RSS

Tukar dulu 165 menjadi 561

24 Feb

(petikan artikel : http://www.hmetro.com.my/articles/Tukardulu165menjadi561/Article)

KUALA LUMPUR: Panel Pemantau Luar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mahu usaha pembetulan terhadap ESQ Leadership Training dilakukan secara menyeluruh bagi memastikan ia menepati ajaran Islam.

Pengerusinya, Prof Zakaria Stapa, berkata pembetulan itu perlu dimulai daripada susunan angka The ESQ Way 165 yang didapati songsang kerana susunan sepatutnya ialah 561 iaitu bermula dengan rukun Islam yang lima, diikuti rukun iman (6) dan ihsan (1).

“Bukan 165, supaya ia tak songsang, kalau tidak ia datang ikut belakang. (Malah) orang yang kata ini hanya satu motivasi ini adalah orang yang tak faham. “Sebab 165 sendiri menggambarkan akidah. Orang yang masuk itu sebenarnya masalah sebab tak faham akidah,” katanya, ketika memberikan penjelasan mengenai fatwa ESQ di Pusat Islam, di sini, semalam. Hadir sama pada majlis itu Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Zakaria yang juga Professor Tasawuf dan Pemikiran Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, beliau memuji usaha pembaikan ESQ terhadap buku terbitan terbaru edisi bahasa Malaysia.

“Walaupun buku itu betul, masalah juga timbul dalam proses latihan dan dalam beberapa bahan sokongan latihan, malah kemungkinan tak betul ada pada buku lain.

“Buku yang lama kena haram terus di pasaran, malah pihak Kementerian Dalam Negeri boleh tangkap orang yang memiliki buku itu,” katanya.

Katanya, jika benar mahu perkara yang tidak betul itu dibersihkan, apa yang diungkapkan dalam fatwa pengharaman kursus itu oleh Wilayah Persekutuan juga perlu diambil kira. “Kalau betul-betul berubah bagaimana mereka yang ikut dulu. Kalau ikhlas betul, panggil balik orang itu. Bersihkan betul-betul kalau betul kita ikhlas pada Islam yang suci. Perlu bersihkan semua yang tak betul, kalau tidak jangan disentuh Islam.

“Banyak sangat yang silau, lebih-lebih lagi ada unsur kebendaan, walaupun tahu perkara itu tak betul. Pada dasarnya mereka tak betul, tapi mereka nak berubah, berubahlah. “Pembetulan itu hendaklah menyeluruh. Jangan hanya buku yang di Malaysia diperbetulkan, yang di Indonesia juga perlu diperbetulkan.

“Unsur keikhlasan hendaklah tinggi, jangan disilau oleh kilauan. Membetulkan buku itu memanglah usaha positif,” katanya.

Beliau berkata, metodologi pemantauan pihaknya bukan sekadar buku utama, tetapi buku lain merangkumi latihan dan temuramah mereka yang pernah ikuti latihan.

“Harap pihak yang bertanggungjawab dalam ESQ, kita nak menuju kepada kebenaran. Dalam Islam hendaklah merujuk kepada orang yang mahir Islam jangan pada orang yang tak masak atau separuh masak,” katanya.

Majlis Fatwa Kebangsaan Jun tahun lalu antara lain menegaskan kebanyakan unsur keraguan terkandung dalam kursus ESQ boleh diperbetul dan diperjelaskan.

Malah, majlis itu memutuskan supaya pihak terbabit membuat perubahan dan memperbetulkan segera fakta, kenyataan atau apa juga aktiviti dan perlakuan yang menimbulkan keraguan kepada masyarakat.

Zakaria berkata, apabila difahami pada dasarnya fatwa itu menunjukkan ada yang tidak betul pada kursus terbabit.

(*SJ akan cuba mendapatkan gambar suasana majlis dari para jurugambar bertugas untuk di upload di blog ini nanti)

 
10 Comments

Posted by on 24/02/2011 in ESQ 165 sesat?

 

10 responses to “Tukar dulu 165 menjadi 561

  1. suarawanita

    24/02/2011 at 2:47 pm

    Informasi yang cukup berguna dan terbaik utk kita sama2 hayati. Anda pelopor pemimpin generasi pada masa akan datang, insyaAllah.

     
  2. saya

    25/02/2011 at 8:44 am

    perkara ini sgt serius dan besar tp kerajaan hya membisu dan tiada tindakan di ambil..media pula masih mewar2kan program ini seolah2 ia betul..kenapa ye..mgkn sb isu ini tak ada kepentingan pada ‘negara’ kot..ntahlah..esok lusa tgkla apa jd pd negara ini..nauzubillah..

     
  3. Iranis

    26/02/2011 at 5:03 am

    Ada yang memberikan sindiran, ESQ 165 diharamkan, kenapa HR Training Steven Covey tak pula diharamkan? Seolah mereka melihat ESQ 165 sangat Islamik, tanpa mereka sedari bahawa Ary Ginanjar juga merujuk pakar psikologi barat itu dalam tulisannya.

    Ary Ginanjar juga bukan satu-satunya org yg berckp mengenai ESQ. Ramai lagi motivator seluruh dunia memakai modul ESQ. Bahkan lebih teruk kerana Ary Ginanjar mendakwa pelatihannya Islamik hanya kerana percubaan memaksa2kan Rukun Islam, Iman dan Ihsan disesuaikan dgn 6 prinsip moral, 5 tindakan dan suara hati.

    Sekalipun menukar 165 kepada 561, ia tidak akan membetulkan apa-apa sekiranya tafsiran terhadap Rukun Islam, Iman dan Ihsan itu masih dikaitkan dengan silibus Danah Zohar dan V-Ramachandran.

    God Spot yang ditukar kepada fitrah, kemudian dikaitkan dgn suara hati dan asmaul husna tetap di luar acuan Islam, hanya kulit sahaja bernama Islamik. Mengapa memilih wadah kerohanian dari jalan di luar Islam, sedangkan Islam sendiri mempunyai jalan kesufian yang telah direntas berabad dulu yang bersilsilahkan Rasulullah SAW?

    Pada pengantar bukunya Ary memetik kata-kata Prof. Dr. Gay Hendrick dan Kate Ludeman: “In the global market in future, you will find saint mystics or sufis in the big corporation or modern organization, not in the viharas, monasteries, synagogues, temples, church, mosque.”

     
  4. sabar

    27/02/2011 at 2:36 pm

    rasulullah 165…kite kena 165 juga….

    1)ihsan = ubah la sikap tu..jgn nak cari salah org sahaja

    2)iman = buktinya 2:208 (sebelum ISLAM, kena BERIMAN dulu)

    3)Islam = Allah endorse n redha ISLAM sebagai CARAHIDUP yg Rasulullah amalkan sepanjang hidup baginda pada wahyu terakhir 5:3

     
    • sejagat

      08/03/2011 at 11:20 am

      nampak dari gaya bahasa anda menunjukkan anda juga penyokong tegar brg dagangan 165..

      sayang sungguh…anda terpedaya dgn mainan belaian jiwa pengurusan 165..

      bila sudah terang lagi bersuluh..anda masih menafikan apa yg dibentangkan oleh para arifibillah..

       
    • zaki

      08/03/2011 at 12:57 pm

      apa benda la en.Sabar cakap ni?? bila masa plak Ihsan tu sama dengan ubah sikap??? Rasulullah mengajar dari 5 – 6 – 1 dan bukan 1 – 6 – 5.. Kan jelas songsang dr ajaran agama Islam..

       
  5. Ismael

    01/03/2011 at 11:35 am

    Rasanya mereka ini hanya fikirkan “bisnes” sahaja sebab itu mereka sanggup tukar term bila kena tukar. Kenapa di tempat asal nya modul ini masih sama ??? Tak telus nampaknya mereka. Berapa banyak agaknya keuntungan yang mereka nak bawa..hanya mereka
    sahaja yang tahu niat didalam hati mereka.

    Harap pihak berwajib tolonglah beri perhatian serius.

     
  6. sabar

    10/03/2011 at 5:26 pm

    tolong beri bukti rasulullah ajar 5-6-1

     
    • suarajagat

      11/03/2011 at 1:46 am

      Hadis berkaitan Islam, Iman dan Ihsan adalah seperti berikut –

      Diriwayatkan dari Saiyidina Umar al-Khattab r.a :

      عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَیْضًا قَالَ: (( بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْ هِ
      وَسَلَّمَ ذَاتَ یَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِیْدُ بَيَاضِ الثِّيَاب ِ شَدِیْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ ، لاَ یُرَى عَلَيْهِ أَثَ رُ
      السَّفَرِ وَلاَ یَعْرِفُه ُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِي صلى الله عليه وسلم ، فَأَسْنَد َ رُآْبَتَي ْهِ إِلَى
      رُآْبَتَي ْهِ، وَوَضَعَ آَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَیْه ِ، وَقَالَ: یَا مُحَمَّد أَخْبِرْن ِي عَنِ اْلإِسْلا َم، فَقَالَ رَسُولُ ا للهِ
      صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : الإِسْلاَ مُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحَمَّدً ا رَسُولُ اللهِ، وَتُقِيْ مَ
      الصَّلاَة َ، وَتُؤْتِي َ الزَّآَاة َ، وَتَصُوْم ُ رَمَضَانَ ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْ تَ إِلَيْهِ سَبِيْلاَ . قَا لَ
      صَدَقْتَ، فَعَجِبْن َا لَهُ یَسْأَلُه ُ وَیُصَدِّ قُهُ. قَالَ أَخْبِرْن ِي عَنْ الإِیْمَا نِ، قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلاَئِ كَتِهِ،
      وَآُتُبِه ِ، وَرَسُلِه ِ، وَالْيَوْ مِ الآخِرِ، وَتُؤْمِن َ بِالْقَدَ رِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ . قَالَ صَدَقْتَ. قَالَ: فَأَخْبِر ْنِي عَ نِ
      الإِحْسَا نِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ آَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ. قَالَ: فَأَخْبِر ْنِي عَ نِ
      السَّاعَة ِ، قَالَ: مَا المَسْؤُو لُ عَنْهَا بِأَعْلَم َ مِنَ السَّاِئل ِ. قَالَ: فَأَخْبِر نِي عَنْ أَمَارَات ِهَا، قَالَ: أَنْ تَلِ دَ
      الأَمَةُ رَبَّتَهَ ا، وَأَنْ تَرَى الحُفَاةَ العُرَاةَ العَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ یَتَطَاوَ لُوْنَ فِي البُنْيَا نِ، ثُمَّ انْطَلَقَ ،
      فَلَبِثْت ُ مَلِيَّا، ثُمَّ قَالَ: یَا عُمَر، أَتَدْرِي مَنِ السَّائِل ُ؟ قُلْتُ اَلله وَرَسُولُ هُ أَعْلَم. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِیْ لُ
      أَتَاآُمْ یُعَلِّمُ كُمْ دِیْنَكُم ْ )) رواه مسلم.
      Daripada Saiyidina ‘Umar juga, r.a. beliau berkata:
      “Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.”

      Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah, no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).

       
  7. Iranis

    01/04/2011 at 11:00 pm

    Dalam Al Quran, surah Al-Hujurat ayat 14 ada menceritakan kisah seorang arab badwi berkata kepada Nabi Muhammad SAW,

    “Wahai, Muhammad, kami telah beriman,”

    Maka Allah bagitahu, “Katakanlah wahai Muhammad kepada orang badwi itu bahawa: janganlah berkata ‘Kami telah beriman’, katakanlah sahaja: ‘Kami telah Islam..’

    Dari ayat ini, dapat kita fahami, bahawa bila seorang itu masuk islam, maka status islamnya adalah betul, tapi belum tentu status sama ada dia benar-benar beriman, atau sekadar ‘islam..’

    Berapa ramai yang dilahirkan sebagai muslim (seorang Islam) tetapi tidak berusaha untuk menjadi seorang mukmin (beriman) yang soleh? Masih ramai muslim yang kaki minum, meninggalkan solat dan berseronok dengan maksiat lantaran nipisnya iman. Sungguhpun demikian, mereka ini sekiranya meninggal dunia tanpa bertaubat, masih ada peluang memasuki syurga setelah menerima pembalasan akibat perbuatan yang dikerjakan di dunia. Berbanding orang kafir atau berakidah sesat akan selamanya di neraka.

    Ini bermakna, sekalipun Islam, Iman dan Ihsan merupakan komponen yang saling melengkapi dalam agama dan tidak boleh dipisah-pisahkan, tetap bermula dengan tertib. Jika tidak bertertib adakah sah segala ibadah contoh solat dan haji yang dilakukan oleh seorang sami budha sebelum tanpa mengucap 2 kalimah syahadah dan mengakui keesaan ALLAH swt?

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: