RSS

MPF 2011 : Ucaptama Sahibus Samahah Datuk Hj. Wan Zahidi Bin Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan

03 Mar

Majlis Penjelasan Fatwa (MPF) telah berlangsung pada 23 Februari 2011 bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Wilayah Persekutuan. MPF merupakan antara program utama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) selain program seperti Seminar Pemurnian Akidah, program berkaitan falak dan sebagainya. MPF pada kali ini memberi fokus kepada fatwa berkaitan kesesatan ESQ165.

Tulisan SJ mengenai MPF ini akan dibuat dalam 3 siri merangkumi ucaptama SS Mufti Wilayah Persekutuan, Pembentangan oleh Ustaz Farid Okbah dan Pembentangan oleh Prof. Zakaria Stapa.

MPF pada tahun ini menerima sambutan yang sangat menggalakkan, jumlah hadirin mencecah 1200 orang. Program dimulakan dengan ucaptama oleh SS Datuk Hj. Wan Zahidi bin Wan Teh.

SS Datuk Wan Zahidi menyampaikan ucaptama

Dalam ucapannya, beliau telah menegaskan bahawa bukan mudah memegang tanggungjawab sebagai seorang Mufti. Tugas dan peranan seorang mufti sangatlah besar apatah lagi mufti bertanggungjawab dalam menjaga akidah umat Islam agar tidak dipesongkan kepada fahaman-fahaman yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tugas seorang mufti bukanlah untuk mencari populariti, jauh sekali untuk mendapat keuntungan atau balasan tertentu.

Menurut beliau yang juga merupakan Pengerusi Panel Kajian Akidah (PKA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kajian ke atas ESQ 165 merupakan kajian yang paling teliti pernah dilaksanakan. Sebanyak 4 buah Panel Kajian telah ditubuhkan khusus untuk mengkaji dan menyiasat ESQ 165 Training. Ahli-ahli PKA kesemuanya merupakan mereka yang pakar dalam bidang Usulludin dan Tasawwuf.

Selain Panel Kajian Akidah di bawah seliaan JAKIM, panel-panel lain yang diwujudkan antaranya panel dari pihak Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Panel Pemantau ESQ dari pihak luar yakni di kalangan pensyarah dan pakar pemikiran Islam. Kesemua Panel yang dibentuk mendapati ESQ menyeleweng dari akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mencadangkan agar ESQ difatwa sesat.

Beliau turut menceritakan pertemuannya dengan seorang bekas pengikut al-Arqam yang mengaku bahawa dirinya sebagai individu yang bertanggungjawab membawa masuk ESQ ke Malaysia. Timbul persoalan, peliknya apabila semua mufti di Malaysia bersetuju memfatwa kesesatan al-Arqam, tetapi tidak pula mahu memfatwakan kesesatan ESQ.

Sebagaimana tugas seorang hakim, maka demikian jugalah seorang mufti yang tidak boleh bercampur gaul dengan pihak yang di siasat. Ini bertujuan agar tidak berlaku bias atau berat sebelah dalam membuat sesuatu keputusan. Kerana itu katanya, pernah suatu ketika beberapa orang kuat ESQ yang diwakili oleh saudara Muqarrabin datang ke pejabat beliau semasa ESQ masih berada dalam siasatan pihak berkuasa. Beliau menolak permintaan pihak ESQ untuk bergambar dengannya dan tidak mahu berkompromi dengan ESQ kerana pihak ESQ sedang dalam siasatan.

Dr.Zulkifli al-Bakri menghadiri MPF

Datuk Wan Zahidi malah turut mendedahkan satu kisah di mana seorang sahabat beliau yang juga seorang mufti telah didatangi oleh pihak ESQ.

Pada awalnya mereka menyamar dengan mengatakan mereka dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat, namun setelah masuk ke pejabat mufti tersebut, barulah diperkenalkan diri mereka yang sebenarnya bukan dari Jabatan Bomba, tetapi dari ESQ 165.

Menurut SS Datuk Wan Zahidi lagi, setelah meneliti semua hasil dapatan kajian yang dilaksanakan selama 2 tahun itu, maka beliau bersama Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Wilayah Persekutuan bersetuju untuk memfatwakan kesesatan ESQ demi menjaga maruah agama Islam.

Demikian, sedikit sebanyak isi kandungan ucaptama SS Datuk Mufti Wilayah Persekutuan yang sempat SJ catatkan untuk tatapan pembaca. Insya’ALLAH, saya akan memaparkan pula pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Farid Okbah dan Prof.Zakaria Stapa dalam artikel-artikel berikutnya.

SJ juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu serta pihak yang sudi menyumbang beberapa gambar untuk dikongsikan dalam blog ini. Terima Kasih.

 
10 Comments

Posted by on 03/03/2011 in ESQ 165 sesat?

 

10 responses to “MPF 2011 : Ucaptama Sahibus Samahah Datuk Hj. Wan Zahidi Bin Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan

  1. purbakala

    03/03/2011 at 7:11 pm

    aduhh…SJ..SJ…dh takde modal ESQ pulak kamu attack…
    go get life sahabat..banyak lagi benda ilmiah blh dikongsi dr berpecah belah..🙂

     
    • suarajagat

      04/03/2011 at 2:44 pm

      purbakala…
      nampak sangat anda tak tahu bahawa saya telah menulis ttg isu ESQ sejak tahun 2009 lagi.
      masalah Islam Liberal bukan perkara kecil…kalau dlm alam purba seperti anda…memanglah tak tahu apa-apa

       
    • zaki

      08/03/2011 at 12:45 pm

      Purbakala, adakah dengan mendedahkan ajaran bertentangan dengan ajaran Islam itu bermaksud untuk memecah-belah??? Saya faham kamu marah sebab pegangan hidup kamu rupanya bertentangan dengan ajaran Islam dan saya faham kamu merasakan mendapat hidayah daripada modul “batil” ini.. Namun kamu harus faham juga bahawa saudara SJ meng”attack” ajaran di dalam ESQ.. Patutnya kamu “counter-attack” hujah2 saudara SJ dan bukan keperibadiannya dan niat penulisannya..

       
  2. sejagat

    08/03/2011 at 11:12 am

    teruskan perjuanganmu SJ..kami pencinta kebenaran yg HAQ tetap akan terus berjuang bersama..

    org sekumpulan dgn ‘purbakala’ mmg kena diperjelaskan sewajarnya..kalau tidak mahu juga menerima sesuatu yg sudah terang lagi bersuluh…kalau masih tegar walau sudah ketara yg HAQ..maka jangan salahkan pihak lain bila ditentang secara total!!

    teruskan perjuanganmu SJ..

     
  3. bosan

    13/03/2011 at 1:52 pm

    Siapa suarajagat ni. X habis2 mencari kesalahan esq. Terasa diri sendiri je yg betul. Hanya diri sendiri dan Allah saja yg tahu adakah perjuangan anda ini ikhlas krn Allah Taala.

    Kerisauan SJ ni mcm la org yg pegi esq ni balik terus tukar agama, mcmla org yg pegi esq ni akan sebarkan agama baru. Dah selama ni saya pegi dgr ceramah agama makin saya jadi x minat, nak buat
    mcm mana, hanya slps Allah gerakkan hati saya attend esq, terus berminat terhadap agama berubah 360°, jadi saya bersykurlah.

    Saya pun percaya dgn fatwa yg dah dikeluarkan dan mereka bkn calang2 org. Belajarlah menghormati perbezaan pendapat, jgnlah terlalu galak mencari kesalahan org lain.

     
    • suarajagat

      14/03/2011 at 4:00 pm

      saudara/i bosan,

      persoalan yang timbul, adakah saya yang mencari kesalahan ESQ atau sebenarnya, terlalu banyak kesalahan dan kesesatan dalam ESQ?

      Saya tak pernah kata bahawa mereka yang telah menyertai training ESQ mengubah agamanya selepas menghadiri training tersebut. Dan saya tak pernah kata mereka yang pernah menyertai training ESQ menyebarkan agama baru.
      Tetapi yang jelas, ESQ mengubah-ubah agama dan membawa ke arah kesesatan.

      Perlu difahamkan di sini bahawa fatwa tersebut dikeluarkan untuk menyatakan kesesatan yang wujud dalam ESQ dan juga Ary Ginanjar Agustian.
      Manakala bagi mereka yang pernah mengikuti perlatihan tersebut serta masyarakat awam yang lain hendaklah menjauhi perlatihan itu.

      Jika anda percaya kepada fatwa yang telah dikeluarkan, ketahuilah bahawa SJ yakin dengan fatwa yang telah dibuat oleh SS Datuk Mufti Wilayah.
      Permasalahan akidah ini bagi saya tidak boleh di ambil mudah. Ini masalah akidah, bukan masalah ranting atau furu’. Justeru, tidak timbul keperluan untuk menghormati pendapat orang lain.

      Jika dalam masalah akidah, kita ambil pendekatan menerima pelbagai pendapat, bermakna akan wujud pelbagai kefahaman dalam akidah.
      Kerana itulah, para ulama’ silam seperti Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Abu Hasan al-Sya’ri, al-Mauturidi dan lainnya tidak menerima perbezaan dalam isu akidah. Kerana itu, mereka menolak dan menentang golongan Jabariah, Qadariah, Muktazilah, Mujassimah, Syiah dll.
      Kerana itu mereka tegakkan akidah Islam mengikut aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
      SJ sekadar meneruskan perjuangan mereka.

      terima kasih.

       
  4. bosan

    15/03/2011 at 4:01 pm

    Saya x faham maksud anda tu SJ ttg terlalu byk kesesatan dlm esq. Pakar agama yg dilantik dan fatwa kebangsaan tu x bole pakai ke sampai terpaksa org spt anda ni bersusah pyh menyebarkan di internet ttg kesilapan fatwa yg membenarkan esq ni.

    Pakar agama tu semua x sedar ke atau x reti ttg kesesatan yg anda maksudkan? Musykil la, sbb diaorg tu ramai, klu sorang dua mungkin bole terjadi kesilapan.

     
    • suarajagat

      15/03/2011 at 9:28 pm

      saudara/i bosan,

      ketika mula-mula ESQ dikatakan sebagai ajaran sesat..Ary Ginanjar pernah mengatakan bahawa ESQ tidak ada kena mengena dengan agama. Bagaimanapun, beliau dan pentadbir ESQ LC kemudiannya menubuhkan Panel Syariah mereka. ESQ sebenarnya berkait dengan agama atau tidak?

      Perlu diberi perhatian, kesemua 4 buah panel yang pernah dilantik oleh JAKIM yang terdiri dari pakar usuluddin bagi menyiasat ESQ membuat kesimpulan bahawa ESQ adalah sesat dan segala aktiviti syarikat tersebut mesti dihentikan.
      Namun amat menghairankan, bila hasil penyelidikan selama 2 tahun oleh 4 buah panel kajian tersebut ditolak mentah-mentah oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, yang sebenarnya lebih bersebab kerana segelintir ahli MFK pernah menghadiri ESQ.

      Sebagaimana yang dikatakan oleh SS Datuk Mufti Wilayah, sepatutnya seseorang mufti tidak boleh mempunyai hubungan dengan pihak tertuduh/ disiasat bagi mengelak wujudnya berat sebelah dalam membuat keputusan.
      Pun begitu, jelas kita melihat ada di antara ahli MFK yang membuat testimoni untuk pihak tertuduh semasa kajian, penyelidikan sedang berjalan, malah ada yang berhubungan rapat dengan pihak tertuduh.

      Saya tidak menganggap usaha ini sebagai susah payah.. bagi SJ, ini adalah perjuangan untuk menegakkan akidah tauhid. Saya tidak sanggup membiarkan kesesatan dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran dan sunnah..yang akhirnya menyebabkan kesesatan itu tersembunyi sehingga sukar untuk dibezakan antara hak dan batil.

      Ya, tidak semua pakar agama akan sedar akan sesuatu kesesatan..kerana ia bergantung pada kepakaran yang dimilikinya.
      Sebagaimana seorang yang pakar dalam bidang syariah (cth : muamalah) belum tentu berkepakaran dalam bidang ilmu falak.
      Ramai tidak semestinya benar.

       
  5. penceramah

    05/05/2011 at 9:57 am

    Assalamualaikum Sdra SJ,

    saya baru berjumpa dgn blog sdra. di sini, saya ingin mengucapkan tahniah di atas perkongsian ilmu sdra.

    manhaj esq ini tidak diperlukan di Malaysia sebenarnya.. cuma ramai org merasakan kuliah di masjid/surau tidak menarik sdgkn ilmu yg disampaikan benar dan tepat kecualilah kalu menjemput penceramah politik.

    saya sbg penceramah jabatan turut pernah berhadapan dgn alumni esq ini. ttp kita raikan juga la krn Umar ra pernah berkata: “Bercakaplah dengan seseorang itu mengikut kadar kemampuan akalnya”

    namun, pihak pejabat mufti dan maiwp tetap dgn kedudukan kita utk mengharamkan esq di wilayah persekutuan. walaupun esq ingin memanipulasi akta 505 dgn mencabar kuasa mufti di mahkamah sivil, namun alhamdulillah, hakim sedar akan kedangkalan ini dan menolaknya.

    moga-moga kita di dalam pemeliharaan Allah swt. Amin.

     
    • suarajagat

      05/05/2011 at 10:52 am

      wa’alaikumussalam wbt..
      terima kasih atas komen saudara penceramah…

      ya..benar, saya sangat setuju bahawa sebenarnya kuliah dan ceramah di masjid2 serta surau2 amat baik dan berguna..lebih-lebih lagi apabila banyak kuliah2 agama yang mengajarkan ilmu hadis, kitab para ulama muktabar dan sebagainya. Ramai yang tidak faham bahawa itulah sebenarnya disiplin ilmu dalam Islam.

      bukanlah tujuan saya untuk mencari kesalahan orang lain..tetapi sangat penting untuk berjuang menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan disamping berkongsi sedikit pengetahuan yang ada.

      Kalau seluruh dunia ini menerima ESQ sekalipun, SJ akan tetap dengan pendirian yang sama.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: