RSS

Mengenang Perjuangan Ikhwanul Muslimin

28 Jun

Penulis pada ketika ini sedang berada di luar negeri, dalam kesibukan mengurus segala keperluan tugas yang diamanahkan. Pun begitu, pada malam ini biarpun di ulit kantuk yang amat, saya cuba menyempatkan diri menulis sedikit, sekadar meluahkan rasa atas apa yang sedang berlaku di Mesir saat ini.

Pilunya hati menyaksikan perpecahan di kalangan Ikhwanul Muslimin. Gerakan Ikhwanul Muslimin adalah satu pertubuhan Islam yang sangat dikenali di seluruh dunia. Ia dihormati malah menjadi pelopor serta contoh kepada gerakan Islam di sana sini. Kekentalan Imam Hassan al-Banna membina gerakan tersebut merupakan suatu sejarah yang akan terus terpahat di sanubari mereka yang berjuang di jalan-NYA.

Secara umum, penulis tidak menafikan bahawa pergolakkan politik di Mesir berpunca dari kelemahan kepimpinan Hosni Mubarak. Politik Mesir memang tercemar sejak kisah Terusan Suez lagi. Mesir juga sangat lemah dan tidak memberi bantuan sepenuhnya bagi menangani masalah Palestin di Asia Barat walhal negara itu berjiran dengan Palestin.

Namun pergolakan yang tercetus di Mesir tidak sewajarnya diikuti oleh negara-negara Islam yang lain. Ternyata apa yang kini dihadapi oleh Bahrain dan Libya adalah kerana adanya tangan-tangan ghaib yang melakukan provokasi secara sulit bagi merosakkan umat Islam. Barat tahu bahawa umat Islam kuat dalam persaudaraan, lantas demi untuk melemahkan umat ini, mereka telah mencampuri urusan dalaman negara Islam dengan mewujudkan kemarahan rakyat. Barat sebenarnya ingin meraih kekayaan di negara-negara Arab disamping merosakkan Islam.

Berbalik kepada Ikhwanul Muslimin, perpecahan berlaku disebabkan terdapatnya segelintir golongan yang berfikiran liberal di dalam gerakan ini. Golongan liberal tersebut tidak dapat menerima cara dan adab yang dilaksanakan oleh kalangan alim dan ulama yang menerajui Ikhwanul Muslimin, lantas mengambil keputusan keluar dari gerakan tersebut dan menubuhkan sebuah parti baru.

Inilah yang berlaku apabila adanya golongan yang berfahaman liberal dalam mana-mana gerakan Islam. Hal yang lebih kurang sama juga berlaku di negara kita. Ada yang berteriak mempertahankan Islam tapi pada masa yang sama ‘berpeluk’ sakan dengan tokoh Islam Liberal. Katanya memperjuangkan Islam, tapi masalah kewujudan aliran liberal yang kian hari kian menyusup ke dalam partinya sendiri tidak dapat ditangani. Jika berterusan begini, tidaklah mustahil apa yang dihadapi oleh Ikhwanul Muslimin, akan turut berlaku ke atas gerakan-gerakan Islam yang fanatik kepartian.

Sedarkah kita sesungguhnya, selagi kita berada dalam kegilaan kepartian, kita sebenarnya akan terus hanyut dalam arus sekularisme Barat. Kerana politik kepartian adalah ciptaan yang terhasil dari sekularisasi Barat. Maka mereka yang menamakan diri sebagai pejuang Islam, tetapi berterusan berpolitik melalui kepartian sempit adalah golongan yang sebenarnya masih hanyut dalam sekularisme. Malangnya, mereka terus tertipu dek ketaksuban sendiri. Akibatnya, masyarakat berpecah-belah dan titipan assabiyyah semakin bernanah.

Sampai bila mahu terbiar diurung lalat..?!

 
6 Comments

Posted by on 28/06/2011 in seni untuk berfikir

 

6 responses to “Mengenang Perjuangan Ikhwanul Muslimin

  1. Ahmad

    29/06/2011 at 1:33 pm

    Assalamualaikum,

    Saya bersetuju sangat-sangat dengan penulisas saudara Suarajagat ini. Politik Demokerasi ciptaan Yahudi ini sememangnya dicipta untuk memecah-belahkan manusia terutamanya sekali Umat Islam.

    Amalan fanatik kepartian yang sangat menebal di dalam sistem kehidupan manusia termasuklah di Malaysia sendiri menjadikan kita sentiasa bertelegah dan bergaduh serta langsung tidak menyelesaikan masalah ummat.

    Sistem Politik Demokerasi Ciptaan Yahudi ini tidak boleh langsung digunapakai untuk mengembangkan Islam. Lihat sahaja di setiap konflik yang berlaku di serata dunia. Inilah hasil daripada penerapan sistem Yahudi di dalam kehidupan kita. Pergaduhan dan perselisihan faham tidak pernah selesai kerana masing-masing berebut untuk mendapatkan kuasa pemerintahan. Hasilnya tuntutan Islam yang sebenar dimanipulasikan untuk memenangkan agenda masing-masing.

    Yahudi dah berjaya menjadikan sistem hidup yang mereka cipta sebagai sistem hidup seluruh manusia. Mereka berjaya membuat manusia terutamanya Umat Islam hanya sibuk memenuhi tuntutan nafsu semata-mata.

    Apalah yang ada pada kemenangan membina negara itu??

    Sedangkan kemenangan yang perlu dicari oleh setiap umat Islam hanyalah KETAQWAAN dan KEIMANAN kepadaNya sahaja.

    Tapi apakan daya, sudah suratan kita sebagai Umat Akhir Zaman. Sudah ketentuanNya. Dah banyak hadith daripada Rasulullah tentang umatnya di akhir zaman. Sama-samalah kita menjaga diri dan keluarga kita supaya tidak terbabas dari landasan Islam.

    Wallahualam.

     
    • suarajagat

      30/06/2011 at 11:27 am

      wa’alaikumussalam…
      terima kasih saudara Ahmad.

      Tak dapat kita nafikan kewujudan sistem demokrasi di Barat asalnya banyak dipengaruhi oleh kehebatan pentadbiran Islam masa lalu. Demokrasi sebenarnya telah menjadi sistem politik yang membebaskan Barat dari cengkaman gereja. Namun demokrasi-liberal yang diamalkan Barat pada masa kini bukan sahaja dari bentuk ekonomi dan pentadbiran..malah fahaman liberal agama telah menjadi agenda utama dalam amalan mereka.

      Sebagai umat Islam, kita boleh saja menggunakan sistem demokrasi ini, asalkan kita membinanya mengikut kaedah dan acuan Islam itu sendiri. Yang merosakkan kita hari ini, adalah apabila sikap taksub terhadap parti dan pimpinan masing-masing sehingga menjejaskan kepentingan ummah. Bila saya menyatakan tentang kepentingan ummah, ini TIDAK bekmakna kita boleh mengambil kaedah liberal-sosialis sebagaimana yang cuba dibawa oleh politikus pembangkang.

      Seharusnya, kita sentiasa membawa ke arah wasatiyyah dan tidak mempolitikkan isu-isu yang mampu merosakkan ummah, sebagai contoh isu Kalimah ALLAH. Biarpun berbeza parti, sepatutnya kita bersatu ketika diancam serangan golongan kufar. Inilah yang saya maksudkan.

      Sadisnya bila kepentingan parti didahulukan berbanding kepentingan ummah, maka tidak hairanlah bila ada yang sanggup menjual nama ALLAH dengan ‘harga percuma’.

       
  2. Ikhwan Ng

    30/06/2011 at 4:31 pm

    assalamualaikum…

    Tengah membaca isu mengenai Liberal Islam, info yang bagus..

     
    • suarajagat

      30/06/2011 at 4:48 pm

      wa’alaikumussalam..
      terima kasih ikhwan…

       
  3. saksi dan bersaksi

    01/07/2011 at 10:07 am

    Assalaammu ‘alaikom wbth

    Sekalipun saya setuju dgn pernyataan sdr SJ tentang sistem kepartian dan porak keporakperandaan oleh agenda barat dan kemasalahan dengan Islam Liberal ……

    persolannya

    Sistem parti politik .. …

    Pertama…… pilihan apakah yg kita ada…. apakah lagi sistem ini telah sedia lama wujud sejak sebelum kita kecapi merdeka.dan hampir seluruh dunia bersetuju dgn sistem demokrasi.

    Keduanya kalau kita tinggalkan sistem kepartian … maka akan musnahlah sama ada bangsa dan agama kerana sehingga kita kembali sepertimana yg dikehendaki ….. prosesnya akan tetap mengambil masa tersangat lama dan dalam itu, sementara realitas berlaku ….. kita terus tertinggal dan termanipulasi oleh mereka yg sedia mempertahankan sistem sedia ada.

    Agenda Barat

    Susah mahu cakap …. rasanya ramai yang tahu tetapi mungkin tidak sedar. Termasuklah pemimpin negara yang ada sekarang…..

    Apkah kita telah terperangkap ?
    dan sesungguhnya kita sangat unik boleh bersama dan berkongsi kuasa di sebalik teras bangsa dan budaya yg berbeza, termasuk agama umumnya berpolarkan bangsa.

    Islam Liberal

    Kadang2 nak tergelakpun ada ….. Islam sendiri membawa “liberalisasi” bukan seperti kehendak kita tetapi sudah tersusun oleh Maha Pencipta ….. Lucunya pemimpin negara sendiri dan disokong oleh agamawan berjawatan dan diwar-warkan sakan …. Contoh besar Islam Hadhari ….

    Apakah ini kebebasan ?
    Apakah ini hanya agenda politik,.?

    Saya sendiri bingung ……
    pada hal nampaknya saya memberi komen semacam ……
    saya sekadar mahu bertanya dan berkongsi sebaiknya apakah kebenaran
    dan apakah sepatutnya yang kita mahukan …..

     
    • suarajagat

      04/07/2011 at 12:16 pm

      saksi yang bersaksi..

      yakinilah bahawa bangsa dan agama tidak akan musnah jika tiadanya kepartian. Ini kerana bangsa dan agama bukan hasil dari adanya kepartian. Ia wujud sejak dahulu lagi ketika politik kepartian belum pun wujud di mana-mana negara di dunia.
      Dalam konteks politik kala ini, sebagai umat Islam, kita seharusnya bersatu dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan ummah. Namun malangnya, sikap politikus Islam di dunia yang terlalu mementingkan kelompok mereka sendiri sehingga kepentingan tersebut mengaburi kewajiban mempertahankan umat. Saya maksudkan di sini adalah merangkumi geo-politik domestik dan antarabangsa.

      Berkaitan agenda Barat, baik pemimpin di peringkat kerajaan pusat mahupun pembangkang, kedua-duanya perlu bersatu bagi menangani ancaman Barat. Bukan saling mengutuk, mencaci sesama sendiri.

      Dasar-dasar Islam Hadhari menunjukkan ianya berteraskan pada fundamental Islam. Justeru, tidak boleh meletakkannya sebagai Islam Liberal.
      Biarpun saya sendiri kurang menggemari penjenamaan Islam Hadhari, pun begitu saya tidak menafikan adanya arah tuju yang baik melaluinya. Cuma memandangkan perkataan hadhari berasas dari ‘hadhara’ yakni tamadun, maka yang perlu dibentuk dan ditamadunkan itu adalah umat Islam, bukannya Islam. Kerana Islam memang membawa ke arah civilization.

      Islam Liberal pula adalah agenda barat bagi memecahbelah umat Islam serta merosakkan kepercayaan umat ini. Ia pertama kali diketengahkan oleh Charles Kruzman melalui bukunya ‘Liberal Islam : A Source Book’…

      Politikus Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu mempertahankan umat Islam di segenap pelusuk bumi dan mengambil pendekatan yang lebih serius bagi membebaskan al-Aqsa dari cengkaman Yahudi laknatullah. Ingatlah bahawa sesiapa yang menguasai al-Aqsa, dia menguasai dunia.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: