RSS

Tazkirah SJ : Arah Cinta Kita.

14 Feb

(sempena Maulidur Rasul, 12 Rabiul awal 1432 Hijrah bersamaan 15 Februari 2011 Masihi)

Petang tadi, dalam perjalanan pulang ke rumah, SJ telah singgah sebentar di sebuah pasaraya atas tujuan membeli barang keperluan rumah. Sempat juga berehat dan menikmati minum petang.

Ketika sedang asyik memerhati gelagat orang ramai, saya tiba-tiba di kelilingi oleh 4 orang remaja Melayu – 2 orang lelaki dan 2 orang wanita, mempromosikan jambangan bunga, cokelat dan teddy bear. Katanya jualan sempena Valentine’s Day, sambil meminta-minta saya membeli untuk orang tersayang. Saya tersenyum melihat keramahan mereka, lantas menjawab “Sorry dik, saya tak pandai la bab-bab macam ni. Memang allergic sikit dengan bunga.” Difahamkan juga keluarga salah seorang remaja tersebut memiliki sebuah kedai bunga di dalam pasaraya itu. Mereka kemudian berlalu setelah melihat saya tidak mahu membeli jambangan-jambangan berkenaan.

Saya diam sambil berfikir, tidak wajar dipersalahkan anak-anak yang masih hijau ini. Mereka sekadar menjual atas suruhan ibu bapa dan tidak pun memahami sepenuhnya tentang hukum-hukum halal, haram atau syubahah dalam perniagaan. Pastilah mereka gembira menjual produk-produk itu kerana sudah semestinya akan menerima upah dari hasil jualan. Sekali lagi, SJ tidak mahu menyalahkan remaja belasan tahun ini (saya anggarkan umur mereka sekitar 15-16 tahun). Namun bagaimana pula dengan ibu bapa mereka?

Fatwa pengharaman sambutan Valentine’s Day oleh umat Islam telah lama diwartakan. Sejarah Valentine’s yang berasal dari masyarakat Romawi kuno dan agama Kristian telah dikhabarkan kepada umat Islam sejak beberapa tahun yang lalu. Dengan mengetahui sejarahnya, kita dapat memahami bahawa sambutan tersebut adalah perayaan masyarakat bukan Islam yang tidak sewajarnya diraikan oleh para muslimin. Kempen kesedaran yang dilaksanakan oleh JAKIM dan jabatan-jabatan agama Islam merupakan antara usaha bagi memberi fahaman kepada masyarakat. Bagaimanapun sedikit yang ingin saya kongsikan bersama dengan pihak berkuasa ialah untuk kita memberi perhatian dan kesedaran kepada peniaga kedai bunga, hadiah dan restoran yang beragama Islam agar TIDAK menjadikan Valentine’s Day sebagai sebahagian dari promosi pemasaran syarikat mereka. Ini kerana ia mungkin akan mengakibatkan rezeki yang diterima pada waktu itu (khususnya pada 14 Februari) berstatus syubahah atau mungkin boleh mendekati haram. Saya bukanlah seorang pakar, namun apa yang ditulis ini boleh dibincangkan oleh pihak yang diberi amanah menjaga urusan umat Islam Malaysia.

Maulidur Rasul pada tahun ini (12 Rabiul’awal 1432H) yang kebetulan bersamaan dengan 15 Februari 2011 Masihi seharusnya diberikan promosi yang lebih hebat. Bagi saya, Maulidur Rasul pada tahun ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Bukan sekadar tentang kelahiran Rasulullah s.a.w, jasa dan pengorbanannya, tetapi juga peluang untuk menguatkan lagi keimanan yang ada.

Jika masyarakat bukan Islam sibuk meraikan Hari Kekasih sempena mengenang seorang paderi.. kita umat Islam jauh lebih hebat kerana mengekspresikan kesyukuran di atas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan rahmat sekalian alam.

Kalau tidak silap saya, di dalam ajaran agama Kristian, seseorang paderi tidak dibenarkan berkahwin. Malah demikian juga dalam agama lain yang menghalangi ketua agama mereka dari berkahwin.

Berbeza dengan agama Islam yang menetapkan perkahwinan sebagai salah satu dari syariat dan sunnah yang dituntut ke atas setiap individu muslim. Islam juga menetapkan bahawa hubungan mahabbah wa rahmah perlu berada pada landasan yang betul dalam ikatan yang suci.

Justeru itu, apa yang hebat sangat cinta seorang paderi untuk dikenang dan dirai? Bukankah sunnah nabi lebih jauh mengatasi semua ini?

Ke mana arah cinta kita? Pastilah dalam syariat Islam yang sempurna.🙂 Wallahu’alam.

 
 

2 responses to “Tazkirah SJ : Arah Cinta Kita.

  1. suarawanita

    24/02/2011 at 3:06 pm

    “SJ tidak mahu menyalahkan remaja belasan tahun ini” terkesima sebentar. Anda seorang yg begitu teliti dan realistik (menunjukkan gambaran yang sebenar) sungguh mengkagumkan. Ia benar. Remaja yg sedang meningkat dewasa perlu didekati dan ditatang dgn kasih syg yg terbaik. Mereka tidak tahu budaya sedemikian perlu di jauhi. Perihal ibu bapalah yg perlu diperkemaskinikan agar dpt mendidik anak2 mereka supaya tidak terdorong hingga dewasa utk mengamalkan perkara yg dilarang oleh Allah swt…
    “Ke mana arah cinta kita? Pastilah dalam syariat Islam yang sempurna.” saya meminati pendekatan sebegini….🙂

     
    • suarajagat

      24/02/2011 at 4:56 pm

      terima kasih saudari

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: