RSS

Perjanjian Kerajaan PAS Kelantan Dengan Syiah Iran

26 Jun

Seorang sahabat memaklumkan pada SJ tentang perkara di atas dan meminta saya melihat secara terus ke blog Dato Husam Musa. Sungguh amat mengejutkan apabila melihat para pemimpin PAS sanggup memeterai perjanjian dengan pihak Kerajaan Syiah Iran untuk memajukan negeri Kelantan. Untuk membacanya, sila rujuk : http://www.husammusa.com/v10/index.php?option=com_content&view=article&id=573%3Akelantan-jalinkan-hubungan-erat-dengan-negara-iran&catid=1%3Alatest-news&fb_source=message

Di dalam artikel tersebut, jelas disebutkan :

Gabenor Wilayah Qom bahawa Kelantan menarik pehatian iran. ‘ Kelantan would have a home in Iran”. Kerajaan Iran bersedia membantu Kelantan di dalam pelbagai bidang , pelbagai teknologi tinggi dari Iran akan dibawa masuk ke Kelantan. Ekspo Perdagangan Antarabangsa Iran – Kelantan bakal diadakan di dalam tahun 2012 ini. Wilayah Qom terkenal dengan kewujudan banyak institusi pengajian tinggi dan pusat industri teknologi tinggi di Iran. Kelantan dan Iran mempunyai pelbagai satu persamaan . Gabenor Wilayah Qom menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan ibarat adik kepada Kerajaan Iran.

Ya, memang benar Wilayah Qom mempunyai pelbagai institusi pengajian, tetapi pihak Dato Husam menyembunyikan fakta sebenar iaitu institusi pengajian di Qom menjadi pusat penyebaran ajaran Syiah!!! Malah, para pemimpin Syiah di Malaysia turut menuntut ilmu di sana. Dan sudah pasti peluang ini secara langsung akan digunakan oleh pihak Syiah Iran untuk menyebarkan fahaman-fahaman mereka kepada masyarakat tempatan.

Gabenor Wilayah Qom turut menyebut “Kelantan would have a home in Iran” (Kelantan akan mempuyai rumah di Iran), maksudnya Kelantan akan mempunyai tempat yang istimewa di sisi kerajaan Syiah Iran. Beliau juga dipetik sebagai berkata “Kerajaan Negeri Kelantan ibarat adik kepada Kerajaan Iran”. Hubungan Kerajaan Syiah Iran dengan Kerajaan PAS Kelantan diibaratkan seperti hubungan abang-adik. Wah!! sudah pasti seorang abang akan membentuk adiknya untuk mengikut jejak langkahnya, dan sudah pasti seorang adik akan mengikuti tunjuk ajar abangnya. Hubungan akrab ini melebihi sekadar hubungan diplomatik!!

SJ yakin, puak Syiah akan menggunakan peluang intim tersebut untuk bertapak lebih kukuh di Kelantan dan gerakan penyebaran dakyah serta fitnah mereka ke atas umat Islam akan berselindung di sebalik urusan ekonomi dan sebagainya. Namun, apa yang mencengangkan kita ialah kesanggupan pemimpin-pemimpin PAS membuka pintu kepada pihak Syiah di Iran. Mungkin bagi PAS, untuk maju, soal akidah bukan lagi keutamaan.

Pada minggu lalu, saya telah menulis sebuah artikel berkaitan pakatan Syiah-Kristian untuk memusnahkan umat Islam (baca : https://suarajagat.wordpress.com/2012/06/21/pakatan-syiah-dan-kristian/).

Tika ini, Kerajaan Syiah di Iran dipimpin oleh Mahmoud Ahmadinejad berganding bahu bersama Kerajaan Syiah pimpinan Basyar al-Assad di Syria, parti Hizbullah pimpinan Hassan Nasrallah dan golongan Kristian untuk menghancurkan umat Islam di Iraq, Syria, Lubnan dan Bahrain. Selain negara-negara di Timur Tengah… Malaysia dan Indonesia juga menjadi target utama gerakan Syiah.

Lihatlah bagaimana Syiah membantu Amerika Syarikat menghancurkan bumi Afghanistan dan Iraq. Kini mereka berkuasa di Iraq dan sedang berusaha menghapuskan masyarakat Sunni di sana. Lihat bagaimana mereka membunuh Sunni di Syria dan pelbagai pengeboman di Lubnan. Syiah di Syria nampaknya seperti akan bermusuhan dengan Kerajaan Turki selepas menembak jatuh pesawat Turki beberapa hari lalu.

Bagaimana pula sikap Syiah dengan Amerika dan Yahudi? Ahh, mereka sekadar berperang mulut. Malah sepanjang sejarah, Syiah tidak pernah berperang dengan Kristian dan Yahudi, sebaliknya mereka telah bersekongkol untuk menjatuhkan Kerajaan Khilafah Islam terdahulu. Ketahuilah, perang mulut Iran dan Amerika-Yahudi hanyalah sandiwara atau drama untuk mengaburi kemesraan sesama mereka.

Apakah mungkin PAS akan menjadi kuda tunggangan Syiah setelah sekian lama menjadi keldai golongan Liberal? Mungkinkah PAS selepas ini secara rasmi akan terkenal antara Penyebar Ajaran Syiah terkemuka di Malaysia?

Berwaspadalah wahai saudaraku.

 
 

13 responses to “Perjanjian Kerajaan PAS Kelantan Dengan Syiah Iran

  1. TMP

    26/06/2012 at 7:27 pm

    Terjerut lagi merimaskan.

     
  2. Fisabilillah

    20/08/2012 at 8:21 pm

    gila pas ni astagfirullah halazimmm

     
  3. tarmizi mie-g

    26/09/2012 at 3:42 am

    islam tdk membataskan dgn siapa kita brkawan cuma kta jgn ikut mrka..pmimpin klantan bknnya b0d0h smpai nk ikut telunjuk syiah..kt klantan,dri dlu smpai skrang xdew lg kdengaran psal syiah..

     
    • suarajagat

      26/09/2012 at 2:00 pm

      saudara tarmizi mie-g,

      Benarkah Islam tidak membataskan dengan siapa kita berkawan?
      Walhal, Islam juga tidak membebaskan kita untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Khususnya dengan musuh Islam. Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya :

      “Jangan bersahabat kecuali dengan orang Mukmin.”
      [Riwayat Abu Daud)

      Maksud firman ALLAH dalam al-Quran :
      “Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (ALLAH) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia.” (Al-Furqan: 27-29)

      Sepanjang sejarah khilafah, ternyata, hubungan dengan Syiah telah menyebabkan kejatuhan Abbasiyah. Malah, FITNAH PALING BESAR (FITNAH AL-KUBRA) juga tercetus dek kerana SYIAH dan KHAWARIJ sehingga membawa kepada pembunuhan Khalifah Uthman r.a.

      Peluang ekonomi yang diberikan kepada mereka sudah cukup untuk membolehkan mereka bertapak dan menyebarkan dakyah di Kelantan.

      Renungi Hadith Sahih riwayat at-Tirmidzi berikut yang bermaksud :

      “Manusia itu mengikut agama kawannya. Maka hendaklah diperhatikan siapa yang hendak dijadikan sebagai kawannya.”

      Dalam hadis riwayat Ahmad disebutkan :
      “Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat.”

      Dalam hadis yang lain turut disebutkan :
      “Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat.” (Al-Mustadrak ala al Sahihain)

      Nah, bukankah semua ini membuktikan adanya batas dalam memilih kawan?
      Terima kasih.

       
    • cinta ahli sunnah

      07/10/2012 at 3:18 pm

      kesian la ko ni…cuba ko tengok video2 syiah kat youtube tu smua nye da sesat..klu ko x nak degor cakap aku x pe la..tapi..dengar la fatwa2 ulama2 ahli sunnah spti yusof qardawi..dll..

       
    • firdaus

      27/07/2013 at 6:06 am

      Benarkah Islam tidak membataskan dengan siapa kita berkawan?
      Walhal, Islam juga tidak membebaskan kita untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Khususnya dengan musuh Islam. Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya :

      “Jangan bersahabat kecuali dengan orang Mukmin.”
      [Riwayat Abu Daud)

      Maksud firman ALLAH dalam al-Quran :
      “Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (ALLAH) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia.” (Al-Furqan: 27-29)

      Sepanjang sejarah khilafah, ternyata, hubungan dengan Syiah telah menyebabkan kejatuhan Abbasiyah. Malah, FITNAH PALING BESAR (FITNAH AL-KUBRA) juga tercetus dek kerana SYIAH dan KHAWARIJ sehingga membawa kepada pembunuhan Khalifah Uthman r.a.

      Peluang ekonomi yang diberikan kepada mereka sudah cukup untuk membolehkan mereka bertapak dan menyebarkan dakyah di Kelantan.

      Renungi Hadith Sahih riwayat at-Tirmidzi berikut yang bermaksud :

      “Manusia itu mengikut agama kawannya. Maka hendaklah diperhatikan siapa yang hendak dijadikan sebagai kawannya.”

      Dalam hadis riwayat Ahmad disebutkan :
      “Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat.”

      Dalam hadis yang lain turut disebutkan :
      “Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat.” (Al-Mustadrak ala al Sahihain)

      Nah, bukankah semua ini membuktikan adanya batas dalam memilih kawan?
      Terima kasih.

       
  4. amiar

    08/10/2012 at 11:56 am

    yang sebenar kerajaan malaysia pun sama juga bukankah negara kita ada kedutaan iran dan bekerjasama dlm semua hal bersangkutan, mengapa tidak ditegur? bukankah perkembangan fahaman syiah yg radikal selama ini berlaku dlm pemerintahan sekarang. Ayuh! kita cuba sedaya upaya membenteraskan fahaman syiah ini.

     
    • suarajagat

      15/10/2012 at 2:31 pm

      saudara amiar…
      Kewujudan kedutaan adalah perkara biasa, seperti mana kita mempunyai duta-duta negara asing lain di negara ini. Bagaimanapun negara kita tidaklah bekerjasama sewenang-wenangnya dengan kerajaan Iran, dan bukan dalam semua perkara seperti kata saudara itu.

      Ya, saya sendiri amat risau dengan beberapa jalinan yang dilakukan antara Malaysia-Iran, contohnya dalam bidang pendidikan, kebudayaan dll.
      Perkara ini perlu diberi perhatian kerana ia juga berkemungkinan menjadi ruang bagi gerakan Syiah menular di Malaysia.

      Bagaimanapun kerjasama dari sudut membanteras penyeludupan dadah antarabangsa perlu disokong kerana ini merupakan kerjasama dari sudut perkongsian maklumat.

      SJ juga amat berharap agar kerajaan mengkaji semula tentang hubungan dengan Iran.

      Cuma timbul tanda tanya, apa maksud saudara ‘bukankah perkembangan fahaman syiah yg radikal selama ini berlaku dlm pemerintahan sekarang.’???

       
  5. persaudaraan

    31/10/2012 at 10:09 am

    laknatlah mereka yang melaknat sahabat nabi,laknatlah mereka yang melaknat istri nabi,skang ni apa2 pn halal asalkan politik islam celup mereka berjalan.

     
  6. hasnizamothman@gmail.com

    03/05/2013 at 3:25 pm

    Jika ini berlaku kita harap para tentera kita dapat menghalang kumpulan syiah ini daripada menunjukan kekuasaan mereka…….kumpulan syiah inilah yang telah menghancurkan pemerintahan negara arab satu demi……………………

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: