RSS

Video Press Conferance Alumni ESQ 165 (20 April 2012) : ESQ 165 Ajaran Sesat

21 Apr

Berikut adalah video rakaman sidang media Alumni, Bekas Pekerja dan Trainer/ ATS ESQ 165, pada 20 April 2012. Saksi dan dengarkan sendiri pengakuan mereka..!!!!

Untuk membaca teks Kenyataan Media, sila klik di sini.

 
 

16 responses to “Video Press Conferance Alumni ESQ 165 (20 April 2012) : ESQ 165 Ajaran Sesat

  1. Ali Yahaya Aljahsyi

    23/04/2012 at 1:06 am

    Setakat dari mula keluar fatwa pengharaman Mufti WP ke atas training ESQ165 bagi Wilayah Persekutuan, maka syarikat ESQ Malaysia telah akur di mana training ini tidak dijalankan di Wilayah.

    Saya tidak faham mengapa boleh timbul AlMa’unah dan AlArqam? Ini label terrorist. Besar tuduhan ini. Bagaimana mereka kenal terrorist group?

    Biasanya yang kenal terrorist ini intelligence negara atau mungkin kumpulan mereka semua perlu disiasat secara terperinci. Tuduhan mereka berat dan mereka seperti ada rangkaian mereka untuk mengumpul maklumat.

    Biar betul…

    They seem to know more than the KDN.

     
    • suarajagat

      23/04/2012 at 6:11 pm

      Assalamu’alaikum,
      Tuan Ali Yahaya al-Jahsyi,

      Tidak semestinya KDN tahu sesuatu lebih dari mereka, dan tidak menghairankan jika mereka mempunyai maklumat lebih sedikit dari pihak KDN. Bukankah ada masanya, informasi pihak keselamatan juga datang dari masyarakat awam?
      ooh..ya.. yang penting jangan terlalu taksub dengan sesuatu perkara hanya kerana kita mengikuti program2nya.🙂

      wallahu’alam.

       
      • Ali Yahaya Aljahsyi

        24/04/2012 at 8:59 am

        Bagaimana pula jika seseorang itu mengambil pandangan dari satu karekter yang bernama SuaraJagat dan terus bersetuju untuk menerima pandangan itu tanpa menilai bahawa identiti SuaraJagat adalah identiti samaran.

        Itu bukankah sebahagian dari taksub?

        Jangan pendekkan perbincangan dengan label taksub sekiranya kami tidak menerima pandangan Tuan.

        Apakah Mufti WP juga tidak taksub kepada dirinya sendiri kerana hanya menerima perjumpaan dengan mereka yang memberikan sokongan ke atas Fatwa beliau sedangkan ditutup pintunya ke atas mereka-mereka yang dari ESQ165 yang kerap meminta untuk membuat pertemuan?

        Jika Tuan tidak menerima pandangan kami yang disokong oleh tokoh-tokoh agama yang berwibawa bukankah ini telah menjadikan Tuan juga taksub kepada sesuatu perkara seperi fatwa Mufti WP, hanya kerana ia menyokong pandangan Tuan?

        Mungkin selepas ini Mufti Wilayah berlembut hati untuk membuka pintu perbincangan dengan wakil-wakil entiti baru yang bersifat Social Enterprise untuk menilai semula kandungan training ini supaya dapat akur pula kepada susunatur atau guideline untuk mendapatkan kelulusan dari Jabatan Mufti WP pula.

         
      • suarajagat

        27/04/2012 at 12:25 pm

        Ali Yahaya Aljahsyi,

        Jika di teliti, hampir setiap tulisan saya adalah berteraskan fakta dan bukannya berada dalam bentuk pendapat semata. Justeru, saya tidak pun mengharap orang mengambil pandangan saya; sebaliknya melihat, meneliti dan mengkaji pelbagai bahan yang telah dicatatkan secara ilmiah di sini.

        Saya fikir, anda perlu mengaji kitab untuk memahami maksud taksub.
        Ingat, bahawa keputusan Fatwa Wilayah Persekutuan tidak dibuat oleh Datuk Mufti secara bersendirian, sebaliknya ia telah dibincangkan di dalam Jawatankuasa Fatwa Negeri yang telah mendengar pembentangan Panel Kajian Akidah.
        Jika anda membakulkan Fatwa Mufti sebagai sebahagian dari bentuk taksub, maka bagaimana pula dengan sedemikian banyak fatwa yang pernah dikeluarkan sebelum ini dalam pelbagai perkara merangkumi aspek syariah, akidah, fiqh dan lain-lain? Adakah fatwa ke atas hukum seperti bank susu, al-Arqam, penggunaan dadah, pengharaman rokok, Ajaran Qadiani, Ajaran Ayah Pin dan Ajaran Rasul Melayu Haji Kahar adalah akibat para Mufti itu taksub?
        🙂 Seakan menjadi nazak 16 Masihi.

         
  2. Roziah Kamal

    23/04/2012 at 7:43 am

    Alhamdulillah.. keputusan segera yang di minta telahpun di jelaskan dalam TV9 pada hari berikutnya http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=g1J79qAn_pE

    Dan saya Roziah kamal Alumni ESQ JB04 menyatakan hasrat TIDAK MENYOKONG dan tidak bersetuju mereka ini adalah WAKIL ALUMNI ESQ. Saya menafikan sekeras-kerasnya training ESQ165 tidak ada berunsurkan penghasutan malah kami juga tidak mengamalkan ciri ciri Almaunah, Al Arqam dan sebagaimana yang di dakwa.

    Saya menghormati keputusan segolongan kecil Bekas Alumni dan bekas kakitangan ESQ. Inilah kenyataan saya.

     
    • suarajagat

      23/04/2012 at 6:21 pm

      Assalamu’alaikum..
      terima kasih Puan Roziah Kamal.

      Untuk pengetahuan Puan, alasan TS Shukor dan Datuk Mustapha memang sudah dijangkakan.
      Tidak hairan dengan kenyataan mereka, kerana sudah tahu sangat tentang PERMAINAN DI BELAKANG TABIR.
      Kalaulah saya berhajat untuk menunjukkan bukti yang ada berkaitan antara mereka dan ESQ, sudah pasti akan menjatuhkan kredibiliti mereka.
      Namun saya tidak berhajat melakukan sedemikian rupa. Saya serahkan kepada ALLAH subhanahu wa ta’ala untuk mengadili mereka.
      Wallahu’alam.

       
      • Ali Yahaya Aljahsyi

        25/04/2012 at 4:50 pm

        Kami juga menyerahkan kepada Allah SWT untuk mengadili Tuan.

        Walaubagaimanapun kami tetap akur dengan Fatwa Mufti WP maka tidak dijalankan training ESQ165 di dalam Wilayah Persekutuan.

         
      • suarajagat

        27/04/2012 at 12:29 pm

        Insya’Allah, ALLAH S.W.T akan sentiasa menguji dan mengadili saya kerana diri ini hanya makhluk-NYA.
        Dan kerana pengadilan itulah saya berpijak di sini. Wallahu’alam.🙂

         
  3. Iranis

    23/04/2012 at 9:38 pm

    Apa pulak keputusan segera tu ada kena mengena dengan Panel Syariah ESQ. Tak munasabah langsung Majlis Fatwa Kebangsaan nak bergantung kepada rekomendasi panel syariah ESQ yg memang dibayar gaji oleh ESQ sendiri. Seumur hidup ke setiap 6 bulan sekali Majlis Fatwa Kebangsaan nak kena dengar laporan pemantauan panel Syariah ESQ dan buat penilaian?Jelas, fungsi MFK bukanlah spt ini.

    Tak kiralah siapa pun panel syariah esq, pokoknya, keputusan fatwa seharusnya bergantung kepada dapatan penyelidikan dan kajian yang dijalankan (Lihat http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/KRONOLOGI_FATWA_ESQ.pdf). Mengapa menafikan hasil kajian yang telah dibuat, sebaliknya mencari jalan membenarkan dengan hanya mendengar laporan panel syariah ESQ yang sememangnya mewakili ESQ??

     
  4. Adam Huud

    24/04/2012 at 12:13 am

    Alhamdulillah…

     
  5. zamri

    24/04/2012 at 12:14 am

    ko orang ni x puas hati…n…citer plak pasal sesat ni….sebab x masyuukkk la ni……lpas tu kecewa….ape benda la….kecoh betol…

     
    • suarajagat

      24/04/2012 at 8:59 pm

      saudara zamri..
      soal kesesatan ESQ telah diperkatakan sejak beberapa tahun kebelakanga. Tidak timbul soal masyuk tidak masyuk bagi Panel Kajian Akidah di JAKIM, IKIM dan lainnya, kerana kajian dibuat selama 2 tahun secara terperinci.

      Jika anda berkata bahawa pihak yang menyatakan ESQ sesat kerana tidak masyuk, ini bermakna pihak yang menyokong itu kerana masyuk lah kan?

       
  6. Adam Huud

    25/04/2012 at 4:47 am

    Melihat kepada kronologi berkaitan fatwa ESQ (http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/KRONOLOGI_FATWA_ESQ.pdf), pada 14 APRIL 2010,
    “Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah bersetuju membuat rumusan awal bahawa HASIL PENEMUAN OLEH PANEL PEMANTAU ESQ ADALAH ZHANNI YANG MASIH BOLEH DIJELASKAN. Muzakarah juga bersetuju bahawa keputusan terhadap Kursus ESQ Leadership Training akan diputuskan di dalam muzakarah yang akan datang”.

    Bukankah ZHANNI itu maksudnya ‘sangkaan’ atau ‘tanggapan’. Jelas menunjukkan hasil kajian adalah berdasarkan tanggapan dan tafsiran dari sebelah pihak sahaja kerana kajian lebih tertumpu kepada buku karangan Dr.Ary yang mana ada isinya yang mungkin agak mengelirukan lantas terus dikaitkan dengan keseluruhan training. Tetapi tiada bukti atau penemuan konkrit yang dapat mengaitkan training ini dengan sebarang penyelewengan seperti yang disenaraikan. (bagi saya, ianya lebih kepada tuduhan yang berat)

    Meskipun telah berlaku pertemuan antara pihak JAKIM dan Dr. Ary pada tahun yang sebelumnya, tetapi saya tidak lihat pertemuan itu bertujuan untuk mendapatkan penjelasan dari Dr. Ary sendiri berkaitan point-point yang kononnya berlaku penyelewengan di dalam training, tetapi lebih kepada mendapatkan reaksi dari Dr.Ary mengenai pendiriannya. Lantas susulan dengan itu, pelbagai label dan ‘sangkaan’ yang tidak masuk akal terus dilemparkan kepada ESQ melalui blog2 dan juga laman rasmi mufti WP sendiri. Perkara ini seharusnya tidak terjadi kerana seharusnya ulama’ kan sifatnya menegur dengan penuh rasa cinta dan bicaranya sejujur kasih agar yang mengikutinya merasakan hikmah dalam menyampaikan sesuatu.

    Yang menghairankan, selepas 2 bulan iaitu pada 17 JUN 2010, fatwa pengharaman ESQ telah diwartakan TANPA memberi ruang kepada pihak ESQ dan Dr.Ary sendiri untuk duduk semeja berbincang dan menjelaskan hasil kajian yang bersifat zhanni itu. Adakah ini satu PENILAIAN atau PENGHUKUMAN?

    Teringat saya dengan kata2 ini, “Andai penilaian yang kamu harapkan, nescaya kamu akan dapat menilai dengan sejujurnya tetapi seandainya penghukuman yang kamu cari, nescaya kamu akan terlebih dahulu menghukum sesuatu sebelum sempat kamu menilainya”

    Alhamdulillah.

     
    • Iranis

      27/04/2012 at 3:13 pm

      “Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah bersetuju membuat rumusan awal bahawa HASIL PENEMUAN OLEH PANEL PEMANTAU ESQ ADALAH ZHANNI YANG MASIH BOLEH DIJELASKAN. Muzakarah juga bersetuju bahawa keputusan terhadap Kursus ESQ Leadership Training akan diputuskan di dalam muzakarah yang akan datang”.

      Bukankah ZHANNI itu maksudnya ‘sangkaan’ atau ‘tanggapan’
      ~ADAM HUUD

      Fahami kenyataan di atas, bahawasanya MFK yang berpandangan bahawa hasil penemuan Panel Pemantau ESQ adalah zhanni yang masih boleh dijelaskan. Sedangkan antara penemuan Panel Pemantau yang sangat jelas menyentuh akidah muslim adalah seperti yang dinyatakan dalam kronologi tersebut:

      “Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, panel ini telah menemui beberapa unsur yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di dalam kursus ESQ seperti pluralisme agama, pengaruh Universal Sufi Order, al-fayd, suara hati dan katarsis”.

      Kalaulah MFK menyimpulkan bahawa zhanni yang boleh diperbetulkan adalah perkara berikut:

      “Kajian ini juga mendapati terdapat kekeliruan dari aspek penggunaan istilah-istilah seperti God Spot, Zero Mind Process, fitrah dan Conscience”.

      Bagaimana pula unsur yang bercanggah dengan pegangan (akidah) ASWJ yang dinyatakan awal-awal di atas? Persoalan akidah menurut Islam adalah persoalan usul (asas) yang paling penting. Keimanan tidak boleh ada unsur ragu walaupun sedikit, perlu yakin sepenuhnya tanpa syak dan zhann. Tidak boleh ada khilaf seperti persoalan fekah. Sekiranya unsur bercanggah dengan pegangan akidah ASWJ telah ditemui, itu pun sudah kuat untuk menolak ESQ.

      Bahkan pandangan peribadi saya, istilah-istilah yang dianggap boleh diperbetulkan di atas sebenarnya tidak sewenangnya digunakan begitu sahaja. Yang dipertikaikan adalah KONSEP di sebalik istilah-istilah itu. Jika dihalusi, ia juga bukan sekadar persoalan bahasa yang kononnya mengelirukan, sebaliknya konsep di sebalik istilah itu tetap akhirnya kembali kepada persoalan akidah. Lantas, jika zhann dalam akidah bolehkah diperbetul?

       
    • Iranis

      27/04/2012 at 3:14 pm

      Perkara ini seharusnya tidak terjadi kerana seharusnya ulama’ kan sifatnya menegur dengan penuh rasa cinta dan bicaranya sejujur kasih agar yang mengikutinya merasakan hikmah dalam menyampaikan sesuatu.~ADAM HUUD

      Yang sepatutnya menegur adalah Panel Syariah ESQ yang dilantik. Kerana mereka dibayar upah oleh majikan (ESQ) untuk meneliti segala modul yang dilaksanakan dan menasihati perkara bersalahan dengan akidah dan syariah dlm training ESQ. Itulah harapan masyarakat jua dengan keberadaan mereka sebagai penasihat syariah ESQ. Kenapa tidak menegur perkara akidah yang dibangkitkan? Kenapa sibuk dengan memperbetul istilah tanpa memahami konsep?

      Yang menghairankan, selepas 2 bulan iaitu pada 17 JUN 2010, fatwa pengharaman ESQ telah diwartakan TANPA memberi ruang kepada pihak ESQ dan Dr.Ary sendiri untuk duduk semeja berbincang dan menjelaskan hasil kajian yang bersifat zhanni itu. Adakah ini satu PENILAIAN atau PENGHUKUMAN?~ ADAM HUUD

      Berdasarkan kronologi, WP telah membuat keputusan mengharamkan ESQ pada 17 Ogos 2009 lagi, tetapi hanya berkuatkuasa mulai 17 Jun 2010 selepas diwartakan dengan rasmi. Jika memahami kronologi yang dikeluarkan oleh pihak berautoriti itu, fatwa WP diputuskan hasil daripada kajian Bahagian Penyelidikan JAKIM dan berdasarkan keputusan Mesyuarat Khas Panel Kajian Akidah JAKIM pada 10 Februari 2009. Yang membawa maksud, segala metodologi penyelidikan yang seharusnya dijalankan termasuk memanggil Ary Ginanjar telah dilakukan. Perlu difahami bahawa pengeluaran mana-mana fatwa adalah sebagai panduan kepada masyarakat awam berdasarkan kajian menyeluruh ke atas sesuatu yang diadili, apa yang telah dibuktikan wujud selama tempoh siasatan itu, bukan sebagai penasihat kepada sesiapa yang diadili.

       
  7. zaki

    21/05/2012 at 10:08 am

    Semoga Allah memberi hidayah kepada ahli-ahli esq yang lain di sana.. Penyelewengan secara halus amat berbahaya berbanding penyelewengan yang nyata seperti kumpulan Al-Maunah dan Kerajaan Langit.. Kesesatan yang halus sehingga ahlinya mengingatkan dirinya makin dekat, padahal sesat lagi menyesatkan..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: