RSS

JAIS Dan PDRM Bertindak Demi Kedaulatan Islam.

05 Aug

Suarajagat mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah di atas usaha pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bekerjasama membanteras cubaan memurtadkan umat Islam di negeri Selangor. Awal pagi semalam, SJ dimaklumkan bahawa terdapat umat Islam yang terdiri dari bangsa Melayu dan muallaf muslim menghadiri majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya.

Tindakan pihak JAIS dan PDRM itu bukanlah bermaksud untuk menghalang kebebasan beragama, tetapi sebaliknya demi menjaga kebebasan dan toleransi beragama dalam tatacara tertentu memandangkan adanya sebahagian ahli masyarakat yang kini mempergunakan istilah hak asasi manusia (HAM), kebebasan dan toleransi bagi mengaburi mata masyarakat dalam kegiatan mereka mempersenda serta menghina kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan. Istilah-istilah tersebut juga sering diperguna dalam cubaan pihak tertentu memurtadkan umat Islam di negara ini.

Berdasarkan pemerhatian di internet, SJ dapati ada pihak media alternatif yang pro pluralisme agama cuba mempropagandakan usaha murni JAIS dan PDRM itu. Oleh yang demikian, SJ berharap agar umat Islam di negara ini tidak kira apa juga parti politik yang didukung, bersama-sama menyokong dan mempertahankan tindakan tegas JAIS dan PDRM demi kelangsungan ummah.

Hasan Ali Pertahan Tindakan JAIS Periksa Program Di Gereja

PETALING JAYA: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mempertahankan tindakan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di sini, malam Rabu.

Beliau menegaskan, pemeriksaan itu dilakukan selepas JAIS memperoleh bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini pada majlis berkenaan.

Menurut beliau, maklumat yang diterima mengatakan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan.

“Terdapat seramai 12 orang Islam telah menghadiri majlis tersebut namun iada serbuan dan tiada tangkapan dibuat.

“Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan,” kata Dr Hasan (kiri) dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Beliau mengulas serbuan oleh polis dan penguatkuasa JAIS selepas dikatakan mendapat laporan bahawa terdapat usaha memurtadkan umat Islam pada majlis makan malam di gereja berkenaan.

Menurut Hasan berdasarkan siasatan awal, 12 penganut Islam didapati terbabit dengan majlis itu dan mereka akan disiasat di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Katanya, seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan.

“Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

“Semua 12 mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di bahagian penguakuasaan Jais untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hasan menjelaskan anggota penguat kuasa JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur.

“Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai,” katanya.

Beliau berkata pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “Quran” dan “pray” diselitkan pada ucapan di majlis itu.

“Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

“Pegawai penguat kuasa JAIS dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang,” katanya.

sumber : mstar

 
Leave a comment

Posted by on 05/08/2011 in AWAS!!! Pemurtadan

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: