RSS

ESQ 165 : Antara Islam atau…?!

11 Apr

Isu fatwa pengharaman ESQ 165 di Wilayah Persekutuan masih hangat diperdebatkan. Fatwa yang diputuskan adalah berdasarkan proses kajian selama 2 tahun bermula 2008 hingga 2010. Terdapat di kalangan masyarakat yang berkata “ESQ sudah ada Panel Syariah dan Akidah”.

Soalan saya, adakah hanya disebabkan ESQ 165 menubuhkan Panel Syariahnya sendiri (itupun hanya selepas adanya fatwa), boleh mengabsahkan perlatihan tersebut? Jika demikian, mungkinkah sekiranya Qadiyani, Global Ikhwan (al-Arqam), Kerajaan Langit Ayah Pin dan pelbagai ajaran yang telah difatwa sesat menubuhkan panel syariah, maka kita harus mengubah ketetapan fatwa?

Anda mungkin berkata, Majelis Ulama Indonesia (MUI) memberi sijil Patuh Syariah… Soalnya, apakah hasil kajian 1 jawatankuasa yang hanya dilakukan selama 6 bulan boleh menolak kajian yang dilaksanakan oleh 4 pasukan panel yang mengambil tempoh masa selama 2 tahun? Sudah pasti jumlah bukti yang terkumpul dalam tempoh 2 tahun jauh lebih banyak berbanding hasil kajian yang sesingkat 6 bulan. Apatah lagi bila kita dapati, pihak MUI seolah-olah terpaksa melakukan kajian setelah wujudnya pengharaman ke atas ESQ 165.

Benarkah ESQ 165 bersumber dari ajaran Islam, atau mungkinkah terma Islam telah digunakan oleh ESQ 165 untuk menyembunyikan suatu fahaman yang sebenarnya bertentangan dengan akidah Islam?

Sebagaimana yang kita ketahui, Ary Ginanjar founder kepada ESQ 165. Namun demikian segala pengisian dalam ESQ adalah dicedok dari fahaman Barat. Ary Ginanjar Agustian bukanlah penemu Spiritual Quotient. Tetapi idea dan konsep Spiritual Quotient (SQ) diambil dari Danah Zohar, seorang Yahudi yang giat mengkaji tentang Quantum Physics. Danah Zohar dan suaminya Ian Marshall mengetengahkan konsep Spiritual Capital dan SQ (pada sekitar 1990-an) selepas melalui pengalaman hidup sebagai seorang Unitarian, Judaism dan Buddha. Malahan idea kepada konsep SQ mempunyai hubungan rapat dengan amalan yoga, chakra dan kundalini dalam ajaran hindu. Ia juga dikatakan di angkat dari konsep 6 kelopak bunga teratai yang merupakan antara teras agama tersebut.

As far as anatomical knowledge of human body is concerned it is very much required for the optimum result during practice of Yoga.  Yoga system has very close connection with the human anatomy i.e. chakra or nerve centres distributed along the spinal column and in brain region.
Besides, connection chakras with the practice of Yoga, chakra has also great role in the development of personality.  People do not realise that personalities can grow to include a balance of all the six chakras. Jung referred to this growth process as “individuation”, and associated it with life’s spiritual dimension. Danah Zohar evolves a model of spiritual quotient (sq) based on the six petals of a lotus and its centre, corresponding to the seven chakras described by the Hinduism’s Kundalini Yoga, as an aid to the process of individuation in the mid-1990s. (sumber : di sini dan dipersilakan membaca di sini)

Konsep IQ, EQ dan SQ kemudian telah dicampuradukkan oleh Ary Ginanjar Agustian dengan Rukun Islam, Iman dan Ihsan, lalu terbentuklah ESQ 165. Ini mungkin dilakukan kerana masyarakat di Indonesia dan rantau ini majoritinya beragama Islam. Jadi bagi mendapatkan sambutan terhadap ideologi SQ, ia telah diperlihatkan seolah-olah islamik. Persoalan yang ingin saya tanyakan, adakah spiritual (kerohanian) BUKAN Islam boleh dicampuradukkan dengan kerohanian Islam?

ESQ pada akhir tahun lalu telah mengubah istilah God-Spot kepada Conscience (suara hati; hati nurani) dan kemudiannya mengubah pula kepada perkataan fitrah agar terlihat Islamik. Ini bermaksud bagi ESQ 165 :

God-Spot = Conscience = Fitrah.

Conscience merupakan di antara asas ajaran agama Kristian. Contohnya seperti yang terdapat pada ayat -ayat di dalam Bible :-

Hebrews 9:14 How much more shall the blood of Christ, who through the eternal Spirit offered himself without spot to God, purge your conscience from dead works to serve the living God?

Hebrews 10:22 let us draw near to God with a sincere heart and with the full assurance that faith brings, having our hearts sprinkled to cleanse us from a guilty conscience and having our bodies washed with pure water.

1 Timothy 1:5 Now the end of the commandment is charity out of a pure heart, and of a good conscience, and of faith unfeigned

1 Timothy 3:9 They must hold firmly to the secret of the faith with clear consciences.

Jelaslah di sini bahawa Islam telah diperlakukan sewenangnya oleh pihak tertentu. Kefahaman, ideologi dan pembawakan ESQ 165 sebenarnya dipenuhi dengan unsur-unsur yang bercanggah dengan akidah Islam. Perubahan ke atas istilah yang digunapakai sekadar memperlihatkan ciri Islamik di mata kasar, sedangkan di dalamnya berisi kepalsuan.

Bagaimana pula dengan rumus Zero Mind Process (kini disebut Zero Manacle Process) oleh Ary Ginanjar tentang mencapai spiritual berdasarkan perkiraan 1/0 = ∞ (infinity atau tak terhingga)? Menurut Ary Ginanjar, jika anda ikhlas dan jernih (= 0), maka anda akan mendekati Yang Tak Terhingga iaitu ALLAH (= 1). Bermakna 1/0 = ∞ (Infinity atau pencapaian spiritual tak terhingga).

Di Barat, salah seorang individu yang mempromosikan Spiritual Quotient melalui kaedah perlatihan dan penulisan ialah Deepak Chopra. Deepak Chopra menyatakan bahawa SQ = D/E, D ialah Deeds (= 1), manakala E ialah Ego (= 0). Ini bermaksud 1/0 = SQ.

Hujah-hujah di atas membuktikan ESQ 165 adalah satu perlatihan korporat yang mengandungi pelbagai unsur ajaran agama lain seperti hinduism, buddism dan kristian. Penambahan Rukun Islam, Rukun Iman dan Ihsan pada ESQ hanyalah sekadar kilauan yang menyilaukan pandangan masyarakat agar apa yang dibawa kelihatan Islamik pada zahirnya, walhal isinya penuh dengan kebatilan yang datang dari kefahaman-kefahaman syirik.

Perkembangan Spiritual Quotient (SQ) yang sangat giat diusahakan di seluruh dunia mutakhir ini menampakkan bahawa ianya adalah suatu bentuk pembiakkan ideologi spiritualisme melalui kaedah perlatihan dan motivasi.

Spiritual bermaksud kerohanian. Wajarkah kita menerima dan menuruti ideologi kerohanian yang datang dari kesyirikan? Apakah kerohanian Islam boleh dicampur dengan unsur kerohanian bukan Islam?

Ayuh!!! Kita jauhi perlatihan korporat yang amat meragukan ini, kerana Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

Bukanlah daripada golongan kami (umat Islam) siapa yang menyerupai (meniru) selain daripada (cara hidup) kami. Jangan kamu menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian). (Riwayat Imam Tirmizi daripada Amru bin Syuaib)

Bahkan sabda Rasulullah s.a.w lagi, maksudnya:

Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia dikira termasuk ke dalam golongan itu. (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dari Ibnu Umar r.a)

“Tidak akan kiamat sebelum umatku mengikuti apa-apa yang dilakukan bangsa-bangsa terdahulu, selangkah demi selangkah, sehasta demi sehasta.’ Di antara para sahabat ada yang bertanya: ‘Ya Rasululah, apakah yang dimaksudkan (di sini) adalah bangsa-bangsa Yahudi dan Nasrani?’ Rasulullah menjawab: ‘Siapa lagi (kalau bukan mereka).” (Riwayat Bukhari).

Akhirul kalam, mari kita sama-sama mengambil ikhtibar dari firman ALLAH s.w.t yang bermaksud:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: ‘Sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk (yang benar)’. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (al-Baqarah: 120)

God-Spot -> Conscience -> Fitrah

 
3 Comments

Posted by on 11/04/2011 in ESQ 165 sesat?

 

3 responses to “ESQ 165 : Antara Islam atau…?!

  1. Iranis

    11/04/2011 at 10:08 am

    “Ary Ginanjar brings the deep power of ESQ to a vision of a renewed and compassionate Islam. He has the voice of a wise teacher. His words opened my heart to the beauty of a faith I had never before understood” – Danah Zohar

    Sepertimana peringatan yang diberikan oleh Rasulullah SAW melalui hadis yang dikemukakan dlm tulisan ini dan sepertimana firman Allah SWT dlm surah Al-Baqarah: 120, maka tidak hairanlah sekiranya Danah Zohar sangat mengiktiraf dan memuji Ary kerana Islam yang diperkenalkan oleh Ary melalui ESQ adalah RENEWED Islam.

    Pendedahan demi pendedahan menunjukkan apa sebenarnya di sebalik ESQ. Masihkah kita ingin berbangga dengan perubahan kepada ramai orang yang dikatakan kembali menjadi muslim yang baik melalui jln yang bercampur aduk antara haq dan bathil seperti ini? Memberi sokongan kepada ESQ umpama memberi ruang dan peluang kepada pihak lain melukis wajah baru kepada Islam sedikit demi sedikit.

    Sesuatu yang perlu kita beringat dan renungkan, bukan sedikit orang yang merasakan ketenangan dalam kesesatan. Justeru, fikir fikirkanlah dengan hati yang ikhlas dlm mencari kebenaran.

     
  2. fadzad

    11/04/2011 at 11:14 pm

    Konsep IQ, EQ dan SQ kemudian telah dicampuradukkan oleh Ary Ginanjar Agustian dengan Rukun Islam, Iman dan Ihsan, lalu terbentuklah ESQ 165.
    Senang2 je ary ni ,menipu umat islam dgn konsep 165 dia ni; konon2 islam ni 1-ihsan, 6-iman, 5-islam, (hehe… tp mmg ramai umat islam mudah ditipu dgn konsep 165 ni pasal belajar agama setakat sekolah je). x caya tanya org sekeliling; “Berikan gambaran ringkas tentang islam?” mesti ramai yg jawab “rukun iman-6, rukun islam-5 & ihsan-1”. bkn salah tp tak tepat je.
    Saya suka berpegang kpg A.S.A.(alamak… 1 lg akronim).

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: