RSS

Ajaran Sesat Cuba Mempengaruhi Menteri, Kementerian Dan Ahli Korporat

23 Mar

Ajaran sesat Negara Islam Indonesia (NII KW9) yang juga dikenali sebagai Gerakan Pemuda Kahfi (GPK) kini sedang cuba mempengaruhi sebahagian besar kementerian kerajaan dan badan korporat di Malaysia bagi mendapatkan pengaruh serta menambahkan lagi dana kewangan mereka. Platform yang digunakan oleh mereka adalah menerusi Yayasan al-Tarbiyah Malaysia (YA’MAL). YA’MAL pada asalnya adalah singkatan bagi Yayasan Maahad al-Zaytun.

Antara kementerian serta badan korporat yang SJ maksudkan ialah Kementerian Kemajuan Luar Wilayah (KKLW), Kementerian Belia Dan Sukan, Kementerian Pelancongan, Amanah Ikhtiar Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Bank Rakyat dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).

Terbaru, sebuah program keusahawanan yang akan diadakan di Dewan Centrum MARA, Setiawangsa pada 27 Mac 2011 (Ahad) yang akan dirasmikan oleh Y.B Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal. Manakala Tan Sri Ali Hashim sebagai penceramah jemputan.

Saya yakin ramai pihak yang terlibat tidak mengetahui tentang latar belakang YA’MAL yang merupakan antara platform rasmi ajaran sesat tersebut. YA’MAL dan kelab basikal ACT adalah cara ajaran sesat ini untuk mempengarui serta mengaburi masyarakat tentang agenda sesat mereka yang berkaitan rapat dengan Maahad al-Zaytun, sebuah institusi ajaran sesat di Indonesia.

Untuk maklumat lanjut tentang ajaran sesat ini, sila hubungi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ajaran ini telah pun difatwa sesat dan haram oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor. Pihak YA’MAL juga pada tahun lalu pernah di wawancara oleh wartawan Ekslusif 1 (RTM 1) ketika membongkar kesesatan Gerakan Pemuda Kahfi di Malaysia.

SJ menyeru pihak-pihak terbabit untuk menarik diri dan memutuskan hubungan dengan YA’MAL. Jika anda bersama mereka, maka anda bersama kalangan fahaman sesat sebagaimana Global Ikhwan/Rufaqa’ (al-Arqam), malah lebih dasyat lagi…


 

30 responses to “Ajaran Sesat Cuba Mempengaruhi Menteri, Kementerian Dan Ahli Korporat

  1. The Green Cendol

    24/03/2011 at 12:01 pm

    Saya berharap, pihak-pihak berkenaan serta umum lebih peka terhadap isu ini.

     
    • gergasi

      26/03/2011 at 2:36 pm

      mane mungkin program keusahawanan boleh dikatakan sesat?..saya rasa SJ ni yg sesat n psyko…

       
      • suarajagat

        27/03/2011 at 3:07 pm

        bila masa pula saya kata program keusahawanan sesat?
        yang SJ kata di atas adalah YA’MAL merupakan platform yang digunakan oleh gerakan ajaran sesat bagi mengaburi mata masyarakat.
        Sebagaimana al-Arqam yang wujud disebalik Global Ikhwan.

         
      • Bob

        27/07/2011 at 6:33 am

        Salam sejahtera,
        Ko ni bace ke x kt atas tu? Die x kate pon program keusahawanan tu sesat. Tp ko yg kate die sesat. Ko ni tau x ape tu Maahad al-Zaytun?

         
  2. Anti Kerajaan

    26/03/2011 at 6:40 am

    salam saudara Sj,

    demak, tabligh xsesat.. kalo asegelintir yg sonsang tu sesat. jgn cepat nk kafirkan org.

    Sj, nape sibuk duk bongkar ajaran yg kononya sesat ni? apa NII lah ESQ lah.. yg sesat depan mata camne?

    xsesat ke Pemimpin malaysia xnk pakai Hukum Islam? Xsesat ke Kerajaan mengalakka perkara Haram; Riba,judi,Arak.
    xsesat ke Pemimpin Malaysia duk ikut hukum kafir? ada ke Hukum lebih baik dari Hukum Allah swt?
    Xsesat ke kononya Ulamak tp sebenarnya Alamak cm masyitoh,khir bahrom, harusani?
    Memperikaikan solat, zakat, mempersendakan2 Hukum hudud.. ingat lawak ke?
    xke kafir cmtu? apa pandangan saudara?

    Ini lagi BAHAYA ramai org duk ikut sedara, yg sembunyi2 cm sedara sibuk bongkar ni ada lah sy pernah dgr.. tp sy rasa xdelah ramai sgt pn pengikut kt malaysia ni. lagi pn entah2 xsesat pn, cuma mcm tabligh tu lah, ada yg sonsang. Tp kesesatan pemimpin Malaysia ni jelas nyata, malah berbanga pulak duk ikut hukum Kafir.

    Jgn kuman seberang laut nampak, Gajah dpn mata pura2 xnampak sedara.

    wuallahulam.

     
    • suarajagat

      27/03/2011 at 3:05 pm

      Assalamualaikum..
      saudara Anti Kerajaan…

      pertama sekali, saya tak pernah menuding tabligh sebagai ajaran sesat. Tabligh boleh di anggap sebagai salah satu gerakan tarekat yang berjaya dalam dunia dakwah.
      kedua, SJ juga tidak pernah mengkafirkan sesiapa.

      ketiga, kenapa saya membongkar kes-kes ajaran sesat? kerana kes-kes ini sering dipandang ringan oleh masyarakat, walhal ia merupakan satu masalah yang kian serius. Apatah masalah ajaran sesat seperti NII dan ESQ kian menular.

      Secara tiba-tiba anda beremosional dalam persoalan politik… SJ tidak menjadi ahli kepada mana-mana parti politik. Tidak juga pro kepada mana2 parti politik sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang. Apa yang saya sering tuliskan di sini lebih menjurus kepada isu-isu yang kurang di ambil berat oleh orang ramai tetapi memerlukan perhatian serius dari pelbagai pihak.
      Namun demikian, jika anda menyalahkan kerajaan sahaja dlm isu judi, arak dan riba..apakah di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang pada hari ini tiada lagi riba, judi dan arak?
      Dan kalaulah suatu hari jika pembangkang dapat 2/3 kerusi parlimen dan menjadi kerajaan persekutuan.. bagaimana kedudukan anda yang Anti Kerajaan?
      Apakah tidak akan ada setitis arak pun di Malaysia jika pembangkang bertukar parti pemerintah?

      sebab itu saya bersuara atas isu, bukan sentimen2 tertentu.
      masalah ajaran sesat semakin membahayakan pegangan akidah umat Islam di Malaysia. Ramai atau sedikit bilangannya, ajaran-ajaran ini tetap merbahaya..
      sebab sekecil-kecil api, tetap juga boleh membakar dan menghanguskan sebuah komuniti. Sekecil-kecil peluru, tetap deras membunuh.

       
      • Bob

        27/07/2011 at 6:29 am

        setuju sgt2 dgn SJ…

        salam..

         
  3. fathul

    29/03/2011 at 6:24 am

    salam,

    SJ(tak tau nak panggil encik atau puan) dan semua,

    Saya pergi ke program tu, mmg saja pegi sbb nak tau apa yg sebenarnya berlaku.

    Terkejut saya pihak penganjur memang sangat memuliakan tetamu, saya saja buat itu ini nak tgk perangai sebenar mereka tapi saya dibantu sebaik-baiknya..

    Mungkinlah mereka spt apa yg sj ingatkan kita semua, saya amat hargai, tapi saya cuma kongsi pendapat.

    waspada itu sentiasa, tapi apa yg baik boleh diikut,kan?

     
    • suarajagat

      29/03/2011 at 11:16 am

      salam..
      saudara fathul…

      sudah pasti lah pihak penganjur akan menyambut dan melayan tetamu dengan baik. Takkan lah buat majlis, jemput orang ramai hadir, penganjur nak keluarkan pisau atau parang dan tikam tetamu?

      Lagikan pula, sikap dan layanan itu tidak menjadi kayu pengukur untuk mengatakan akidah mereka betul.
      Masyarakat Arab jahiliyyah juga sangat dikenali sebagai bangsa yang memuliakan tetamu.
      Demikian juga dengan masyarakat Jepun dan lain-lain bangsa di dunia.
      Jika anda pergi ke majlis-majlis qadiyani pun, anda akan di sambut mesra dan dilayan dengan baik.
      Maka, sambutan dan layanan terhadap tetamu majlis tidak membuktikan apa-apa.

      Apa yang baik pada mereka? Jangan mudah tertipu dengan kebaikan manusia, dan mengikuti mereka akan hanya membawa kemudaratan kepada umat Islam khususnya di Malaysia dan Indonesia.

       
      • kacuk

        10/04/2011 at 9:04 pm

        salam. tnya aje kat ahli kitab c sj tu. boleh tak dia tunjukkn ajaran mana yg tak sesat pd dia.

         
      • suarajagat

        11/04/2011 at 3:14 pm

        wa’alaikum salam…

        kacuk..yang tidak sesat ialah umat Islam yang mengikut kepada ahli sunnah wal jamaah…

         
  4. Tok Kadi

    29/03/2011 at 1:14 pm

    SJ ni mmg suka menyesatkan semua, mcm lah ko ni betul sangat. aku tnya pada ko boleh tak ko tunjukkan aku Islam yg BENAR sepertimana yg ada pd zaman rasulullah, khulafa ar-rasyidun, umayah hatta turki uthmaniyah?

    Boleh x ko sendiri satukan UMNO & PAS? Xpayah tgk global, tp local..kang klau aku suruh kau satukan Hamas & Fatah ko muntah darah pulak.
    (ISLAM ini menyatu bkn berpecah)

    Xpun ko cuba cabut sistem riba yg ada dlm perbankan negara ni, xpun ko try xpayah ada kebergantungan pd sistem yahudi & nasrani. Boleh? Cuba dgn diri sendiri dulu. Aku yakin ko msti xakan pakai keta, atau buat loan rmh, peribadi smpai bila2.
    (ISLAM kan the way of life)

    (tapi ISLAM di zaman kegemilangan dah buktikan yg xda org yg layak terima zakat. tp skrg nak dapatkan bantuan kena masuk bersamamu,kena pnjm ceti & sbgnya. ko xnmpk yg umat Islam tertindas. apa yg ko buat?)

    Aku akui ISLAM akhir zaman ni berpecah kpd 73 golongan, aku rasa ko pun dah noticed benda ni. Ya masing2 nak tegakkan Islam.

    Ko ada usaha nak ke arah itu? Ke ko yg memecahbelahkan?
    (Pecah belahkan = Syirik)

    Bila yg haq telah zahir, yg batil pasti lenyap. Itu janji Allah.

    Aku xakn jatuhkan mana2 pihak yg ada usaha utk tegakkan semula sistem ISLAM berada pada tahap yg sepatutnya. xkiralah umno, pas, tabligh, tarekat, sufi, ikhwanul muslim, al-qaeda, pemuda khafi, al-arqam, taliban, hizbur tahrir, wahabi, salafi dan byk lg..asalkan mrk berjaya nnti yg lainnya akan taslim.

    ingt, tegakkan agama itu wajib.
    sekian.

     
    • suarajagat

      29/03/2011 at 3:05 pm

      Tok Kadi….
      Sebenarnya NNI/ GPK lah yang menyesatkan masyarakat. SJ sekadar berkongsi info tentang kesesatan mereka agar masyarakat sentiasa berhati-hati.

      Ajaran2 sesat ini lah sebenarnya yang termasuk dlm kelompok 73 pecahan tersebut.

      Apa gunanya kalau hanya SISTEM ISLAM SAHAJA yang tertegak, sedangkan AKIDAH yang dimiliki SESAT.🙂

       
    • Bob

      27/07/2011 at 6:49 am

      Tok kadi,
      ako tahu ko salah sorg dari kumpulan ini. Sbb ako pernah ikut.
      Bkn ako xtau, dr ayat ko ni..
      “xkiralah umno, pas, tabligh, tarekat, sufi, ikhwanul muslim, al-qaeda, pemuda khafi, al-arqam, taliban, hizbur tahrir, wahabi, salafi dan byk lg..” bg korg sume xbtul kecuali yg ikut korg.

      membasmi ajaran sesat juge sbhgn menegakkn agame, xkn ko xtau?

      Ke ko yg memecahbelahkan?
      (Pecah belahkan = Syirik)

      Syiah jge kate die nk ke arah tegak kn islam, ko xtau ke?
      tp ape yg ko tgk tertegak ke skrg?

      Bila yg haq telah zahir, yg batil pasti lenyap. Itu janji Allah.

      igt, menegakkan islam adalah wajib…tp lah berilmu dan pd landasan yg betul..
      sekian..

       
      • gk

        13/09/2012 at 10:08 am

        aku pun rasa mcm tu jugak
        masalahnya akidah NII Zaytun ni sesat sama sekali. kalo setakat canggah pendapat je takpe. ni dah la Rabb tu Tok Guru dia, malaikat wujud dalam pimpinan dia.. Allah=Negara

        Apakah ini?

        tu solat lima waktu tinggal, tapi dok kata nak ikut perjuangan Nabi S.A.W.. masya Allah.. belajarlah dengan guru di ruang terbuka.. benda boleh bincang.

         
  5. fathul

    30/03/2011 at 1:18 am

    salam,
    Kalau begitulah pendapat sj, maaf cakap saya sedikit sedih. Sy sgt sokong usaha SJ basmi ajaran sesat tp dalam mana2 perundangan pun seseorang tidak bersalah selagi tidak dibuktikan.

    Sy yakin pengalaman SJ banyak, tp sy punya pengalaman berbeza.

    Waspada tetap waspada tetapi saya rasa buat ketika ini saya akan bersikap lebih terbuka kepada sesiapa sahaja.

    Pada saya, untuk buat keputusan tak cukup dr secondary data tapi biar lalui sendiri.

    Saya akan terus sokong SJ dalam usaha basmi kesesatan, tapi sy akan lebih neutral mulai masa ini…

     
    • suarajagat

      30/03/2011 at 12:26 pm

      wslm..
      saudara fathul..seperti yang saya katakan.. ajaran NII telah pun difatwa sesat oleh SS Mufti Negeri Selangor.
      Dalam kaedah agama Islam, undang-undang berkuatkuasa ke atas sesuatu perkara apabila fatwa dikeluarkan. Ini adalah kerana Fatwa memberi hukum ke atas sesuatu perkara. Justeru itu, apabila NII KW9 telah difatwa sesat, ini bermakna, ia adalah salah dan terpesong dari ajaran agama Islam.

       
  6. wan halim

    30/03/2011 at 3:53 am

    Salamz, sy agak konfius, sy baru je hadir dlm prog keusahawanan hari tu kawan saya ajak. Nak tahu juga apa info-info dlm program tu, sebab ada yg terlepas. Tapi bila search internet lain pulak citer nya. Confius pun ada, kenapa tiba2 keluar isu sesat. Nak baca benda-benda dlm ni pjng betul. Boleh saudara SJ ringkaskan skit. Nak juga tau apa kisahnya. Kalu bole la, kalu tak leh takpelah.

    wasalam

     
    • suarajagat

      30/03/2011 at 12:44 pm

      Assalamualaikum.. wan halim,

      sebenarnya saudara, isu sesat ini tidak timbul secara tiba-tiba, tetapi ia telah lama difatwakan malah diketahui oleh pihak jabatan agama Islam negeri-negeri. Organisasi NII KW9 atau Gerakan Pemuda Kahfi (GPK) bergerak secara sembunyi-sembunyi melalui kelas tafsir al-Quran dengan menggunakan terma ‘hudan-bainat-furqan’.
      Mereka juga bergerak dalam beberapa syarikat tertentu
      YA’MAL & kelab berbasikal ACT adalah antara persatuan yang ditubuhkan bagi mengaburi mata masyarakat awam, malah menjadi platform bagi mendapatkan dana untuk memperkukuh gerakan mereka.

      berikut adalah salah satu artikel yang pernah tersiar pada tahun 2008 :


      Ajaran sesat Indonesia era baru
      Oleh AHMAD SHAHRUL NIZAM MUHAMMAD dan AHMAD NAZRI MOHAMAD

      SATU kumpulan agama yang disyaki membawa ajaran sesat berpangkalan di Indonesia, menggunakan konsep jualan langsung untuk merekrut ahli di negara ini dan mengutip deposit daripada anggotanya, termasuk artis dan pemain bola sepak profesional.
      Gerakan secara tersembunyi yang dikatakan bermula sejak akhir 1990-an itu dilaporkan bertapak di negara ini selepas markas asalnya di Haurgeulis Indramayu, Jawa Barat bertapak kukuh di bawah pesantren Maahad Az-Zaitun (MAZ).
      Pergerakan kumpulan ini dikenali dengan pelbagai nama termasuk Gerakan Pemuda Kahfi (GPK), Daulah Islamiyah Nusantara (DIN), Negara Islam Indonesia (NII) dan Pencinta al-Quran, dipercayai sudah merekrut ribuan ahli.
      Kelompok yang menjadi sasaran termasuk di kalangan profesional dan berpendidikan tinggi termasuk jurutera, pegawai bank, pegawai eksekutif, peniaga hingga pekerja kelas bawahan.

      Ketua Unit Tindakan Khas Jais, Shahrom Maarof, berkata anggota kumpulan itu dibahagikan mengikut negeri yang dinamakan Region (wilayah) atau simbol ‘R’ contohnya R6 yang mewakili Selangor diikuti pecahan mengikut kawasan yang dinamakan seperti A1, A2 dan A3.
      “Setiap peringkat juga menggunakan sistem tertutup di mana anggota tidak mengenali pemimpin serta orang atasannya yang bertanggungjawab mengendalikan semua urusan berkaitan,” katanya.
      Beliau berkata, anggota kumpulan ini dikehendaki berbai’ah atau sumpah taat setia pada pergerakan itu dengan membayar RM300 sebagai wang taubat dan RM60 lagi wang Infaq, sebagai komitmen dalam memorandum persefahaman peringkat satu atau MOU I/M I.
      Selain itu, katanya, anggota juga perlu membayar wang komitmen sebanyak RM200 sebulan sebelum pergi ke peringkat seterusnya atau MOU II/M II yang memerlukan bayaran bernilai RM3,500 setiap anggota yang akan dibawa melawat MAZ di Indonesia.
      Menurut Shahrom, MAZ tidak hanya dianggap sebagai sebuah perguruan Islam, sebaliknya sebagai sebuah negara Islam merdeka dinamakan Negara Islam Indonesia (NII) di dalam republik itu sendiri.
      Katanya, penyimpangan ajaran gerakan ini terserlah apabila kepimpinan dan anggota MAZ menyamakan NII sebagai Madinah manakala wilayah atau negara lain seperti Malaysia adalah Makkah dan penduduk yang tidak berbai’ah dengan MAZ dianggap kufur.
      Malah, pengkafiran masyarakat di luar kelompok MAZ ini dibuktikan hasil kajian Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang mendapati terdapat penyimpangan fahaman dan ajaran Islam yang mereka praktikkan, terutama membabitkan tafsiran al-Quran, urusan zakat fitrah dan korban.
      Shahrom berkata, MUI juga mendapati sistem kewangan MAZ tidak telus dalam aliran tunainya kerana wang yang diberikan anggota tidak dinyatakan jumlah kutipan atau perbelanjaannya.
      Di Malaysia, katanya, pergerakan MAZ dikesan mempunyai hubungan rasmi dengan sebuah pertubuhan yang didaftarkan di Shah Alam, Selangor iaitu Yayasan Ma’had Malaysia (Ya’mal).

      Beliau berkata, Ya’mal yang ditubuhkan pada 24 Disember 1999 beroperasi dengan berkonsepkan madrasah yang memfokuskan pengajaran agama di kalangan kanak-kanak Islam sebelum pelajarnya menyambung pelajaran di MAZ.
      Menurutnya, Jais pernah memberi kebenaran pada MAZ untuk menyediakan Program Pendidikan Persediaan Jangka Pendek pada Ogos 2001.
      “Bagaimanapun, pada 20 Ogos 2002, Jais mengeluarkan surat mengarahkan semua operasi Ya’mal diberhentikan dan yayasan itu di Shah Alam ditutup selepas siasatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati wujud unsur penyelewengan akidah dalam pengajaran MAZ.
      “Kegiatan MAZ dan pergerakan anggota itu juga sedang dipantau Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

      Shahrom berkata, berdasarkan pendedahan seorang mangsa yang pernah menyertai gerakan itu pada pertengahan 1990-an, dia membayar RM200 sebagai wang taubat selain bayaran bulanan sebanyak RM70.
      Katanya, mangsa bersama rombongan anggota kumpulan itu pernah melawat MAZ selepas membayar RM3,500 selain menderma RM100 untuk pusat pengajian itu.

      Menurutnya, pada hari mereka dijadualkan ke Indonesia, rombongan itu singgah di beberapa tempat dan negeri untuk mengambil jemaah sebelum ke negara jiran dan berlepas menaiki kapal terbang dari negara berkenaan.
      Apabila sampai di MAZ, mereka diberi peluang bertemu dengan kepimpinan maahad itu dan ketua rombongan menyerahkan sumbangan bernilai kira-kira RM360,000 hasil kutipan daripada anggota di bawah kelolaannya.
      Shahrom berkata, dalam kes lain membabitkan wanita, mangsa diperkenalkan oleh kenalannya dengan wakil kumpulan itu sebelum diminta mengikuti kelas agama di sebuah lokasi.

      Bagaimanapun, katanya, wanita yang mempunyai asas agama yang agak luas itu ragu-ragu kerana ketika sampai di kelas itu hanya dia dan seorang guru lelaki di situ, membuatkan dia meragui ajaran berkenaan dan menjauhinya.
      “Kebiasaannya mangsa didekati melalui orang tengah yang dikenalinya. Wakil kumpulan itu biasanya berpakaian kemas dan tidak melambangkan kumpulan agama yang lazim seperti berjubah atau memakai ketayap.
      “Pada pertemuan awal, mangsa hanya diterangkan mengenai asas agama supaya dapat menarik minat untuk mendalami ilmu.
      “Selepas beberapa peringkat, barulah mangsa dikehendaki berbai’ah dan membayar dalam jumlah tertentu. Oleh itu, golongan yang sering terpedaya adalah mereka yang kurang didikan agama,” katanya.

       
  7. jais

    01/04/2011 at 8:01 pm

    Assalamualaikum…
    Suara Jagat kalau ada maklumat tentang pergerakkan NII secara tepat boleh hubungi JAIS di talian 03-55143600. smbungan 3679 (Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan)

     
    • suarajagat

      02/04/2011 at 4:32 pm

      wa’alaikumussalam..

      terima kasih kepada pihak JAIS kerana sudi memberi komen di blog ini.
      Insya’ALLAH, setiap maklumat terperinci akan saya salurkan kepada pihak anda.

      terima kasih juga kerana terus menyokong usaha dakwah ini.

       
  8. en

    02/04/2011 at 11:16 am

    aku pergi program keusahawanan… yakmal bagus membantu usahawan dalam usaha untuk mencapai usaha wawasan PM… saya nk pggl Sj ini ape? en.? tn. hj? ustaz?. or tuan ulamak yang boleh katakan program itu sesat…? saya sokong fathul

     
    • suarajagat

      02/04/2011 at 4:29 pm

      saudara en,

      membantu usahawan tidak membuktikan akidah mereka benar.
      pihak JAIS telahpun memberi komen di atas..turut disertakan dengan no tel mereka…

      sila hubungi pihak JAIS untuk penjelasan lanjut mengenai keSESATan NII/GPK/YA’MAL/ACT ini

       
  9. Anti Kerajaan

    03/04/2011 at 6:39 am

    Elok lah tu. Sepakat ngn Jais yg dh xberapa betul. tuduh org lain sesat.
    Ckp pasal akidah, apsal x g tegur akidah Najib? masyitoh?

     
    • suarajagat

      04/04/2011 at 9:57 am

      saudara Anti Kerajaan,
      kesesatan NII bukan lah satu tuduhan tetapi satu realiti..
      artikel2 di blog SJ dan pelbagai blog lain juga telah mendedahkan tentang kesesatan NII KW9..
      SJ pernah bertemu dan berbual bersama Kiyai Amin Djamaludin, pakar aliran sesat di Indonesia dan beliau mengesahkan tentang kesesatan NII KW9/ Maahad al Zaytun.
      kami mempunyai pelbagai bahan bukti berkaitan NII Wilayah Malaya, malah pihak JAIS dan Jab. agama Negeri Sembilan juga pernah membuat tangkapan ke atas pimpinan NII Wilayah Malaya.
      akidah najib dan masitah? sila jelaskan..

       
  10. bahtiar

    05/04/2011 at 5:15 pm

    Ikuti proses penyadaran korban2 ajaran menyimpang secara live 24 jam, klik link http://sempalan.wordpress.com/2011/03/14/live-24-jam-menyadarkan/

     
  11. drshahrizan

    21/02/2012 at 1:26 am

    Assalamualaikum wbt,
    spt saudara fathul, sy pon penah ikuti kelas2 Al-Quran yg mereka2 anjurkan..sy masih meneliti dari sudut mana yang mereka2 ini sesat.

     
  12. Dak kena dah

    25/06/2012 at 4:54 pm

    Pada peringkat permulaan nampa k amcam OK
    Tapi bila lama-lama ayat alquran digunakan untuk minta dana
    Paksa cari downline. Bila keluar berjumpa tak tau apa yang disampaikan. Hilang arah. Jumpa pompuan dan lelaki campur sekali. Jumpa kat Cafe sampai jam 12 malam. Niat baik untuk tegak negara Islam. Pelaksanaan tak berapa cantik.

     
  13. ingin_tahu

    22/07/2013 at 3:47 pm

    Salam suara jagat.
    Saya nak tanya, ,mengapa gerakan ini dikatakan sesat? Dari segi mana ia sesat?
    Saya sangat2 memerlukan hujah yg membuktikan gerakan ini sesat? Bagaimana dengan usrah yang seakan-akan sama perlaksanaannya dgn gerakan pemuda kahfi ini? tapi usrah itu tidak mementingkan duit.

     
    • suarajagat

      31/07/2013 at 4:51 pm

      Assalamua’laikum
      Saudara ingin tahu..
      Maaf kerana lambat membalas soalan saudara.
      Dalam blog ini telah banyak dijelaskan tentang kesesatan Gerakan Pemuda Kahfi.
      Kesesatan yang nyata ialah apabila mereka telah mentafsir sendiri maksud ayat-ayat al-Quran mengikut kehendak mereka berdasarkan logik akal semata-mata.

      Mereka mengkafirkan mana-mana umat Islam yang tidak bersama mereka.
      Apa juga namanya, sama ada usrah atau kelas tafsir atau apa juga yg dinamakan, andai ianya bertentangan dengan ajaran Islam, sekalipun kononnya dengan berpandu al-Quran, maka ia adalah ajaran sesat.

      Bila kita menilai ajaran sesat, bukanlah wang yang menjadi ukuran, tetapi isi kandungan ajaran, serta isi penerangan ajaran tersebut yang dinilai.

      Ramai dikalangan umat Islam fikir bahawa apabila kita mesti kembali kepada al-Quran dan sunnah, bagi pandangan yang cetek ilmu, mereka fikir kita boleh terus merujuk sendiri pada terjemahan atau tafsiran al-Quran tanpa mempelajarinya dari ulama-ulama yang muktabar.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: