RSS

ESQ 165 : Video Conscience Dan Demi Matahari Ary Ginanjar

02 May

Dalam artikel terdahulu berajuk ‘ESQ 165 : Antara Islam atau…?!’, penulis telah menunjukkan kepada para pembaca bukti bahawa conscience merupakan asas ajaran agama Kristian. Pada kali ini, saya ingin mengajak pembaca untuk meneliti 2 video di bawah. Video pertama adalah sesi pembelajaran yang dilakukan oleh seorang pastor yang mengajarkan tentang agama Kristian kepada penganut agama tersebut. Manakala, video kedua pula adalah video ‘Demi Matahari’ yang disampaikan oleh Ary Ginanjar Agustian. Sila dengar dengan teliti kata-kata Ary Ginanjar pada minit 1:15 hingga 1:20

Ary Ginanjar Agustian menyatakan bahawa galaksi mengelilingi arasy!!!!!!

Seandainya benar galaksi mengelilingi arasy, maka itu bermakna arasy adalah sebahagian dari dunia dan dicipta oleh ALLAH serentak dengan penciptaan langit dan bumi. Jika benar seperti kajian para saintis yang mengatakan alam wujud kerana berlaku letupan big bang, lantas kata-kata Ary Ginanjar bermaksud arasy hanya wujud akibat letupan tersebut.

Boleh sesiapa buktikan kata-kata Ary Ginanjar ini sebagai sesuatu yang benar? Sila buktikan galaksi mengelilingi arasy…

 
26 Comments

Posted by on 02/05/2011 in ESQ 165 sesat?

 

26 responses to “ESQ 165 : Video Conscience Dan Demi Matahari Ary Ginanjar

  1. Ismael

    27/05/2011 at 12:29 pm

    Saudara saya mendapat info yang Pihak Esq akan mengadakan program Rudy dan Sikat Gigi dengan kerjasama PPIM di Masjid Abu Bakar pada 28hb Mei 2011. Bukankah apa-apa aktiviti berkaitan dengan Esq adalah dilarang di Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur. Hanya mohon pandangan kerana ternyata program tersebut nampaknya baik.

     
    • suarajagat

      27/05/2011 at 12:41 pm

      Terima kasih saudara Ismael.

      Jika tidak keberatan, boleh tuan nyatakan lokasi Masjid Abu Bakar yang dimaksudkan.

      Mungkin pihak Masjid berniat baik untuk melaksanakan aktiviti. Bagaimanapun pengisian pihak ESQ adalah dilarang di dalam Wilayah Persekutuan.

       
  2. Haryatie Zainor

    01/07/2011 at 1:20 pm

    Saya telah mengikuti ESQ pada 29-30 Jun 2011. Bukan orang Islam sahaja yang menghadirkan diri tetapi kaum lain pun turut serta. Bayangkan betapa hebatnya ESQ. ESQ adalah satu-satunya training yang terunggul. Mengapa saya berkata demikian kerana ESQ sahaja yang dapat membuatkan kesemua pesertanya menghayati dan memahami segala kejadian dengan kehendak Yang Maha Esa. Dengan segala kesungguhan trainer-trainernya, penyampaian mereka dapat disampaikan tanpa cacat celanya. Alhamdullllah selepas mengikutinya, terasa diri ini terlalu kerdil dan mengakui kebesarannya kuasa Maha Pencipta. Semoga ESQ akan terus membimbing umat Islam di sarata dunia.

     
    • suarajagat

      04/07/2011 at 11:41 am

      Puan Haryatie Zainor…

      Untuk pengetahuan puan, saya juga adalah alumni ESQ dan telah mengikuti ESQ ini sejak beberapa tahun yang lalu…
      sememangnya sukar untuk masyarakat awam menilai kesesatan yang terdapat dalam ESQ, dan bagi kalangan kami yang telah melakukan penyelidikan secara terperinci, sungguh didapati terdapat pelbagai penyelewengan yang wujud dalam ESQ.
      sila baca semua tulisan saya di blog ini berkaitan ESQ 165. Dan jawablah soalan2 yang saya kemukakan..sebagai contoh soalan saya dalam artikel di atas..boleh sesiapa buktikan?

      terima kasih.

       
  3. fadzad

    06/07/2011 at 1:38 am

    Puan Haryatie Zainor,

    Kenyataan anda yang berbunyi “Dengan segala kesungguhan trainer-trainernya, penyampaian mereka dapat disampaikan tanpa cacat celanya” itu menimbulkan pelbagai persepsi negatif. Kenyataan seperti ini seolah2 bagi saya tiada tawadduk & bagaimana anda merasa diri anda kerdil dpn Maha Agung?
    Marilah membuat perkara yg Rasulullah SAW suruh kita buat: QIAMULAIL bkn dgn kursus2 seperti esq165 ini. Tak mustahil ada kursus2 seumpama ini pd masa hadapan.
    Awal2 lagi saya sudah me”rejek” esq165 ini kerana maksud pecahan 165 itu ialah 1-ihsan, 6-iman, 5-islam.
    Bagi penggemar esq165, mereka mengatakan islam itu adalah:-
    6 rukun iman yang wajib beriktikad dgn 6 perkara,
    5 adalah tuntutan seorang muslim atas 5 perkara
    1 adalah ihsan di mana kita merasakan Allah sentiasa memerhatikan kita (betulkan jika saya salah).
    Pandangan saya islam itu ialah:-
    A – Aqidah yang kita wajib beriman dgn 6 perkara,
    S – Syariah terbahagi kepada 2; iaitu Ibadah & Muamalah (ada pecahan masing2).
    A – Akhlak terbahagi kpd 2 iaitu akhlak kpd Al Khaliq & makhluk (ada pecahan msg2).
    Adakah ihsan sahaja diperlukan? Manakah perginya keadilan, ukhuwah, taawun, syura, jujur, musawah, takaful ijtima? Kerana itulah bagi saya ramai yang terkeliru dlm pengajian sufi apabila menyangkut maksud ihsan ini & kekeliruan ini juga telah berlaku dlm esq165.
    GO FOR QIAMULAIL.
    Wallahualam.

     
    • suarajagat

      06/07/2011 at 8:43 am

      terima kasih fadzad..
      Qiamulail itu juga hendaklah dilakukan tanpa niat untuk mempromosikan ESQ itu tadi. Ini kerana program-program ESQ kelihatan islami pada zahirnya..namun berisi unsur-unsur kesyirikan yang nyata.
      Pihak SJ sendiri mempunyai bahan-bahan terkini yang menunjukkan kesesatan ESQ165. Namun, biarlah saya simpannya dahulu buat masa ini, sehingga suatu waktu yang sesuai.

       
      • hafiz

        06/07/2011 at 3:09 pm

        suarajagat, saya rasa sudah sampai masa untuk menceritakan kesesatan esq165 kepada semua umat islam. saya sendiri baru menghadiri training untuk 2 hari tapi hanya 1 hari saja saya dapat bertahan. sebab hampir stiap masa gambar dr ary dipamirkan sedang kan dia tak ada pun di situ. maka saya katakan benar dengan semua khabar angin mengatakan bahawa esq165 lebih mengangungkan dr ary.

         
  4. fadzad

    06/07/2011 at 11:51 pm

    Saudara SJ,
    Alhamdulillah, terima kasih. Niat sebenar ialah ingin mengingatkan pada diri sendiri & teman2 akan sunnah Rasulullah SAW ini; Qiamulail yang semakin dilupakan. Satu bentuk penyucian jiwa yang ampuh, penawar kepada segenap permasalahan hati. Tidak sekali2 mempromosi esq165, amat jauh perbandingan ini, terlalu jauh sehingga tidak kelihatan pd mata.

    Saudara Hafiz ,
    Apakah anda rugi jika tidak mengikutinya?.Kalau juga masih ingin menyertai kursus2 motivasi, saya tidak skeptik dgn kem2 motivasi yang dikelolakan oleh pendakwah2 di sini.
    Kalau anda berfikir itu tak boleh, ini tak boleh, maka saya sarankan apa yang BOLEH. Senang! anda amalkan selalu 5 perkara sebagai pengubat hati, bacalah al-quran & faham serta amalkan, buatlah puasa sunat, ikutilah orang soleh, kerjakanlah solat malam & zikirlah selalu. Andai susah untuk mengerjakan semua, buatlah 1 perkara dahulu & beristiqomah, amalkan yang lain selepas tu. Ia memang mustajab, benar, it’s works, Lillahi taala.

    Saya cukup hairan dgn kebiasaan orang2 kita di Malaysia. Apa saja produk yg datang dari Indonesia selalu diterima bulat2 (bukan bermaksud anti Indonesia). Ini termasuklah hal2 keagamaan. Andaikata ada seorang Kiyai (dgr title saja ada org kita dah tersentak!) dari sana yang boleh melafaz beberapa surah, maka secara automatik menjadi guru mengaji, tempat mengadu kemusykilan agama, itu & ini tanpa usul periksa terlebih dahulu. Bukan su’uzhon tetapi waspada; buruk sangka & waspada adalah 2 hal yang berbeza.
    Dr. Ary ini pula bagi saya seorang opportunis, beliau melihat ada peluang di Malaysia (dibaca orang melayu) kerana budaya & corak pemikiran yang sangat bertoleransi terutama kepada org melayu Indonesia.
    Fikir2kan, 1001 permasalahan agama yang parah di Indonesia, apakah peran yg diambil golongan agama di sana? Selesaikanlah dahulu masalah dalam kariah sendiri.
    Untuk pengetahuan saudara suara jagat, ada 1 pengajian yang dah lama ada di Malaysia, made in Indonesia iaitu Pelatihan Solat Khusyuk oleh Ustaz Abu Sangkan (biasa ada di UM). Macam biasalah, tengok tajuk best tapi bila baca buku tersebut rasa mcm tak best pulak. hehe…

     
    • suarajagat

      08/07/2011 at 10:02 am

      terima kasih saudara fadzad…

      dalam komen balas sebelum ini, saya sebut tentang qiamulail yang mempromosi ESQ adalah kerana pihak ESQ sedang giat melakukan program hujung minggu di masjid dengan melaksanakan qiamulail. Mereka telah mempergunakan ibadah sunat ini sebagai kaedah baru bagi memperlihatkan islamiknya ‘kebatilan’ ESQ165.

      Berkaitan Pelatihan Solat Khusyuk Abu Sangkan itu..ya, saya telah mengetahui tentang latihan tersebut sejak beberapa bulan lalu… namanya saja yang enak..
      boleh terbang tu..

       
  5. Ismael

    15/07/2011 at 4:52 pm

    Assalamualaikum

    Lama betul sudara tidak menulis mengenai ESQ. Saya terpanggil untuk singgah di sini kerana seperti yang saudara katakan ESQ sedang giat memgatur strategi baru untuk menarik kita menyertai mereka dengan aktiviti yang mereka namakan Bersih MasjId bersih hati. Bersih kubur , Bersih Hati. Kebetulan pula isu BERSIH timbul baru-baru ini. Apapun pada awalnya saya rasa niat mereka murni tetapi setelah melihat dan meneliti ternyata masjid dan kawasan perkuburan yang mereka bersihkan adalah kawasan-kawasan ELIT. Pada pengalaman saya kawasan2 yang dipilih sudah ada penjaga dan amat terjaga. Masih banyak lagi kawasan lain yang boleh dipilih seandainya mereka benar2 ingin berbakti.Adakah mereka ingin menarik golongan ELIT untuk menyertai mereka ?

    TV9 juga sudah menyiarkan HALAQAH SENTUHAN QALBU musim ke 2 . Saya berkesempatan untuk menyaksikan rakaman episod ke 2. Saya menonton kerana ingin menyaksikan adakah pembaharuan baru yang boleh saya dapat. Ternyata ESQ tetap ESQ masih menampilkan konsep lama dan ternyata mereka ketandusan idea. Tetamu yang dipilih seolah2 sedang berlakon dengan mekap muka yang tebal. Adakah ini gambaran Islam yang ingin kita bawa untuk generasi kita ?

    Tepuk dada tanya lah hati . Apakah istimewanya ESQ hingga ada yang sanggup berdebat di laman FB kerana terlalu taksub pada mereka.

    Moga Allah memberi hidayah kepada kita untuk melihat dengan mata hati.

    Wassalam

     
    • suarajagat

      15/07/2011 at 7:19 pm

      wa’alaikumussalam…

      terima kasih saudara Ismael.
      biarpun tidak menulis berkaitan ESQ, ini tidak bermakna saya tidak mengikuti perkembangan mereka.

      Dan sebagaimana anda, saya juga begitu…nampaknya, ESQ masih lagi sibuk dengan hiasan dan aneka warna.🙂

       
  6. Raja Along

    18/07/2011 at 2:34 pm

    Alamak..nk bersih masjid ngan kubur pun nak buat kontrovesi gak ke..apa kata meh kita jumpe mana2 kedai kopi..tpkan..bekas kaki pukul cm saya ni pun tau cuci masjid n cuci kubur tu amatlah mulia di sisi Allah SWT.. x kisah la..area wilayah skali pun..baru satu masjid je kami buat disana..abestu area Shah Alam,Damansara,langkawi,kuching dan lain2 tu..xnk buat kontrovesi jugak ke?balik nanti g la solat taubat byk2..moga Allah pelihara otak,fikiran,hati anda tu elok2. moga digunakan utk ke jalan Allah,bkn macam fikiran kafir yg sentiasa nk jatuhkan Islam

     
    • suarajagat

      18/07/2011 at 7:59 pm

      sedar atau tak..ESQ la yang ikut fikiran kafir yang hendak menjatuhkan Islam..

       
    • fadzad

      19/07/2011 at 1:41 am

      Kenapa Raja Along nak alamak, kalau gotong royong bersihkan kubur & masjid ni dah lama sejak dulu lagi dah ada dah. Saudara SJ tidakkpun membahas program ini, hanya ia menjadi tanda tanya kepada saudara ismael sahaja.

      Sebelum ini, TV9 ada juga menyiarkan program2 sebegini, sebagai contoh “Program Usrah membersihkan kubur bersama Mat Rempit dgn Ustaz Muhammad Abdullah Amin”. ESQ pun buat program yang sama tapi tajuk dia lebih mempersonakan “Bersih kubur, bersih hati”, pulak tu dekat2 time demonstrasi Bersih.

      Dalam program Usrah, saya nampak budak2 rempit ni seorang2 muka sayu nak menangis dengar tazkirah dari ustaz Muhammad. Bandingkan dgn budak2 dari program “bersih kubur bersih hati”, hmmmm…. macam band black metal pun ada (pasal dok bergambo kat kubur, pakai baju hitam sengih2). Lihat di blog http://chenour165.blogspot.com/2011/07/bersih-kubur-bersih-hati.html.

      Ya saya setuju cuci kubur cuci masjid tu bagus tapi lebih bagus kita mengambil iktibar & pengajaran dari kubur serta mengimarahkan masjid. Kalau kita cuci kubur cuci masjid tapi dalam hati ada riak takbur tak guna sesenpun. Mungkin juga ahli2 esq ni terlalu memegang rukun Ihsan la agaknya? Dengan menggunakan bahasa sekarang esq ni “propa” je. Tiba2 teringat kata2 Dr. Noraesah “menang bentuk, tapi kalah isi”.

       
  7. Lobak

    20/07/2011 at 6:08 pm

    Pattern yg sama. Bongkak, angkuh dan sentiasa merasa benar. Dulu ada sorang sama sebijik. Awalnya taksub PAS. Lepas tu kondem PAS krn beralih ke salafi. Last2 jd ulama muda umno. Kasihan…. Pattern yg sama. Tunggu dan lihat je lah. Masuk syurga sorang nampaknya.

     
  8. fadzad

    22/07/2011 at 1:29 am

    Kesian kamu lobak (elok2 ada nama orang, lobak juga dipilh).
    PAS, salafi, ulama muda UMNO?
    Apo kono mengono cerito esq dgn parti politik ni jang?
    Cubo cerito.

     
  9. fahmy

    26/07/2011 at 2:00 am

    (msg ini ditujukan untuk Raja Along)

    Assalamualaikum raja along,

    apabila semua kebaikan yang dilakukan dipandang hina dan penuh dengan syak wasangka dan persepsi… biarkan lah mereka, raja along! yang penting kita membantu dan berusaha mengajak remaja-remaja bermasalah ini kembali kepada agama.

    mungkin orang2 yang hebat ilmunya seperti fadzad ni takkan memperdulikan pun remaja2 bermasalah… pakai baju hitam pun di gelar ‘band black metal’. biar kita yang ambil peduli.

    raja along, hari tu kita dah buat bersih kubur yang pertama di perkuburan bukit kiara. ye la… yang first program kasi mudah sket org datang…. so kita stick ngan plan untuk next program kat kampung-kampung pulak. kita ajak lg mat2 rempit… maklum la.. sesetengah org-org yang hebat2 ilmunya tak pandang pun mat2 rempit nih. bahkan dapat gelaran band black metal pulak. jangan lupa jemput juga ustaz utk bagi tazkirah macm hari tu, k! sangat terkesan. diorang kata, tazkirah dari ustaz dan mantan mufti kedah tu mengingatkan diorang tentang mati.

    lagi satu raja along, ada pulak yang kata kita riak takabur pulak dah bila wat prgam bersih masjid/ bersih kubur ni. kalo raja along dengar pasal bende ni, abaikan je… sebab sape diorang nak nilai apa dalam hati kita. yang penting kita semua sama2 beringat untuk betulkan nawaitu. kalau wat poster untuk ajak org wat kebaikan dianggap riak… teruskan… diorang je yang anggap riak…. Allah yang menilai apa didalam hati. k!

    Ok la raja along, untuk next program kita anouncekan skali kat blog ni. mane lah tau kot2 diorang tergerak hati untuk join jugak. bertambah juga kenalan kita. itu pun kalau diorang sudi… maklumlah kita ni berkawan dengan mat-mat rempit. Adios….

    fahmy

     
    • suarajagat

      01/08/2011 at 4:59 pm

      saudara fahmy..
      sejarah Islam juga memperlihatkan bahawa golongan sesat seperti al-Arqam melaksanakan pelbagai perkara baik di pandangan mata. Namun itu tidak bermakna mereka adalah benar…
      demikian juga dengan kalian di ESQ. sila jawab soalan dalam artikel di atas.. buktikan di mana arasy itu sebagaimana kata ary ginanjar dalam video tersebut.

       
  10. mohd iqbal

    29/07/2011 at 8:09 pm

    salam antum2 yg berilmu dan berjiwa suci terutama tuan rumah suarajagat

    tabik untuk antum2 semua yg tak letih2 membongkar penyelewengan esq.
    macam saya cakap dulu antum2 semua ada tanggungjawab yg besar untuk menyedarkan kembali
    mufti2 dan mantan2 mufti terutama ss ts harussani, ss mufti kedah dan timbalan mufti kedah (kerana memberi testimoni dalam youtube mengatakan esq ni tak menyeleweng…try cari link), mantan mufti kedah datuk paduka hasbullah, mantan pengerusi jakim, ustaz zamihan, ustaz zamri mantop, ustaz norhisyam dan banyak ustaz2 yg tertipu dan terkeluar akidah dan menjadi kafir akibat menghadiri training esq.

    pi la tarbiah depa2 ni balik…kalau ikut apa yg saya baca, antum2 semua ni memang hebat ilmu…mengalahkan ulama2 dan mufti2 majilis fatwa kebangsaan dan MUI yg mengatakan esq tak sesat.

    al maklum depa tu ulama2 yg tak buat kerja2 penyelidikan sedetail tuan2 semua…terutama tuan suarajagat yg ada banyak bukti2 penyelewengan esq…

    by the way pi la jumpa panel syariah esq untuk membetulkan perkara2 songsang…kesian depa2 tu…free free tanggung dosa…dan menjadi tanggung jawab antum2 yg dapat kelebihan melihat benda mungkar maka wajib la menegur dengan kekuatan yg ada…kalu tak nak jumpa depan2 dengan panel syariah tu cukup la dengan call….at least antum dah terlepas tanggung jawab…tapi kalu tak kuat takat dalam hati je la…..

    wassalam

    iqbal
    017 8830200
    p/s selamat menyambut ramadhan al mubarak…

     
    • suarajagat

      01/08/2011 at 4:56 pm

      saudara iqbal..
      kertas kerja berkaitan isu ESQ ini telah banyak kali di bentangkan oleh semua jawatankuasa pemantau. malah semua hasil kajian mendapati ESQ bertentangan dengan ajaran Islam.

      lihat sahaja bagaimana ahli-ahli ESQ memberi komen di sini..dan tidak ada seorang pun yang dapat menjawab soalan-soalan yang saya kemukakan dalam artikel-artikel saya.
      lihat sahaja seperti artikel di atas… sila lah jawab jika benar ary ginanjar tidak sesat.

       
  11. fadzad

    03/08/2011 at 12:08 am

    Kepada saudara fahmy,

    Mari belajar ilmu linguistik yang seringkali digolongkan pada ilmu kognitif, psikologi dan antropologi.

    Pernyatataan-pernyataan dari:
    1. Raja along: “apa kata meh kita jumpe mana2 kedai kopi..tpkan..BEKAS KAKI PUKUL cm saya ni pun tau cuci masjid n cuci kubur”, kenyataan adjektif iaitu membawa 2 maksud insaf @ angkuh. Pandangan saya ialah angkuh kerana seseorang yang insaf takkan mengingati perkara buruk yang lepas.

    2. Saya: “hmmmm…. MACAM band black metal pun ada (pasal dok bergambo kat kubur, pakai baju hitam sengih2)”, kenyataan berbentuk sinonim iaitu “macam” band black metal.

    3. Saya: “Ya saya setuju cuci kubur cuci masjid tu bagus tapi lebih bagus kita mengambil iktibar & pengajaran dari kubur serta mengimarahkan masjid. Kalau kita cuci kubur cuci masjid tapi dalam hati ada riak takbur tak guna sesenpun”. Ini kenyataan secara umum, penggunaan kata nama “KITA” digunakan; subject & verb agreement

    Maaf saudara SJ, tiba2 terselit kelas bahasa pula, walaupun orang Melayu tak semestinya mahir bahasa Melayu (saya akui, penggunaan bahasa saya pun teruk juga). Begitulah juga bahasa Al Quran, orang Arabpun tak semestinya mahir akan Nasikh dan Mansukh, Muhkam dan Mutasyabih, Ta’wil dan Tanzil, Makkiyah dan Madaniyyah, arif akan selok belok sya’ir, dan disiplin ilmu yang lain yang diperlukan untuk memahami al Quran.

     
  12. amorwuland

    08/08/2011 at 3:17 pm

    assalmmualaikum,, saya alumni esq (pelajar),, saya bahagia,, bahkan saya masih mnerapkan konsep esq dalam kehidupan..
    bahkan setiap ada kegiatan alumni (shot dan fosma) itu baik baik semua,, santun banget keiatannya,,
    saya ga setuju kalo esq di bilang sesat. padahal ga hanya umat muslim,, non muslim juga ada , mereka terlihat bahagia juga…

     
    • suarajagat

      08/08/2011 at 4:37 pm

      wa’alaikumussalam…
      kebahagiaan itu bukan bermakna kebenaran..
      kerana mereka yang di dalam kesesatan juga sering merasa bahagia..

       
  13. Spike

    18/08/2011 at 8:22 pm

    Sdr mohd iqbal, utk pengetahuan anda tuantanah SJ dan kawan2 yg sewaktu dgnnya ni mmg terror bebenor bab2 agama ni, tu yg depa perasan esq ni sesat walaupun punyalah ramai mufti kat msia ni yg x perasan.

    Pada mereka esq ni langsung x membawa kebaikan melainkan keburukan sahaja. Dari dulu hingga la ke saat ini, x de langsung kebaikan. Klu agak rasa diri tu dah terror, dari asyik post sana sini kutuk esq, baik la anda semua buat satu program yg boleh buat orang berpaling dari esq ni, setakat jadi tong kosong mat rempit pun boleh.

     
    • suarajagat

      19/08/2011 at 10:03 am

      Saudara Spike….
      Ya, masih ramai para mufti yang tidak menyedari kesesatan ESQ. Namun itu tidak akan mengubah pendirian SJ dan para pengkaji yang terlibat. Kami yakin, ESQ sememangnya satu ajaran sesat.
      Apatah lagi dengan beberapa bahan terkini

      SJ sendiri pernah menghadiri ESQ, dan mendapati penyampaian ESQ berbeza ketika tiada ‘orang2 berpengaruh’ atau mufti, dan ketika adanya individu2 sedemikian. Sehingga ke saat ini, tiada seorang pun dari ESQ yang mampu menjawab segala soalan yang saya kemukakan di blog ini.

      Setidaknya, buktikan benarkah galaksi mengelilingi arasy seperti kata-kata Ary Ginanjar di atas?? Jika tidak, ternyata, Ary Ginanjar Agustian telah menipu dan membohongi manusia.

      Usah tertipu dengan keasyikan, haruman dan kecantikan.. kerana seringkali kebatilan dihiasi dengan warna-warna keemasan.🙂

       
    • fadzad

      23/08/2011 at 2:37 am

      Encik Spike & rakan2,

      Ya benar, anda boleh menamakan sesiapa saja para pendakwah, ustaz, ilmuwan, tokoh2 agama yang pernah mengikuti program ini tetapi jawapan yang cukup mudah & tepat dari saudara SJ ialah mereka akan sesuaikan program2 mengikut peserta-peserta yang datang ketika itu.

      Sebagai jawapan tambahan, tidak semestinya mereka yang mempunyai nama seperti yang disebutkan itu setuju dengan program esq. Kita tidak tahu apakah niat kehadiran mereka? Adakah mungkin menghormati undangan? Mungkin keterpaksaan? atau apa saja alasan.

      Boleh kah kita mengatakan ia “halal” hanya kerana mereka hadir di program itu?

      Saya percaya sesiapapun pernah mendengar peristiwa di mana Saidina Umar menolak untuk tidak bersolat di dalam gereja. Penolakan atas pelawaan paderi ini dibalas secara berhikmah oleh baginda kerana itulah baginda digelar al-Khattab.

      Katanya “Saya tidak mahu di belakang hari kelak ada orang menuduh saya mahu menukarkan gereja kepada masjid lalu perbuatan saya ini dicontohi pula oleh kaum muslimin”. Kebijaksanaan Umar Al Khattab terserlah dalam alasannya, agar paderi tidak berkecil hati namun perkara pokok atau lebih tepat lagi supaya tiada org islam yang akan bersolat dlm gereja di kemudian hari. Secara langsung, ramai yg berpendapat begitu tetapi PANDANGLAH LEBIH JAUH KE HADAPAN TENTANG SIMBOLIK PELAWAAN PADERI INI (present & future plan).

      Sungguh mustahil golongan yahudi, nasara, kristian mahupun orientalis berdiam diri saat menyaksikan Saidina Umar menolak pelawaan paderi mereka. Mereka golongan kuffar ini akan mereka-reka sesuatu perkara/latihan/program/pelan @ apa saja yang berbentuk islamik serta menjemput golongan agamawan untuk turut serta. Tidak mustahil seperti yang ada sekarang ini. Pandanglah peristiwa Saidina Umar Al Khattab ini dari sisi yang lain.

      Saya percaya anda tahu golongan taghut ini takkan redha selagi umat Muhammad SAW tak mengikut mereka? Dan saya percaya anda takkan pernah tahu rancangan licik, sulit & jahat mereka kecuali dengan iman & ilmu disertai amal.

      Tafsirlah sendiri berlandaskan hati yg bersih bukan akal kerana akal boleh saja tersasar. Bukan niat saya menyuruh anda menyanggah, beragumentasi atau memprotes para pendakwah, ulama2 & tokoh2 tersebut. Saudara SJ & saya tidak menyesatkan tokoh2 tersebut. Memang ada lompang2 syubhah untuk kami tidak setuju dengan program esq ini. Anda nilaikan tentang keperluan sesuatu perkara terhadap diri sendiri & ummah meskipun ia disertai oleh mereka yang berpengaruh bergelar ustaz.sedangkan ada method yang memang ampuh untuk menjadi insan bertaqwa. Rasulullah SAW pernah memberitahu mengenai syubhah. Marilah kita pelajari hadis mengenai syubhah. Imam Ahmad juga telah membahagikan 4 kumpulan apabila mendepani hal syubhah ini. Wallahualam.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: