Demikian jua seharusnya hidup kita.

      terima kasih. 🙂

       
  8. aswan

    02/02/2011 at 1:04 am

    tahniah SJ,

    masalah ahli2 PSSCM adalah kerana mereka tidak mahu merendah diri mengaku kesalahan dan kesilapan mereka menerima Datuk Saithu Maideen yg jahil sebagai guru (silat/mursyid/hakikat) mereka. Kebanyakan ahli2 PSSCM khususnya telah terbawa2 dengan perasan takjub dan fanatik kepada persatuan mereka tanpa mereka sedari dan ini jelas apabila timbul isu syahadah datuk saithu yang terang-terang salah…mungkin ini satu petunjuk dr Allah tentang penipuan yg berlaku dlm PSSCM???.
    Pada peringkat awal alasan telo diberi (secara tidak rasmi), sekarang mcm2 alasan lain pula yang keluar sehingga mendakwa perkara2 berhubung hal2 hakikat, jelas alasan2 ini keluar dari mereka2 yg jahil dan taksub (saya tak berhajat menjelaskan satu2 di sini)…persoalannya sekarang, MENGAPA DATUK SAITHU TAKUT BENAR HENDAK MENGAKU KESALAHAN SYAHADAHNYA?

     
    • asiq

      21/02/2011 at 3:51 pm

      Salam…saudara mamat ,aswan dll toksahlar bergaduh pasai depa depa yg senang kita yg bising2 wat per…Jabatan agama ada dia yg berhak kata salah atau betul.Korang nak korang buat pertanyaan atau report kat sana bukan cara begini.Yang salah2 yg betul tetap betul yg memandai cerita iaitu FITNAH

       
      • suarajagat

        21/02/2011 at 8:07 pm

        saudar asiq..
        untuk pengetahuan saudara, pendedahan berkaitan syahadah Datuk Maideen tidak boleh di anggap fitnah, kerana ianya disertakan dengan bukti secara audio visual.
        Berkaitan Jabatan Agama..kita tunggu dan lihat.
        terima kasih.

         
  9. mamat

    02/02/2011 at 2:18 pm

    hang sembang….buktikan bahawa syahadah Datuk Maideen adalah syahadah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w…manakala teguran saya pula bercanggah dengan Islam. Buktikanlah…

    ni apa cerita ni………. tanya org punya bukti….hang boleh buktikan syahadah hang diajar oleh rasulullah?…..buktikanlah……hang cakap org….. hang pun sama. Hang ingat, bila hang sembang pasai agama….tauhid la… quran laa….hadis la….org boleh respect kat hang…

    Tapi bila minta bukti syahadah diajar oleh rasullah…. hang dah sewel…. rasulullah hidup bila?…. hang dah berusia beribu tahun kot….. patut ler nyanyuk…… tua kutuk…. tak sadar diri……

     
    • suarajagat

      02/02/2011 at 6:53 pm

      saudara mamat..
      di awal ini ingin saya tegaskan – i don’t ask for any respect…
      jalan dakwah ini bukan untuk menagih pujian dan penghormatan..
      sungguh, saya tidak perlukan semua itu dari sebarang makhluk ciptaan-NYA.
      jalan dakwah ini dilaksana atas kesedaran diri sendiri.. sekadar melaksanakan tuntutan-NYA dan pesanan Rasulullah s.a.w yang bermaksud “sampaikan dariku walau sepotong ayat”

      sebagai membuktikan bahawa syahadah yang dilafazkan oleh umat Islam hari ini (saya fokuskan kepada arus perdana/ mainstream : ahli sunnah wal jamaah), SJ sertakan 3 pembuktian :-

      pertama, hadis yang diriwayatkan dari Saiyidina Umar al-Khattab r.a :

      عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَیْضًا قَالَ: (( بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْ هِ
      وَسَلَّمَ ذَاتَ یَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِیْدُ بَيَاضِ الثِّيَاب ِ شَدِیْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ ، لاَ یُرَى عَلَيْهِ أَثَ رُ
      السَّفَرِ وَلاَ یَعْرِفُه ُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِي صلى الله عليه وسلم ، فَأَسْنَد َ رُآْبَتَي ْهِ إِلَى
      رُآْبَتَي ْهِ، وَوَضَعَ آَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَیْه ِ، وَقَالَ: یَا مُحَمَّد أَخْبِرْن ِي عَنِ اْلإِسْلا َم، فَقَالَ رَسُولُ ا للهِ
      صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : الإِسْلاَ مُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحَمَّدً ا رَسُولُ اللهِ، وَتُقِيْ مَ
      الصَّلاَة َ، وَتُؤْتِي َ الزَّآَاة َ، وَتَصُوْم ُ رَمَضَانَ ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْ تَ إِلَيْهِ سَبِيْلاَ . قَا لَ
      صَدَقْتَ، فَعَجِبْن َا لَهُ یَسْأَلُه ُ وَیُصَدِّ قُهُ. قَالَ أَخْبِرْن ِي عَنْ الإِیْمَا نِ، قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلاَئِ كَتِهِ،
      وَآُتُبِه ِ، وَرَسُلِه ِ، وَالْيَوْ مِ الآخِرِ، وَتُؤْمِن َ بِالْقَدَ رِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ . قَالَ صَدَقْتَ. قَالَ: فَأَخْبِر ْنِي عَ نِ
      الإِحْسَا نِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ آَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ. قَالَ: فَأَخْبِر ْنِي عَ نِ
      السَّاعَة ِ، قَالَ: مَا المَسْؤُو لُ عَنْهَا بِأَعْلَم َ مِنَ السَّاِئل ِ. قَالَ: فَأَخْبِر نِي عَنْ أَمَارَات ِهَا، قَالَ: أَنْ تَلِ دَ
      الأَمَةُ رَبَّتَهَ ا، وَأَنْ تَرَى الحُفَاةَ العُرَاةَ العَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ یَتَطَاوَ لُوْنَ فِي البُنْيَا نِ، ثُمَّ انْطَلَقَ ،
      فَلَبِثْت ُ مَلِيَّا، ثُمَّ قَالَ: یَا عُمَر، أَتَدْرِي مَنِ السَّائِل ُ؟ قُلْتُ اَلله وَرَسُولُ هُ أَعْلَم. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِیْ لُ
      أَتَاآُمْ یُعَلِّمُ كُمْ دِیْنَكُم ْ )) رواه مسلم.
      Daripada Saiyidina ‘Umar juga, r.a. beliau berkata:
      “Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.”
      Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah, no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).

      perhatikan betul-betul pada baris ke-5 tulisan arab itu ada kalimah yang saya bold-kan..

      kedua,
      ingatkah kita tentang sejarah seruan azan yang bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi?
      Seruan azan yang berkumandang 5 kali sehari, bertujuan sebagai peringatan buat umat Islam tentang masuk waktu solat telah bermula sejak zaman Rasulullah lagi.

      Dari segi sejarahnya, azan mula disyariatkan pada tahun pertama Hijrah. Hal ini telah terkandung di dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar r.a. Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah. Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan.

      Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat. Apabila bendera telah berkibar, orang yang melihatnya hendaklah memberitahunya kepada orang ramai. Ada juga yang mencadangkan supaya ditiup trompet seperti yang biasa dilakukan oleh penganut agama Yahudi. Ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasrani. Terdapat juga usul supaya dinyalakan api di atas bukit. Orang yang melihat api tersebut hendaklah datang menghadiri solat berjemaah.

      Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Nabi s.a.w. Kemudian, Umar bin al-Khattab mencadangkan agar diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul beliau ini telah diterima oleh Nabi s.a.w. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”.

      Sementara itu, pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi tentang seorang lelaki yang datang kepadanya dengan membawa loceng. Abdullah memohon agar loceng itu dijual kepadanya. Pembawa loceng bertanya: “Untuk apakah tuan gunakan loceng ini?”. Abdullah menjawab: “Kami akan memukulnya untuk memberitahu telah masuknya waktu solat kepada orang ramai”. Apabila mendengar jawapan tersebut, pembawa loceng itu berkata: “Mahukah tuan saya tunjukkan cara yang lebih baik untuk memberitahu solat?”. Abdullah menjawab: “Itu baik sekali”. Lalu pembawa loceng itu berkata: “Kumandangkanlah Allahu Akbar… (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)”. Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Nabi s.a.w. bersabda: “Mimpimu itu mimpi yang benar”. Nabi s.a.w. memerintahkan Bilal bin Rabah mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar pula datang kepada Nabi s.a.w. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti yang dialami oleh Abdullah bin Zaid.

      Di sini jelas menunjukkan bahawa lafaz-lafaz azan yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. mempunyai persamaan dengan lafaz-lafaz azan yang didengar oleh Abdullah bin Zaid dan Umar bin al-Khattab dalam mimpi masing-masing. Namun begitu, mimpi-mimpi tersebut bukanlah menjadi dasar pensyariatan azan kerana secara kebetulan lafaz-lafaz azan yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. mempunyai persamaan dengan mimpi kedua-dua orang sahabat tadi. Sandaran azan bukan sahaja melalui mimpi bahkan ia diperkuatkan lagi dengan penerimaan wahyu. Al-Bazzar meriwayatkan bahawa:

      “Nabi s.a.w. pada malam isra’ telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.

      ketiga :
      tahiyat awal

      image di atas merupakan bacaan tahiyat awal dalam solat.

      kesimpulan : ketiga-tiga bukti yang saya nyatakan ini adalah ajaran Rasulullah s.a.w. Ianya termaktub di dalam kitab-kitab ulama sejak dahulu lagi. Malah jika para pembaca sekalian membaca/ mempelajari kitab-kitab hadis seperti sahih al-Bukhari dan Muslim umpamanya, insya’ALLAH anda akan mendapati hadis-hadis ini juga.

      Soalan yang ditimbulkan oleh saudara mamat kepada saya, iaitu :

      “hang sembang….buktikan bahawa syahadah Datuk Maideen adalah syahadah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w…manakala teguran saya pula bercanggah dengan Islam. Buktikanlah…

      ni apa cerita ni………. tanya org punya bukti….hang boleh buktikan syahadah hang diajar oleh rasulullah?…..buktikanlah……hang cakap org….. hang pun sama. Hang ingat, bila hang sembang pasai agama….tauhid la… quran laa….hadis la….org boleh respect kat hang…

      Tapi bila minta bukti syahadah diajar oleh rasullah…. hang dah sewel…. rasulullah hidup bila?…. hang dah berusia beribu tahun kot….. patut ler nyanyuk…… tua kutuk…. tak sadar diri……”

      secara tidak langsung beliau mempersoalkan kebenaran kalimah syahadah yang telah termaktub dalam hadis-hadis ini serta yang terdapat di dalam seruan azan. Walhal semua ini jelas diajarkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, tabi’in, tabi’it tabi’in serta sekalian alim ulama yang mengikuti mereka itu dari dahulu hingga kini.

      Nah, sekarang bagaimana? bila nak buktikan lafaz syahadah Datuk Maideen itu ajaran Rasulullah s.a.w?
      sila..tunjukkan dalil-dalilnya.. nyatakan juga kitab para ulama ahli sunnah wal jamaah yang menyebutkan syahadah sebagaimana lafaz Datuk Maideen itu.

      Nasihat buat diri saya dan semua pembaca blog SJ..banyakkan berdoa agar kita sentiasa berada dalam kebenaran tauhid dan akidah Islam. Amalkan bercakap benar. Semoga ALLAH sentiasa memberi petunjuk dan hidayah-NYA.

      sebagai tambahan..saya sertakan firman ALLAH di dalam al-Quran yang bermaksud :

      “Sesungguhnya mereka dahulu apabila dikatakan kepada mereka ;” La ilaha illallah (tiada Tuhan melainkan ALLAH)” – mereka bersikap takbur mengingkarinya,” (surah ash-shafaat : 35)

      *Jelaslah bahawa “la ilaha illallah” termaktub dalam al-Quran. Maka perkataan ‘La’ yang bermaksud ‘Tiada’ dalam lafaz kalimah syahadah (Asyhadu alla ilaha illallah, wa asyhadu anna Muhammad Ar-Rasulullah) tidak wajar diganti sebagaimana lafaz Datuk Maideen – “Asyhadu allah ilaha illallah,…….”
      (jika ada yang tidak percaya dengan tulisan SJ ini, anda boleh baca sendiri ayat itu dalam al-Quran al-Karim)

      Wallahu’alam..

       
  10. pen merah

    02/02/2011 at 4:30 pm

    Salam SJ.. Terima kasih dengan pendapat dan pandangan tuan.
    Mudah2an dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan untuk terus menyampaikan sesuatu yang bermanfaat untuk umat Islam.

     
    • suarajagat

      02/02/2011 at 7:01 pm

      terima kasih pen merah..
      doa kesejahteraan untuk anda juga.. 🙂

       
    • asiq

      16/02/2011 at 2:03 pm

      Salam sj .. sy ni kurang arif tentang bab2 tersebut tp sy minat seni silat…sy pernah belajar silat cekak (CM) smpai tamat di daerah selangor sebelum kenaikan encik maideen.semua dibawah selangor ditutup jd sy xda tempat nak bercampur utk tdk terus lupa praktikal(latihan tu penting)mengurang aktiviti kosong lepak diwaktu mlm juga.jd baru sejak setahun lebih ini sy ada join dgn rakan2 dan guru silat semperdi(silat yg berzikir apa yg diniat boleh diklon pergerakan seni bela diri) yg pngamal minta.tinggi amalan zikirnya(rajin)lagi byk ilmu seni beladiri yg dia dapat.tp sy belum terbuka hati belajar sebab sy ragu2.Tp diorg pun xmemaksa sy buleh lepakngan diorg mcm biasa dan tiada cerita2 songsang yg diceritakan.lagi satu silat yg ada pada guru tersebut jurus jarak jauh.(mcm nasrul haq) tp menurut yg sy dengar diorg kata nazrul haq dan seni silat buluh rinching besadur jin tp diorg tidak.
      Sy bukan apa cuma nak tanya pendapat sj sebab sy bab2 agama tidaklah begitu baik.Boleh tak sy tumpang belajar dgn mereka..Sebab selagi sy x dijazahkan oleh guru mereka sy tak tau keburukan mereka sy tak boleh cakap mereka itu tidak betul.sebab amalan mereka pun xda yg melanggar (sesat) dr pandangan sylar….sy berharap agar saudara sj dapat memberi jawapan kepada sy …sekian terima kasih

       
      • suarajagat

        16/02/2011 at 2:32 pm

        assalamualaikum..
        saudara asiq…
        pertamanya agak sukar untuk saya memahami maksud saudara berkaitan amalan zikir oleh ahli silat berkenaan.
        boleh saudara berikan contoh2nya?
        ia sedikit sebanyak akan memudahkan SJ memberi pandangan.

        terima kasih

         
      • ahmad

        21/02/2011 at 3:25 pm

        As salam… saudara Asiq,SJ dan lain2 sy rasa saudara Asiq terangkan itu ialah silat seru iaitu silat dengan berzikir Allahuakbar ,Bismillah,Subhanallah dll lepas amalan itu dilakukan ada limit tertentu buleh meminta shj apa jenis seni bela diri yg dikehendaki buleh didapati dan pergerakan sendiri tanpa dipelajari.Contoh mahu silat cekak atau gayong buleh dapat serta merta tanpa mempelajari..sy rasa mcm tak lojik tp kalau org yg pernah belajar dia akui tp kalau dia tinggalkan zikir tersebut dah menjadi…sy rasa kalau saudara tidak akan buleh terpesong bulehlar belajar dan tau sendiri lojik atau tidak.sbb kita ada ilmu iaitu pernah belajar maknanya kita buleh bezakan melainkan org tak pernah belajar…dia tetap kata sama …sekian terima kaseh

         
  11. SeriMersing

    03/02/2011 at 2:44 am

    bukan main hebat lagi pejuang tegar datuk maideen tu ye…
    sy suka cara SJ beri penjelasan yg begitu teliti…

     
    • suarajagat

      04/02/2011 at 7:26 am

      terima kasih Seri Mersing..
      saya sekadar memberikan sedikit sebanyak pengetahuan yang ada untuk hikmah bersama. Kita cuma melaksanakan tanggungjawab dakwah, ALLAH jualah yang memberi hidayah. semoga mendapat manfaat.

       
      • asiq

        17/02/2011 at 3:09 pm

        sy dah terangkan pd saudara tp kamu xfaham… srimersing kamu tulis pd sapa pejuang maideen??

         
      • suarajagat

        17/02/2011 at 3:21 pm

        saudara asiq…
        apa yang membuatkan saya tidak faham ialah kerana bagi sesuatu hukum atau pandangan diberi, saya sangat memerlukan butiran secara lebih terperinci.
        tetapi kalau lah seseorang itu boleh bersilat kerana mengamalkan zikir tertentu, atau mendapat silat itu kerana mengamalkan zikir tertentu, bukan kerana dipelajari pergerakan silat serta kaedah2nya, buah tangkapan, kuncian dan sebagainya..SJ nasihatkan supaya menjauhi beladiri itu.

        Setakat ini, segala bentuk pukulan jarak jauh masih sangat meragukan. Justeru menjauhinya juga adalah lebih baik.

         
    • ahmad

      21/02/2011 at 3:26 pm

      kamu pejuang sapa plak?? jangan cerita kat sini seorang penakut dan menjadi batu api jumpa diluar baru sy buleh tgk anda cakap buleh pakai atau tidak

       
  12. saksi dan bersaksi

    07/02/2011 at 2:27 am

    Salaam,

    Sdr SJ,

    Izinkan saya memberi sedikit input sebagai seorang saksi kpd pertemuan yg tidak disengajakan antara Datuk Maidin dengan seorang yg bertanggungjawab mecetuskan khilafnya ucapan syahadah Datuk Maidin. Peristiwa telah berlaku pada seminggu sebelum Hari Raya AidilFitri tahun lepas bertempat di rumah Tuan Hj Ishak Itam di Bukit Mertajam.

    Rumusan dalam pertemuan itu, berlaku debat antara kedua mereka:

    1. Datuk Maidin mencabar lawannya supaya teruskan peperangan sehingga selesai supaya lawannya dapat kenal Tuhan. Manakala si Lawan kata dia tidak pernah isytihar perang dgn Datuk Maidin.

    2. Datuk Maidin menuduh lawannya sebagai kepala setan, kerana membuat hasutan kpd ahli2 dan orangramai. Si Lawan menjelaskan dia tidak menghasut. Dia cuma menyatakan pendiriannya dan membentangkan khilaf syahadah setelah PSSCM menyatakan tidak ada khilafnya syahadah tsb melainkan kedapatan ‘telo’ oleh Datuk Maidin. Lagi dijelaskan terpulanglah kpd masing2 individu samada terima atau tidak penjelasan beliau. Si Lawan cuba menjelaskan, beliau mengambil masa hampir setahun menunggu pendirian sebenar PSSCM atas isu ini. Apabila disanggah oleh Datuk Maidin sebab terdapat sebaran risalah dan terlapor dalam majalah ‘Realiti’ si Lawan menjawab kerja2 sebar risalah adalah hak individu dan dia tidak terlibat dan bersabit dengan majalah, si Lawan mengaku bertanggungjawab dengan kenyataan tersebut sebab beliau ditemubual oleh redaksi ‘Realiti’ masakan beliau mahu menafikan fakta kejadian.

    3. Datuk Maidin pertikaikan tindakan menentang oleh si Lawan dan melabelkan si Lawan lebih besar dan hebat dari keputusan majoriti dalam persatuan, sehingga membuat kenyataan, “…. Tuhan dan Rasul suruh ikut majoriti …. “. Si Lawan menjelaskan dengan memberi bandingan yang putih tetap putih sekalipun majoriti kata putih itu hitam.

    4. Si Lawan berkata isu ini sebenarnya dimulakan oleh Datuk Maidin, kerana tidak mahu mengaku akan khilafnya. Datuk Maidin telah mencabar secara umum (mereka yg pertikaikan syahadahnya), apakah ilmu yang mereka semua ada dan secara khusus bertanyakan kpd si Lawan, apakah yg si Lawan faham tentang syahadah. Datuk juga menjawab yang penting bukan di lidah tetapi dalam hati sebagai pegangan.

    Sengaja saya memberi input ini, apabila saya dapati betapa ada pihak2 individu cuba pertahankan tidak khilaf syahadah Datuk Maidin, sehingga memberi kritik yg tidak berasas dan lebih tepat kalau saya katakan bukan kritikan tetapi kutukan. Satu yang tidak harus berlaku.

    Saya sendiri mempunyai persepsi tersendiri ke atas isu ini, tetapi biarlah masing2 pembaca membuat rumusan.

    Sebenarnya ada lagi beberapa fakta dalam peristiwa debat ini, tetapi saya cuma ingin melapor sepertimana dirumuskan sahaja.

    Mudah-mudahan tegang ini dapat dirasionalkan demi kebenaran atas nama agama kita.

     
    • asiq

      17/02/2011 at 3:19 pm

      saudara saksi xpayah awk sibuk hal depa …awk belajar jer diaorg semua zaman ni cr nama duit jd kamu ambik ilmu jer pi lantak larr diorg tuu xdahallar…mana ada yg lebih hebat..yg bongkak yg belagak tentu kureng

       
      • ahmad

        21/02/2011 at 3:28 pm

        As salam ….sy setuju dengan anda saudara Asiq…untuk diri sendiri

         
  13. tok padang

    08/02/2011 at 12:05 pm

    Kita janganlah terlalu taksub kepada pemimpin sehingga tidak boleh membezakan yang mana salah dan betul. Kita hendaklah kembali kepada ajaran Rasulullah SAW yang suci. Sifat taksub kepada pemimpin adalah satu sifat yang dicela oleh agama kita. Hanya para rasul dan sekelian nabi sahaja yang bersifat ma’sum yakni sifat yang terpelihara daripada sebarang kesalahan. Selain daripada para rasul dan nabi kita tidak sunyi daripada melakukan sebarang kesalahan dan kesiilapan. Maka dengan sebab itulah kita harus berpesan-pesan sesama sendiri dengan kebenaran sebagai perintah Allah Taala yang terkandung di dalam Surah Al-Asr.

    Jika kita sukar untuk menerima kesalahan dan kesilapan kita maka kita khuatir kita akan tergolong di dalam golongan yang sombong sebagaimana yang diceritakan oleh Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah dengan panjang akan perihal sikap puak Yahudi yang tidak menerima akan kebenaran kerasulan Rasulullah SAW walaupun mereka telah mengetahuinya sekian lama.

    Seperti kata pepatah Melayu takkan hilang bisa ular yang menyusur akar. Jadi jika benar kita memperjuangkan hak bangsa Melayu sudah pasti akan mudah lentur dan bersikap lemah lembut dengan segala teguran yang membina kerana itulah sifat bangsa Melayu. Sifat orang Melayu pula pantang agamanya dicemari walaupun setitik kerana bak kata pepatah orang Melayu “Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah”, di mana ianya bermakna susun atur ataupun adat istiadat budaya Melayu disusun mengikut acuan agama Islam. Secara kesimpulannya, jika dikaji betul-betul akan adat-adat Melayu ini pasti akan berjumpa akan syaraknya sepertimana yang terdapat dalam kitabullah. Jika tiada maka haruslah kita buang.

    Dalam isu yang melanda dalam SC itu pula, maka kita hendaklah bersifat lapang dada sebagaimana ulamak-ulamak di kalangan 4 mazhab yang mereka sentiasa berlapang dada dalam sebarang khilafiyyah mazhab. Semua pengamal SC hendaklah mengimbau kembali kepada titik tolak kemelut yang melanda, apakah ianya benar seperti yang didakwakan berdasarkan kepada bukti-bukti yang telah dikemukakan. Sekiranya benar maka hendaklah kita mengakui kesilapan tersebut dan berusaha untuk membetulkannya kembali kerana isu yang bersangkut paut dengan agama tidak boleh dibuat mainan kerana kelak kita akan didakwa di hadapan Rabbul Jalil.

    Sekiranya tuduhan itu tidak benar maka jawablah dengan penuh hikmah kerana mungkin orang yang mendakwa itu cetek akalnya ataupun dangkal ilmunya kerana golongan manusia yang memperjuangkan kebenaran akan sentiasa dilindungi oleh Allah Taala dan golongan yang memperjuangkan kebathilan akan musnah juga akhirnya. Kita harus ingat pada diri kita bahawa Allah Taala Maha Mengetahui akan setiap tindak tanduk kita dan juga isi hati kita, maka senantiasalah kita mengharapkan akan rahmat Allah agar selamat kita di dunia dan akhirat, kerana akhirat jualah kampung halaman kita yang terakhir.

     
    • asiq

      17/02/2011 at 3:16 pm

      betul2 sy setuju sy belajar utk diri sy bukan taksub utk mana yg jahat..kita ada akal fikiran kita buleh fikir yg mana baik yg mana yg buruk.jd ambik jelar yg baik shj yg buruk kita tinggal…ilmu tiada limitnya.taksub tu samalar ngan politik dan amaln yg lain…hal ni mmg akan terjd kalau yg asal telah tiada.sbb kan kita ilmu yg baik dr sijahat itu kita campurlar yg baik kita ambik cth mula2 sekali Allahyarham ustaz hanafi mengambil silat ni dr kaki mabuk dll

       
      • putra

        18/02/2011 at 3:15 pm

        Apa yg ko merapu ni asiq…tolong la jgn komen kalo tak reti…baik ko duk diam2…

         
      • snowblower

        20/08/2012 at 1:03 am

        fyi ….bile masa ustaz hanafi belajar silat dari kaki mabuk?!!!
        ko ni tengok cerita drunken master banyak sangat laa nie….

         
      • suarajagat

        28/08/2012 at 12:36 pm

        snowblower, mungkin individu yang dimaksudkan oleh fyi tu.. siapa namanya.. Yahya Said kalau x silap saya.

         
    • putra

      19/02/2011 at 7:00 am

      Saya kira pihak pengurusan PSSCM telah pun mengambil tindakan yg paling berhemah dan penuh hikmah dlm menangani permasalahan/dugaan yg melanda PSSCM pada ketika ini. Oleh itu sy harap ahli2 PSSCM yg bersa-udara tidaklah perlu utk menjawab bg pihak PSSCM kerana ianya lebih membawa keburukan dari kebaikan.

      Apa yg kita boleh buat ialah buat keje2 biasa kita dlm PSSCM dan berdoa kpd Allah SWT agar PSSCM akan terus relevan sebagai sebuah persatuan silat yg utuh sebagaimana harapan pengasasnya, Almarhum Ustaz Hj Hanafi Hj Ahmad. Semoga segala cita2 beliau melalui PSSCM akan menjadi kenyataan pd suatu hari nnt…insyaAllah.

       
      • suarajagat

        19/02/2011 at 8:35 am

        Selagimana kesalahan Datuk Maideen dipertahankan..tindakan yang diambil hanya sekadar untuk menangani masalah pentadbiran PSSCM namun pada masa yang sama mengenepikan ruh Islam serta pengisian yang dibawa oleh Almarhum Ustaz Hanafi Hj. Ahmad.
        Akhirnya, PSSCM menghampiri keadaan sepertimana di zaman Yahya Said dahulu. Ada silat, tetapi tiada pengisian. Kalau ada pun, ia telah menyimpang.

        terima kasih.

         
  14. saksi dan bersaksi

    11/02/2011 at 12:17 pm

    Salaam,

    Sdr Jagat,

    Sekali saya merujuk kpd pernyataan saya bth 7/2/11 (input) atas kesaksian debat antara Datuk Maidin dan si Lawan. Setelah itu saya membaca risalah yg diedarkan dan juga artikel dari majalah “Realiti” keluaran Jun 2010.

    Di sini saya meminta pandangan dan pendapat tuan, kerana di dalam risalah dan Realiti, ada satu pernyataan ringkas oleh si Lawan, bahawa dia tidak boleh menerima Datuk Maidin kerana selain salah syahadah, dia juga menuduh Datuk Maidin seorang pembohong dan pengecut kerana berdalih atas silapnya dan tidak mahu berdepan dengan khalayak membuat penjelasan.

    Soalan saya,

    1. Apakah patut si Lawan memberi hujah sepertinya?

    2. dan sebaliknya kenapa pula tuduhan si Lawan diambil sepi oleh Datuk Maidin dan penyokong-penyokongnya. Bukankah ini sangat menyentuh kewibaan seorang pemimpin, malah saya kira maruah seorang guru dipalitkan dengan tuduhan demikian.

    3. lebih menghairankan lagi apabila juah2 Datuk Maidin menghentam golongan penentangnya, malah sdr SJ sendiri menerima macam2 kutukan yang tak berasas pada hal maruah guru mereka telah dicabar oleh si Lawan dipandang sepi.

    Sekian Saya mohon pandangan tuan untuk dikongsi oleh semua.

    Terima Kasih dan Salaam.

     
    • suarajagat

      12/02/2011 at 2:24 pm

      assalamualaikum..
      saudara saksi dan bersaksi,

      1. Soalan pertama ini agak sukar untuk saya jawab memandangkan saya belum membaca artikel majalah Realiti tersebut. Di harap pihak tuan dapat mengirimkan kepada saya artikel berkenaan dalam bentuk PDF ke email suara.jagat @gmail.com.
      Bagaimana pun berkaitan sikap berdalih dan tidak mengakui kesalahan syahadahnya..hal ini amat dikesalkan. Seperti mana saya pernah nyatakan di dalam komen-komen dahulu, Datuk Maideen sewajarnya mengakui kesalahan beliau dan usahlah berdolak dalih dengan pelbagai alasan tidak munasabah.
      Mengakui kesalahan adalah gambaran kejujuran dan keikhlasan diri.

      2. Soalan tentang kenapa dipandang sepi ini tidaklah dapat saya rungkaikan. Wallahu’alam. Pepatah Melayu menyebut “Berani kerana benar, ….” (para pembaca, sambunglah sendiri)

      3. tentang menghentam dan mengutuk individu, sikap sedemikian memang kurang menyenangkan. Tujuan saya menulis kes kesalahan lafaz syahadah adalah sebagai teguran, agar beliau memperbetulkan kesilapannya. Masalah kepimpinan CM, itu atas kebijaksanaan ahli PSSCM sendiri untuk menyelesaikannya.
      Kalau ada yang nak kutuk SJ, saya tak kisah sangat.
      Soalnya..apakah usaha meluruskan akidah umat satu perkara yang menjijikkan? 🙂

      terima kasih..

       
      • putra

        18/02/2011 at 3:44 pm

        Sdr SJ,

        Saya kagum dgn sikap sdr yg berani membuat kenyataan terhadap persoalan dan tuduhan ke atas seorang guru sebuah pertubuhan silat yg mempunyai pengaruh yg besar di negara kita ini… Semoga segala kenyataan yg diberikan akan membawa kepada kebaikan dlm perkembangan pertubuhan tersebut.

        Semoga setiap dr kita berperanan memberi kebaikan kpd masa depan anak bangsa kita…..yg kelihatannya semakin hari semakin menyumbang kpd pecah-belah, keruntuhan akhlak dan kehilangan nilai moral yg semakin kronik…

        Semoga kita dikurniakan taufik dan hidayah oleh Nya.

         
      • mospeda

        19/03/2012 at 10:05 pm

        salam sebelum tu saya mohon maaf klu kata2 ada tersilap atau salah,kenapa saudara tidak terus pergi tanya pada empunya badan n knp kita harus bicarakan,saya keliru gak,mmg la sensitif perkara2 berkaitan agama ni,harap maklum,maaf klu ada tersalah kata,

         
      • suarajagat

        09/04/2012 at 2:02 pm

        terima kasih mospeda…

         
  15. Sam2

    12/02/2011 at 11:59 pm

    Assalamu’alaikum,

    Atas rasa rendah diri dan mudah-mudahan diberi kekuatan sekuasa-kuasanya di dalam menaikkan kedaulatan Melayu kena pada tempatnya dan tentulah Islam sebagai pegangan kita hidup dan mati, susah dan senang malah suka dan duka.

    Dinilai kepada perabadan bangsa Melayu yang penuh dengan ketinggian budi perketi, kesenian yang tiada tolok bandingnya disegani seluruh dunia, dengan apa yang diperkatakan oleh Mamat dan rakannya memperlihatkan kebiadapan dan kelancaran yang ketara di dalam menegakkan kebatilan. Cara saudara mengutarakan bicara melambangkan keruntuhan peribadi suci selama ini disemai baik oleh Silat Cekak. Tambahan apa yang saudara pertahankan selama ini soal utama yang merupakan aqidah orang Islam sejak dari dulu lagi. Jangan disebabkan nafsu dan jiwa ketaksuban saudara terhadap perkara yang jelas menjurus kepada kebatilan merosakkan diri sendiri dan anak bangsa kita. Islam pada aqidah Tauhidnya, rukun Islam dan peribadi Rasulullah SAW akan tetap terpelihara hingga akhirat. Jika niat dan nafsu serakah saudara mengemukakan hujah kepada perkara kebatilan nescaya Allah SWT dengan sifat KebesaranNya Yang Maha Mengetahui akan menghukum saudara. Sedarlah dan bertaubatlah sebelum terlambat.

     
    • putra

      18/02/2011 at 4:00 pm

      Sdr Sam2,

      Izinkan sy memetik kata2 sdr yg ditujukan kpd seseorang,
      “Jika niat dan nafsu serakah saudara mengemukakan hujah kepada perkara kebatilan nescaya Allah SWT dengan sifat KebesaranNya Yang Maha Mengetahui akan menghukum saudara. Sedarlah dan bertaubatlah sebelum terlambat.”

      Ianya merupakan satu peringatan yg baik dan tegas kerana hukuman Allah bukan perkara main2…marilah sama2 kita menghayatinya utk diri kita juga…sbb kita juga manusia biasa yg mudah lupa dan lalai…

      Semoga kita dikurniakan taufik dan hidayah oleh Nya.

       
  16. Aswan Comel

    19/02/2011 at 10:54 pm

    saudara Putra:

    saya setuju pandangan saudara.

    namun begitu…memetik tulisan saudara di atas:

    Saya kira pihak pengurusan PSSCM telah pun mengambil tindakan yg paling berhemah dan penuh hikmah dlm menangani permasalahan/dugaan yg melanda PSSCM pada ketika ini. Oleh itu sy harap ahli2 PSSCM yg bersa-udara tidaklah perlu utk menjawab bg pihak PSSCM kerana ianya lebih membawa keburukan dari kebaikan.

    Apa yg kita boleh buat ialah buat keje2 biasa kita dlm PSSCM dan berdoa kpd Allah SWT agar PSSCM akan terus relevan sebagai sebuah persatuan silat yg utuh sebagaimana harapan pengasasnya, Almarhum Ustaz Hj Hanafi Hj Ahmad. Semoga segala cita2 beliau melalui PSSCM akan menjadi kenyataan pd suatu hari nnt…insyaAllah.

    1. Adakah benar PSSCM masih relevan?

    2. Apakah tindakan yg paling berhemah dan penuh hikmah di ambil oleh PSSCM setakat ini?

    3. Adakah PSSCM hari ini masih memperjuangkan perkara yang sama dibawa oleh Almarhum Ustaz Hanafi?

    4. Sehingga kini pihak PSSCM masih belum menjawab persoalan yg timbul. Mengapa agaknya?

    Saya kira saudara mampu menjawab 4 soalan di atas.

     
    • asiq

      21/02/2011 at 3:40 pm

      Salam …sy nak tanya saudara md radzi ust hanafi still menjadi guru utama CH ker??

       
      • suarajagat

        21/02/2011 at 8:09 pm

        dari sumber2 website, Md. Radzi Hanafi kini adalah guru utama silat cekak pusaka.

         
  17. pen merah

    20/02/2011 at 5:52 pm

    Salam sj .. sy ni kurang arif tentang bab2 tersebut tp sy minat seni silat…sy pernah belajar silat cekak (CM) smpai tamat di daerah selangor sebelum kenaikan encik maideen.semua dibawah selangor ditutup jd sy xda tempat nak bercampur utk tdk terus lupa praktikal(latihan tu penting)mengurang aktiviti kosong lepak diwaktu mlm juga.jd baru sejak setahun lebih ini sy ada join dgn rakan2 dan guru silat semperdi(silat yg berzikir apa yg diniat boleh diklon pergerakan seni bela diri) yg pngamal minta.tinggi amalan zikirnya(rajin)lagi byk ilmu seni beladiri yg dia dapat.tp sy belum terbuka hati belajar sebab sy ragu2.Tp diorg pun xmemaksa sy buleh lepakngan diorg mcm biasa dan tiada cerita2 songsang yg diceritakan.lagi satu silat yg ada pada guru tersebut jurus jarak jauh.(mcm nasrul haq) tp menurut yg sy dengar diorg kata nazrul haq dan seni silat buluh rinching besadur jin tp diorg tidak.
    Sy bukan apa cuma nak tanya pendapat sj sebab sy bab2 agama tidaklah begitu baik.Boleh tak sy tumpang belajar dgn mereka..Sebab selagi sy x dijazahkan oleh guru mereka sy tak tau keburukan mereka sy tak boleh cakap mereka itu tidak betul.sebab amalan mereka pun xda yg melanggar (sesat) dr pandangan sylar….sy berharap agar saudara sj dapat memberi jawapan kepada sy …sekian terima kasih( saudara asiq)

    Salam saudara asiq,
    Berkaitan ilmu persilatan mcm ni, saudara kena lebih berhati2 dan cuba mencari pendapat org yg lebih arif dalam hal begini. Bagi pendapat saya pula, ilmu persilatan yg berupa seperti saudara jelaskan, ada yang betul dan ada juga yg x betul. Perguruan seperti yg saudara maksudkan bagi sy sangat merbahaya. Jgn kita berzikir hanya kerana menginginkan sesuatu. Yg penting setiap amalan kita mestilah IKHLAS kepada Allah.
    Pendapat saya berkaitan jurus jarak jauh, sy rasa x mustahil kerana manusia adalah sebaik-baik kejadian yg dciptakan Allah. Ilmu Allah itu sangat luas. Jadi, carilah pendapat mereka yg lebih arif lagi dan saya sarankan saudara supaya memohon petunjuk daripada Allah kerana Allah itu Maha Mengetahui dan tiada yang mustahil bagiNYA, Jadi Maka ‘Jadilah’.

    Mohon maaf jika ada kekurangan,
    mohon pembetulan jika ada kesalahan,
    Yang baik itu datang daripada Allah, dan yang buruk itu datang darpd diri sy sendiri dengan izin Allah.

     
    • asiq

      21/02/2011 at 3:35 pm

      Salam….terima kaseh pada saudara pen merah sudi menjawab pertanyaan semoga saudara diberkati oleh Allah SWT

       
      • wariSilat

        06/03/2012 at 3:52 am

        salam ukhuwwah…berkenaan dengan pertanyaan sdr tentang silat yg memerlukan kita berzikir tu..ianya salah satu dari cabang ilmu kebatinan,yakni ilmu Haq atau ilmu Allah…sy juga salah seorang pengamal ilmu kebatinan, ilmu ni juga ada peringkat asas iaitu latihan jurus melalui pernafasan….dan amalan jurus tersebut pula hanya bersedekah AlFatihah kepada rasulullah dan para aulia’….tiada yg bercanggah dengan aidah setakat ni selama sy amalkan ilmu tersebut, bagi peringkat seterusnya iaitu peringkat zikir dimana kita diberi amaln zikir seperti nama2 ALLAH…cth ya hayyu,ya qayyum…bila sampai peringkat zikir ini kita diajar dan diingatkan untuk selalu bergantung hati pada ALLAH,selalu mentauhidkan ALLAH…dalam ilmu kebatinan ni juga ada pukulan jarak jauh,,,ianya memerlukan latihan pernafasan bg pengawalan tenaga dalaman kita,,,setiap manusia dah memang ada tenaga dalaman ni,cuma kncinya sahaja kita xtau nak switch on… jadi sebelum kita mengamalkan ilmu ni,kita perlu mendapatkan ijazah dari guru terlebih dahulu ataupun bai’ah,,,itu lah kncinya…setiap ilmu tu ada tuannya yg telah diamanahkan oleh ALLAH…..tapi setiap amalan dalam ilmu ini hanya boleh bermohon kepada ALLAH…lebih kurang sama macam konsep TAWASSUL… mungkin kita boleh bersua muka untuk penerangan dan pencerahan lebih lanjut…
        ini email facebook sy… warisejati@gmail.com

         
    • asiq

      21/02/2011 at 3:38 pm

      sebelum sy terlupa sy berharap agar saudara akan berjumpa dengan orang atau kawan atau saudara sendiri yg mempelajari silat tersebut jd buleh tau cara menanganinya….

       
    • asiq

      21/02/2011 at 4:06 pm

      ramai yg ambil pelajaran tersebut terdiri dr ahli2 bai’ah…itu yg sy tanya tu ..terima kaseh segalanya saudara pen merah dan saudara sj yg menyediakan blog ini

       
  18. pen merah

    22/02/2011 at 2:12 am

    Guru Silat Cekak Malaysia adalah Datuk Maideen, Selain itu ada juga yang x menerima beliau. Dan ada yang masih mengatakan Tuan Ishak Hitam sebagai Guru Utama Silat Cekak Malaysia,
    Guru Silat Cekak Ustaz Hanafi adalah En. Marwi Bin Latif.
    Guru Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, Encik Md Radzi.

    Saudara asiq, Alhamdulillah, sy sendiri ada belajar dengan perguruan yang menggunakan jurus, tetapi lebih kepada perubatan dan kerohanian. Sambil berubat,menyampaikan dakwah. Syukur Alhamdulillah.
    Dalam seharian kita, jangan lupa memohon perlindungan drpada gangguan,ancaman dan tipudaya muslihat jin,iblis dan syaitan. Ilmu yg baik pun akan jadi jahat jika seseorang itu sudah termakan hasutan dan diperdaya oleh syaitan.
    Ilmu Allah semuanya baik, cuma bergantung kepada pembawa ilmu tersebut.
    Ingin belajar ilmu, bukan kita lihat dia ahli bai’ah atau bukan,tetapi cuba cari pendapat orang yang layak memberi pendapat. Contoh cuba bertanya kepada Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din. Cuba cari sekurang2nya 2 org yg arif.. InsyaAllah, dengan usaha dan doa kita, Allah akan berikan petunjuk buat diri kita.

    Mudah2an kita akan diberi Petunjuk oleh Allah S.W.T.
    Mudah2an kita semua akan terlindung drpd gangguan, ancaman, dan tipu daya muslihat jin, iblis, syaitan, serta fitnah dajjal.

     
    • saudara

      08/03/2011 at 11:52 am

      salam saudaraku semua..

      kalau nak ikutkan bnyk reply ruangan ni dah lari dari entry sebenar SJ.

      saya mohon maaf daripada tuan rumah iaitu tuan SJ..terpaksa respon juga bila baca reply dari:

      pen merah says:
      22/02/2011 at 2:12 am
      “..Guru Silat Cekak Malaysia adalah Datuk Maideen, Selain itu ada juga yang x menerima beliau. Dan ada yang masih mengatakan Tuan Ishak Hitam sebagai Guru Utama Silat Cekak Malaysia,
      Guru Silat Cekak Ustaz Hanafi adalah En. Marwi Bin Latif.
      Guru Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, Encik Md Radzi…”

      para pembaca yg dihormati, jangan salah faham & keliru dengan ‘title’ untuk ‘Guru-Guru’ yang dinyatakan di atas..

      setiap GURU yg disenaraikan di atas membawa SILAT CEKAK sahaja…& yg membezakan mereka adalah nama PERSATUAN..iaitu jentera yang diwajibkan berdaftar di bawah undang2 Malaysia.

      harap faham & jelas, sejak zaman almarhum ustaz hanafi lagi SUDAH JELAS proses ini..(boleh rujuk sendiri mana2 web yg ada sejarah perjuangan almarhum ustaz hanafi)..pelbagai JENTERA (persatuan pelbagai nama) yg dijadikan saluran bagi menggerakkan SILAT CEKAK..

      jadi sewajarnya kenyataan untuk umum tahu & faham adalah..nama silat TETAP SILAT CEKAK..cuma persatuan mana? barulah disebut..

      kalau PERSATUAN SSCM = Dato’ Maideen / Tn Hj Ishak Itam
      kalau PERSATUAN SSCUHM = En. Marwi Latiff
      kalau PERSATUAN SSCPHM = Hj. Md Radzi Hanafi

      terpulanglah kepada masyarakat untuk memilih & belajar MELALUI mana-mana PERSATUAN yang berdaftar tersebut..belajar pula biar sungguh-sungguh, sambilan itu bolehlah buat rujukan & penilaian yang sewajarnya..bukan ikut dengar ckp org semata, sewajarnya buat sendiri, usaha tanya sendiri..hujungnya buatlah keputusan..InsyaAllah moga diberi petunjuk kepada kita semua.

      sekali lagi saya pohon ampun maaf pada tuan SJ sebab mencelah begini, namun saya yakin tuan SJ sendiri arif & mampu memahami tujuan saya.

      saya juga yakin tuan SJ (dengan ilmu & petunjuk dari Allah jua) lebih arif & jelas untuk mengupas siapakah Almarhum Ustaz Hanafi bin Hj Ahmad dan betapa bernilai apa yg turut dibawa oleh Almarhum Ustaz Hanafi..

      saya akui memang ramai tokoh2 lain jua, namun kita tidak boleh nafikan..antaranya ialah Almarhum Ustaz Hanafi bin Hj Ahmad.

      teruskan perjuanganmu tuan SJ.

      terima kasih.

       
      • fik

        25/07/2011 at 4:09 pm

        bagus saudara kerana ada mengkaji dan faham atas kajian yang dibuat.

         
  19. kencana

    21/03/2011 at 6:21 pm

    apa yg berlaku dlm kemelut bangsa melayu yg beradap dan beragama kini..satu penghujung dari suatu perjalanan yg lama dan panjang..

    “…lembu punya minyak sapi dapat nama…”

    ini lah perumpamaan melayu kini

     
  20. pen merah

    01/04/2011 at 6:08 am

    Terima Kasih saudara, tetapi, pendapat peribadi saya, lain guru lain cara pembawaannya. Selain itu, alangkah molek jika kita belajar daripada guru yang betul2 guru. Seperti yang saya ketahui, silat cekak mempunyai salasilah perguruan. Jadi dalam 3 pecahan tersebut, mesti ada salah 1 yang betul2 guru..

     
  21. Mad Arshad

    16/04/2011 at 12:12 am

    agaknya datuk saithu maideen ni betul tak, kalimah syahadah dia pun tak betul, nama dia pakai pun bukan nama betul….ish…ish…ish…

     
    • hafizakhir

      13/10/2011 at 1:32 pm

      mane la kamu tau die nye kalimah syahadah xbetul??

       
  22. Hafiz

    08/06/2011 at 8:18 pm

    tiada unsur penyeruan roh, dan penyembahan berhala terhadap taekwondo, jujitsu dan karatedo. tiada penyanggahan terhadap Islam. malah nilai2 islam turut diamalkan dlm seni taekwondo.

     
    • suarajagat

      14/06/2011 at 2:02 pm

      terima kasih atas komen saudara hafiz..
      benar bahawa tiada unsur pemujaan roh dalam beladiri seperti taekwondo, jujitsu dan seumpamanya..
      namun untuk menyatakan unsur di dalam nya Islamik adalah agak meragukan.. ini kerana kita perlu mengetahui bahawa dalam kehidupan seharian terdapat pandangan secara universal seperti adil, kasih sayang, cinta dan sebagainya.

      Melalui sejarah taekwondo, kita dapati kemasukan unsur-unsur seperti keadilan, keseimbangan dan lainnya tidak berpunca dari Islam, tetapi di ambil dari ajaran2 conficious dan buddha.
      Justeru untuk menyatakan bahawa ianya sebagai nilai islami adalah kurang tepat. Demikian juga unsur ‘ying-yang‘ yang sememangnya sebahagian kefahaman dalam pemaknaan taekwando itu sendiri.

       
      • Sayuti Mahmud

        28/06/2011 at 11:33 am

        Assalamualaikum.

        Benar kata suarajagat. Setiap yang apa kita anuti, dijadikan sebagai moral dan prinsip hatta seni beladiri sekali pun kita perlu meneliti dan mengkaji sejarah ia dilahirkan. Kebanyakan amalan tradisi alam Melayu telah di’haruskan’ walaupun ia asalnya lahir daripada amalan agama sesetengah kaum.

        Sebagai contoh adat “melenggang perut” – berasal dari budaya Hindu dan Buddha termasuklah acara “sanding” di dalam pernikahan orang Melayu. Ia juga berasal dari budaya Hindu. Ramai antara kita terlepas pandang dan alpa bahawa setiap perkara yang kita jiwai dan menyerupai berhubung amalan sesuatu kaum, maka kita adalah sebahagian daripada mereka. Banyak lagi tradisi Melayu yang berlawanan dengan prinsip Islam secara hakikinya seperti upacara pijak tanah, gantung tembuni dalam tempurung beserta dengan duit dan sebagainya.

        Begitu juga dengan seni beladiri. Kebanyakan seni beladiri yang berasal dari Timur adalah berasaskan amalam AGAMA. Tidak kira samada ia taekwondo, jujitsu, karate, tomoi mahupun silat sendiri. Bagi sesetangah seni beladiri asing seperti karate jika dilihat dari tempat asal ia dilahirkan penuh dengan pemujaan. Sehinggakan aktor terkenal Steven Seagal sanggup menganuti Buddha semata-mata untuk mendapatkan hiraki tertinggi di dalam aikido.

        Tidak terkecuali tomoi atau tinju Siam yang terkenal sebagai seni beladiri yang ganas dan merbahaya. Kajilah sejarahnya ia dilahirkan dan lihatlah asal usul setiap pergerakan buah-buahnya. Semuanya berasaskan kepada pergerakan Dewa Hanuman di dalam masyarakat Buddha.

         
    • fik

      25/07/2011 at 4:05 pm

      cube kaji balik asal-usul taekwondo dan dari agama mana

       
    • wariSilat

      06/03/2012 at 3:58 am

      sdr yakin ke? apa maknanya tunduk tu? apa maknanya duduk saling menghadap,lepas tu tunduk?di malaysia tahap grandmaster pun kalau pergi ke korea cuma peringkat biasa2 sahaja kerana ada tahap yg lebih tinggi yg hanya diajar kepada mereka yg seagama…iaitu menyembah matahari…
      apa pula nilai2 islam yg diterapkan dalam taekwondo,karate, dan jujitsu? sedangkan beladiri ini berasal dari agama bukan islam….mohon penjelasan..

       
  23. pendekar

    15/07/2011 at 3:52 am

    assalamualaikum……
    kpd sume yg bce blog nih… sy nk tny pndapt sj or yg laen…. pernahkah saudara sj prnah trfkir yg 3-3 persatuan silat cekak yg dasaskn oleh pengasas agung yg sma akn brgabung 1 hari 6ti… dan brgabung pula, siapa yg akan dgabung kn??? mybe psscuh n psscpuh akn serahkn kpd psscm… or psscuh dan psscm akan serahkn kpd psscpuh… yg pastinye guru psscuh skrg.. en. marwi latif tidak ada mndat… jd mmg trglah sanat prguruan tdk ad pada en.marwi latif…..sbb klau kite brsatu pasti hebat… siapa yg brada dphak yg benar…pasti akn dbktikn oleh yg maha brkuasa satu hari 6ti…. sy ad dgr brite yg mgatakn tn. hj. ishak itm sdg skit akbt ilmu yg beliau amalkn n bwk tdk berkat… sy dgr shja…tp blom pnh tgk dpn mata…tggu je la 1 ketika….kbenrn akn trbukti…. kbnran brphk kpd mreka yg bnr…..

     
    • suarajagat

      15/07/2011 at 9:38 am

      wa’alaikumussalam…saudara pendekar…
      adapun blog ini membantu memberi kefahaman berkaitan ahli sunnah wal jamaah..dan tindakan saya menulis artikel di atas untuk membersihkan pandangan negatif sesetengah pihak yang kurang berilmu agar hal-hal yang elok ini tidak diconteng dengan warna kehitaman.
      kalau anda nak bercakap tentang soal pentadbiran persatuan, this is not the ground..
      malahan artikel yang saya tulis ini sendiri memberi banyak manfaat kepada kalian ahli silat cekak yang kebanyakkannya tidak mampu pun menjawab isu seperti tawassul secara ilmiah berdasarkan nas al-Quran, hadis dan ijmak ulama.
      terima kasih..

       
  24. ada

    18/08/2011 at 3:55 pm

    “Akhir kata..bahasa anda yang kasar dan kesat tidak menggambarkan seorang ahli silat cekak. Sepengetahuan saya, Ustaz Hanafi tak ajar muridnya berbahasa kasar kan?”

     
  25. banilon

    01/10/2011 at 5:07 am

    Salam kepada semua.
    Seni bela diri adalah sgt baik dan sgt penting. Cuma ada sebahagian guru2 besar seni silat yg tersasar dari ajaran agama. Sepatutnya persatuan seni silat di samping aktif mengembang ilmu silat juga aktif mengembangkan ilmu agama. Dari diberi amalan2 yg ada desas desus, adalah lbh baik guru2 silat ini buat kelas belajar ilmu tauhid, fikah dan tasauf di samping kelas silat. Sebenarnya tujuan utama kita belajar silat agar kita jd benting mempertahankan agama Allah, tetapi blhkah kita jd hamba Allah kalau kita tidak tahu atau fahan agama Allah.

     
  26. me

    28/10/2011 at 2:01 am

    macam mana bole tersilap dalam mengucap syahadah sedangkan khalimah tu kite sudah pelajari sejak dari kecil lagi..sepatutnya sudah lancar mengucapkan khalimah suci itu pada umur yang semakin meningkat..xmungkin tersilap..tu asas..

     
  27. henry_the_black

    11/03/2012 at 8:23 pm

    Salam,
    Saudara Suara Jagat (SJ) dan bloggers yang lain,
    Saya pohon mencelah atas isu taksub berkaitan Silat Cekak ini. Sebelum itu, pendapat ini hanyalah pendapat saya, yang mungkin betul untuk saya. Al maklumlah, ilmu saya tersangat lah cetek serba serbi berbanding dengan kalian yang ada disini.

    Pada pandangan saya, isu ketaksuban ini bukan suatu keadaan bertepuk sebelah tangan. Tuan Guru tidak secara langsung mengatakan ilmu persilatannya benar, tetapi disampaikan secara tidak langsung. Kehebatan cerita Almarhum Ustaz Hanafi disampaikan mulut ke mulut dari Guru ke Guru. Ianya diumpamakan “perawi” cerita atas kehebatan Almarhum Ustaz. Dan perkara ini disambut baik oleh penuntut penuntut ilmu persilatan ini dengan sepenuhnya (take it as it good), Meskipun demikian, ianya bermula apabila persatuan ini berpecah, bukan sekali tapi dua kali. (mohon betulkan fakta saya). Kali pertama ia berlaku ketika persatuan ini dikenali sebagai Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (mohon betulkan sekiranya silap) yang mana menyebabkan perpecahan persatuan kepada dua persatuan yang mana satu lagi dikenali sebagai Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (PSSCUH) yang diterajui oleh Guru Utama, Hj Mohd Radzi Hanafi (anak kepada Almarhum Ustaz). Kali kedua dan terkini adalah apabila Guru Utama PSSCUH, Hj Mohd Radzi Hanafi dituduh atas salah laku oleh beberapa ahli persatuan sendiri. Maka, rentetan daripada itu sebilangan besar ahli persatuan yang sayangkan perjuangan Almarhum Ustaz telah mengikuti Guru Utama dengan menubuhkan Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi. (mohon betulkan sekiranya ada kesilapan atau tertinggal fakta).

    Sejurus selepas itu, pelbagai isu dan pertegangan urat yang timbul dimana saya kurang pasti sama ada datang dari kalangan ahli persatuan ataupun dari kerabat Almarhum Ustaz. Antara dakwaan yang diutarakan bahawa, Guru Utama Hj Mohd Radzi adalah pewaris sebenar Silat Cekak. Selain itu, beliau juga adalah guru sebenar guru. Sebenarnya, rakan-rakan saya yang merupakan penuntut silat ini ada berkongsi akan perihal silat ini yang segerak dan tidak berbunga. Mereka juga ada mengatakan bahawa ada empat syarat (kalau tidak silap saya) yang perlu dipatuhi selama menjadi ahli persilatan ini, pertama 1) jangan derhaka pada guru 2) jangan derhaka pada ibu bapa 3) jangan bergaduh sesama ahli 4) jangan mencaci ilmu persilatan melayu asli yang lain. Apabila isu perpecahan ini tercetus, saya berasakan semacam ada kekhilafan yang berlaku, yang berkemungkinan besar ada melanda ke atas kedua dua belah pihak, Guru dan anak murid….

    Doktrin jangan derhaka kepada guru menimbulkan satu semangat dan perasaan di kalangan ahli untuk TIDAK menyoal langsung apa yang diucapkan, disuruh atau diucapkan oleh Guru Utama. Pada saya, ianya merupakan sangat bahaya dari sudut menyemarakkan percambahan ilmu, (bukan dari sudut akidah). Dan atas doktrin inilah bagi mereka yang taksub kepada Guru Utama berkeras bahawa Guru Utama ini dianiaya dan menganggap pihak yang satu lagi PENDERHAKA besar ke atas Guru Utama dan ilmu yang dibawa oleh Almarhum Ustaz. Maka bertebaran lah sekalian mereka mengatakan kebenaran pasti muncul berpihak kepada Guru Utama. Selain itu, saya terdengar juga bahawa frasa-frasa “guru sebenar guru”, “pewaris sebenar silat cekak” dan bermacam lagi yang dilihat lebih menjurus kepada ketaksuban melampau.

    Mari kita imbas kembali sirah Rasulullah, Khalifah (4 sahabat) dan sedikit sejarah para ulama mazhab untuk kita sesuaikan dengan isu Silat Cekak ini. Rakan-rakan saya dari ahli silat cekak ini pernah bertanya pada saya, “Apa pendapat kau tentang isu Guru Utama ini?” Saya bertanya balik pada beliau..”Sepanjang pengetahuan aku yang jahil ini, para Rasul itu sahaja yang maksum, manusia lain tidak..apa pendapat kau?” Diskusi kami berakhir tanpa jawapan muktamad. Apa yang saya cuba rungkaikan disini ialah para Rasul adalah maksum yakni terpelihara daripada melakukan dosa yang mana Allah memelihara para Rasul ini daripada melakukan dosa. Meskipun manusia biasa, terdapat banyak martabatnya..daripada suka melakukan dosa sehinggalah “sunyi” daripada melakukan dosa. Ini belum lagi mereka yang tidak melakukan dosa besar tetapi tidak sunyi daripada terus menerus melakukan dosa kecil…wallahua’lam. Berbalik kepada isu pewaris ilmu silat, saya pernah menjentik soalan ini pada rakan saya ini yang sangat hebat dalam persatuan silat cekak ini. Saya bertanya pada beliau..”Rasulullah ada seorang anak lelaki yang meninggal dunia tidak lama selepas dilahirkan, namanya Ibrahim..kau pernah dengarkan kisah ini?” ..”Ya, pernah dengar, peristiwa ini berlaku dekat dengan peristiwa Khadijah wafat..”jawabnya tuntas. Lalu saya bertanya lagi..”Andaikata lah Allah memanjangkan hayat Ibrahim ini, pasti akan berlaku salah satu daripada dua keadaan, pertama akan dilantik sebagai salah seorang khalifah kelak, ataupun golongan ekstremis akan muncul mengganggapnya seorang Nabi, (nauzubillah)…” lalu dijawabnya..”aku tak berani nak komen…” Sebenarnya, Allah lebih mengetahui hikmah kejadian tersebut. Meskipun demikian, jika kita selusuri sejarah Islam selepas kewafatan Rasulullah, banyak pecah belah berlaku terutama sejak zaman Khalifah Uthman dan Khalifah Ali. Akibat ketaksuban melampaulah, timbulnya puak Syiah yang memuja Saidina Ali sehingga ada yang berani mengatakan Ali adalah nabi. Nauzubillah. Andaikan sekiranya anak lelaki Rasulullah itu dipanjangkan hayatnya, bagaimana pula bentuk perpecahan yang mungkin berlaku? Mungkin pihak Syiah berpihak kepada Ibrahim bukan kepada Ali? Begitu juga lah dengan kemelut silat cekak. Saya lihat dan mendengar perwarisan persilatan adalah mengikut perlu sanad keturunan Almarhum Ustaz..sebagai pewaris silat anak Kedah ini. Mengapa hal sedemikian perlu berlaku? wallahua’lam…

    Jangan derhaka pada guru merupakan suruhan yang mulia. Tetapi lebih mulia sekiranya guru juga sedar mereka bukan maksum dan merendah diri (sudi untuk terus dan terus menuntut ilmu dan sedar akan kelemahan diri sebagai manusia biasa…). Teringat saya akan kisah Imam Malik yang terkenal ketika menjawab persoalan dari anak muridnya, dalam himpunan soalan yang banyak, Imam Malik hanya dapat menjawab segelintir sahaja (ada kisah mengatakan dua soalan sahaja yang dapat dijawab), selebihnya Imam Malik menjawab, “aku tidak tahu..” Kehebatan Imam Malik ini juga telah mendorong Muhammad bin Idris As-syafie berguru dengan beliau sehingga menjadi imam Mazhab yang baru iaitu Mazhab Syafie. Imam Malik juga pernah mengatakan kepada anak muridnya antara lain disimpulkan “Aku tidak menyuruh kalian menerima bulat-bulat apa yang ku ajarkan, tetapi aku suka kalian berguru lagi dengan guru lain sekiranya apa yang ku ajarkan tidak difahami” (mohon pembetulan sekiranya ada kesilapan fakta). Hal ini juga pernah diutarakan oleh Imam Syafie bila ditanya oleh muridnya tentang kitab karangannya dimana soalannya berbunyi lebih kurang begini..”Adakah kitab lain yang lebih lengkap daripada apa yang guru karang ini?” “Ada, ia adalah Al Quran…” jawab Imam Syafie ringkas. Apa yang saya suka kongsikan disini adalah begitu berhikmahnya ilmu para Imam Mazhab ini yang tidak meletakkan kehebatan ilmu yang ada pada diri mereka bagi mengelakkan akan timbul perasaan taksub di kalangan anak muridnya…(walaupun ada berlaku kecelaruan pengikut mazhab selepas kewafatan Imam Imam ini) Berhikmah satu hal, merendah diri satu hal yang lain. Itu lah yang diriwayatkan.

    Apa yang dapat digulungkan adalah, ketepikan dahulu ketaksuban yang membenak di dalam diri. Begitu juga Guru Guru Utama yang ada, merendah diri tidak bermakna membiarkan diri dipijak, terus menuntut ilmu tidak menampakkan kejahilan diri dan tidak menyekat tradisi keilmuan di kalangan ahli tidak bermakna derhaka murid kepada kalian. Sama sama saya ingatkan diri saya bahawa tiada siapa yang maksum selepas para Rasul. Sesiapa sahaja terdedah untuk melakukan dosa secara terus menerus atau tidak. Terpulanglah untuk mengaku dan bertaubat serta tidak menghebahkan kepada awam. Sekiranya Guru Utama tidak bersalah, saya yakin bertambah kuat dan hormatlah sekelian umat Melayu Malaysia pada tuan-tuan semua. Sekiranya didapati bersalah, tidak cela untuk mengaku bagi menjernihkan keadaan pengikut dan pendukung kalian. Demi penyatuan umat Melayu yang sedia sedikit ini, jernihkan bersama-sama pendukung kalian. Tidak ada unsur derhaka sekiranya anak murid menegur kesalahan kalian sebab tiada yang maksum di dunia ini. Sekiranya semua ini dapat dilakukan, saya percaya dan yakin ahli ahli Cekak akan bersatu semula regardless siapa pun Guru Utamanya.

    Wallahua’lam Bisawwab.

     
  28. BAINA

    20/03/2012 at 11:54 am

    bukan semudah itu utk menuduh sesat.

    dengan hanya penilaian perkara2 fizikal yg nampak di mata saja.

    sedangkan tidak ramai org yang mampu menilai disebalik semua itu.

    pandangan bathin terhadap sesuatu perkara.

    takkan nk nilai jin setan jahat boleh dgn unsur fizikal semata2.

     
    • suarajagat

      09/04/2012 at 2:04 pm

      terima kasih baina.. kerana itu saya tuliskan dgn agak teliti tentang perkara2 di atas. Agar tidak mudah kita menghukum kecuali dengan bukti yang jelas.

       
  29. BAINA

    20/03/2012 at 12:00 pm

    janganlah kerana kita tidak dapat penjelasan saintifik terhadap sesuatu perkara, maka apa yg kita tidak faham kita terus kata sesat.

    dulu org kata mandi bunga itu boleh sesat. tapi sekarang bila saintis kata bunga ada aura utk kebaikan tubuh badan, maka tidak sesat dah mandi bunga.

    benda2 elektronik tidak pula orang kata sesat. walhal dicipa oleh org kaifr. contohnya mereka kata handpohne guna gelombang……kita percaya.

    mana lah tau kot2 handphone tu sebenarnya dihubungkan bukan oleh gelombang tapi oleh jin. atau jin yg bersifat gelombang. ihihihi

    kesian jin asyik dipersalahkan sedangkan mereka juga ada syariat, ada yg alim lebih dari manusia yg jahat.

    Contoh :

    seseorang terlupa bawa cincin yang dia percaya ada gelombang aura utk badan dia.

    seseorang terlupa bawa dompet berisi IC dan duit semasa telah melangkah ke dalam bas.

    sudah tentu org kedua akan lebih panik dan hilang keyakinan diri. tapi tidak pula kita kata dia sesat sebab bergantung kepada dompet dan duit.

    jgn marah semua…. hanya membuka minda saja.

     
  30. JKing

    23/04/2012 at 10:53 pm

    bila org cakap silat cekak sesat ko melatah.
    ko pula sewenang2nya mengatakan budi suci sejati sesat
    kemahang mengata keladi gatal
    keladi mengata kemahang gatal

     
    • suarajagat

      24/04/2012 at 9:17 pm

      Saudara JKing,
      Saya bukan melatah saudara, saya sekadar menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan oleh segelintir pihak yang tidak memahami hal-hal yang terdapat dalam silat tersebut. Khususnya dalam soal tawassul.

      Berkaitan Budi Suci Sejati, ia memang telah difatwakan sebagai ajaran sesat @ seni bela diri yang bertentangan dengan Islam sila rujuk fatwa di bawah ini:

      Persatuan Perguruan Budi Suci Sejati telah difatwakan HARAM oleh Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan melalui rujukan warta : 10 Disember 1987 / P.U.(B) 653 seperti berikut :-

      a) Bahawa ajaran dan amalan ilmu kebatinan, tahan diri (kuasa Ghaib) yang diajarkan dan diamalkan di antaranya oleh Budi Suci Sejati bukan daripada ajaran Islam. Oleh itu orang Islam adalah ditegah daripada mengikut dan mengamalkannya.

       
  31. SAYA

    30/05/2012 at 1:11 am

    terima kasih SJ… teruskn perjuangn anda untuk terus mempertahankn agama Islam… 🙂

     
  32. Joe Penang

    26/07/2012 at 12:26 pm

    Saya pernah bersama SCUH. Sebelum ianya terpecah. Cuma baca dlm blog je kes guru utama. Ada la beberapa perkara yang saya x setuju. Mungkin ada ahli aktif/penyokong tegar SCUH @ SCPUH boleh perjelas. Idakpun SJ wujudkan entri baru.
    – yang mulia ym bagi saya adalah tak perlu. Guru Utama adalah memadai.
    – baiah utk wanita x perlu bersalam(berlapik). Memadai kayu @ objek lain sebagai penyambung.
    – Tidak boleh mencaci silat Melayu yang asli. Bagaimana kita nak tau silat tu asli?
    SJ boleh ulas?

     
    • suarajagat

      26/07/2012 at 1:44 pm

      Joe Penang,
      secara amnya, SJ bersetuju dengan pandangan saudara. Saya fikir, tanpa objek lain sebagai penyambung pun sudah memadai. Kerana yang penting ialah perkenan Guru untuk menerima diri individu itu (dlm konteks ini – wanita) sebagai muridnya.

      Sebagai contoh mudah, amil zakat. Kita ketahui majoriti amil zakat adalah lelaki. Jika lelaki yang membayar zakat, sudah pasti amil akan bersalaman sebagai kaedah akad. Bagaimanapun jika wanita yang membayar zakat, amil lelaki tidak perlu bersalaman sebagai tanda akad. Kerana akad tetap berlaku sekalipun tanpa berjabat tangan/ bersalaman. Ia bukan syarat sah.

      Namun selagi berlapik, saya masih boleh terima lagi, walaupun secara peribadi kurang bersetuju.

      Berkaitan tidak boleh mencaci Silat Melayu Asli yang lain, saya mungkin kurang arif tentang dunia persilatan. Bagaimanapun saya fikir, pengisian dari syarat tersebut ialah supaya ahli silat cekak sentiasa menjaga tutur kata, tidak mencaci/ menghina orang lain dan menjaga hubungan baik dengan masyarakat. Pastinya Silat Melayu Asli mempunyai perbezaan dengan seni silat yang telah memasukkan unsur beladiri asing seperti elemen gerakan kungfu, taekwando atau karate-do, mahupun kalaripayat.

      Pun begitu, SJ berpendapat adalah manis kiranya sebagai umat Islam, kita sentiasa menjaga tutur kata, tidak mengeluarkan kata-kata kesat pada sesiapa sekalipun.

      Bagi mereka yang terlibat dengan Silat Cekak, adalah lebih baik tidak menghina apa juga seni beladiri yang ada. Ini akan menjaga hati dari rasa riak dan takbur. Malah didiklah diri untuk selalu merendah diri TETAPI TIDAK DICANTAS/ DIPERMAINKAN oleh orang lain.

      Yang utama ialah tingkatkan mutu, prestasi dan berusaha memartabatkan Seni Warisan Bangsa serta memberi kesedaran kepada anak muda melayu untuk mempelajari seni persilatan asalkan terhindar dari sebarang perkara tahyul atau kurafat.

      Wallahu’alam. Terima kasih.

       
  33. snowblower

    20/08/2012 at 12:38 am

    silat cekak ini isi nya sudah elok, tapi atas rebutan kuasa…ia jadi pincang. Berkenaa dengan guru utama pula, dia bukan orang yang sangat mendalami ilmu agama, jadi macam campu aduk laa dengan adat dan petua2 orang lama. Tentang ketaksuban pula agak leceh kerana ramai yang datang tidak bersedia akan selesa dengan mengikut sahaja…kalau ada yang cube bersuara, akan di beri pandangan sinis…..silat cekak ini bagus….yang tak bagus nya hanya segelintir orang nya sahaja…

     
  34. snowblower

    20/08/2012 at 12:58 am

    cara silat in adalah lebih kepada tradisional….taat kepada guru..thus, jika dalam satu masa anda belajar karate dan cekak, jurulatih akan beri kita kata 2 samada mahu teruskan dengan cekak atau karate..ia juga melatih keyakinan diri (which is good) sbb tue laa ada mandi dengan limau purut nie…tapi takde laa pulak die ajar hina martial arts lain…ia bagus untuk buah kunci (dalam buah jatuh) tapi dalam buah potong, serang dan umum, ia memerlukan tumpuan tajam dimana kebanyakan pesilat laki n pompuan gagal mendapatkan pointnye….maksudnye, kalau sparring dengan kawan ok laa boleh dummy buat2 lemah….real situation kene yakin dengan diri laa…
    silat ini tidak lari dari akidah…semuanya betol….cume macam pergerakan solat ada pendekatan sendiri, cara bacaan al fatihah ada pendekatan sendiri (tapi tajwid dan maksud tak lari). Bukan nya belajar silat nie kite jadi taksub, tapi kalau nak bertanya, tanya dengan orang yang betol la sebab jurulatih nya pun bukan gheti sangat. cume dapat iktiraf untuk jadi jurulatih. Ia silat yang sangat sesuai untuk di pelajari tak kire lelaki atau perempuan…tak kesah kurus atau gemok….
    selagi boleh g pasar bli sayur …selagi tue laa kite bolee apply silat nie..
    kesimpulan : yang jadikan ia tak bagus, orangnya bukan ilmunya

    dalam taekwon do ,karate dan silat…mmg ade bawaan orang dari negara mereka…misal taekwondo ada macam sembah matahari ( tak ketara) karate ada beri hormat ala-ala sujud gitu …ketara. dah wushu qigong, kalau nak naik level pakai senjata eg. pedang shaolin, kene beri hormat (macam sembah jugak laa)pada gambar atok diorg (yang gambar hitam putih jer). kalau tak teliti mmg tak nampak…aikido pun sama. kalau tak percaya tgk laa kat youtube macam mana diorg beri respek kat elders diorg…

     
  35. Khas untuk Sayuthi

    01/10/2012 at 11:32 pm

    jangan jadi pandai kalau tak pandai Sayuthi oiii….AL QADHI dengan AL QADAHI tu kan benda yang lain…AL QADAHI tu maksudnya dari kedah!!!….sama mcm gelaran Al banjari bermaksud asal dari Banjar….ape la…main tuduh je…

     
    • suarajagat

      02/10/2012 at 8:57 am

      Saudara ‘Khas untuk Sayuthi’…

      Sebenarnya pada ketika awal penubuhan Persatuan Seni Silat Cekak PUSAKA Ustaz Hanafi, Encik Md Radzi telah menggunakan gelaran AL-QADHI.

      Bagaimanapun selepas saudara Sayuthi menulis komen di atas di blog ini, dan mungkin kemudiannya gelaran AL-QADHI tersebut mula dipertikai/ dipersoal oleh kalangan ahli Silat Cekak Pusaka, maka En. Md Radzi menukar pula kepada Al-QADAHI. Dengan alasan kononnya dulu tu tersilap tulis, nak sebut asal dari Kedah, jadi tukar pada AL-QADAHI.

      Dari pemerhatian SJ, ini jelas menunjukkan ketidak-ilmuan En. Md Radzi dalam hal agama, dan agama Islam telah dijadikan hiasan kulit semata demi untuk mendapatkan perhatian penuntut, pengikut dan masyarakat. Islam digunakan agar orang melihat kononnya beliau alim, warak dan seumpamanya.

      Lihatlah bagaimana beliau menggunakan gelaran Syeikh secara sesuka hati, walhal tidak pernah pun bertalaqqi kitab dengan mana-mana ulama muktabar.

      Dan kalaulah benar gelaran AL-QADAHI itu untuk menunjukkan diri berasal dari Kedah, kenapa tidak disebut AL-KEDAHI?
      Bukankah bunyi makhraj huruf ‘kaf’ dan ‘qaf’ itu memberi maksud yang berbeza?

      Nampak sangat tak tahu bahasa arab.
      Ni belum test bab mengaji lagi… kalau beza antara huruf ‘kaf’ dan ‘qaf’ pun x kenal, ….

       
    • Sayuhti Mahmud

      02/01/2013 at 12:34 pm

      Saudara “Khas untuk Sayuthi”…

      Saya baru terluang kembali untuk membaca blog ini selepas menyemak emel saya. Suka saya mohon tuan menyemak kembali ulasan yang diberikan oleh suarajagat dan gelaran yang digunapakai oleh Tuan Radzi sebelum ini adalah “Al-Qadhi” yang bermaksud “penghukum” dan “Al-Qadahi”.

      Dengan ilmu yang masih sejengkal di lautan yang luas, mana mampu saya mengaku saya adalah orang pandai. Tetapi berkat kedua ibu bapa dan izin Allah, dengan ilmu yang ada sekarang ini, ia mampu membimbing saya menilai mana baik dan buruk, betul dan salah.

      Wallahua’lam.

       
  36. TokPak

    31/10/2012 at 12:00 am

    Salam…

    Minta izin saya yg bodoh n gila nie nk ckp sket…kalu ader tekasar bahasa minta ampun minta mahap k…iman xdpt diwarisi,dari seorang ayah yg bertakwa..(lagu raihan)…soal pewaris nih pada pendapat sayala, xsemestinya turun kt anak…turun kt sesape pon boleh…selagi diperkenankan Allah…sheikh ahmad bandar ajar silat cekak bukan kt anak die pon…panglima ismail pon turunkan kt panglima tok rashid…pon bkn kt anak dia…tok rashid pon x turunkan kt anak die…tapi kt yahya said…ramai yg tau yahya said taik judi taik arak…tapi die dpt silat yg terbaik dlm idup die atas perkenan Allah…almarhum ustaz Hanafi jumpa silat cekak, die tau tinggi nilai cekak nie die tetap blaja walaupon dari sorang kaki judi n kaki arak…agak2la kan kalu almarhum dulu xjumpa silat cekak nih hilang trusla silat yg hebat nih…tapi kalu kite nila jumpe yahya said tuh dulu agak2 nk belajar ke silat dr org kaki judi kaki mabuk nih?gasenye lame dh kite stop…tapi al-marhum truskan gak…guru nih mcm2 jenis kite jumpa…ade yg ok,yg baik,yg x snonoh pon ader…kite di beri akal pikiran oleh Allah, pilihla jln yg mane kite nk ikut…

    Almarhum dulu blaja silat cekak dgn yahya said…tp almarhum x ngikut pon prangai yahya said..kite dh bole pikir kt situ…oleh itu isu skang nih…kite bole piki sendiri…nk ikut ke xnk ikut..was-was jgn la follow…sng je…tapi jgn ‘buang’ sume….yg elok kite ‘simpan’….x ngikut bukan bermakna kite derhaka atau melawan guru…almarhum dulu pon byk bertelagah dgn guru agama die pak haji zain…ade pendapat yg almarhum setuju, ade gak yg die x sependapat dgn pak haji zain…dh stail almarhum dulu mcm 2 kite nk ubah mcmane kan btui x?

    Sampai kt pak ak, pecah dua nk wat cane?dh ketentuan takdir…sume kehendak Allah…xde sape yg dpt halang..redhala kite sume…tapi perjuangan tetap teruskan..kene plak tuduh sesat….tapi jakim ok jek…taim tuh silat cekak bebas dari tuduhan ajaran sesat…so oklah…mmg kompem dh x sesat…

    Skang nih plak dato maideen..kene lagi isu syahadah….besela manusia mane perfect…dulu pon pak ak penah blaja tomoi smpi tahap sembah tokong…tapi masuk silat cekak Alhamdulillah, tinggal dh sume amalan tomoi sembah tokong…ustaz hanafi pnh ckp kt pak ak, ‘ aku nk ajaq hang silat cekak smpi hang kenai tuhan’….bebalik bab syahadah yg jd tajuk cerita, Nabi Muhammad didik kita bersangka baik dgn manusia…andaikata kekhilafan mmg dh terang so kite kenelah bersangka baik dato maideen dh pon bertaubat dan mohon ampun dgn Allah..tu bab akidah antara dato maideen dgn Allah biarla die setelkan sendiri..xpyhla smpi nk kene buat press conference ngaku salah n bertaubat depan sume org….

    pak ak dulu sblm masuk silat cekak blaja tomoi sembah tokong xperlu pon wat press conference mengatakan die dh bertaubat x sembah tokong lagi….org len sembah matahari masuk taekwando, jujitsu karate xkn sume tuh nk kene wat press conference bertaubat btul x?…org yg berzina nk bertaubat ade ke ngaku depan press conference?cukupla dgn taubat nasuha depan Allah moga2 diampunkan dosa….kalu ngaku pon xde sape layak jalankan hukum hudud rotan seratus kali zaman skang nih…dlm cite semerah padi iye…kalu ade skang nih yg gase2 diri die cukup layak nk jalankan hukum hudud silakan…try kt saiful bahari dulu…tapi saksi x cukup bole ke jatuh hukum?kalu ade saksi pon layak ke jadi saksi?jeng jeng jengggg!…nk tuduh org sesat, akidah lari, henpon leh jd saksi ke?kene buka blek hadis n quran check blek..nk tuduh org sesat, akidah lari, kene cek btul2 tau…jgn men rakaman2 tau…dosa tau….henpon suara leh edit…haaaa!cane tuh?kalu org tuh ckp betul tp henpon tuh org tipu suara nk wat aniaya haaa cane?jeng jeng jenggg, weeee!…en suarajagat?minta tlg cek blek quran or hadis mcmana cara kita nk tentukan org sesat or akidah lari…leh pki henpon ka jd bahan bukti?saya nih xpdi sgt tepaksala minta pengasas blog nih carikan jwpn…besela saya nih bodoh n gila sket…..

    saya menyokong pon x, menyanggah pon x dato maideen…bab die ngn tuhan kite jgn masuk campur…nanti org yg dituduh dh bertaubat kite sibuk2 bising lg die sesat, kite plak masuk neraka…hancus kite sume..nauzubillah… Nk dgr dh betul ke blum gi lah check kt majlis ijazah IsyaAllah taala Alhamdulillah, syahadah dh betul….jgn ckp blkg2…x baik..bedosa tau… jgn kite asyik ckp benda yg x betul sdgkn benda tuh dh betul…sebaik2nya guru yg dh kene aib nih kite buangkanlah aib die…penah dgr cite umar al -khattab minta ampun pada Allah sbb skodeng org wat maksiat?sbb ape umar mohon ampun kt Allah sdgkan die nk cegah maksiat?haa sbb skodeng tuh salah di sisi agama Islam….sape yg suke skodeng2 cari salah org pakai henpon canggih tuh bebwkla rentikan kije kamu tuh…takut2 nanti org yg diskodeng tuh masuk syurga…yg tukang skodeng amek muvie tuh masuk neraka…nauzubillah…ehehehe….

    Dato maideen naik jd presiden mandat sape bagi?Pak Ak ke?SALAH!Allah yg bagi perkenan…bole piki takan Pak Ak bodoh sgt sng2 nk bagi india muslim Dato Maideen, naik jadi presiden?ade yg gase diri die layak ke naik jd presiden?silakan!..jumpala ngn dato maideen habaq kt dia, ‘maideen !hang tughun, hang syahadah salah, aku punya betui…aku nk naik la ni!’…tgk2 xdak sapa pon yg beghani, sembang kemaih tapi xdak teloq…kata blajaq lama dgn ustaz hanafi ngn pak ak…hang kata hang tera, hang pie la…’gentle’ lg pak ak dulu amek alih silat cekak …mohon maap pengasas blog tekasaq bahasa…

    Akhirkata dgn pantun 2 kerat…hari-hari makan pengat, sendiri mau ingat !

     
  37. Rusyd

    14/12/2012 at 1:46 am

    Saya memang berminat dengan Silat, tapi malangnya Silat kebanyakkan mengamalkan bida’ah dan syirik. Saya baru-baru ini di perkenalkan Silat Cekak daripada kawan, saya sangat berminat tapi pada waktu itu saya takut sikit ada bida’ah jadi saya buat research jumpa blog ni. Saya yakin sekarang nak join inshaALLAH. Pasal soal isu Guru Utama ni maaf sikit, saya ni orang yang simple. Muslim dulu, Melayu kemudian. Saya tak kesah soal politik dalam persatuan ini dan asal kan ajarannya tidak membawa ke kekufuran saya rasa tak ada masalah bagi saya. Saya TAKKAN taksub dengan Silat Cekak inshaALLAH dan saya faham mungkin sesetengah pihak taksub tapi itu isu individu bukan ajaran Silat Cekak. Saya inginkan teknik seni pertahan diri Silat Cekak, itu sahaja kerana saya suka mencari ilmu yang berfaedah. Terima kasih kepada sesiapa yang post topic ini.

    As-Salamu’alaykum

     
  38. masswangi

    16/12/2012 at 1:31 am

    Perkara lain bagi saya tak berapa penting.. Bagi saya yang wajib diperbetulkan adalah sebutan melafaz kalimah syahadah. Alasan telo tidak boleh diterima sama sekali. Kita wajib berusaha memperbetulkan lafaz sebutan yang melibatkan kalimah syahadah juga ayat-ayat Quran. Jika ada seorang bangsa arab muslim mendengar lafaz tidak menepati sebutan bahasa arabnya pasti beliau akan memarahi orang tersebut kerana makna lafaz itu sudah berubah. Bayangkan andai seribu orang ahli baru mendengar lafaz kalimah syahadah tersebut dan mereka menyambutnya mengikuti telo sebutan kalimah syahadah tersebut.

    Ketepikan soal pangkat, maruah, umur dan politik demi agama islam dan persatuan silat cekak malaysia. Turunkan ego berjumpa ustaz-ustaz bertanyakan mereka apa pendapat mereka mengenai sebutan lafaz kalimah syahadah yang dilafazkan di hadapan mereka.

    Saya adalah ahli setia silat cekak malaysia dan SEMESTINYA saya sayang cekak malaysia.

     
  39. azman

    19/12/2012 at 6:54 pm

    timbul persoalan pada diri saya..bagaimana org tu boleh menjadi guru sedangkan syahadahnya pun salah…pastinya beliau jahil juga tentang pengertian pada kalimah tersebut. pada saya amat bahaya jika dibiarkan berterusan, ia juga mampu membuatkan org2 atau pengikutnya menjadi taksub, hasilnya akan berlaku perpecahan di kalangan umat Islam dalam negara ini selain boleh membawa kepada kesesatan.

     
  40. Kamarul Azmeer

    17/09/2013 at 3:26 pm

    Terima kasih kepada SJ atas maklumat tersebut
    saya merupakan seorang ahli baru dalam PSCCM
    pada mula sy juga keliru dengan kain putih,limau dll
    tapi selepas mendengar pejelasan dari SJ
    kekeliruan sy juga terjawab
    terima kasih banyak2

     
  41. ridzwan_rilwadi

    01/06/2017 at 5:43 pm

    Penerangan yang baik, ulahan yang mantap, syabas Sj. moga Allah s.w.t memberkati anda.

     

Leave a reply to putra Cancel reply