RSS

JAIS Laksanakan Tanggungjawab. PAS Pejuang Islam Atau Takhta Politik Semata?

05 Aug

Kisah pihak JAIS bersama PDRM melaksanakan tanggungjawab mereka demi menjaga agama Islam mendapat pelbagai reaksi dari ahli-ahli politik. Dalam tempoh 48 jam yang telah berlalu, kita dapati para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat mula menghentam Datuk Hasan Ali yang mempertahankan tindakan JAIS.

Antara yang patut anda baca :

http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/depth/4741-serbuan-jais-kenyataan-penuh-datuk-dr-hassan-ali

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/isu-gereja-serbu-rumah-ibadat-canggah-prinsip-islam-kata-khalid-samad/

http://malaysiakini.com/news/172071

http://malaysiakini.com/news/172016

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/8/5/nation/20110805135917&sec=nation

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/kit-siang-hasan-ali-breaking-ranks-with-selangor/

Ini bukanlah kali pertama keikhlasan pihak JAIS dan Datuk Hasan Ali dihentam oleh para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat (PR) sendiri. Malah jika dilihat dari isu-isu seperti ‘kalimah ALLAH’ umpamanya, mereka yang menghentam Datuk Hasan Ali ini jugalah yang turut menyokong permohonan Kristian menggunakan Kalimah ALLAH. Demikian juga dalam isu kitab injil berbahasa Melayu, mereka jugalah yang mendesak kerajaan untuk membenarkan kemasukan kitab tersebut..!!!

Ini menimbulkan tanda tanya…apakah golongan liberal dan pluralis agama kian menguasai PAS? Pemimpin PAS kini nampaknya semakin kecut, dan ibarat lembu yang dicucuk hidung, lalu ditarik oleh musuh-musuh Islam yang berada sekapal dengan mereka. Apakah mereka kini hanya umpama balaci sedangkan musuh dalam selimut yang sebenarnya menjadi nakhoda kapal?

Sekali lagi..SJ ingin ucapkan tahniah kepada Datuk Hasan Ali, JAIS dan PDRM yang melaksanakan tanggungjawab dan amanah demi agama tercinta.

Pihak gereja pula beralasan kononnya majlis tersebut atas semangat 1Malaysia. Saya fikir kerajaan perlu kembali meneliti penjenamaan 1Malaysia kerana kelihatannya terma itu sering dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mengabsahkan kebatilan mereka. Sebagai contoh, jenama 1Malaysia diperkotak-katikkan sebagai alasan puak syiah dan pendakyah Kristian bagi merosakkan umat Islam di negara ini.

Jika mereka (syiah dan gereja) beralasan 1Malaysia, maka atas semangat 1Malaysia, mengapa tidak mereka semua mencadangkan agar seluruh rakyat memeluk Islam sahaja? Menjadi muslim dan mukmin yang taat serta bertakwa. Apatah lagi Islam agama Persekutuan. 1 Malaysia, 1 Agama, dan hanya Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Buat Datuk Hasan Ali, JAIS dan PDRM… Kalau semua orang mahu bercakap tentang Hak Asasi Manusia (HAM), maka biarlah kita yang berusaha mempertahankan hak ALLAH di muka bumi ini..kerana HAK ALLAH LEBIH UTAMA DARI HAK MANUSIA!!!

 
8 Comments

Posted by on 05/08/2011 in AWAS!!! Pemurtadan

 

8 responses to “JAIS Laksanakan Tanggungjawab. PAS Pejuang Islam Atau Takhta Politik Semata?

  1. TMP

    05/08/2011 at 8:30 pm

    Negara ini dahulu sudah ada perlembagaan Islam dan undang-undang syariatnya tersendiri sejak 222 Hijrah. Sudah ada hukum murtad, hukum tidak berpuasa, hukum nikah kahwin, hukum mati pucuk, hukum meminang, hukum dinar, hukum mencuri, hukum main judi makan madat (candu) dsb. Jika SJ mahukan maklumat lanjut boleh dapatkan senaskah Undang-undang Kedah terbitan DBP yang dicetak oleh DAWAMA.

     
    • suarajagat

      06/08/2011 at 8:28 pm

      menarik..terima kasih TMP.. 🙂

       
  2. fadzad

    06/08/2011 at 1:27 am

    Salam Saudara Jagat,

    Tajuk artikel “JAIS Laksanakan Tanggungjawab. PAS Pejuang Islam Atau Takhta Politik Semata?” pasti akan mengundang reaksi, panik & kontroversi dari penyokong2 parti selain parti pemerintah.

    Apabila ada blogger2 yang cuba menyentuh hal2 politik dalam artikel mereka, maka mereka akan ditohmah, dituduh dengan pelbagai gelaran seperti pencacai parti pemerintah. Kritikan & pandangan kepada 2 parti melayu yang bersifat neutral oleh blogger M.O. dalam artikel “Sebenarnya,kita semua sedang dicaturkan” telah memanaskan telinga penyokong2 parti tersebut hingga M.O. dituduh dengan pelbagai gelaran yang tidak elok, dikatakan pengampu, pembodek, hidden hand kerajaan dsb…sungguh naif.

    Taksub & fanatik hingga menjadikan sesuatu individu @ entiti seolah-olah sudah menjadi seperti maksum. Komentar tak dibenarkan, apatah lagi cadangan mahupun kritikan. Terlalu rigid, semacam kesempurnaan itulah sifat supporter yang sudah menjadi ekstrim dgn parti mereka. Sesuatu tindakan murni pihak lain sentiasa dilihat pada sudut paling sempit, paling negatif, tiada baik sangka sering terkait dengan parti pemerintah. Saya tidak hairan jika berita ini akan dimanipulasikan oleh sesetengah pihak terutamanya dr pembangkang.

    Apakah ini sebenarnya mahu ditonjolkan sebagai wadah perjuangan islam? Tauladan seperti apa mahu diambil? Mustahil jika pertubuhan2 Islam, NGO2 Islam mahupun Parti Islam tidak tahu sebahagian petikan ayat No.2 surah Maidah terjemahannya “dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)”

    Tapi kini sudah terbalik, ramai dari kalangan mereka yang melaung “Daulah Islamiyyah” telah bantu membantu dalam perkara syubhah, seperti berlaku pada 9/11 lepas. Sungguh kiamat itu memang sudah menghampiri, apabila ilmu2 Al-Quran sudah diangkat sedikit demi sedikit & adakah telah melepasi baitul izzah? Lihatlah situasi sekarang, manusia lebih bersandarkan akal serta logik, membidaahkan semua hal, memperlekehkan ulama2 terdahulu (lihat youtube al-Kuliyyah 1 akidah, mereka yang konon digelar agamawan menyindir Imam Syafie r.a.), lahirnya program2 superfacial yang berbentuk keislaman dan sebagainya.

    Sewajibnya saya bersependapat dengan saudara SJ, JAIS telah menjalankan tanggungjawab seadanya, istiqomahlah. Benar sekali sabda Rasulullah SAW “Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing).Dan ia akan kembali dagang. Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya dagang”- riwayat Muslim.

    Wallahualam.

     
    • suarajagat

      06/08/2011 at 8:38 pm

      wa’alaikumus salam..
      terima kasih saudara fadzad atas komentar bernas anda.

      betul..kita sedang di catur oleh Yahudi dan Nasrani.
      Tapi malangnya bila ada yang sekadar beretorik melaung tajdid dan berselindung di balik ‘daulah islamiyah’..
      namun bila ada pihak yang melaksanakan tuntutan Islam..puak yang terpekik terlolong dengan retorik itulah juga yang menentang..
      sebenarnya mereka hanya tahu melaung tapi tidak pernah membantu dalam memperkukuh umat Islam di Malaysia.

      wallahualam..

       
  3. TMP

    07/08/2011 at 11:35 pm

    Yahudi dan Nasrani dan Majusi telah direkodkan dalam Undang-undang Kedah duduk dah patuh kepada Pemerintah Islam di Nusantara. Sebarang usaha murtad akan ditangan dengan setegas-tegasnya. Secara tafsirnya hukum murtad dalam UUK itu adalah begini –

    “Hukum bunuh apabila tiada mahu bertaubat, tidak disembahyangkan dan tidak dikuburkan secara Islam, tetapi jika dia mahu bertaubat dan bersembahyang akan dikuburkan secara Islam (walaupun dihatinya tiada Islam) kerana hati manusia siapakan tahu?”

    Setelah British datang dan merampas UUK dari umat Islam di Semenanjung, maka setelah itu barulah bible ditranslate secara meluas oleh Moshe Avdallah dan puak2 dari Bukit Zion Singapura.

    Kita bercakap dengan bukti bukan kosong. Tapi dah orang takut nak bukak UUK nak buat camana?

     
    • suarajagat

      08/08/2011 at 8:54 am

      Terima kasih TMP..
      ini membuktikan bahawa undang-undang hudud, qisas dan takzir telah terlaksana sejak awal lagi di Tanah Melayu.
      Saya setuju anda.

       
  4. Ahmad

    08/08/2011 at 12:53 pm

    Assalamaualikum…

    Tahniah kepada Datuk Hassan Ali, JAIS dan PDRM..Semoga dengan serbuan yang dilakukan ini membuka mata semua pihak bahawa kita masih ada lagi pejuang yang menegakkan Islam tanpa memikirkan pangkat dan kedudukan.

    Sebelum ini juga kita pernah digemparkan dengan ‘statement’ daripada Dato Jamil Khir tentang 135 permohonan murtad yang telah diluluskan. Semasa berita itu keluar, banyaklah tomahan dan kejian dilemparkan kepada kerajaan dan pemerintah. Semua di kutuk dan dikatakan punca berlaku murtad secara berleluasa.

    Tetapi apabila ada usaha daripada pemerintah membenteras aktiviti MEMURTADKAN umat Islam, ada juga suara yang lantang menentang. Apa yang umat Islam Malaysia ini mahukan sebenarnya?

    Semua dah jadi politik.

    Marilah kita bersatu di bawah PANJI ISLAM untuk memartabatkan dan menyebarkan syiar Islam.

    Janganlah kerana politik, maruah dan syiar Islam tergadai.

    Wallahualam.

     
  5. Anuat

    29/08/2011 at 12:26 pm

    Tuan…..
    Saya berpendapat kenyataan tuan seperi di bawah ini …. seolah2nya bukan kata2 dari tuan…..
    memang boleh dipadankan dgn tindaktanduk mereka …

    Jika mereka (syiah dan gereja) beralasan 1Malaysia, maka atas semangat 1Malaysia, mengapa tidak mereka semua mencadangkan agar seluruh rakyat memeluk Islam sahaja? Menjadi muslim dan mukmin yang taat serta bertakwa. Apatah lagi Islam agama Persekutuan. 1 Malaysia, 1 Agama, dan hanya Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    Sayangnya …. senang2 kerajaan meletak slogan 1Malaysia dan semua sokong …. takut2nya sokong buta tuli untuk cari makan …. inilah akibatnya …. betapa Islam Hadhari belum lagi beri pengajaran kpd kita …. betapa pembelajaran ilmu teras dalam Bahasa Inggeris, menjadi momokan apb Tun Mahathir bersara …. baru yang ada sengat kuat melaung

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: