RSS

Isu Kristianisasi : Antara Perlembagaan Persekutuan, JAIS, Hasan Ali, Khalid Samad Dan PAS.

07 Aug

Isu Kristianisasi atau cubaan memurtadkan umat Islam bukanlah satu isu baru. Semalam, beberapa akhbar melaporkan tentang kegiatan kristianisasi di daerah Petaling Jaya. Petaling Jaya sememangnya diketahui antara tempat gejala berkenaan berleluasa. SJ pernah diberitahu terdapat gereja di daerah itu yang mengedarkan makanan tengahari secara percuma kepada penghantar surat (mat despatch). Malahan kawasan Petaling Jaya juga merupakan tempat berkumpulnya golongan berfahaman Islam Liberal seperti Sister In Islam (SIS) dan golongan anti-hadis. Maka tidaklah menghairankan bila pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak atas amanah untuk menjaga akidah umat Islam khususnya di negeri Selangor.

Malaysiakini pada hari ini telah mengeluarkan satu artikel berbentuk provokasi bertajuk “When Will The Christian Bashing End?” (http://www.malaysiakini.com/news/172215)

Ingin saya tegaskan, tindakan JAIS tersebut bukanlah menidakkan kebebasan beragama di negara kita sebagaimana kandungan Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan :

Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya.

Tetapi JAIS bertindak sebagaimana jelas di dalam Artikel 11(1) di atas yang menyebutkan ‘tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya’. Apakah kandungan Fasal (4) berkenaan?  Untuk pengetahuan pembaca, yang dimaksudkan dengan Fasal (4) tersebut ialah Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan :

Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.

Di sini, kita dapati bahawa tindakan JAIS adalah bersesuaian dengan peruntukkan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Kita juga mendapati, sekalipun hukum hudud belum terlaksana di negara ini, namun peruntukkan Perlembagaan telah menetapkan ruang perundangan untuk pihak berkuasa hal ehwal agama Islam mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga keutuhan akidah ummah. SJ melihat peruntukkan Artikel 11(4) ini mempunyai hikmah yang significant dengan pelaksanaan dakwah islamiyyah, serta hukuman qisas dan takzir di mana ulama berpendapat seseorang yang terlibat dengan gejala murtad tidak terus dijatuhi hukuman hudud tetapi hendaklah didakwahkan dan diperbetulkan akidahnya agar kembali kepada agama Islam yang suci. Maka yakinilah bahawa Datuk Hasan Ali dan JAIS telah melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan ajaran Islam.

Anehnya, ada sebilangan umat Islam sendiri yang mengherdik dan menghentam tindakan JAIS, malah lebih parah lagi turut mengutuk Datuk Hasan Ali dengan pelbagai lemparan fitnah serta tomahan.

Antaranya ialah Dato’ Khalid Samad ahli Parlimen Shah Alam yang sebelum ini pernah menyokong tuntutan gereja Kristian menggunakan kalimah ALLAH dan mendesak Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan pengedaran kitab Bible berbahasa Melayu di negara ini. Laporan Malaysia Insider bertarikh 5 Ogos 2011 (sila rujuk di sini dan di sini ) melaporkan Khalid sebagai berkata kenyataan Datuk Hasan Ali hanya pandangan peribadi beliau dan bukannya pendirian PAS.

Dari kenyataan rasmi Datuk Hasan Ali, dan kata-kata Dato’ Khalid Samad itu, kita dapat menilai bahawa Datuk Hasan Ali berpendirian menyelamatkan akidah ummah manakala Dato’ Khalid Samad yang lebih membawa pendirian PAS bermaksud PAS berpendirian untuk mempertahankan gejala kristianisasi di Malaysia khususnya di negeri Selangor.

Sebenarnya saudara, perbandingan yang dibuat oleh Dato’ Khalid Samad yang menyebut hadis Rasulullah s.a.w semasa peperangan agar tidak menyerbu tempat ibadah berada di luar konteks. Jika diteliti kembali, Rasulullah s.a.w berpesan agar tidak merosakkan tempat ibadah bukan Islam dan tidak bertindak ke atas golongan bukan Islam yang berada dalam rumah ibadah mereka.

Ternyata bahawa tindakan JAIS memasuki serta membuat pemeriksaan di Dream Center tempoh hari setelah berbincang dengan pihak penganjur yang mana dikatakan pihak penganjur tersebut adalah orang Islam juga (klik di sini )! Tahukah anda, pihak penganjur dan Damansara Utama Methodist Church (DUMC) kerap berdalih, sekejap mengatakan bahawa itu adalah gereja dan kemudiannya mengatakan ia hanya satu pusat komuniti sahaja. Tambahan pula, setelah semakan dibuat dengan MPPJ, didapati TIADA GEREJA di seksyen itu!! Ini bermaksud DUMC boleh dikatakan sebagai ‘gereja hantu’.

Maka terbuktilah JAIS tidak merosakkan gereja dan tidak mengapa-apakan orang bukan Islam, tetapi sebaliknya bertindak ke atas orang Islam yang berada di dalam premis berkenaan. Ini membuktikan JAIS tidak menyalahi hadis Rasulullah s.a.w dan terbukti juga bahawa Khalid Samad telah memperguna, mempermain, dan memperkotak-katikkan hadis Nabi Muhammad s.a.w untuk tujuan bersekongkol bersama pihak gereja!

Kisah Perdana Menteri Malaysia bertemu Pope Benedict di Vatican City seperti yang dinyatakan Khalid juga berada di luar konteks kerana Perdana Menteri bertemu Pope Benedict dalam usaha membincangkan isu keamanan sejagat dan bukannya menghadiri suatu majlis yang bertujuan memesongkan akidah ummat seperti mana yang dihadiri oleh orang Islam di Dream Center terbabit.

Perlakuan memperolok ayat al-Quran dan hadis secara literal dan di luar konteks sememangnya menjadi mainan golongan liberal dalam rangka memesongkan umat IslamProf. Madya Dr. Mohd Asri Zainal Abidin juga nampaknya lebih pro kepada misi kritianisasi dan menyalahkan pihak berkuasa (sila baca di sini). Dr.MAZA seringkali menghentam orang dengan cara menangguk di air keruh. Apa yang dinyatakan oleh MAZA juga berada di luar konteks, kerana JAIS dan Datuk Hasan Ali bercakap tentang masalah pemurtadan, tetapi beliau bercakap tentang halal haram bantuan dan pengagihan zakat.

Lupakah kita bahawa pengagihan zakat perlu melihat kepada asnaf dan perkara ini mesti diteliti serta dilakukan secara terperinci, bukan ‘semua minta semua dapat’.

Apakah selama beliau menjadi mufti Perlis dahulu telah menjadikan umat Islam Perlis makmur dengan agihan zakat sehingga tiada rakyat miskin sepertimana ketika zaman Umar ibnu Aziz? Mungkinkah MAZA bersuara atas faktor dendam terhadap penangkapan beliau oleh JAIS di Ampang dahulu? Dan mengapa MAZA tidak pula mahu menilai sama ada perlakuan orang Islam menganjurkan program di ‘gereja’ dan makan malam bersama dalam majlis pemesongan akidah sebagai suatu sunnah ataupun bidaah? (sebagaimana yang sering beliau lakukan ke atas pelbagai perkara).

Adapun kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa berwaspada, juga menjauhi individu-individu sedemikian. Sebagai umat Islam, marilah kita merapatkan saf dan memberi sepenuh sokongan kepada JAIS dan Datuk Hasan Ali yang tetap teguh menyelamatkan akidah umat biarpun dihina oleh ‘kawan’ sendiri.

Salah satu kaedah Islam ialah mencegah kemungkaran dengan ‘tangan’, sebagaimana terdapat di dalam hadis soheh, hadis no:34 dari kitab hadis 40 oleh Al-Hafiz Imam Al-Nawawi, dari Abu Said al-Khudri r.a, berkata, aku telah mendengar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه و ذلك أضعف الإيمان

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman.” – [Diriwayatkan oleh Imam Muslim #49]

Datuk Hasan Ali dan JAIS telah bertindak selaras dengan hadis di atas. Wallahualam.

 
27 Comments

Posted by on 07/08/2011 in AWAS!!! Pemurtadan

 

27 responses to “Isu Kristianisasi : Antara Perlembagaan Persekutuan, JAIS, Hasan Ali, Khalid Samad Dan PAS.

  1. fadzad

    08/08/2011 at 1:54 am

    Assalamualaikum SJ,

    Dengar2 Tan Sri khalid ibrahim minta maaf dengan paderi di gereja tu sesal dengan tindakan JAIS & Exco Agama Selangor. Sepatutnyalah, pendapat saya, TS Khalid berjumpalah dengan staf2 JAIS & Datuk Hassan dulu, berbincang @ selidik dulu ke?. Ni tidak, apabila dapat tekanan terus hubungi Rev. tu, kira 2 jadi unsung hero pun jadilah di mata sekutu2nya & orang kafir.

    Rasanya KS (Khalid Samad) tak tahu yang KI (Khalid Ibrahim) minta maaf dgn paderi gereja tu. Pasal tu, kisah Datuk Najib pergi Vatican dijadikan sasaran, tapi kalau tahupun mesti ada hujjah atau alasan untuk mengharuskan perbuatan KI. Biasalah tu.

    Inilah sebahagian kisah yang Dr. Ridhuan Tee tulis dlm artikelnya “nasib melayu di bumi melayu”, boleh dibaca sebagai nasib islam di nusantara.

     
    • suarajagat

      08/08/2011 at 9:00 am

      wa’alaikumussalam…
      ya, begitulah yang telah berlaku sebagaimana dilaporkan dalam website media Pakatan Rakyat, Tan Sri Khalid Ibrahim berasa kesal dengan tindakan JAIS dan memohon maaf atas apa yang berlaku.

      Nampaknya pemimpin Islam dalam Pakatan Rakyat tidak tahu mana yang perlu diutamakan antara hak ALLAH atau hak bukan Islam.

       
    • Ahmad Faisal Rango

      10/08/2011 at 7:25 pm

      kira duk dngaq fitnah

       
      • suarajagat

        11/08/2011 at 10:17 pm

        Media massa alternatif setiap hari memfitnah, memecahbelah rakyat…merobek umat Islam.

         
  2. Ahmad

    08/08/2011 at 1:04 pm

    Semua perkara dah jadi isu politik. Semua sibuk nak cari jalan untuk mendapat undi tanpa mengira batas-batas Islam.

    Mungkin sudah tiba masanya kita semua keluar meninggalkan kancah politik ini. Kita kumpulkan semua tenaga yang ada untuk membuka minda umat Islam di Malaysia ini supaya tidak hanya memandang politik ini sebagai wadah utama untuk mengembangkan Islam.

    Dan pada pendapat peribadi saya sendiri, politik langsung tidak dapat membangkitkan Islam kerana selagi slogan “HAK ASASI MANUSIA” yang menjadi tulang belakan utama di dalam sistem politik terus diagungkan, Islam masih boleh dipermain-mainkan seperti yang berlaku sekarang.

    Wallahualam.

     
    • suarajagat

      08/08/2011 at 1:16 pm

      benar.. saya setuju dengan saudara..
      dalam soal agama dann akidah Islamiyyah..kita sewajarnya membuang baju kepartian. bersatu kerana kita 1 umat.

      namun ramai yang tidak faham dan fikir bahawa dengan jalan politik adalah perjuangan Islam.
      suka saya katakan bahawa islam mementingkan ilmu sebagai landasannya. Dengan ilmu, wujudlah keadilan yang meletakkan sesuatu di tempatnya.
      Dan dari ilmu adanya adab dan akhlak yang membawa kepada kesejahteraan hidup.

      Hak Asasi Manusia hanya akan merosakkan umat Islam..minta apa semua dapat sehinggakan hak ALLAH mahu diketepikan.
      Marilah berjuang dengan ilmu dan kefahaman berteraskan wahyu agar hak ALLAH terus ditegakkan. kerana HAK ALLAH LEBIH UTAMA DARI HAK MANUSIA.

       
  3. Dolmat

    08/08/2011 at 2:33 pm

    bila agama dipolitikkan ini la jadi nya. sibuk cari salah siapa, padahal tak sedar berlaga sesama muslim. bersatulah.

     
    • suarajagat

      08/08/2011 at 2:37 pm

      terima kasih Dolmat..
      ya..umat Islam wajib bersatu, namun dalam masa yang sama unsur liberal mesti diketepikan sebagaimana bersatunya ahli sunnah wal jamaah suatu masa lalu. Ketika itu syiah dan khawarij tidak ada tempat dalam sunni.

       
  4. s.p

    09/08/2011 at 3:05 am

    mungkin faktor kekurangan ahli agamawan yg membantu JAiS atau Jabatan seangkatannya, mereka terlepas pandang sebahagian muaallaf atau fakir miskin… kebanyakkan ahli agamawan lebih menyebukkan diri dalam bidang politik sehingga terabai tanggungjawab mereka terhadap memberi kefahaman kepada golongan murtad ini… mungkin juga faktor fahaman wahabi yg cenderung membincangkan bab2 furu’ yg sudah sekian lama diselesaikan ulama2 terdahulu dan membangkitkan ia semula…

     
  5. AAIZAT

    09/08/2011 at 4:43 am

    Pemimpin pemimpin Islam hendaklah berhati hati dalam memberi pandangan mereka mengenai perkara ini. MB Selangor dan MP Shah Alam tidak wajar begitu cepat melenting demi politik mereka. Unsur liberal wajar diketepikan. Berhati hati juga dengan mereka yang cepat benar mengambil kesempatan yang boleh membawa perpecahan sasama kita.

     
  6. Ahmad

    09/08/2011 at 8:18 am

    Kebanyakan kita juga mengambil jalan mudah di dalam menjalankan urusan agama dengan menyalahkan orang lain.

    Contohnya di dalam isu pengagihan zakat. Kita hanya banyak menuding jari kepada Pusat Zakat kerana kegagalan kereka mengagihkan wang zakat kepada fakir miskin sehingga mereka yang miskin ini terpengaruh dengan dakyah Kristian yang menggunakan duit sebagai dakwah Kristian mereka.

    Adakah hanya sekadar kita marah dan mengutuk Pusat Zakat di blog, kedai kopi dan bermacam-macam tempat sudah dikira menyelesaikan masalah. Selepas itu kita sebarkan pula tuduhan penyelewengan dana zakat pula. Itukah cara penyelesaian masalah.???

    Jika kita sudah tidak langsung percaya kepada Pusat Zakat, tindakan yang perlu kita lakukan adalah AGIHKAN sendiri zakat yang kita keluarkan itu kepada fakir miskin di tempat kita. Saya berpendapat banyak disekeliling kita terdapat mereka yang sangat memerlukan bantuan. Rancangan BERSAMAMU di TV3 ada lagi disiarkan. Maknanya mudah untuk kita pergi cari sendiri fakir miskin di tempat kita. Tak perlu tunggu pusat zakat sahaja.

    Banyak yang dapat kita perbetulkan jika kita semua ada perasaan MENYALAHKAN DIRI SENDIRI di atas setiap permasalahan yang berlaku. Hentikanlah sikap tuding jari ke arah orang lain. Ingatlah kita di hari Kiamat kelak, setiap daripada kita akan di soal secara peribadi, Apakah yang kita lakukan untuk Islam?

    Wallahualam.

     
    • suarajagat

      09/08/2011 at 10:12 am

      saya sangat setuju saudara..
      setiap kita mesti melihat kepada diri sendiri dan bertanya
      ‘apa yang boleh aku lakukan untuk agamaku?’
      dan ‘bagaimana untuk membantu ummahku?’

       
  7. arah

    09/08/2011 at 7:55 pm

    Suarajagat beriman tak dengan surah Al-’Imraan ayat 64 ini?

    Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.

     
    • suarajagat

      09/08/2011 at 10:26 pm

      saudara arah,
      Isu yang sedang berlaku di sini ialah isu Kristianisasi dan murtad di mana golongan bukan Islam khususnya Kristian di negara ini menyebarkan dakyah bagi memurtadkan umat Islam.
      Oleh itu, sepatutnya kita melihat kepada firman ALLAH dalam surah Ali Imraan, ayat 85 yang bermaksud :

      “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.”

      terima kasih.

       
  8. arah

    09/08/2011 at 8:04 pm

    Mungkin Suarajagat pun terlupa hadis ni

    Hadith dari Abu Hurairah ra, satu hari Nabi saw bertanya kepada para sahabat,

    “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”…Jawab sahabat, “Orang yang muflis itu wahai Rasulullah ialah orang yang habis hartanya dan perkakas rumahnya untuk membayar hutang dan belum juga selesai, sehingga ia tidak punya harta dan perkakas rumah lagi.”…Kata Nabi saw, “Bukan macam tu. Sebenarnya orang yang muflis ialah mereka yang datang pada hari qiamat dengan sembahyangnya yang cantik, dengan zakatnya yang cukup, dengan puasanya yang penuh; tetapi ia telah memaki ini, menuduh itu, memakan harta ini, menumpahkan darah itu, memukul ini. Maka dibayarkan untuk semua itu dari hasanat-hasanatnya. Kemudian bila telah habis segala pahalanya sebelum selesai membayar tanggungan hutangnya, maka diambilkan pula dosa-dosa orang yang diganggunya itu dan ditanggungkan kepadanya. Kemudian dilemparkan dia ke dalam neraka.”. (Riwayat Muslim dan Tirmizi).

    Bergitu mudahkan kita melempar tuduhan menuduh sesorang tetapi ingat kita akan berdepan dengan Allah.

     
  9. arah

    09/08/2011 at 8:13 pm

    Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?
    Rasulullah bersabda lanjut: Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya. (Hadis riwayat Abu Hurairah)

    Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

     
    • suarajagat

      09/08/2011 at 11:09 pm

      terima kasih arah..
      sedarkah anda bahawa saya memperbetulkan hujah mereka agar tindakan berdusta dengan menggunakan hadis Nabi s.a.w itu tidak dibiarkan begitu sahaja. Maka saya memberi penjelasan agar hadis itu tidak disalahguna.

      Sewajibnya anda berikan hadis-hadis tersebut kepada semua media massa termasuklah HARAKAH, MALAYSIA KINI, MALAYSIA INSIDER, UTUSAN, BERITA HARIAN, METRO, KOSMO, RTM, MEDIA PRIMA, TV PAS, TV SELANGOR, SUARA KEADILAN, AL-JAZEERA, AL-HIJRAH, ASTRO, SIARAN RADIO IKIM, SURIAFM, SINARFM, HOTFM, ERA DAN SEMUA MEDIA DI NEGARA-NEGARA ISLAM kerana mereka setiap hari bercakap mengenai orang lain. Ingatkan mereka bahawa mereka semua sedang mengumpat…

      Dan saya cadangkan kepada anda, memandangkan anda tidak selesa membaca blog ini atau blog/web di internet…dan demi menjaga diri anda dari dosa membaca segala umpatan, sebaiknya, anda janganlah baca blog saya ini dan jangan online di internet..dan tak perlu menjawab telefon atau SMS..kerana itupun ada ketikanya mengumpat juga.

       
    • fadzad

      12/08/2011 at 12:30 am

      Bila membaca kenyataan arah, mengingatkan saya kepada 4 patah perkataan ini “pagi beriman petang kufur”.

      Kamu ambil semua dalil & nas untuk menyokong hujjah2 kamu mengenai fitnah. Jika SJ menulis hal lain, maka kamu turut mencari 2surah2 @ hadis2 yang berkaitan juga untuk menyokong hujjah kamu. Mana yang disukai kamu ambil, mana yang tak suka dikritik/ditinggal.

      Setahu aku, geng2 wahabi sahaja berperangai macam ni. Suka menampal-nampal mazhab ikut kesesuaian & kesukaan mereka. Contohnya; Hal solat ambil fatwa mazhab A, soal kahwin ambil fatwa mazhab S, bab hiburan ambik fatwa mazhab J, hal muamalah ambik pandangan imam Z (A,S,J,Z, ni contoh), dan seterusnya ikut yang mana mereka fikir best..

      Akupun nak copy paste jugalah. Nak share ke kamu, diri aku & semua.
      Di dalam kitab Dhawabith At-Takfir ‘inda Ahlis-Sunnah wa Al-Jama’ah, Mas’ud bin Faisol menghuraikan sembilan Pembatal Keimanan yang disepakati oleh para ulama:
      1. Sombong dan menolak beribadah kepada Allah subhaanahu wa ta’ala, walaupun membenarkan dan mengakui kebenaran Islam
      2. Syirik dalam beribadah kepada Allah subhaanahu wa ta’ala
      3. Membuat perantara dalam beribadah kepada Allah subhaanahu wa ta’ala dan meminta pertolongan kepada selain Allah subhaanahu wa ta’ala
      4. Mendustakan Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam atau membenci sesuatu yang beliau bawa walaupun ia melakukannya.
      5. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik atau ragu terhadap kekafiran mereka atau membenarkan mazhab (faham/keyakinan) mereka.
      6. Memperolok-olok Allah subhaanahu wa ta’ala, Al-Qur’an, Al-Islam, pahala dan siksa, dan yang sejenisnya, atau mengolok-olok Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam atau salah seorang Nabi ‘alaihimus-salam, baik ketika bergurau atau serius.
      7. MEMBANTU orang musyrik atau menolong mereka untuk memusuhi orang Islam.
      8. Meyakini bahawa ada sebahagian orang yang boleh keluar dari ajaran Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam dan tidak wajib mengikuti ajaran beliau.
      9. Meyakini ada petunjuk yang lebih sempurna dari petunjuk Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam atau meyakini ada hukum yang lebih baik daripada hukum beliau yang berlandaskan syariat Allah subhaanahu wa ta’ala.

      Sekarang, SJ dah menyarankan untuk tidak membaca artikel2 di blognya. Oleh kerana itu saya cadangkan kamu pergi lihat blog http://abu-syafiq.blogspot.com/2011/08/mufti-wahhabi-makan-duit-zakat-miskin.html.

      Mungkin bahasa Suara Jagat tak menyengat seperti bahasa AbuSyafiq ni, mungkin gaya seperti ini memikat hati kamu tu, siapa tahu?

       
  10. ahmad 8x

    10/08/2011 at 5:30 pm

    Berkenaan isu ini. setiap orang punya sudut pandang yg tersendiri.

    Pendapat peribadi saya adalah, mereka yg menyokong isu serbuan JAIS itu adalah orang2 yg bimbang akan berlakunya pemurtadan dalam kalangan umat Islam.

    Pendapat yg menegur JAIS berkenaan isu serbuan itu adalah kerana mahu menjaga imej Islam.

    Jadi, semuanya betul pada sudut pandang masing2.

    Hal ini akan menyebabkan kita membuka mata bahawa betapa banyaknya kelemahan umat Islam sama ada yg berkhidmat dalam badan2 Islam atau individu muslim itu sendiri dalam nak menjaga, mendakwahi dan memelihara umat Islam, imej Islam dan kemuliaan Islam.

    solusinya adalah agihkan hak kepada yang berhak. asnaf zakat langsung tidak terbela. Pejabat Agama perlu sedar dan malu kepada Allah atas kegagalan mereka dalam menjalankan tugas. Kita juga patut sedar dan malu atas kelemahan kita dan sepatutnya isu ini menyebabkan kita jadi lebih bersemangat untuk memberi yg terbaik untuk Islam.

     
    • suarajagat

      11/08/2011 at 10:04 pm

      Terima kasih atas pandangan saudara.

      Pun begitu saya amat tidak setuju dengan kenyataan saudara pada perenggan terakhir;

      solusinya adalah agihkan hak kepada yang berhak. asnaf zakat langsung tidak terbela. Pejabat Agama perlu sedar dan malu kepada Allah atas kegagalan mereka dalam menjalankan tugas. Kita juga patut sedar dan malu atas kelemahan kita dan sepatutnya isu ini menyebabkan kita jadi lebih bersemangat untuk memberi yg terbaik untuk Islam.

      Sejak Dr.Asri mengeluarkan kenyataan yang dengan sengaja meletakkan keraguan kepada institusi zakat/ baitulmal di negara ini, terlampau ramai masyarakat yang terlalu mudah menerima kata-katanya itu. Kalian patut malu dan sedar bahawa kalian secara tidak langsung telah menuduh institusi zakat/ baitulmal sebagai tidak amanah walhal kalian tidak mempunyai sebarang bukti, malahan tidak mengetahui langsung tentang kepayahan pengurusan zakat di negara ini. Tuduhan tersebut tanpa usul periksa.

      Sebelum itu ingin saya kemukakan bukti bahawa wanita yang mengaku kononnya beliau ibu tunggal dan terpaksa menerima bantuan gereja kerana tidak mendapat bantuan dari Baitulmal adalah seorang yang telah menipu dan memburuk-burukkan agensi agama Islam di Malaysia.
      Pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dalam portal rasmi mereka menjelaskan seperti berikut :


      Pihak kami ingin menjelaskan beliau yang dimaksudkan dalam laporan akhbar itu ialah sebagai ‘Pn Nur’, setelah semakan di buat beliau dan keluarga masih disenaraikan sebagai penerima bantuan zakat Baitulmal secara berkala dan turut menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan bermula pada Januari 2011 sehingga kini.

      Mengikut rekod, beliau telah menerima bantuan zakat sebanyak 22 kali semenjak 22 November 2006 dan kali terakhir pada 13 hb Julai 2011, dengan pelbagai bentuk bantuan yang diterima seperti bantuan persekolahan anak, bil-bil utiliti dan bantuan makanan.

      ‘Pn Nur’ juga bukan berstatus ibu tunggal seperti dilaporkan akhbar tersebut tetapi masih bersuami dan suami beliau mempunyai pekerjaan berstatus jawatan tetap di sektor kerajaan. (rujukan : http://zakatns.com.my/v3/arkib/agihan/29-agihan-2011/198-penjelasan-isu-laporan-akhbar-pujukan-gereja)

      Kenyataan media MAINS menyatakan secara terperinci bahawa :

      Setelah siasatan dijalankan, pihak MAINS mendapati status Puan Nur sebagai ibu tunggal adalah tidak benar. Beliau mempunyai 4 orang anak dan suami yang bekerja tetap dengan gaji berjumlah RM 1,300 sebulan.

      Beliau dan suami pernah dibantu beberapa kali oleh Baitulmal N.Sembilan sejak 2006 sehingga kini. Tidak kurang dari 10,960.00 pelbagai jenis bantuan dalam bentuk tunai dan barangan makanan di salurkan.

      Beliau juga mendapat bantuan kanak-kanak (bulanan) sebanyak RM400.00 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat N.Sembilan sejak Januari 2011 dan suaminya turut bertanggungjawab menguruskan keprluan dan persekolahan anak-anak mereka.
      (rujukan : http://politiknegerisembilan.blogspot.com/2011/08/isu-pujukan-gereja-jawapan-mains.html)

      Ini membuktikan bahawa beliau telah menipu dan mendapatkan bantuan dari pelbagai pihak untung mengaut keuntungan secara mudah tanpa berusaha…

      Bagi negeri Selangor pula, Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan wang hasil kutipan zakat untuk menanggung lebih 19,000 keluarga (bukannya individu perseorangan) miskin yang layak menerima bantuan. Jika purata satu keluarga adalah seramai 5 orang (suami, isteri, 3 anak), ini bermakna LZS menanggung perbelanjaan seramai 95,000 orang. Ini belum lagi mengambil kira bantuan LZS kepada rumah kebajikan anak-anak yatim, warga emas, orang kurang upaya dan saudara baru (muallaf).

      LZS juga mengagihkan wang zakat kepada para pelajar yang layak dan menanggung seluruh perbelanjaannya dari peringkat rendah hingga ke universiti, malahan ada yang belajar di luar negara. Justeru tidak timbul ketirisan dalam pengagihan zakat sebagaimana fitnah yang cuba dilemparkan oleh Dr. Asri.

      Tetapi tahukah anda, jumlah umat Islam yang membayar zakat (jenis zakat selain zakat fitrah) di negeri Selangor adalah kurang dari 10%?!!!! Ke mana perginya 90% umat Islam yang lain?

      Maka tidak hairanlah jika jumlah kutipan zakat masih tidak mencukupi bagi membantu lebih ramai pihak kerana sedemikian ramai individu dan syarikat perniagaan yang masih tidak mahu menunaikan kewajipan zakat untuk membantu sesama umat.

      maklumat lain boleh didapati di http://www.e-zakat.com.my

      Lantas, siapa yang patut dipersalahkan? Nasihat saya, jangan asyik menuding jari menyalahkan pihak berkuasa dan agensi kerajaan. Lihatlah diri sendiri dahulu, sejauh mana kita telah melaksanakan kewajipan sebagai umat Islam?
      sekian terima kasih…

       
  11. kairol

    10/08/2011 at 8:50 pm

    kupasan yg menarik….syabas kepada penulis

     
  12. Ahmad

    11/08/2011 at 8:33 am

    Assalamualaikum.

    Kepada saudara arah,

    Mungkin saudara arah juga terlepas pandang atau tidak dapat membezakan diantara fitnah dan fakta. Rata-rata seluruh umat Islam dan seluruh penduduk Malaysia ini rasanya sudah hari-hari mendengar, melihat sendiri ataupun sudah merasai sendiri bagaimana Kristian cuba dan menghasut umat Islam secara halus pada awalnya dan sekarang secara terang dan nyata. Tidak timbul isu fitnah di sini kerana sememangnya ada bukti jelas dan nyata.

    Saya yakin, para ulama’ dan ustaz sudah pun menjalankan tanggungjawab mereka meyebarkan ilmu kepada seluruh umat Islam di Malaysia ini. Segala hujah sudah pun dikeluarkan dengan terang.

    Sudah tiba masanya kita sekarang mengambil satu langkah kehadapan iaitu secara praktikal pula. Salah satunya “MENGAJAK” umat Islam supaya tidak langsung terjerumus ke arah kesesatan seperti yang telah pun dilakukan oleh saudara Suarajagat di dalam penulisan blog beliau.

    Keduanya adalah, sudah tiba masa kita umat Islam beserta para alim Ulama’ dan Ustaz turun padang untuk membenteras gejala kesesatan yang secara “hands-on”, bukan lagi secara hujah dan ceramah sahaja. Ini termasuklah menyekat Kristianisasi secara tindakan serbuan dan tangkapan. Cari pusat-pusat sebaran kesesatan. Daripada cara inilah barulah usaha MENASIHATKAN mereka yang MURTAD dapat dilaksanakan kerana kita dapat berhadapan “face to face” dengan mereka yang MURTAD tersebut. Kalau setakat cakap dari jauh sahaja, tidak sampai matlamatnya.

    Wallahualam.

     
    • arah

      14/08/2011 at 9:02 pm

      Saya amat setuju dengan Saudara Ahmad.

      Mari kita sama sama turun padang ke Chow Kit dan Bintang Walk, menyantuni orang orang Melayu yang berzina, maknyak maknyak yang bergelumbang dengan maksiat dan mengajak mereka kembali mengamalkan islam sebelum di ajak dan masuk gereja oleh orang Kristian

       
    • OnDaStreet

      15/08/2011 at 1:05 am

      saudara Ahmad,
      saudara arah tidak percaya akan adanya usaha memurtadkan umat Islam. Ini jelas sejak isu penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan ke Bahasa Malaysia dahulu.

      Namun, jika ada kesilapan mahupun sesuatu yang tidak diingini, kerajaan akan dipersalahkan olehnya.

      Harap maklum.

      ~ OnDaStreet

       
      • suarajagat

        15/08/2011 at 11:03 am

        Buat OnDaStreet dan arah…

        setiap dari kita memainkan peranan dalam tugasan dakwah..
        buat saudara arah..pastikan anda benar-benar turun berdakwah di sana.. jangan sekadar berkata-kata..
        kerana saya sudah melakukan hal sedemikian sejak lebih sedekad lalu.

         
  13. Fadli Muhammad

    12/08/2011 at 11:49 am

    banyak pmimipin dah salah tafsir,,
    bg mreka Islam agama rasmi di malaysia,,
    ttapi dlm plembagaan, Islam adalah agama Perrsekutuan,,
    iaitu lebih tinggi dari sbagai agama rasmi,,
    mksudnya dlm setiap sudut/hal-hal , islam jadi keutamaan bukan hanya sbagai agama rasmi,,
    dan bkn shaja sbagai agama ritual kat malaysia,,
    so bagi saya, tindakan yg diambil jais n pdrm adalah tepat mengikut perlembagaan,,
    islam sbagai agama prsekutuan juga tidak brhak untuk djadikan isu dlm perlembagaan jika diikutkan
    istilah “persekutuan” itu sendiri.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: