RSS

MPF 2011 : Pembentangan Prof. Zakaria Stapa

22 Mar

Di awal bicara, Prof Zakaria menerangkan beliau telah dipertanggungjawabkan oleh JAKIM untuk mengetuai penyelidikan ke atas ESQ LC.

Prof. Zakaria Stapa

Beliau telah mengungkapkan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bahawa ESQ ternyata bertunjang, berpaksi dan berpusat pada teori yang tidak Islamik. Ini kerana ia berpaksikan kepada God-Spot (kini disebut fitrah oleh ESQ)  dan Zero Mind Proses (kini disebut Zero Manacle Proses oleh ESQ), dan rukun Iman dan rukun Islam hanya berada di luar modul ESQ. Hal ini tidak islamik kerana focus utamanya adalah god spot yang mana god spot adalah hasil kajian neurologi yang menyatakan bahawa god spot bertempat di kepala. Ini bertentangan dengan pegangan akidah umat Islam.

Zero Mind Process juga adalah process yang tidak islamik. Kerana dalam ajaran Islam tidak pernah diajar untuk mengosongkan minda bagi mendekatkan diri kepada ALLAH swt. ZMP sebenarnya mengikut kepada kaedah ritual Buddhism dan nirwana, di mana di dalam ajaran ini, manusia menjadi bahagia setelah berlaku kekosongan minda.

Berdasarkan sighah Muzakarah Fatwa Kebangsaan, muzakarah tersebut sebenarnya mengakui adanya kesalahan dalam ESQ 165.

Menurut beliau pihak ESQ bersama Panel Syariahnya telah membuat perubahan pada beberapa terma di dalam ESQ selain membuang kata-kata Danah Zohar di belakang buku tersebut. Bagaimanapun ia hanya dilakukan dalam buku edisi Bahasa Malaysia sahaja dan tidak diketahui bagaimana pula pada buku-buku di dalam edisi bahasa lain.

Mesyuarat pembaikan buku ESQ oleh Panel Syariah ESQ diadakan sebanyak 29 kali. Perubahan yang dibuat ialah :

  1. Suara hati diubah menjadi suara hati nurani
  2. God Spot dan Concience diubah menjadi fitrah
  3. Star Principle diubah menjadi Ultimate Principle
  4. Perkataan Tuhan diganti dengan Allah
  5. Kalimah Nabi Muhammad ditambah dengan s.a.w
  6. Terjemahan ayat al-Quran mengguna Pimpinan ar-Rahman
  7. Penggunaan hadis ditashih oleh Dr. Adnan.

Prof. Zakaria memberi beberapa hujah bahawa penggunaan perkataan fitrah itu tetap juga tidak sesuai dengan ajaran Islam. ESQ 165 beralasan tidak mahu mengubah 165 itu kerana ia sudah menjadi trademark. Kata beliau “Kalau suatu hari mereka ubah pun, adalah kerana kita minta.”

Malahan, metodologi kajian yang dijalankan oleh pihaknya bukan sekadar melalui buku-buku sahaja, tetapi pasukan kajiannya telah menghadiri ESQ sebanyak 4-5 kali dan membuat interview ke atas para alumni ESQ. Selapas kajian, pasukan tersebut mendapati wujud hal-hal berkaitan pluralisme yang terdapat di dalam ESQ 165.

Perubahan pada buku baru itu tidak membuktikan bahawa ESQ telah betul, malah mungkin sekali perkara yang tidak betul itu tetap ada dalam ESQ.

Sambutan dari peserta yang sangat menggalakkan. Kelihatan saudara Shah Kirit (Brother Shah) turut hadir sama.

Katanya lagi, pada dasarnya, ESQ adalah jelas tidak betul. Prof. Zakaria turut menyebut bahawa ESQ berkait dengan idealogi Danah Zohar apatah lagi Danah Zohar mempunyai hubungan dengan fahaman-fahaman tertentu. Kesalahan yang terdapat dalam ESQ adalah akibat pengasasnya, Dr. Ary Ginanjar Agustian yang tidak mempunyai ilmu agama yang mantap.

Professor Usuluddin Dan Tasawwuf itu turut menegaskan,  sekiranya pihak ESQ LC benar-benar ikhlas dalam beragama, pihak ESQ mestilah memanggil kembali kesemua lebih 70,000 alumni ESQ Malaysia dan ratusan ribu alumni ESQ seluruh dunia untuk menghadiri perlatihannya secara percuma. Kesemua buku-buku yang telah dimiliki oleh para pembeli hendaklah ditarik balik oleh ESQ dan mengedarkan buku-buku baru ini secara percuma kepada semua yang pernah membeli buku lama mereka.

Beliau secara berseloroh berkata  “Kalau Toyota, ada masalah, panggil balik semua”. Demikianlah juga yang mesti dilaksanakan oleh ESQ.

Dalam perkara akidah, perkara zhan tidak boleh dipandang remeh. Jangan dikemukakan seolah Islamik, walhal ia hanyalah silauan belaka.

(SJ mohon maaf kepada pembaca kerana lewat menyiarkan artikel di atas disebabkan tugas semasa yang memenuhi jadual saya selama 2-3 minggu kebelakangan)

 
Leave a comment

Posted by on 22/03/2011 in ESQ 165 sesat?

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: