RSS

JAKIM Pantau Penyebaran Ajaran Sesat Di Internet

14 Jun

Akhbar hari ini melaporkan tentang penubuhan satu pasukan khas oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diberi tugas khusus bagi memantau penyebaran ajaran sesat melalui internet. Saya pastinya sangat gembira dengan penubuhan pasukan berkenaan memandangkan tindakan tersebut sangat relevan dan seiringan dengan usaha yang telah sekian lama dilakukan oleh blog Suarajagat ini.

Malahan, ketika temubual bersama majalah Milenia Muslim (rujuk majalah Milenia Muslim Edisi JUN 2011), saya sendiri pernah menyatakan tentang pentingnya pihak berkuasa agama di negara ini membuat pemantauan terhadap penyebaran ajaran sesat di media baru. Alhamdulillah, nampaknya apa yang diusahakan oleh kami di SJ kini menjadi satu tugas khas di JAKIM dan diharap akan turut dilaksanakan oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri. 

Buat JAKIM, usaha secara bersepadu serta perancangan strategi amat penting dalam menangani masalah penyelewengan akidah di negara ini.

Berikut dipaparkan artikel dari akhbar Berita Harian tersebut :

‘Pantau ajaran sesat di internet’
Oleh Haika Khazi
mfaizul@bharian.com.my
2011/06/13

JAKIM tubuh pasukan kesan penyebaran aktiviti tidak betul guna media baru ‘Pantau ajaran sesat di internet’

PUTRAJAYA: Bahagian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini menubuhkan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan bagi mengesan kegiatan individu atau kumpulan tertentu yang dikatakan menggunakan blog, laman sosial Facebook dan Twitter untuk menyebarkan ajaran sesat, fahaman ekstremis dan pluralisme di kalangan umat Islam di negara ini.

Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha, berkata langkah ini perlu kerana JAKIM tidak menolak kemungkinan ada kumpulan ajaran sesat yang cuba menggunakan kemudahan media baru seperti blog, Facebook dan Twitter bagi merekrut ahli baru serta mengelak kegiatan haram mereka dihidu pihak berkuasa.

“Tidak dinafikan kumpulan ajaran sesat pada hari ini sentiasa memanipulasi segala kekuatan dan kemudahan teknologi untuk mengembangkan fahaman menyeleweng dan mencari ahli baru.

“Ini kerana penggunaan teknologi maklumat (IT) termasuk blog, Facebook dan Twitter bukan saja menyebabkan pihak berkuasa agama negeri dan JAKIM sukar mengesan kedudukan sebenar markas mereka, malah membolehkan kumpulan ajaran sesat terbabit merekrut lebih ramai ahli dalam masa singkat,” katanya kepada Berita Harian.

Sebelum ini, Berita Harian melaporkan 10 kumpulan ajaran sesat yang pernah difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri dipercayai masih bergiat aktif di seluruh negara termasuk merekrut pengikut baru.

Antara kumpulan ajaran sesat terbabit termasuk Syiah yang ekstrem; bekas kumpulan al-Arqam yang dikaitkan Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd (Rufaqa) atau Global Ikhwan Sdn Bhd; Islam Jemaah; Ajaran Azhar Wahab (Pengasas al-Mansor Holding Sdn Bhd), Tarikat Naqsyabandiah Khalidiah; Pemuda Kahfi, Tarikat Naqsyabandiah Khalidiah Sheikh Nazim; Qadiani/Ahmadiah; Tarikat Naqsyabandiah Kadirun Yahya dan ajaran Aurad Islamiah.
Mereka adalah sebahagian daripada 95 kumpulan yang difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam dan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah sama ada oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri di seluruh negara dalam tempoh 20 tahun lalu. Sebahagian besar kumpulan lain sudah ‘mati’ dan tidak ada pengikut lagi.

Pada masa sama, beliau berkata JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri juga sedang memantau cubaan pihak tertentu menyebarkan pelbagai fahaman baru seperti pluralisme dan fahaman berbentuk ekstremis dengan memperalatkan golongan pelajar dan tenaga pengajar institusi pengajian tinggi di negara ini.

Bagaimanapun, Othman berkata JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri menghadapi pelbagai masalah dalam menangani ajaran sesat berikutan ketiadaan penyeragaman undang-undang Syariah pada peringkat negeri dan salah faham umat Islam terhadap isu akidah termasuk ilmu tarikat dan tasawuf.

Berikutan itu, beliau berkata JAKIM sentiasa mengambil langkah proaktif termasuk meminta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri melakukan kajian dan menyelaras keputusan berhubungan fatwa pengharaman sesuatu kumpulan ajaran sesat terbabit.

“Pada masa sama, JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri juga mengadakan ceramah dan kaunseling bagi meningkat kefahaman umat Islam mengenai pelbagai kumpulan ajaran sesat yang menyeleweng daripada akidah Islam dan ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah,” katanya.

“Kita juga menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Menangani Ajaran Sesat Peringkat Nasional (JAPAS) dan Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Islam Peringkat Kebangsaan (JAPPIS) bagi meningkatkan pemantauan dan mendapatkan maklumat terkini mengenai kegiatan penyebaran ajaran sesat di seluruh negara,” katanya.

 
5 Comments

Posted by on 14/06/2011 in Membongkar Kebatilan

 

5 responses to “JAKIM Pantau Penyebaran Ajaran Sesat Di Internet

  1. waspada

    14/06/2011 at 1:33 pm

    apa saja yang sudah terpantau ?

     
    • suarajagat

      14/06/2011 at 2:23 pm

      waspada…
      pasukan tersebut baru sahaja ditubuhkan..ia perlukan masa untuk kita melihat hasilnya…

       
  2. Ahmad

    16/06/2011 at 8:07 am

    Alhamdulillah, perjuangan untuk menegakkan Islam yang sebenar sudah bertambah hebat. Semoga dengan wujudnya badan ini, segala tipu daya yang menyesatkan umat Islam ini dapat diselesaikan. Diharap pihak JAKIM dapat memberi lebih penekanan kepada kumpulan ajaran sesat yang menyebarkan dakyah mereka secara halus ini terutamanya sekali Ajaran Pemuda Kahfi.

     
  3. wahid8877

    20/07/2011 at 3:57 pm

    Saudara Suarajagat, bagaimana sebenarnya status ESQ 165 di Malaysia sekarang ni? bagaikan tiada tindakan susulan ekoran pengharaman oleh Wilayah Persekutuan. Semalam saya melihat rancangan halaqah sentuhan qalbu dan saya terlihat salah seorang penonton memegang sekeping kertas yang tertera logo dan tulisan ESQ leadership.. Setakat manakah pihak yang bertanggungjawab menangani gejala ini?

     
    • suarajagat

      21/07/2011 at 3:27 pm

      terima kasih atas pertanyaan.

      saudara wahid8877,

      ESQ sememangnya telah diharamkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Begitu juga di Perlis dan Terengganu.

      Berkaitan program Halaqah Sentuhan Qalbu, ianya amat diketahui sebagai satu program kerjasama antara TV9 dan ESQ165. Memandangkan Sri Pentas terletak di luar Wilayah Persekutuan, dan berada di Selangor, maka pihak MAIS, JAIS dan Jabatan MUfti Selangor yang seharusnya bersikap lebih serius dalam isu ini.

      terima kasih.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: