RSS

Identiti Melayu-Islam Kian Terhakis

28 Mar

Pada minggu lalu, Kerajaan Persekutuan telahpun memansuhkan larangan membawa masuk kitab Bible (Injil) Berbahasa Melayu ke negara ini dengan syarat dicetak pada kitab itu teks “Untuk Penganut Kristian Sahaja”.

Kebenaran membawa masuk kitab tersebut ke Malaysia adalah senada dengan suara pemimpin-pemimpin pembangkang di kalangan PAS dan PKR yang selama ini turut menyokong permohonan Gereja Kristian menggunakan kalimah ALLAH bagi menggantikan perkataan God dalam Kitab Injil.

Penulis secara peribadi berasa amat sedih dan kecewa dengan pemansuhan tersebut, selain isu ini tidak mendapat liputan meluas dari pihak media. Mungkin kerana parti-parti politik yang dikuasai oleh Melayu-Islam bersetuju dengan pemansuhan itu, lalu hal ini tidak diperdebatkan. Kalau ada yang tidak bersetuju pun, ia hanyalah segelintir dari mereka sahaja. Suara NGO Muslim dianggap remeh, malahan pandangan tokoh ulama seperti Dr. Harun Din juga dipandang enteng.

Penulis berpendapat kenyataan SS Mufti Negeri Selangor melarang kemasukan Bible Bahasa Melayu ke negeri itu adalah satu tindakan yang wajar. Namun bagaimana pula di negeri-negeri lain?

Bagi SJ, tidak timbul keperluan untuk kitab Injil berbahasa Melayu berada di negara ini. Alasan untuk mengisi keperluan masyarakat bumiputra beragama kristian di Sabah dan Sarawak adalah satu alasan yang sangat bodoh dan dangkal. Jika inilah alasan mereka, maka penyelesaian yang paling sesuai ialah Kitab Injil dituliskan dalam bahasa ibunda peribumi terbabit dan bukannya dalam Bahasa Melayu.

Sebenarnya, desakan pihak tertentu yang mahu Injil Bahasa Melayu wujud di Malaysia tidak lain adalah untuk menghakis identiti Melayu-Islam yang sekian lama dipertahankan di tanahair kita. Setelah lebih 400 tahun penjajahan kolonial ke atas Tanah Melayu gagal menasranikan masyarakat Melayu, mereka cuba mengatur gerak dengan mempergunakan bahasa sebagai alat dalam proses penyusupan ideologi dan fahaman kristian.

Hari ini, para politikus telah mula mengikut salah satu telunjuk/ keinginan pendukung pluralisme agama sebagaimana tercatat pada kandungan memorundum InterFaith Commission (IFC) kepada Majlis Peguam pada tanggal 21 Ogos 2001 iaitu :

“Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.”

Nampaknya pemimpin-pemimpin politik Melayu-Islam di Malaysia kian hari kian mudah diliberalisasikan pegangan mereka dengan fahaman liberal-pluralis Barat. Apakah politikus pada hari ini tidak lagi mampu menjadi benteng bagi mempertahankan umat Islam Malaysia?

Golongan yang ‘so-called’ ulama juga dilihat kian rapuh dan mudah diperkotak-katikkan. Dari kisah spiritual sesat hinggalah ke Injil Bahasa Melayu, semuanya bagai kecut.

Pemikiran Khawarij dan ‘Kamal Attaturk’ mula melangkah setapak demi setapak. Politikus Melayu-Islam dan ‘so-called’ ulama hanya pada nama. Semangat jihad Muhammad al-Fateh dan Salahuddin al-Ayubi tinggal kenangan. Usaha dakwah dan pesan ulama nusantara seperti Syeikh Abdullah Fahim, Pak M.Natsir, Hamka, Syeikh Daud al-Fatani, Tok Pulau Manis, Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad dan ramai lagi seakan dilupakan.

Ke mana arah tuju Islam di Malaysia? Identiti Melayu-Islam kian terhakis dek perjuangan politik sempit. Natijahnya, maruah agama kian terjual. Nilai iman masyarakat muslim rantau ini semakin terancam. Kita sudah umpama makanan yang dikerumuni lalat pembawa kuman, kotoran dan najis jijik.

Sedarlah wahai umat Islam.. Sedarlah wahai pemimpin. Usah terus dipermain oleh kepalsuan. Bangkit dan berjuanglah, kerana Yahudi dan Nasrani tidak akan redha ke atas kamu sehinggalah umat ini mengikuti mereka sejengkal demi sejengkal dalam kesesatan. Firman Allah SWT  dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 120;

“Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka ( yang telah terpesong itu )”.

Wallahu’alam..

 

7 responses to “Identiti Melayu-Islam Kian Terhakis

  1. SAVEMELAYU

    28/03/2011 at 12:24 pm

    UNTUK APA BIBLE BAHASA MELAYU INI BOLEH DIADAKAN?
    HANYA UNTUK MENGKAFIRKAN BANGSA MELAYU YG SINONIM DGN AGAMA ISLAM..MENERUSKAN AGENDA ANTI AGAMA(KUMPULAN YG SENTIASA CUBA MENYESATKAN SEMUA BANGSA PADA SETIAP ZAMAN)

    PENGHAKISAN INDENTITI BANGSA MELAYU SEDANG DI SERANG DARI 3 PENJURU:
    1)AGAMA
    2)BANGSA
    3)TANAHAIR

    Ringkasan dari di atas…
    1)Agama-Anti agama menular dlm bangsa melayu yg beragama Islam melalui fahaman2 yg baru seperti wahabi,syiah,ESQ.
    2)Bangsa-anti agama juga menular dalam wajah bangsa melayu,mereka menyerang budaya ,bahasa dll lagi
    3)Tanahair-Anti agama ini berusaha agar bangsa melayu melalui bangsa2 yg lain di tanah melayu ini hilang hak pemilikan warisan turun temurun pusaka ini….atas nama kemodenan serta pembangunan serta hak asasi manusia.

    RUMUSAN RINGKAS
    DARI RINGKASAN DIATAS KITA BANGSA MELAYU DI TANAH MELAYU INI TELAH,SEDANG DAN AKAN TERUS MELALUI PROSES PECAH DAN PERINTAH(KONSEP ANTI AGAMA MENJAJAH DUNIA)
    INI DI KATAKAN SUATU ANCAMAN TAPI HAKIKATNYA KITA TELAH TELAH DI SERANG SERTA DI TAKLUKI KERNA ANTI AGAMA TELAH BERADA DALAM SEMUA STRUKTUR SISTEM BANGSA MELAYU DI TANAH MELAYU.

    SUATU PERSAMAAN(ANATAR SEMENANJUNG GAZA DAN SEMENANJUNG TANAH MELAYU)..!!!!????
    Slogan “save gaza” adalah satu pemesongan fokus yg berlapik pd islamik untuk mengaburi agenda sebenar anti agama pada bangsa melayu di tanahairnya dan slogan”save melayu” perlu di war-warkan kerna bangsa melayu ini perlu erti sebenar kemerdekaan itu.Bangsa melayu telah terpenjara sekian lama….bebaskan lah bangsa melayu ini dari sistem penjajahan era baru anti agama

    CONITNUE….

     
  2. purbakala

    29/03/2011 at 10:53 am

    alahaii..murninya niat SJ..hehe…
    cian dia..🙂

     
    • suarajagat

      29/03/2011 at 11:22 am

      purbakala,
      apa yang hendak diketawakan?
      Soal akidah adalah perkara yang serius..
      bukan remeh-temeh..

       
  3. Iranis

    29/03/2011 at 11:50 am

    “No language group should be considered reached UNTIL THEY HAVE THE SCRIPTURES AVAILABLE IN THEIR MOTHER TONGUE AS THE FOUNDATION FOR BUILDING SUSTAINABLE CHRISTIAN THOUGHT, LIFE AND COMMUNITY”.
    – Rev. Dr. Kwame Bediako, Director of Adrofi-Christaller Memorial Centre For Mission Research And Applied Theology, Akropong-Akuapem, Ghana

    Inilah tujuan penterjemahan bible ke seluruh dunia.

     
  4. his tree

    06/04/2011 at 2:11 pm

    quran yg ada dlm bahasa melayu/indon pun orang dh x baca bro…

     
    • suarajagat

      06/04/2011 at 2:45 pm

      mana ada al-Quran dalam bahasa melayu/ indonesia?

      yang ada ialah kitab tafsir al-Quran atau terjemahan al-Quran dalam bahasa melayu/ indonesia

      al-Quran tetap dalam bahasa arab.

       
      • Aswan Comel

        07/04/2011 at 1:23 am

        his tree ada al Quran bahasa melayu/indonesia agaknya, sbb tu dia tulis komen mcm tu.

         

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: