RSS

ESQ 165 : Kitaro Dan New Age Music

14 Apr

Pada 7 April 2011, hari Khamis malam Jumaat yang lalu, pemuzik terkenal dari Jepun, Kitaro telah mengadakan konsert di Jakarta Convention Center (JCC). Pihak ESQ Leadership Center (ESQ LC) telah bekerjasama dengan Velvet Production bagi mempromosikan konsert tersebut. Saya yakin, ramai penggemar muzik berirama instrumental meminati Kitaro. Penulisan ini bukanlah untuk menolak atau mengatakan bahawa muzik itu haram. Tetapi adalah bertujuan untuk mengingatkan bahawa apabila sesuatu muzik itu bertujuan, mempunyai atau dicampuri unsur yang bertentangan dengan akidah Islamiyah, maka ianya wajar dijauhi terutama apabila ianya digabungkan dengan amalan tertentu ritual dan kerohanian.

Kitaro mengetengahkan satu aliran muzik yang dinamakan sebagai New Age Music. Aliran New Age  Music adalah bersangkut paut dengan New Age Movement (NAM), sebuah gerakan yang berunsur mysticism, spiritism dan eclecticism. Pada tahun 1999, beliau pernah memenangi anugerah Grammy bagi kategori Best New Age Album.

Lagu-lagu Kitaro dan pemuzik-pemuzik New Age yang lain digunakan dalam amalan meditasi dan yoga, bertujuan mendapatkan ketenangan jiwa. Malahan, lagu-lagunya juga banyak mengandungi unsur spiritualism kepercayaan karut contohnya lagu Gaia Onbashira (Gaia Onbashira ialah Dewa Bumi dalam kepercayaan Jepun), Dance Of The Sarasvati (Sarasvati adalah Dewa Muzik dalam kepercayaan Hindu) dan Koi.

Gaia loosely translates to Goddess of the Earth or Mother Earth and Onbashira is a festival that occurs every seven years in Japan. During the Onbashira festival, eight individuals are chosen for spiritually cleansing. The participants ascend a mountain and attempt to spiritually connect with the heavens through the trees. These trees are then allowed to fall down the mountain and eventually become posts and the foundation of a ceremonial shrine. Through these events, these individuals learn to become more in touch with their spirits. (sumber : http://www.amazon.com/Gaia-Kitaro/dp/B000006ROB)

sarasvati

Sarasvati is the Hindu Goddess of all arts: music, painting, sculpture, dance, and writing. She is credited with presenting the gift of writing to mankind so that her songs could be written down and preserved. Sarasvati is often depicted on the back of a swan or peacock, and with four arms, with which she plays the lute or drum and bestows jeweled blessings. She is the Goddess of eloquence, and words pour from her like a sweetly flowing river. One myth of this Goddess is that She is a jealous rival of the Goddess of wealth, Lakshmi, and that pursuing wealth alone will assure that Sarasvati’s gifts will desert you. (sumber : http://www.lunaea.com/goddess/creativity/sarasvati.html )

Kita mungkin hanya tahu Koi sebagai ikan sahaja, pun begitu dalam kepercayaan masyarakat di China, Korea dan Jepun, Koi membawa kepada simbol dan kepercayaan tertentu :

Indeed there have been many stories that have been told about the Koi. According to Japanese myths and beliefs, the Koi can symbolize masculinity, prosperity or good fortune, perseverance during adversity and strength of purpose. In Chinese, a Koi symbolizes balance and harmony (yin and yang), courage and also good luck.

According to the most popular Japanese story about what the Koi fish symbolizes, if a Koi is able to swim up and against the current of a waterfall, at a point called Dragon Gate on a river called the Yellow River, it will transform into a dragon.

Article Source: http://EzineArticles.com/5566571

Lagu yang sangat terkenal Matsuri pula bermaksud festival. Matsuri ialah festival yang berkaitan dengan kepercayaan (Shinto) dan tradisi masyarakat Jepun. Antara Matsuri yang terkenal ialah Hadaka, Aoi, Tenjin dan Nagoya.

Sebagaimana yang diketahui, alunan muzik Kitaro yang diinspirasikan dari spiritual Buddhism, Shinto dan Hinduism ini sering digunakan dalam perlatihan ESQ 165. Pihak ESQ LC kelihatan sangat bangga dengan Kitaro dan muzik aliran New Age ini demikian juga pujian Ary Ginanjar yang teruja dengan Kitaro. Dalam artikel bertajuk ‘Musik Kitaro Menggambarkan Suara Hati, disebutkan bahawa :

Ary menambahkan hal tersebut membuktikan bahwa adanya sebuah universalisme emosi, universalisme hati, dan keindahan hati yang ketika itu diwujudkan dalam bentuk irama. (sumber : http://esq-news.com/liputan-khusus/2011/04/08/musik-kitaro-menggambarkan-suara-hati.html)

Direksi ESQ Leadership Center, Luki Alamsyah turut berkata :

“Ini tidak hanya akan menjadi pagelaran musik semata, bukan hanya akan mengasah emosional, tetapi kita juga mengasah hati kita, dan emosional spiritual kita,” (sumber : abid)

Suarajagat tidak menolak muzik sebagai satu kesenian, malahan muzik tidaklah haram selagimana ia berada pada landasan yang betul. Tulisan ini juga tidak menghukum mereka yang meminati irama muzik instrumental.

Bagaimanapun, statement pihak ESQ yang memperakui muzik Kitaro sebagai aspek spiritual (kerohanian) menggambarkan ketidakfahaman mereka tentang intipati agama Islam. Bagaimana seorang yang mengaku Islam dan didakwa tidak sesat oleh sesetengah pihak, boleh menerima New Age Music yang sarat dengan unsur mysticism sebagai keindahan hati serta mengasah spiritual (kerohanian)???!

Konsert yang diadakan pada malam Jumaat itu ternyata bertentangan dengan adab dan akhlak serta amalan dalam Islam. Imam as-Sayuthi dalam kitabnya “Khushushiyyaat Yawmil Jumu`ah” menulis bahawa Imam al-Baihaqi dalam kitab “asy-Syu`ab” telah mentakhrijkan daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a., katanya:

Junjungan Rasulullah s.a.w. bersabda “MAN QARA-A LAILATAL JUMU`ATI HAAMIIM AD-DUKHAAN WA YAASIIN ASHBAHA MAGHFURAN LAHU (Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat surah ad-Dukhan dan surah Yaasin, maka berpagi-pagilah dia dalam keadaan terampun)”.

Al-Ashbihani meriwayatkan dengan lafaz “MAN QARA-A YAASIIN FI LAILATIL JUMU`ATI GHUFIRA LAHU (Sesiapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat, nescaya diampunkan baginya).”

Justeru, apakah dalam kefahaman Islam konsert berirama mysticism dikatakan mempunyai keindahan hati dan mengasah spiritualiti (kerohanian)? Dalam konteks tasawwuf…apakah mysticism itu indah? Adakah ia mampu mengasah ruhaniyyah atau akhirnya membawa kepada batiniyyah?

Inilah masalah yang timbul bilamana kebatilan dihiasi ‘make-up’, botox dan kata-kata manis.

 
10 Comments

Posted by on 14/04/2011 in ESQ 165 sesat?

 

10 responses to “ESQ 165 : Kitaro Dan New Age Music

  1. TMP

    14/04/2011 at 5:35 pm

    sufism yang di ajar oleh aliran moden ni kebanyakannnya bukan menghala ke sufi pun…ada pulak yang menyamakan sufi dengan misticism, ini lagi bahaya…aum aum aum…tenang fikiran tu fana -meditasi tu -depa ingat sufism la kot cabang kepada islam…hujung2 depa kata sama la islam ngan agama lain…sebab sufism.

    itu bahaya la ni melayu nak sangat p ke mistik, ada puak la ni sampai nak bawak abih melayu seme jadi hindu balik.

    dahsyat agenda depa ni.

     
    • suarajagat

      15/04/2011 at 9:56 am

      TMP,
      gembira rasa bila ada individu seperti anda yang memahami tentang penodaan Barat ke atas agama Islam. Benar, hari ini ramai individu yang terperangkap dalam misticism dan meditasi dan menyangka bahawa itu adalah fana’ dalam kesufian.
      Hal tersebut memang ada dalam perancangan penulisan di blog ini. Insya’ALLAH, SJ akan cuba membongkar sedikit tentang kecelaruan itu.

       
  2. Ismael

    14/04/2011 at 7:06 pm

    Assalamualaikum.
    Saudara , saya rasa tanpa tulisan-tulisan ilmiah saudara ramai yang akan keliru dan terus teruja dengan fahaman dan aliran yang cuba dibawa oleh ESQ. Bukan bermakna yang kita menentang mereka tetapi mungkin juga kita harus sedar bahawa apa yang penting untuk umat Islam hari ini adalah kembali kepada fitrah kita sebenarnya.

    Saya simpati dengan golongan yang mengaku alumni ESQ ini . Mereka seolah-olah taksub dan fanatik. Baru-baru ini Ary Ginanjar dianugerahkan darjah Silat Kalam Malaysia , apa yang membuat dia layak diberi anugerah tersebut ?

    Apakah sumbangan Ary hingga kita mengangkat dia begitu sekali. Kasihan kepada kita sebenarnya. Sebagai umat Islam di Malaysia bersatulah untuk kebaikan kita. Jangan hanya kerana ESQ kita berpecah. ESQ sudah tentu berjaya membuat duit di sini tapi kita umat Islam di Malaysia pula yang terpaksa memikirkan cara bagaimana agar kita kembali kepada fitrah.
    Tanpa ESQ pun kita tetap boleh membawa Islam kembali ke zaman kegemilangan asalkan kita mengikuti apa yang telah ditinggalkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

    Buat saudaraku..teruskan perjuangan anda membenteras kesesatan yang nyata ini.

     
    • suarajagat

      15/04/2011 at 10:13 am

      wa’alaikumussalam…
      terima kasih saudara ismael..insya’ALLAH saya akan terus menulis demi memberi kefahaman kepada masyarakat.
      Tentang penganugerahan oleh Silat Kalam Malaysia… hal sedemikian memang sering berlaku dalam beberapa pertubuhan silat di mana mereka selalu memberi anugerah kepada individu-individu yang tak pernah pun mempelajari silat tersebut. Apatah lagi memberi kepada golongan public figure dengan tujuan untuk mendapat perhatian masyarakat. Kalau ada anugerah yang diberi kepada ahli politik, adalah kerana mencari nama & pengaruh. Walhal anugerah persilatan seafdhalnya diberi pada mereka yang terlibat secara giat dalam silat tersebut sahaja.

      Hairan juga bila orang taekwando atau judo mendapat anugerah persilatan. Bukanlah martial arts tersebut tidak bagus. Cuma kalau benar hendak menaikkan seni beladiri melayu, fokuslah pada beladiri melayu. Apatah lagi bila persatuan silat bercakap tentang agama, tapi memberi anugerah pada ying dan yang.

      Terima kasih Ismael..kerana sering memberi semangat kepada SJ untuk meneruskan perjuangan ini.

       
  3. fadzad

    16/04/2011 at 12:27 am

    satu perkongsian.
    Fitnah Akhir zaman : Hadith Hudzaifah Radhiyallahu Ta’ala ‘Anhu
    Oleh : Syaikh Salim bin ‘Ied Al-Hilali
    terjemahan Nash Hadits.

    “Artinya : Dari Hudzaifah Ibnul Yaman Radhiyallahu Ta’ala Anhu berkata : Manusia bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang kebaikan, sedangkan aku bertanya kepada beliau tentang keburukan karena khawatir jangan-jangan menimpaku. Maka aku bertanya ; Wahai Rasulullah, sebelumnya kita berada di zaman Jahiliyah dan keburukan, kemudian Allah mendatangkan kebaikan ini. Apakah setelah ini ada keburukan ? Beliau bersabda : ‘Ada’.
    Aku bertanya : Apakah setelah keburukan itu akan datang kebaikan ?. Beliau bersabda : Ya, akan tetapi didalamnya ada dakhanun.
    Aku bertanya : Apakah dakhanun itu ?. Beliau menjawab : Suatu kaum yang mensunnahkan selain sunnahku dan memberi petunjuk dengan selain petunjukku. Jika engkau menemui mereka maka ingkarilah.
    Aku bertanya : Apakah setelah kebaikan itu ada keburukan ?. Beliau bersabda : Ya, da’i – da’i yang mengajak ke pintu Jahannam. Barangsiapa yang mengijabahinya, maka akan dilemparkan ke dalamnya. Aku bertanya : Wahai Rasulullah, berikan ciri-ciri mereka kepadaku. Beliau bersabda : Mereka mempunyai kulit seperti kita dan berbahasa dengan bahasa kita.
    Aku bertanya : Apa yang engkau perintahkan kepadaku jika aku menemuinya ?. Beliau bersabda : Berpegang teguhlah pada Jama’ah Muslimin dan imamnya.
    Aku bertanya : Bagaimana jika tidak ada jama’ah maupun imamnya ? Beliau bersabda : Hindarilah semua firqah itu, walaupun dengan menggigit pokok pohon hingga maut menjemputmu sedangkan engkau dalam keadaan seperti itu”.
    (Riwayat Bukhari VI615-616, XIII/35. Muslim XII/135-238 Baghawi dalam Syarh Sunnah XV/14. Ibnu Majah no. 3979, 3981. Hakim IV/432. Abu Dawud no. 4244-4247.Baghawi XV/8-10. Ahmad V/386-387 dan hal. 403-404, 406 dan hal. 391-399).

     
    • suarajagat

      16/04/2011 at 1:52 am

      fadzad,
      terima kasih atas perkongsian saudara.

       
  4. zaher

    17/04/2011 at 6:58 am

    Salam ‘alaik, tyou byk2 akan informasi tn ttg terkini ESQ 165 itu,
    bahkan sejak kemunculannya oun dah meragukan , malang sekali apabila mereka yg bukan ahli (‘arif) menjadi Penaung Group ini.

    Saya menyokong tuan dlm membongkar “Racun ” yg tersembunyi pada “Kemanisan” Team ESQ ini.
    الله أكبر ولله الحمد

     
  5. Hujan Panas

    18/04/2011 at 11:23 am

    Salam bro SJ,

    Sy antara yg suke mbaca blog nie. klau bleh nk mintak SJ tulis tazkirah sikit.
    Risau bila hidup di zaman jahiliah moden nie..
    sume pekara 1500 tahun dulu, org zaman skrg buat n makin teruk.
    ESQ nie plak makin mnambah ujian pd umat islam skrg.
    Mcm² cr da buat nmpk xder kesan.
    So.. cerita la ttg kebenaran pd org yg ader sdikit iman dlm hati.
    harap² dpt bg kekuatan utk nmpk pe yg haq n batil.

    InsyaAllah..

    Teruskan pejuangan SJ

     
    • suarajagat

      18/04/2011 at 1:05 pm

      wa’alaikum salam..
      terima kasih atas cadangan anda.. memang sudah agak lama saya tidak menulis tazkirah di blog ini.
      Insya’ALLAH cadangan anda akan di beri perhatian.

       
  6. tkjcorner

    21/03/2013 at 12:11 pm

    sudah lama saya mencari artikel seperti ini, memang esq sangat mengandalkan music-music kitaro untuk mengaduk-aduk emosi peserta trainingnya. Dan saya sudah tidak sreg sejak awal mengikuti training esq

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: