RSS

Bersama Satukan Ummah

18 Oct


SENARAI GABUNGAN :

  • Sekretariat Himpunan Sejuta Umat | HIMPUN
  • Gabungan PEMBELA Islam
  • Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA
  • Pimpinan Majlis Ugama Islam
  • Teras Pengupayaan Melayu | TERAS
  • Persatuan Belia Islam Nasional | PEMBINA
  • Dewan Perniagaan Melayu Malaysia | DPMM
  • Pribumi Perkasa Negara | PERKASA
  • Pertubuhan IKRAM Malaysia | IKRAM
  • Persatuan Pengguna Islam Malaysia | PPIM
  • Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s | ACCIN
  • Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia | PEKIDA
  • Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) | PEMUDA PAS
  • Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | PEMUDA UMNO
  • Wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | Wanita UMNO
  • Kumpulan Persatuan Bekas Perajurit | PBTM
  • Persatuan Bekas Anggota Polis | PBPM
  • Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia | PKPIM
  • Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia | GAMIS

… gabungan persatuan silat, gerakan-gerakan belia, gerakan-gerakan mahasiswa, persatuan-persatuan wanita Islam, wakil-wakil rakyat beragama Islam dan banyak lagi pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam.

 
6 Comments

Posted by on 18/10/2011 in Poster

 

6 responses to “Bersama Satukan Ummah

  1. HAB

    19/10/2011 at 9:47 am

    Kalau nak selamat AQIDAH pemuzik pemuzik Islamik tu payah menyemak laaaa…nak muzik apa benda menda bab AQIDAH awat bodo sangat???

    Buat ceramah BAB TAUHID explain kenapa KALIMAH ALLAH tu orang kapir tak boleh guna…APA MAKNA KALIMAH TAUHID…menda-menda macam tu la yang nak kena explain pada seluruh umat Islam yang berkumpul…

    Ingat yang mai semua tu paham ke makna ALLAH dan KALIMAH TAUHID? Makna AQIDAH pun depa tak tahu…kang ada yang ingat AQIDAH tu macam AQIQAH….

    Penganjur sepatutnya mengambil kesempatan ini untuk memberi penjelasan dengan sejelas-jelasnya…dan jangan ada pulak POLITIK tumpang tui…abis jahanam semua nanti…

    Masih skeptikal….kecuali MATLAMAT UTAMA PERHIMPUNAN ini untuk menerangkang BAB TAUHID NO 1.

    wassalam.

     
    • suarajagat

      19/10/2011 at 11:56 am

      subhanallah saudara…
      saya memang menjangkakan persoalan demikian akan timbul. Namun sebelum itu, ingin saya ingatkan supaya dapat gunakan bahasa yang baik dalam memberi komen. Bila bercakap tentang Islam, bukan semata soal aqidah dan tauhid, tetapi perlu diiringi dgn akhlak dan adab.

      Pertamanya, saya harap kita usah terlalu skeptikal. Sudah pasti undangan pemuzik Islamik itu sudah dibincangkan oleh sekretariat dan tidak berlebihan. Lagikan pula, ini baru perhimpunan pertamakali. Kira terdapat kekurangan, boleh kita tambahbaik di masa mendatang.

      Alunan nasyid juga sesuai untuk mengingatkan diri kita pada perkara seperti yang saudara nyatakan..tentang aqidah, perjuangan dan pentingnya kesatuan ummah. Contohnya seperti di bawah ini :

      terima kasih.

       
  2. HAB

    19/10/2011 at 3:23 pm

    >>Bila bercakap tentang Islam, bukan semata soal aqidah dan tauhid, tetapi perlu diiringi dgn akhlak dan adab.<<

    terima kasih kerana menimbulkan perkara ini.🙂

    saya tak berasa hati dan terima teguran murni yang idealist itu dengan hati yang terbuka. saya anggap saudara seorang yang baik hati berhati murni sebab tu saya tak kisah sangat…biasa la kekadang bercakap kedai kopi ni macam2 la yang keluar tapi bukan atas niat menghina…

    sebagai realist saya tetap kata bila bicara bab Aqidah bab muzik Islamik ni kena ketepikan…full stop.

    nasyid islamik ni kita boleh sembang panjang lebar kat ruangan lain la…mungkin ada yang tak setuju dengan saya…nak pertahankan nasyid islamik…macam bank Islamik laa….:-) model pakaian islamik dan sebagainya…tapi Islamik tu takat label sahaja…saya tahu saudara paham maksud saya…dan saya tak harapkan saudara menjawab…kita sembang kedai kopi la nanti supaya tak kerohkan keadaan….

    anyway all the best! saya tetap bersama saudara dalam bab mempertahankan Aqidah Islamik.

    Whitesnake Islamik nak mai Malaysia…ha tu baru betulll….

    bila bole kita sembang kedai kopi bro?

    wassalam.

     
    • suarajagat

      19/10/2011 at 5:07 pm

      terima kasih saudara..saya amat faham maksud saudara. apapun kita tgk dulu bagaimana majlis tersebut berlangsung nanti.
      mungkin juga nasyid itu hanya selingan sahaja yang saya fikir tidak perlu dijadikan suatu isu. Apa yang penting untuk kita umat Islam bersatu memperkukuh antara satu sama lain.
      Isu kristianisasi ini pun agak memuncak di negara2 jiran kita.
      🙂 terima kasih atas pelawaan tersebut.
      Bagaimanapun saya lebih selesa merahsiakan identiti buat masa ini.

      wassalam

       
  3. HAB

    19/10/2011 at 5:55 pm

    haaaa..itu macam la bro…terasa macam bercakap ngan ketua pengawas sekolah agama misai nipis je…hahaha “kamu jangan fly malam tapi fly gak” …hahah…

    ok anytime free nak sembang roger la…pakai la topeng…hehehe.

    wassalam.

     
  4. fadzad

    25/10/2011 at 8:48 pm

    Sebenarnya kita harus lihat acara itu dlm konteks yg menyeluruh. Secara langsung acara ini utk menyatakan pendirian mereka tetapi ada hal lain yg brlaku secara tak langsung? Lihat aspek positifnya; kesepakatan & silaturrahim. Lihatlah ini sebagai permulaan persejagatan muslim.

    i.
    Nasyid cuma skdr selitan acara di mana pada pedapat saya hanyalah masalah sepele (remeh). Posisinya berada dlm keharusan. Yang nyata, Realitinya ramai yang sering berbuat maksiat tetapi dalam kereta mereka biasanya ada CD album2 hijjaz, raihan, rabbani, maher zain, sami yusuf. Ini metod syiar dakwah yg lain, inilah keunikan islam yang memahami fitrah manusia. Tak ramai yg biasa berzikir secara biasa tetapi jika zikrullah dilakukan secara bernada lebih memudahkan manusia. Permasalahan furu’ ini janganlah difokuskan sangat kerana ada yang berpendapat ia boleh menjadi haram jika bertelagah.

    Lihat juga dalam budaya masyarakat melayu; melayu & hiburan sprti akrab, selalu ada dlm segenap acara. Hiburan yg bagaimana? Tanyalah berdasarkan iman & ilmu. Selari dgn kesenangan umum bkn dari wacana akal sendiri, asalkan ia tidak menyimpang dari syariah j& juga tidak melalaikan.

    ii.
    Pandangan saya, isme2, doktrin2 & dogma2 yg ujud dewasa ini cuba meminggir nas2 naqli tetapi lebih mengutamakn dalil2 aqli. Perkara ini hendaklah dijauhi. Idealist, feminist, think out of the box, perfectionist, realist adalah jarum2 syubhah yg bisa menjadikan agenda puak tertentu menjadi real.

    Tidakkah kita tahu kesempurnaan bukan milik insani, begitu juga akal, keterbatasan memang ujud dalam semua pancaindera manusia. Jangan terlampau realist hingga akan memakan diri sendiri. Walaupun kadangkala kita menyatakan hanya melihat secara REAL tentang apa yg berlaku dlm masyarakat dari sudut hubungan sosial sahaja & bukannya sampai menggunakan realiti pandangan menyangkut hal2 ketuhanan. Takut2 kebiasaan menjadi kelaziman sehingga akal diletak terdahulu dalam mendepani permasalahan agama. Semuanya nanti berdasarkan logika & teori ciptaan manusia. Ini tidak benar.

    Mungkin sahaja tiba2 ada soalan2 dari non muslim yg realist seperti “kalau Allah maha adil kenapa manusia dicipta islam & kafir, mereka tidak diminta lahir menjadi kafir, hukum pula org kafir, adilkah sebegini?”. Lebih parah bila terpacul pula dr mulut seorang realist muslim perkataan “Aaa… AH”. Persoalan ini seolah2 seperti benar jika logika akal digunakan tetapi SAMA SEKALI TIDAK jika berlandaskan al-quran & sunnah melalui pandangan hati yg bersih.

    Apakah kenyataan (realiti) sekarang. Saya beri 1 contoh; brp ramai org indonesia yg kita bersapa salam? Berapa ramai org bangladesh kita hadiahkan senyuman? 2 majoriti bangsa ini biasanya muslim. Kenapa double standard? Nah! Rasul pernah berbicara & memberi amaran tentang harta, pangkat & wanita. Realitinya kini 3 perkara ini telah menjadi “benchmark” mengukur kebanyakkan personaliti manusia. Dgn muslim malaysia sendiripun masih su’uzhon. Inikah reality yang sebenarnya para idealist, perfectionist, realist mahukan? Pada saya, realitinya, tanyalah diri sendiri apakah peranan yang telah dilakukan.

    Berjalan di tanah pamah yg rata adalah selamat berbanding berjalan d tanah berbukit yg cerun. Kenapa perlu mengikuti jalan@ yg lain (-ist2, -isme2) sedangkan Rasullullah terang2 sudah memberitahu jalannya yang sebenar? Adakah hanya kerana mahukan keunikan? kehormatan? sanjungan? kelainan? Itu semua sia2 pada Al Khaliq. Unik, sanjung, hormat boleh membawa kpd ujub, riak & tidak ikhlas.

    iii.
    Islam itu indah, keindahan itu terpancar dari akhlak & adab umatnya. Ada juga kebenaran apabila percakapan yang berbaur perlecehan, provokasi, polemic, sindiran sebenarnya menunjukkan akhlak kita. Islam takkan tertegak hanya dari aqidah sahaja.

    Find remedy don’t find fault.

    Wallahualam.

    Nota; nasyid2 cintan cintun, kasih kasih tu bagi saya tak bole blahlah. Hehe.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: