RSS

ESQ 165 : Agama Baru?

02 Jul

Sudah agak lama SJ tidak memperkatakan tentang isu ESQ 165 yang telah difatwakan sesat di beberapa buah negeri khususnya Wilayah Persekutuan, Terengganu (tidak diwartakan) dan Perlis.

Pada artikel kali ini, ingin saya bawakan sedikit bahan-bahan untuk anda baca, dengar dan fahami lantas fikirkan mampukah fahaman ESQ165 dan Spirituality @ Spiritualisme menjadi suatu agama baru? Atau mungkinkah ia telahpun menjadi suatu agama baru?

Lihat gambar di bawah ini salah satu contoh individu yang merupakan alumni ESQ165 yang mengisytiharkan ‘Religious Views’ beliau ialah ESQ 165 dan BUKANnya Islam.

Gambar berikut pula membuktikan bagaimana seorang yang bersikap taksub terhadap doktrin ESQ 165 dan taksub kepada Ary Ginanjar Agustian. Beliau mengajak sahabat-sahabatnya bermunajat kepada ALLAH s.w.t memohon agar Rasulullah s.a.w memujuk Ary Ginanjar untuk meneruskan ESQ165 di Malaysia!!

Selain itu, beliau turut berharap andai Rasulullah s.a.w hadir ke dalam mimpi Ary Ginanjar atau bertemu dengan Pak Ary secara YAQAZAH, lantas Rasulullah s.a.w memberi arahan kepada Pak Ary untuk meneruskan ESQ 165..!!!!

Tidakkah semua ini membawa ke arah kesesatan?!!

Berdasarkan kedua-dua gambar di atas, dapat kita lihat bahawa doktrinisasi ESQ165 membawa kepada ketaksuban di kalangan Alumni, pengikut dan pekerja mereka.

Malahan, tidak boleh dinafikan bahawa ESQ165 mungkin mampu menjadi satu agama baru. Sepertimana yang sering disebut oleh pengasas syarikat ESQ165, Ary Ginanjar Agustian secara lisan dan secara tulisan dalam buku-bukunya bahawa – ESQ165 bersumber dari 1 Ihsan, 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam, TETAPI ESQ165 TIDAK SEMESTINYA BERKAITAN DENGAN ISLAM.

Sejarah telah membuktikan bagaimana kira-kira 100 tahun yang lalu, ajaran Qadiani wujud sebagai satu agama baru dengan bersumberkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam, termasuklah hal-hal Rukun. Ajaran Qadiani juga telah mengubah atau membawa tafsiran sendiri tentang Rukun Islam dan Iman. Kemudian Qadiani menempelkan pelbagai ayat al-Quran, istilah dan sebagainya kepada ajaran tersebut yang memperlihatkan seolah ia seperti Islam. Tetapi, hakikatnya Qadiani bukan ajaran Islam.

Demikianlah juga dengan ESQ165. Ia dicipta kononnya bersumberkan dari Islam, kerana telah menggunakan istilah-istilah seperti Ihsan, Iman, Islam dan fitrah. ESQ 165 turut membawa tafsiran mereka sendiri tentang Rukun Islam, Iman dan Ihsan serta perlaksanaan ibadah-ibadah khusus iaitu solat, puasa, zakat, dan haji. Ditambah/ dihias dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis. Tetapi ditegaskan pula oleh Ary Ginanjar bahawa ESQ165 TIDAK SEMESTINYA berkaitan dengan Islam.

Tidakkah method/ kaedah ESQ165 hampir sama seperti Qadiani?!!!

Yang berbeza hanyalah pada penggunaan teknologi kerana 100 tahun yang lalu tiada komputer, tiada grafik dan power point.

Pembaca sekalian,

Cuba anda fikir seandainya pihak Kristian menggunakan kalimah ALLAH di dalam Bible. Maka mereka boleh dikata sebagai mengambil kalimah tersebut bersumber dari Islam, tetapi ia bukanlah agama atau ajaran Islam.

Method/ kaedah begini sebenarnya suatu cara penyusupan masuk ideologi asing dan fahaman sesat yang bertujuan bagi mengaburi mata umat Islam dan mengelak dari dikesan/ dihidu oleh pihak berkuasa.

Ia ibarat racun berperisa manis yang dicampurkan ke dalam makanan seperti kek, coklat atau aiskrim. Maka ramailah yang memakan hidangan tersebut dan bila ditanya “Apa pendapat anda tentang hidangan itu?”, mereka menjawab, “Oohh..sedap. Kami tak pernah rasa  makanan seenak ini. Ia sungguh mengenyangkan dan memberi tenaga”.

Kemudian bila makanan tersebut dihantar ke makmal untuk di uji-kaji oleh golongan pakar, didapati terdapat racun yang berasal dari haiwan yang haram yang memberi kesan kepada kesihatan tubuh manusia. Lantas dibuat keputusan bahawa makanan tersebut haram dan tidak halalan toyyiban.

Maka hebohlah sekelian mereka menentang keputusan tersebut dengan alasan “Kami suka makanan ini, bungkusannya ditulis dengan Basmallah dan ia membuatkan kami mengingati ALLAH. Makanan ini sedap, mengenyangkan dan memberi kami tenaga!! Tenaga itu membuat kami semakin rajin bekerja dan berintegriti..!!”

Akhirnya, hasil makmal dan kajian pakar diketepi dan dihina. Yang diangkat dan dijadikan kayu ukur oleh masyarakat ialah tulisan Basmalah pada bungkusannya, dan nikmat kenyang serta tenaga yang didapati dari makanan tersebut. Begitukah justifikasi halal?!!

Bagaimana sekiranya ada satu gelen (sekitar 4.5 liter) air susu atau jus buahan, kemudian dicampur ke dalamnya satu gelas minuman beralkohol (mungkin Carlsberg/ Tiger Beer). Apakah hukum campuran minuman tersebut halal atau haram? Apakah alasan kerana minuman (susu/ jus) itu bersumber dari tumbuhan atau susu lembu/ kambing yang diciptakan oleh ALLAH, maka air tersebut tidak menjadi haram? Adakah rasa enak serta menghilangkan dahaga boleh menjadi justifikasi bagi menghalalkan minuman itu? Bolehkah bacaan Basmallah dan Alhamdulillah yang dibaca sebelum dan selepas meminumnya menjadi sebab untuk kita kata/ sahkan bahawa air itu halal diminum serta tidak bercanggah dengan ajaran/ hukum/ amalan Islam?

Fikirkanlah wahai saudara-saudaraku. Fikir berteraskan iman dan ilmu yang benar. Bukan berteraskan rasa.

Di bawah ini pula saya sertakan beberapa artikel dari menunjukkan bagaimana konsep Spirituality dan Spiritualism kini di angkat sebagai salah satu agama baru.

1. Spirituality : The New Religion For The New Age http://www.mootmagazine.com/2012/01/31/spirituality-the-new-religion-for-the-new-age/

2. Spirituality : A New Religion http://aionofiris.com/2012/01/06/spirituality-a-new-religion/

3. The Religion of Spiritualism http://www.snu.org.uk/spiritualism/religion

4. The Science of Spirituality http://www.esotericscience.org/

Sekadar ingin berkongsi video berikut bertajuk : “Luciferianism in New Age and Spiritualism All ties to Illuminati and the Devil.”

Moga menambah pengetahuan pembaca.

 
1 Comment

Posted by on 02/07/2012 in ESQ 165 sesat?

 

One response to “ESQ 165 : Agama Baru?

  1. fikrisoleh

    15/01/2013 at 4:00 pm

    slm. analogi saudara sgt tpat dlm membuat perbandingan ISLAM yg haq dgn agama selainnnya. semoga kita semua dilindungi ALLAH dn sentiasa dibekalkan dgn iman yg benar. Susu segar dgn susu basi pun sudah tak sama. inikan pula susu sintetik!

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: