RSS

Video Press Conferance PEMBELA

29 Mar

Berikut SJ sertakan rakaman video sidang akhbar PEMBELA berkaitan kebenaran membawa masuk  Bible Bahasa Melayu, untuk tatapan para pembaca. SJ sangat setuju dengan pesan Dr. Yusri kepada politikus Melayu-Islam.. Janganlah kerana terlalu kepinginkan sokongan/ undian dari golongan bukan Islam, lalu maruah agama sanggup digadai. Mungkinkah UMNO, PAS, PKR dan KITA hanya mencari kepentingan parti? Nampaknya kesemua parti ini sukar diharapkan untuk membela kesucian Islam di Malaysia. Mereka sibuk bercakaran dan memporak-perandakan hubungan masyarakat melayu yang sepatutnya hidup dalam penuh kemuafakatan..

“Gajah sama gajah berperang, pelanduk mati di tengah-tengah.. dipijak dan dihenyak oleh gajah-gajah yang badannya besar tapi otaknya kecil… Peperangan menyebabkan gajah-gajah itu sama-sama cedera.. pemburu haram yang melihat dari jauh tersenyum lebar… gajah semakin lemah, lalu dibunuh akan gajah-gajah itu… Lantaran kelalaian dan kebebalan sang gajah, menyebabkan ia mati. Habitatnya diratah, generasi di ancam kepupusan. Akhirnya, pemburu haramlah yang mendapat gading dan mengaut keuntungan.

Gajah-gajah yang mati hanya menjadi bangkai busuk tak bernyawa.. mungkin akan diawet dan dipamer di muzium; dikenang sebagai lambang sebuah kebodohan.

untuk maklumat lanjut, sila layari : http://membelaislam.wordpress.com/


 

2 responses to “Video Press Conferance PEMBELA

  1. Muhammad Arsyad

    30/03/2011 at 9:37 am

    APA PERANAN YG KAMI BOLEH AMBIL?

     
    • suarajagat

      30/03/2011 at 1:18 pm

      salam..
      muhammad arsyad..

      apa yang patut dilakukan oleh Melayu-Islam pada hari ini ialah untuk bersatu dan mengenepikan perbezaan fahaman politik. Masalah ini harus dipandang secara serius kerana ia berkait rapat dengan masa depan umat Islam Malaysia. Tujuan penterjemahan Bible ke dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu adalah berdasarkan kenyataan di bawah :

      “No language group should be considered reached UNTIL THEY HAVE THE SCRIPTURES AVAILABLE IN THEIR MOTHER TONGUE AS THE FOUNDATION FOR BUILDING SUSTAINABLE CHRISTIAN THOUGHT, LIFE AND COMMUNITY”.
      – Rev. Dr. Kwame Bediako, Director of Adrofi-Christaller Memorial Centre For Mission Research And Applied Theology, Akropong-Akuapem, Ghana

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: